KEDUDUKAN TERKINI KECENDERUNGAN PENGUNDI BUKIT GANTANG

Besok (23 Mac) Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon bagi PRK Bukit Gantang. Seminggu lagi (29 Mac) kita akan mengiringi calon ke pusat penamaan calon dan sembilan hari selepas itu (7 April) pengundi Bukit Gantang akan memberikan isyarat penting kepada politik Malaysia melalui peti undi di tempat masing-masing.

Terlalu banyak kenyataan tentang "yakin akan menang". PR yakin menang. BN pun yakin menang. Sudah tentu kedua-duanya (PR dan BN) perlu menyatakan begitu. Kalau dikeluarkan kenyataan "tak yakin boleh menang" tentulah tak menasabah. Tetapi realitinya bagaimana?

Pandangan mamamat perlu diberi perhatian (baca artikel penuh mamamat di blog jantantuya). Pandangan raden banjar di albanjarionline juga menarik untuk difikirkan. Selain itu ada satu kajian melibatkan kecenderungan pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang yang wajib diberi perhatian oleh penggerak jentera pilihanraya kedua-dua pihak. Kalau PR prihatin terhadap kajian ini, PR boleh menang. Kalau BN prihatin, BN akan menang.

Tidak banyak yang berubah di Bukit Gantang selepas krisis besar yang berlaku di Perak. Pengundi PR semasa PRU 2008 masih kekal dengan pendirian asal. Pengundi BN juga begitu. Peralihan kecenderungan mengundi hanya berlaku sedikit di kalangan pengundi bukan Melayu terutama pengundi kaum Tionghua. Sekitar 10% daripada kaum Tionghua yang mengundi BN semasa PRU 2008 telah beralih kecenderungan untuk memberikan undi kepada PR pada PRK ini. Pecahan pengundi India masih kekal sama seperti PRU 2008.

Pertambahan minat pengundi kaum Tionghua itu belum memberi jaminan kemenangan kepada PR. Pada PRU 2008, sebahagian ahli dan penyokong UMNO tidak keluar mengundi kerana memprotes calon yang didatangkan dari luar kawasan. Mereka dipercayai akan keluar mengundi pada PRK ini. Sekiranya hal ini berlaku, BN akan mendapat tambahan undi yang lebih banyak berbanding tambahan undi kaum Tionghua yang diperolehi oleh PR. Keputusannya, BN menang.

Selain dari itu, isu derhaka dan boneka yang dimainkan oleh UMNO didapati ada kesannya kepada sebahagian orang Melayu yang mengundi PR dalam PRU 2008. Golongan ini ialah pengundi PR yang bukan ahli PAS atau PKR, yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar. Seramai 2000 hingga 2500 pengundi PR dalam PRU 2008 adalah dari kategori ini. Mereka tidak pernah menghadiri sebarang program parti (PAS-PKR-DAP). Mereka juga bukan pembaca akhbar Harakah atau Suara Keadilan. Mereka mengundi PR hanya kerana maklumat-maklumat yang diperolehi secara tidak langsung daripada persekitaran tempat kerja dan pergaulan harian yang biasa. Di pihak BN, pengundi kategori ini pada PRU 2008 adalah seramai 1000 hingga 1500 orang.

Perlawanan sebenar di antara PR dan BN adalah di dalam kelompok ini yang berjumlah di antara 3000 hingga 4000 orang, mewakili antara 7% - 12% pengundi yang dijangka keluar ke pusat pengundian. Parti yang mendapat undi daripada 60% pengundi kategori ini akan muncul sebagai pemenang pada 7 April nanti.

PR menang dalam PRU 2008 dengan majoriti 1566 undi. Ini bermakna golongan atas pagar adalah penentu yang sebenar kepada kemenangan itu. Jika 35% - 40% pengundi PR dari kelompok atas pagar ini beralih menyokong BN, kerusi P.59 akan bertukar tangan.

Oleh itu, PR wajib memberi tumpuan kepada kelompok ini dengan pendekatan sistematik, penuh berhemah, berinformasi dan berterusan. Ceramah, kain pemidang, poster, risalah dan rayu undi oleh petugas luar, bukan pendekatan yang sesuai untuk golongan ini. Mereka perlu didekati secara terancang dan tersusun oleh petugas yang mengenali mereka sepenuhnya. Penentuan petugas untuk berurusan dengan setiap seorang pengundi kelompok ini mestilah diputuskan dengan teliti berdasarkan hubungan, kadar penghormatan, keupayaan mempengaruhi dan lain-lain kesesuaian. Kaedah pendekatan dan jenis isu juga mestilah ditentukan secara khusus bagi setiap sasaran kerana kesesuaiannya berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Tinjauan menyeluruh selama dua minggu daripada 7 hingga 20 Mac mendapati golongan ini masih belum didekati secara terarah oleh kedua-dua pihak (PR dan BN). Sebahagian besar daripada mereka dalam kelompok ini masih belum memutuskan arah undi yang akan diberikan pada 7 April nanti. Krisis Perak dan beberapa isu nasional termasuk peralihan kuasa PM, pergolakan dalaman UMNO, rasuah pemimpin UMNO dan krisis ekonomi masih di peringkat penilaian oleh kelompok ini dan belum ada keputusan muktamad tentang parti yang akan diundi pada PRK ini. Keadaan ini membuka ruang dan peluang untuk kedua-dua pihak dan berpotensi untuk memenangkan atau mengalahkan mana-mana satu antara PR dan BN.

Disamping keberkesanan pengurusan organisasi jentera pilihanraya dari aspek koordinasi, penganjuran program/aktiviti, penetapan isu dan penyediaan bahan kempen, PR wajib peka, prihatin dan serius mendekati kelompok ini sebaik dan sepantas mungkin. Pendekatan mestilah secara individu dan oleh petugas tempatan.

Jika langkah ini terlaksana, PR akan menang dengan majoriti antara 2000 hingga 4000 undi. Jika sebaliknya, PR akan ditewaskan oleh BN dengan kelebihan 1000 hingga 2000 undi. WaLlahu A'lam.

Comments :

7 comments to “KEDUDUKAN TERKINI KECENDERUNGAN PENGUNDI BUKIT GANTANG”
Modern Talking said...
on 

blum di tambah pengundi dari kaum Hantu yang mana majoritinya akan berpihak pada BNatang

Anonymous said...
on 

Kecendurangan pada BN..bukan senang PR nak lawan dengan BN, Polis, SPRM, SPR, Majlis Perbandaran Taiping, Mufti dan !! lagi, semua tu nak kena lawan, jadi harapan Bn menang cerah.. Harapan PAS hanya Allah sahaja tempat kita memohon..

Irama said...
on 

ha..bila hanya ALLAH saja tempat bermohon dan Allah saja yang akan tolong, maka hancurlah bala-bala umno bajingan ni

Prof. Era Pasca said...
on 

isnyaallah ikut cara nik aziz... DOA-USAHA-IKHTIAR-TAWAKKAL

Anonymous said...
on 

inshallah..pas dan pr akan bergabong tenaga semaksimum munkin bagi mempastikan pas memenangi kerusi 059 ini.rakyat tidak tertipu dengan apa jua bentuk penipuan yang di lakukan olih umno bn.jom!!seluruh penyokong pr!! kita dekati seluruh pengundi melayu cina india.. sama sama kita kapan kan parti umno/bn penipu..perompak siang hari ni...

Unknown said...
on 

Sesungguhnya orang umno di Malaysia dah sama dah macam orang yahudi di ISRAEL. Sikap dan percakapan mereka macam BANGGGGSATTTTTTTTTTTTTT!

Anonymous said...
on 

Ada dengar cerita SPR telah berkampung di Bukit Gantang sudah 2 minggu. Apa pula kerja mereka? Membela hantu dan pertualang? Berjaga-jagalah hari mengundi. Penduduk yg diatas pagar ini di cari sebabnya mengapa masih sokong umno, masih mengharapkan ketuanan Melayu, pembela Melayu, sedikit habuan rasuah, penggantungan hidup dgn umno dan sebagainya?

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini