AWAS PROVOKASI UMNO!

Gelanggang PRK Bukit Gantang akan bermula secara resmi pagi ini. Puluhan ribu penyokong PR dan BN dijangka hadir ke bandar Taiping untuk mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon. Polis telah menghiasi persekitaran tempat penamaan calon dengan semua keperluan dan peralatan ala perang.

Sejak beberapa hari yang lalu kenderaan dan anggota polis telah berkampung di merata lokasi dalam kawasan Bukit Gantang. Kawasan ini seolah-olah zon perang atau zon memburu penjenayah merbahaya.

Petugas dan penyokong PR dinasihatkan agar berhati-hati dengan kemungkinan provokasi UMNO dan rakan-rakan subahat mereka untuk menimbulkan kekacauan dalam tempoh kempen PRK ini.

Terdapat desas-desus UMNO akan menggunakan rakan-rakan subahat dan petugas-petugas upahan untuk merangsang kemarahan penyokong PR sehingga berlaku pergaduhan atau tindakan yang menggugat ketenteraman awam. Keadaan itu akan dijadikan alasan untuk membatalkan PRK P.059 atau dijadikan sebab untuk membatalkan kemenangan PR dalam PRK ini.

Petunjuk awal usaha ini ialah tindakan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan diikuti tindakan menghalang beberapa majlis ceramah PR yang dibuat secara kekerasan. Namun setakat ini penyokong PR masih belum termakan umpan yang dihulurkan. Oleh itu UMNO dijangka akan meningkatkan provokasi sehingga maksud mereka tercapai.

Penyokong PR diminta agar berhati-hati terhadap agen yang disusup masuk ke dalam pasukan petugas dan penyokong PR untuk mengapi-apikan tindak balas kekerasan.

Comments :

3 comments to “AWAS PROVOKASI UMNO!”
Anonymous said...
on 

mmg dah perangai azali UMNO camtu..

Unknown said...
on 

Semua rakyat yang menyokong PR sila jangan macam gangster Umno.Jaga helah mereka dengan undercover yang akan mereka yang menyerap masuk menyertai penyokong PR dan akan membuat kecoh kononnya orang PR.

Biar kita lawan sampai titisan kesabaran terakhir...bukan darah macam Umno..

Anonymous said...
on 

Amalan dan budaya kotor, ganas, jijik UMNO yang tamakkan KUASA & HARTA seperti nih nak dihapuskan?

macam mana UMNO nak berubah dari amalan unIslamic,undemocratic & uncivilise kepada UMNO yang lebih unggul & wibawa???

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini