5 TINDAKAN SPEAKER DUN - SAH atau TIDAK?

5 TINDAKAN SPEAKER DUN – SAH atau TIDAK?

Tindakan 1 - mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering & Jelapang

Berdasarkan Fasal 35 Perlembagaan Negeri Perak, Speaker berkuasa penuh mengisytiharkan kekosongan 3 kerusi DUN itu berikutan wujud surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebarang keraguan berkaitan status kekosongan itu, termasuk kesahihan surat perletakan jawatan yang berbangkit, hanya boleh diputuskan oleh DUN melalui persidangannya atau mana-mana jawatankuasanya.

“ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad” - Fasal 33(1) Perlembagaan Negeri Perak."

SPR tiada kuasa dan tidak berhak membuat keputusan berkenaan kekosongan kerusi DAN kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.

Tindakan 2 - mengeluarkan saman kepada 7 ADUN BN supaya hadir mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN

Tindakan 3 - menggantung 7 ADUN BN daripada menghadiri sidang DUN

Speaker membawa aduan yang diterima daripada ADUN Canning ke mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN berdasarkan tanggungjawabnya mengikut Peraturan Tetap DUN.

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN mendapati wujud kes prima facie bagi aduan terhadap 7 ADUN BN itu berkaitan hak mengadap Sultan menurut Fasal 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa mutlak kepada Speaker untuk menjalankan tanggungjawabnya berkaitan urusan DUN tanpa boleh dicabar melalui sebarang prosiding jenayah atau sivil di mana-mana mahkamah.

Fasal 44(1) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan kuasa penuh kepada DUN untuk menetapkan sebarang peraturan atau prosedur berkaitan semua pengurusan dan perjalanan dewan itu. Peruntukan ini memberi kuasa mutlak kepada DUN untuk melaksanakan semua prosedur yang ditetapkannya, dan urusan dalam DUN itu tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak lain.

Perintah Tetap 43 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Tuan Speaker dalam Dewan atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab bagi menjaga supaya peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa dipatuhi, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh dirayu, ditimbangkan semula atau diulangkaji oleh Dewan kecuali dengan dikeluarkan usul tersendiri dengan tujuan sedemikian. Usul sedemikian itu tidak berkehendak kepada notis lebih daripada dua hari.”

Tindakan 4 - memanggil Sidang Tergempar DUN

Tindakan 5 - menjalankan Sidang Tergempar DUN di luar bangunan DUN

Speaker memanggil Sidang Tergempar DUN pada 3 Mac 2009 berdasarkan Fasal 36(1), 36(2) dan 44(1) Perlembagaan Negeri Perak serta Perintah Tetap 10(2), 11, 15, 16, 17, 88 dan 90 Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

Notis memanggil Sidang Tergempar 3 Mac tidak memerlukan perkenan Sultan kerana siding itu adalah sambungan kepada sidang yang ditangguhkan pada November 2008. Sidang November itu hanya ditangguhkan (adjourned), bukan diberhentikan atau ditamatkan (prorogued).

Perkenan Sultan bagi memanggil sidang DUN yang dimestikan oleh Fasal 36(1) hanya merujuk kepada sidang sebelumnya yang telah diberhentikan atau ditamatkan (prorogued). Fasal itu tidak menyebut berkenaan sidang sebelumnya yang hanya ditangguhkan (adjourned).

Fasal 44(1) memperuntukkan kuasa mutlak kepada DUN untuk menetapkan apa-apa peraturan berkaitan urusan DUN yang tidak diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri. Tafsiran perkataan “mesyuarat” (meeting), “persidangan” (sitting) dan “penggal” (session) bagi persidangan DUN termaktub di dalam Perintah Tetap 88 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Perintah Tetap 15 dan 16 memperuntukkan kuasa kepada Speaker untuk menangguhkan (adjourn) satu persidangan (sitting) dan memanggil persidangan (sitting) berikutnya selagi dalam satu penggal (session) persidangan.

Kuasa memanggil sidang selepas sidang yang ditangguhkan pada November 2008 tidak tertakluk kepada Sultan kerana Fasal 36(1) hanya berkenaan dengan “satu penggal persidangan” (one session) dan “penggal persidangan berikutnya” (next session).

Perintah Tetap 11 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):

“Mesyuarat-mesyuarat Dewan dalam tiap-tiap penggal hendaklah diadakan pada hari-hari tertentu dan bermula dari suatu waktu sebagaimana yang ditetapkan oleh Tuan Speaker.”

Jika timbul keraguan berhubung kuasanya, Speaker boleh bergantung kepada kuasa-kuasa terhad yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perintah Tetap 90 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak).

Mengikut Perintah Tetap 89 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak), keputusan dan arahan Speaker adalah muktamad. Semakan kepada keputusan dan arahan itu hanya boleh dibuat melalui usul di dalam sidang DUN.

Perintah Tetap 89:

“Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-Perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara ini.”

Comments :

6 comments to “5 TINDAKAN SPEAKER DUN - SAH atau TIDAK?”
EQUILIBRIUM said...
on 

terima kasih atas penjelasan yg begitu mantap sekali. teman memang tercari2 artikel sebegini yg memperincikan tindakan speaker dgn fasa2 dlm perlembagan dan perintah tetap dun.

sekurang2 nya penjelasan begini paling elok utk menutup mulut2 menteri amno yg merapu tak tentu hala ikut sesedap lidah deme je.

Anonymous said...
on 

Salam ustaz,

lama tak jenguk mai komen sini...jenguk tu ada..tapi sibuk skit kat opis nie..
penjalasan yg senang dan mudah kita nak pham..tp tak tau la puka2 belah sana macam mana...

ustaz rasa macam mana lagi cara yg kita betui2 nak phamkan rakyat kita ni ttg benda macam nie..?
ada ke cara yg lagi efisyen ke?

pasai edaran dari ppihak urusetia tu dah ok cuma banyak lagi belum update...harap ustaz buleh bawa benda nie ke atas..TQ

Prof. Era Pasca said...
on 

baginda sebagai juri... baginda rasakan sah cara sivakumar!! hahahhaa

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/kes-derhaka-baru.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/baginda-pun-tak-kisah-pemilihan-umno-di.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/post-mortem-ke-2-kugan-ini-betul-betul.html

Anonymous said...
on 

Saya amat hargai penjelasan yang panjang lebar.Cuma sekarang depa guna menteri yg PHD dia pun dia langgar Rais Yatim yg bakar jambatan untuk terangkan undang2 kononnya yg Perak ni berpihak pada mereka.Pi.. dah Rais kalu pandai sangat takkan Pulau Batu Putih pun Singapore dapat.Ni mesti kes PHD orang lain yg buat hahah

Anonymous said...
on 

Sekarang ni hari2 si Rais bacakan undang2 sebab kononnya dia sorang belajar undang2.Pii...dah rakyat tau siapa yang benar!

Haji A. Ali, HS said...
on 

Salam,

UMNO kafirun hanya pandai berkata2..tetapi bodoh sebenarnya....!!!

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini