Selepas diumumkan Khairi Jamaluddin menang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, aku singgah berziarah ke beberapa blog UMNO. Saja nak tinjau apa ulasan kawan-kawan kat sebelah sana. Menarik. Blog penyokong-penyokong Najib-Muhyiddin-Mukhriz sedang terbakar. Sumpah seranah dan maki hamun sedang meletup. Bukan setakat KJ malah UMNO pun dikutuk habis-habisan.
Luahan blog Cucu Tok Selampit :
Terima Kasih Keldai-Keldai Pemuda UMNO!
Tahniah kepada Saudara (Datuk ... Tan Sri ... Tun selepas ini?) Khairy Jamaluddin, menantu kepada Perdana Menteri yang membilang hari persaraan, kerana walaupun dirimu merupakan seorang perasuah, kamu tetap menjadi pilihan 304 keldai-keldai bodoh.
Terima kasih kepada 304 keldai-keldai bodoh yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan seorang perasuah. Jasa anda semua akan dikenang sekiranya UMNO dikuburkan selepas ini. Sesungguhnya jasa 304 keldai-keldai ini telah memanjangkan hayat parti-parti Pakatan Haram. Semoga wang haram yang kamu semua terima sebelum ini berbaloi untuk menggadai maruah bangsa Melayu.
Tahniah sekali lagi Saudara Khairy Jamaluddin. Lupakan sahaja saranan DS Najib untuk berubah. UMNO tidak akan berubah. Pemimpin Pemuda UMNO seorang perasuah ... disokong pula oleh keldai-keldai baghal. Alangkah malangnya ...
Dari blog BERANIKAN HATI :
ADIOS! UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU
UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celaka
Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.
Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.
Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.
Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.
Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.
Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.
Aku tak mahu komen apa-apa lagi. Cukup sekadar kita fikirkan bersama.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
aku comment leh x?
kire nye politik wang yang dimaksudkan oleh ahli displin UMNO hampeh ('adUh') hari tu, KJ ni merasuah 304 orang la kan... camtu la kirenyekan... sebab ade 304 ekor kaldai... tapi 'adUh' haritu kate die nye rasuah sikit je...
cube kite kire ramai2 ye...berape yang dimaksudkan dengan sikit tu..
katelah habis kedekut piang si-KJ ni, dia blanje 304 orang ni minum teh tarik, maknenye KJ nye rasuah dah 304 hengget(itupun kalau segelas singgit), agak banyak gak tu (boleh beli susu budak tu)... tapi takkan teh saje kut... katelah paling koman pun ade roti canai...
So katalah total sorang makan rasuah ni rm3.00... maka 3.00x304kaldai=912hengget... uiyoo... 912.00hengget tu.. (dapat le bayar kete 3 bulan)
tambah rokok penanggar lagi.. dunhill-14 le senang kire dan bergaye sikit.. (6.50+3.00)x304kaldai=2888.00hengget..
tapi kalau orang malaysia ni takat rasuah minum+makan+rokok takde maknenye.. abis klu da pas makan nak balik cemane? yedak?
kate la KJ yg baik hati ni bagi lg duit poket atau angpau atau sumbangan ikhlas setulus hati untuk buat duit tambang balik, kurang2 klu nak jd pemuda UMNO (jwtn besar nih) kenele bagi sorang 1000(habis busuk da ni)... dah brape dah tu? (304x1000)+2888=RM306,888.00...
ish-ish... banyak tu.. setaun gaji aku pun tak dapat camtu... tapi ape leh buat 'adUh' kate 306,888.00 hengget ni amaunt sikit je, boleh bertanding lagi belum kire rasuah lagi, bagi amaran cukupla...
ini bukan malaysia BOLEH tapi malaysia BODOH.. bukan aku kate orang australia yg kate.. hehhe..
hmm.. abeh koman pun rm306,888 abis.. kalau minum kat coffe bean? ade kot 1,000,000.00 baru kire banyak kut bg 'adUh'?
Kahkahkah....dah hidup dalam tong taik takkan nak harap bau kasturi...mestilah baunya pun bau taik gak.!!! bengonglah umno ni.! kahkahkah.! Pilihlah sapa pun..semuanya pelahap makan rasuah.! Suruhlah ustad Firdaus tu kasi tazkirah sikit tentang rasuah ni..! kahkahkah!
orang umno tak hormat demokrasi. kj menghadapi tugas berat untuk membentuk pemikiran baru dalam pemuda. jikan dilihat dari tiga calon ketua pemuda, hanya khairy yang ada potensi untuk merubah umno.
yobagi.
Camana mustad Fidaus nak kasi tazkirah ... dia pun sama berbau taik...kah..kah..kah...
adus..pengakuan berbisa nih...kehkehkeh,,,seruan ku..WAHAI AHLI AMENO,jadi2 la tu...insaf la wehh...kalau ampa nk kebenaran..pintu PAKATAN RAKYAT masih dibuka..hidup PAKATAN hidup RAKYAT...!!!!!!!!!!!
penyokong pr jangan sibuk2 hal amno..biarlah mrk selesaikan hal mrk kita tumpukan bagaimana nak menangkan pr di 3 plihanraya ni
bro, cakap salah tak cakap pun salah...jom minum dulu oii...pasni baru fikir
i'm no king
AKU NI DULU AHLI UMNO YANG PALING KARAT DALAM DUNIA...SAMPAI NAFAS AKU PUN BERBAU UMNO...
SERONOK AKU JADI KETUA PENERANGAN AJER....
HABIS SEMUA AKU TERANGKAN...
TUP TUP 1998 KELUAR NOVEL 50 DALIL.. ANWAR DIKATAKAN MAIN BONTOT DAN MAIN BINI ORANG...
TERUS AKU DAH TAK PEDULIKAN UMNO ..HINGGA KINI DAN SELAMA-LAMA-LAMA-LAMA-LAMANYA....
kita bukakan tangan memimpin tangan-2 yang ingin menyertai PR... alhamdulillah.. ALLAH telah menurunkan HIDAYAHNYA kepada mereka...
Bukan penyokong pr nk sibuk tapi terasa terpanggil gak nak ulas sebab persidangan UMNO, tapi pasai apa pemimpin UMNO dok bantai pemimpin pr masa kaw.. kaw.. punye masa ucapan dasar sayap parti... tak tengok ke? camne Hishamuddin, Rafidah dan Noraini dan termasuklah Najib dok bantai pemimpin pr... UMNO yang mulakan dulu kan... kalau persidangan UMNO jangan la dok sentai orang lain.. sentai la puak2 hampa yang Korup dan gila kuasa tu.. sebab tu penyokong pr berasa terpanggil untuk ambil tahu hal persidangan UMNO, apapun aku kasi kredit gak la kat pak lah sebab dia tak melatah untuk bantai pr tapi dia banyak bermuhasabah diri kenapa rakyat menolak UMNO dan BN. Itu baru betul berjuang jangan la asyik salah kan musuh je kalu kalah berperang sedangkan kita tempang disana sini.. rakyat sekarang dah peka. Fikir2 kan lah..
keluarlah dari parti yang mengamal kan rasuah.. puak2 kaki rasuah ni lama2 nnt negara pun dia org akan jual demi kepaentingan peribadi..sekian