Jumlah pengundi terkini bagi P.59 ialah 55471. Daripada jumlah itu, 63.29% (35105) adalah pengundi Melayu manakala 36.71% (20366) adalah pengundi bukan Melayu.
Dalam PRU12 seramai 40301 pengundi (72.65%) keluar menunaikan tanggungjawab. PAS memperolehi 20015 undi mengalahkan BN (18449 undi) dengan majoriti 1566 undi. Calon bebas mendapat 872 undi manakala undi rosak berjumlah 851.
Pakatan Rakyat menang dua daripada tiga DUN dalam P.59 iaitu DUN Kuala Sepetang dan DUN Changkat Jering. BN menang di DUN Trong. PR mendapat 7285 undi di DUN Kuala Sepetang, 9411 di DUN Changkat Jering dan 3296 di DUN Trong. Jumlah undi PR daripada tiga DUN ini ialah 19992, kurang 23 undi berbanding angka yang diperolehi di peringkat Parlimen.
Dijangkakan jumlah keluar mengundi pada PRK 7 April ini boleh mencecah 80% iaitu seramai 44377 pengundi. Jika ditolak jangkaan 1% kertas undi rosak (444), jumlah undi yang menjadi rebutan ialah 43933. Oleh itu angka kemenangan paling rendah ialah 21967 undi.
Berdasarkan jumlah 19992 undi PR daripada tiga DUN pada PRU12, sebanyak 1975 undi tambahan diperlukan untuk mencapai angka kemenangan paling rendah seperti yang dinyatakan di atas. PR memerlukan pertambahan undi hampir 10% berbanding angka yang diperolehi semasa PRU12.
Jika dipecahkan mengikut DUN, jumlah undi yang perlu diusahakan oleh PR ialah 8014 bagi DUN Kuala Sepetang (tambahan 729), 10352 bagi DUN Changkat Jering (tambahan 941) dan 3626 bagi DUN Trong (tambahan 330). Jika angka sasaran ini dapat dicapai, PR akan memperolehi 21992 undi iaitu lebihan 25 undi daripada angka kemenangan paling rendah.
Berdasarkan momentum kesedaran politik dan kebangkitan hasrat rakyat pelbagai kaum yang agak baik ketika ini, keupayaan PR untuk mendapat pertambahan undi 10% berbanding jumlah yang diperolehi semasa PRU12 adalah menasabah dan logik untuk diusahakan secara sistematik.
Dalam pada itu, penggerak dan petugas PR tidak harus memandang mudah tugas yang dipikul kerana sejarah pilihanraya kecil menunjukkan bahawa BN sanggup membuat pelaburan besar dan melakukan apa saja untuk mencapai kemenangan tanpa mempedulikan peraturan dan undang-undang.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
Siapa tu Melayu?? Jawa, Bugis? Mamak kot?
kalo ikut artikel 160 perlembagaan persekutuan, melayu = sape2 yg beragama islam, menggunakan bhs melayu,dan ikut adat melayu, die tu melayu laa...
so, kalo sape2 tu dlm IC die ade tulis Islam, kire die melayu la... xkesah ar keturunan ape, jawa, bugis, mamak, benggali, portugis, nepal myanmar, atau monggolia sekalipon...
ape pnye soalan da...
Salam...
Mengikut kajian sainstifik... baka, bani dan keturunan adalah sesuatu yang hakikat dan tidak boleh diwartakan sesuka hati oleh mana-mana undang-undang yang ditulis oleh manusia... dan manusia tidak akan dapat membuang baka keturunan diri mereka dengan apa cara sekalipun... Hakikat yang kekal bagi seorang manusia... Kalau dia ada darah india maka dia tetap bukan melayu tulin...secara biologinya
Sekian wassalam
Bismillahhir-Rahman nir-Rahim
Assalamualaikum... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup mu dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidupmu adalah hari-hari yang diredhaiNya
Saya melihat secara analoginya istilah "Melayu" dan "Bumiputra" adalah "gumpalan sampah"... ibarat seorang batu api meletak gumpalan sampah di depan kita (Orang Melayu) dan di depan orang Cina supaya "RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSATU MENENTANG MEREKA"
Batu Api: "Ok ni kepala bapak Orang Melayu.. (sambil meletak gumpalan sampah depan Orang Cina) dan ini kepala bapak Orang Cina dengan meletak gumpalan sampah depan Orang Melayu... Ok sekarang anda berdua sila sepak kepala bapak lawan masing-masing..."
Orang yang bodoh akan bergaduh kerana segumpal sampah bekenaan. Dalam hal ini istilah "Bumiputra" atau "Melayu" itulah ibarat sampah yang digunakan untuk mengapi kaum. Ada ekuiti dinamakan "ekuiti BUMIPUTRA" ada raja "Dinamakan Raja Melayu" ada Islam dikatakan "Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu" ada biasiswa untuk orang miskin dinamakan "Biasiswa Bumiputra" Nama MELAYU dan BUMUPUTRA bekenaan akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia supaya menyokong kumpulan yang dikatakan pejuang "KETUANAN MELAYU" pendek kata semua nak kaitkan dengan Melayu supaya semua Melayu menyokong mereka dan menggunakan nama itu dengan berkesan sekali sejak lebih 50 tahun. Hanya jauhari mengenal manikan itu...
Gumpalan Sampah (Penggunaan nama Melayu dan Bumiputra) berkenaan tiada nilai satu sen pun dalam agama dan pada kemanusiaan. Jangan buang masa memikirkan sesuatu yang tiada faedah itu sehinggan porak peranda satu negara...
Sekian..
Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...
Pemgundi hantu dari kubuq keris kira x?
plus minus kena jugak tu macam kat Kuala Terengganu hari tu!!
kalau buat artikel ni dlm bahasa omputeh lagi bbguih agaknye kot...pasai bang hisham keris suka matematik dlm bahasa boputeh hehehehe..... nk ok lagi ajaq bahasa melayu dlm bahasa omputeh sekali laaaagiiiii ok...