DARI SEKITAR BANGUNAN SUK PERAK


DIKEMASKINI PADA 11.20 AM

ADUN Perak mengangkat tangan menyokong 3 usul yang dibentangkan di sidang DUN di bawah pokok sebentar tadi

scroll ke bawah untuk melihat lebih banyak foto.

10.57am: DS Nizar menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau turut mengingatkan supaya tidak mencontohi kumpulan samseng yang menghalang ADUN memasuki bangunan SUK pagi tadi.

10.53am: Ngeh menjelaskan bahawa Speaker akan failkan saman 'menghina DUN' terhadap polis dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

10.50am: "YB Ngeh Koh Ham menyatakan "hari ini adalah hari yang amat menyedihkan. Kita seolah-olah sedang berada di negara polis."

10.49am: DS Nizar menjelaskan beliau akan berusaha mendapatkan perkenan mengadap Tuanku Sultan untuk memaklumkan keputusan sidang DUN yang baru selesai. Menteri Besar itu turut menegaskan bahawa sidang yang dijalankan adalah menepati peruntukan semua undang-undang dan peraturan termasuk Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

10.46am: Dalam sidang akhbarnya, DS Nizar berkata "kami telah selesai mengadakan sidang DUN di bawah sebatang pokok kerana dihalang daripada memasuki ruang Dewan Undangan Negeri yang sebenar. Kami perlu menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan oleh kerana notis resmi telah dikeluarkan oleh Speaker."

10.35am: Di Mahkamah Tinggi, hakim memutuskan peguam daripada firma guaman tidak berhak mewakili Speaker DUN.

Peguam Tommy Thomas berkata hakim menyatakan hanya Penasihat Undang-Undang Negeri sahaja yang berhak mewakili Speaker DUN kerana Speaker adalah sebahagian daripada kerajaan.

Dengan keputusan itu, pasukan peguam yang hadir mewakili Sivakumar menarik diri daripada mewakilinya. Thomas menyatakan pasukan peguam yang diketuainya akan mendapatkan arahan lanjut daripada Sivakumar.

10.31am: Speaker bergerak ke bangunan Pejabat DAP berdekatan untuk sidang akhbar yang akan menerangkan langkah selanjutnya. DS Nizar juga akan mengadakan sidang akhbar.

10.30am: Speaker menangguhkan sidang bersejarah itu. Seterusnya Speaker akan mempersembahkan keputusan usul tersebut kepada Tuanku Sultan untuk tindakan selanjutnya.

10.25am: Usul membubarkan DUN dibentang dan dibahaskan sebelum diluluskan dengan semua undi menyokong usul itu.

The emergency sitting under the tree also passed a third motion - to adopt the decision of the rights and privileges committee headed by Sivakumar to suspend Zambry and his six exco members.

10.23am: Usul pertama itu diluluskan oleh sidang dewan. Semua ADUN menyebut "setuju" semasa pengundian dijalankan.

10.20am: Usul undi 'percaya' kepada kepimpinan DS Nizar sedang berjalan.

10.18am: Sivakumar memakai pakaian lengkap Speaker DUN dan mengarahkan orang ramai agar tidak bertepu tangan atau membuat bising. Sidang DUN dijalankan sepertimana biasa.

10.15am: Sidang DUN dimulakan dengan bacaan doa. Semua ADUN hanya berdiri di bawah pokok untuk meneruskan sidang.

10.13am: Speaker membuat keputusan untuk meneruskan Sidang Tergempar DUN di kawasan letak kereta tersebut. Semua ADUN PR hadir. Kira-kira 300 orang turut serta menyaksikan peristiwa bersejarah ini.

10.08am: Speaker Sivakumar dan DS Nizar mengadakan mesyuarat tergempar bersama ADUN PR.

10.05am: Sementara itu peguam kedua-dua belah pihak sedang berhujah di Mahkamah Tinggi yang telah bermula lebih setengah jam.

10.01am: DS Nizar berkumpul bersama ADUN PR di kawasan letak kereta kira-kira 50 meter dari pintu masuk bangunan. Speaker Sivakumar tidak bersama kumpulan ADUN itu.

10am: DS Nizar dan semua ADUN bergerak meninggalkan bangunan SUK menuju ke bangunan pejabat DAP yang terletak berhampiran untuk mengadakan sidang akhbar.

9.55am: Ketua Polis tetap mengarahkan semua ADUN beredar dari depan pintu masuk bangunan. SUK Abdul Rahman Hashim dilaporkan tetap tidak membenarkan sesiapa pun memasuki bangunan kerajaan itu.

9.53am: Exco Kanan, YB Ngeh Koh Ham terus berunding dengan Ketua Polis Ipoh supaya memberi laluan kepada ADUN memasuki kawasan bangunan, tetapi tiada tanda-tanda persetujuan dicapai.

9.50am: Polis mengarahkan Speaker DUN (seorang sahaja) memasuki kawasan bangunan.

9.49am: Polis mengarahkan orang ramai supaya bersurai dan meninggalkan kawasan berhampiran bangunan. Orang ramai melaungkan kata-kata memberikan sokongan kepada ADUN PR dengan laungan "reformasi", "hidup rakyat" dan lain-lain laungan semangat.

9.45am: Ketua Polis Ipoh, OCPD Azisman Alias enggan berunding dengan ADUN Pakatan Rakyat. Polis cuba mengusir ADUN-ADUN itu daripada pintu masuk. Keadaan agak tegang.

9.40am: DS Nizar dan ADUN PR sedang berunding dengan polis. FRU tidak membenarkan sesiapa pun memasuki kawasan bangunan SUK. Kira-kira 200 orang berada di kawasan berhampiran. Water Canon dihalakan ke arah orang ramai.

9.35am: Sekumpulan lelaki ala samseng kelihatan menghalang kumpulan ADUN Pakatan Rakyat daripada memasuki kawasan bangunan SUK. Keadaan hingar bingar.

9.30am: DS Nizar bersama ADUN Pakatan Rakyat tiba di bangunan SUK.

9.25am: Penyokong BN dan PR mula berbalas laungan berhampiran pintu masuk kawasan bangunan. Pemuda BN kedengaran mengeluarkan laungan mencaci penyokong Pakatan Rakyat.

9.21am: Kenderaan pasukan polis dan FRU diletakkan di hadapan pintu masuk bangunan SUK membentuk halangan kepada laluan ke dalam bangunan itu.

9.20am: Penyokong kedua-dua pihak mula berkumpul berhampiran bangunan SUK.

9.15am: ADUN Pakatan Rakyat sedang bergerak menuju ke bangunan SUK yang menempatkan Dewan Undangan Negeri. Sebelum itu mereka berkumpul di sebuah hotel berdekatan.

9am: Anggota FRU lengkap bersenjata memenuhi kawasan pintu masuk bangunan SUK.

8.55am: Kumpulan peguam mewakili Speaker V Sivakumar sedang menunggu perbicaraan kes yang difailkan oleh Dr. Zambry di Mahkamah Tinggi Ipoh. Kumpulan itu diketuai oleh Tommy Thomas, Chan Kok Leong, Philip Koh Tong Ngee and Augustine Antony.

Zambry dan enam Exco memfailkan permohonan supaya Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang DUN sebagai terbatal dan tidak sah kerana menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Bangunan SUK telah dikepung sejak awal pagi
Polis bersiap sedia menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri bersidang
"Pergerakan FRU UMNO" sayap baru bersama pemuda, wanita, putera dan puteri UMNO
Sidang DUN Perak yang paling bersejarah ala kerajaan Pasir Dua Butir atau Pasir Berdengung

Comments :

6 comments to “DARI SEKITAR BANGUNAN SUK PERAK”
Budak Perak said...
on 

truskn bg maklumat yg bru n benar..
kal0 leh bg gambar skali...

Anonymous said...
on 

amno dahlah bodo gilapulak

Anonymous said...
on 

Kekecohan ni bknnye Perak..tp UMNO laknatullah tu sendiri yg kecoh

~PakKaramu~ said...
on 

Salam

Biar siapapun yang kecoh janji ada keputusan yang di ambil, lepas ini apa pulak?

Lawan tetap lawan, PR kena tutup pintu takut

mikhail said...
on 

pakatan rakyat meroyan.. dah kemaruk kuasa tak boleh terima kenyataan.. bersidang bawah pokok mcm budak2 main pondok2.. kesian..

mikhail said...
on 

tangkap je semua tu.. sumbat dlm lokap asyik nak buat perhimpunan haram je.. pakatan rakyat dah tumbang tu terima aje lah kenyataan.. tak tau malu punya manusia.. HIDUP UMNO.. HIDUP UMNO.. HIDUP UMNO.. haha..

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini