Setelah lima minggu berlalu, penyelesaian krisis Perak terus buntu. Belum nampak sebarang tanda ia boleh berakhir. Kata Dr. Aziz Bari, kemelut ini bukan sekadar 'constitutional crisis' tetapi 'extra constitutional crisis' (rujuk di sini). Kata peguam Wan Mutalib Embong, krisis ini akan memakan masa yang lebih panjang daripada jangkaan awal semua pihak.
Ramai berharap Tuanku Sultan terfikir untuk menamatkan kekalutan ini lalu bertindak membubarkan DUN. Secara logik, harapan itu tak akan kesampaian. Permohonan asal Dato' Seri Nizar pada 4 Februari telah tidak diperkenankan secara resmi sehari selepas itu. Ajaiblah kalau Sultan sanggup menarik balik keputusan asal dan bersetuju pula untuk memberikan perkenan. Permohonan baru hasil sidang DUN bawah pokok tak dapat laluan pun untuk dipersembahkan. Lebih mustahil lagi kalau mengharapkan Dato' Dr. Zambry memohon perkenan pembubaran itu. Ada yang berpendapat Tuanku boleh membubarkan DUN tanpa permohonan daripada MB atau permohonan hasil keputusan sidang DUN, tetapi cara begitu belum pernah berlaku. Kalau pun cara itu dibenarkan oleh perlembagaan, tiada petunjuk Tuanku sedia melakukannya.
Hampir tiada siapa pun yang percaya mahkamah dapat memberikan keputusan yang memihak kepada hasrat untuk membubarkan DUN. Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tidak membenarkan pasukan peguam swasta mewakili Speaker V. Sivakumar telah memberikan petunjuk awal yang jelas tentang kesudahan siri drama mahkamah berkaitan krisis ini keseluruhannya. Keputusan kedua yang menafikan hak Sivakumar untuk mewakili dirinya sendiri, semacam mengesahkan haluan yang telah ditetapkan kepada mahkamah bolehland. Mujurlah kemudiannya Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Sekarang, V. Sivakumar boleh diwakili oleh pasukan peguam yang dilantik olehnya. Tidaklah diketahui apakah keputusan Mahkamah Rayuan itu akan dirayu pula ke Mahkamah Persekutuan oleh kerajaan Zambry.
Apa lagi harapan yang ada? Mungkinkah betul ada agenda besar yang dibincangkan oleh Pak Lah dan Anwar semasa berjumpa di Hulu Langat? Mungkinkah betul Najib akan dihalang daripada mengambil alih jawatan Perdana Menteri? Mungkinkah kerajaan perpaduan akan jadi kenyataan? Mungkinkah betul ada sesuatu yang positif akan muncul dari Istana Negara?
Minggu ini tumpuan sudah mula beralih ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Lebih banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk misi pilihanraya kecil itu. BN perlu menang untuk mempertahankan baki keyakinan penyokong di seluruh negara yang sedang goyang. Kalah kali ini bererti 'checkmate' bagi nyawa BN dalam politik Malaysia. Pakatan Rakyat juga perlu menang untuk membuktikan sokongan rakyat selepas isu derhaka dan hak Melayu berikutan coup d'etat di Perak. Kalau menang, tekanan supaya penyelesaian krisis Perak diberikan sedikit keadilan akan lebih berkesan. Kalau kalah, UMNO akan bersorak dan Pakatan Rakyat akan diganyang lebih teruk lagi.
Akhir-akhir ini terlalu banyak desas desus spekulasi yang pelik dan menyanggah arus tentang politik Malaysia. Ada macam-macam teori dan ramalan yang memeningkan, tetapi sukar pula untuk dibuang begitu saja. Setiap teori dan ramalan, ada asas perkiraan sendiri yang menasabah atau direka supaya jadi menasabah. Kemenasabahan itu menyebabkan orang ramai terus bercakap mengenainya walau pun sumber cerita langsung tidak jelas.
Paling popular ialah kisah Najib tak akan jadi PM. Raja Petra memulakan analisis yang panjang tentang ramalan ini. Pertemuan Abdullah-Anwar di Hulu Langat menambah kehangatan itu. Norza didakwa, setpol Azalina dicekup, Azalina disiasat, hantu Altantunya bergentayangan semula, MP Sarawak tak puas hati agihan bajet tambahan, Presiden PAS cadang kerajaan perpaduan, dan macam-macam lagi.
Kalau Najib tak jadi PM, siapa yang akan jadi No. 1?
Nujum pertama ramal Najib tak akan dihalang jadi Presiden UMNO tapi Pak Lah kekal sebagai PM. Macam mana? Kononnya Tuanku Mizan tak akan memberi perkenan kepada Najib walau pun dah jadi Presiden UMNO. Perlembagaan tak kata pun Agong mesti lantik Presiden UMNO jadi PM. Najib tak boleh mengamuk sebab Khairy dah kautim penyimpan rahsia Altantunya. Kalau Najib bising-bising, Hamid Albar boleh sain surat tangkap. Lepas tu, tak kanlah Najib nak duduk diam. Itu tak susah. Kalau Najib cari pasal juga, Khairi boleh gertak lagi. Ada 29 MP yang sehati sejiwa dengan Pak Lah dan Khairi. Dicampur dengan 82 MP Pakatan Rakyat jadi jumlahnya 111. Simple majority di Parlimen hanya 122. Pagi-pagi lagi 11 MP Sarawak boleh join untuk cukupkan 122. Kalau Najib bising, 29 geng Pak Lah dan 11 Sarawakian akan sokong Pakatan Rakyat dan Anwar jadi PM. Oh no! Najib diam balik.
Boleh ke Pak Lah bertahan jadi PM sedangkan dia bukan Presiden bahkan bukan MT UMNO pun. Tak boleh. Maka macam mana? Beberapa bulan selepas Mac, Pak Lah akan mohon perkenan membubarkan Parlimen dan berlansunglah pilihanraya umum ke 12 1/4. Pak Lah tinggalkan Parlimen. Lantaklah apa nak jadi.
Boleh percaya ke?
Nujum kedua ramal Najib tak dapat jadi PM sebab dia kena tangkap minggu depan. Bukan kes Altantunya tapi tangkapan di bawah ISA. Alamak! apa dah jadi? Kononnya waktu nak rampas kuasa di Perak, Najib ugut Sultan. Butiran ugutan tidak didedahkan atau mungkin juga memang tak ada butiran. Ketika Pak Lah sembah maklumkan perkembangan Perak kepada Majlis Raja-Raja, dia dimaklumkan pula kemurkaan sekelian istana-istana terhadap Najib. Pak Lah mesti lakukan sesuatu untuk menghentikan nafsu serakah Najib. Maka Hamid Albar akan sain surat Kemunting tu.
Ertinya bukan setakat tak dapat jadi PM, kerusi Presiden UMNO pun tak sempat nak disentuh. Alahai nasib! Pak Lah terus jadi PM. Muhyidin yang memangku jawatan Presiden UMNO sekadar jadi TPM. Awal 2012 Pak Lah bubar parlimen. Lepas pilihanraya ke 13 tu, Anwar jadi PM.
Boleh percaya ke?
Ramalan nujum ketiga lebih gempaq lagi. Najib tak jadi PM. Bukan Pak Lah. Muhyidin pun bukan juga. Habis tu siapa? Jawabnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim! Begini - UMNO dah cipta precedent baru bagi tafsiran kuasa budi bicara Sultan/Agong dalam hal melantik Menteri Besar dan Perdana Menteri. Agong boleh lantik Perdana Menteri baru bila-bila masa. Tak perlu ada vote of no confidence di Parlimen. Anwar boleh maklumkan kepada Agong bahawa Pakatan Rakyat dah cukup bilangan mewakili majoriti MP. Agong boleh siasat dengan memanggil dan mendapatkan pengakuan MP-MP yang disenaraikan kepada Agong. Lepas tu Agong titahkan Pak Lah atau Najib meletak jawatan bersama kabinet. Nak letak atau tak letak, tak kesah sebab titah itu menyatakan kalau tak letak pun, jawatan-jawatan itu dianggap kosong. Sehari dua selepas tu, Agong perkenan melantik Anwar jadi PM.
UMNO tak boleh bantah. Kalau bantah namanya derhaka. Tak kanlah Pemuda UMNO yang baru saja buat demonstrasi menyokong dan mempertahankan Raja, tiba-tiba nak buat demonstrasi membantah Raja pula. UMNO meracau tak keruan. Apa nak dikata!
Boleh percaya ke?
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
fuh!!! memang otak mike ni geliga... boleh buat batu cincin.... heheheheheehehe
bakal dilantik jadi ahlil nujum negara ni kalo pr perimtah malaysia....
Aduii.... pening dibuatmya!
haru biru politik malaysia kalau ramalan di atas tu menjadi muahahahahaha
abis tak kan amno nak diam je kot ;)
Dimanakah letaknya kekuatan Dato Zambry,dikerisnyakah,ditenaganyakah?
Jawabnya:kekuatan Dato Zambry terletak pada huruf
'Z'cuba anda ganti dgn huruf'C'jadinya 'CAMBRY'
anda kenal dgn 'Dato Cambry' kita cuma kenal dgn
'TOYOTA CAMBRY'....MUAHHAHAHUUAHHUUAHH
kalau macam tu kamu aku lantik jadi TPM aje sebab otak kamu ada classss tak macam tukang ampu dalam UMNO.
Otak lu memang kritikal la bro. Maksud aku kritis. Pikir luar kotak. caya lah.
sape tak pe taiping rugi...