DEBAT TERBUKA BERTUKAR JADI DEBAT YM

Alhamdulillah. Akhirnya BPN bagi respon juga pada cadangan aku. Cuma terkeluar tajuk sikit je. Gomo cabar debat terbuka. Aku sambut cabaran tu bagi pihak blognet. Tapi perlu diulang sekali lagi - GOMO cabar debat terbuka, bila-bila masa dan di mana saja. Tak sampai sehari, BPN dah ubah 'terbuka' jadi 'tertutup'. PPC nak berdebat kat YM je. Tak boleh tunjuk muka.

Cenangau dah cari dewan. Ada tiga pilihan sama ada dewan Kg. Jambu, dewan Pokok Assam atau dewan pekan Trong. Kalau dapat debat kat kawasan khemah-khemah bilik gerakan UMNO-BN yang banyak aku nampak kat Bukit Gantang ni pun bagus jugak. Tapi tak tahulah macam mana nak dapatkan kebenaran.

Albanjari dan Topeng Perak dah ulas perkara ini. Oleh kerana GOMO nak berdebat tentang rakyat maka eloklah dibuat di depan rakyat. Sementelah cabaran itu pun jelas menyatakan 'di mana saja', dan GOMO menyerahkan penentuan 'bila' dan 'di mana' itu kepada pihak yang dicabar. Kata GOMO "LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT".Sebab itulah aku kemukakan cadangan tarikh, tempat dan format debat itu. Sekira-kiranya patut juga kalau aku terus nyatakan tarikh dan tempat secara muktamad, tapi aku rasa lebih gentle kalau bagi cadangan dulu. Lepas tu bolehlah kedua-dua pihak membincangkan kesesuaiannya.

Tapi lain pula jadinya. BPN memaki hamun aku dan rakan-rakan blognet kerana menyahut cabaran itu. Jawaban BPN kabur dan bercanggah antara sesama mereka. GOMO terima, tapi tak boleh kalau 20 Mac. Selepas beberapa jam, macam setuju pulak dengan tarikh tu. Parpu Kari hanya merapu macam budak-budak. Kawan dia si GOMO cabar blognet, tapi si Parpu minta DS Nizar turun berdebat. Memang merapu tak faham tajuk. Alih-alih boss BPN si PPC ajak debat online je. Debat melalui YM. Boss pun tak faham tajuk.

Bila PPC ajak debat melalui YM, aku dah nampak jawaban sebenar BPN. Bila geng PPC berlumba-lumba mencabar blognet supaya kemuka hujah kat YM malam tadi, semakin terang jawaban sebenar BPN. Debat terbuka tak diterima. Pakai YM je yang mereka sanggup. Cabaran GOMO "CAKAP SAHAJA BILA DAN DIMANA" dah bertukar jadi "JOM DEBAT KAT YM JE".

Aku masih mengharap debat ini jadi kenyataan. Albanjari mengulangi kesediaan blognet berdasarkan cabaran yang asal. Aku masih mengharapkan keberanian tulen BPN. Please jangan pusing-pusing cakap. Janganlah "terbuka" jadi "tertutup". Janganlah "dimana saja" jadi "kat YM je". Janganlah beralasankan keselamatan, tajuk, bil streamyx, buang masa dan seribu satu macam lagi.

Kalau hendak, seribu daya
Kalau tak mahu, seribu dalih

Comments :

10 comments to “DEBAT TERBUKA BERTUKAR JADI DEBAT YM”
Anonymous said...
on 

memang dasar pencacai umNO ni cakap tak serupa bikin. tak yah layan la depa ni.berani kat alam maya je.

Anonymous said...
on 

KIMEK LU SIAL..LAHANAT

Anonymous said...
on 

adoi tergelak beso aku woi..diorg ckp degar2 nk debat..alih2 nk kt ym je..hahahha..telor dh crack ke

Anonymous said...
on 

Assalamualaikum....dan
Salam Perjuangan

Mohon para sahabat semua hati2,
sekarang banyak sgt gadget2 yg
digunakan utk tujuan risikan.
Ingat tk lagi masa hari
"Persidangan Bawah Pokok"
tempohari...di mana kelihatan
ramai yg disyaki SB menggunakan
Spy Cam yg berbentuk pen..????
[yg kantoinya bila menulis
apasal yg mendongak semacammm jer]

Atas dasar prihatin....
aku bongkarkan pasal pen tu
Aku bukan nak promosi tapi
sebagai ingatan utk lebih berhati2
Kalau nk tengok rupa pen tu
boleh gi kat sini
http://www.mudah.my/4gb-spy-pen-perak-1812199.htm?ca=6_s

Anonymous said...
on 

Ate ade mamat PPC tu ingat teman ni penyokong die smlm dan nak bagi add in conference...lame tunggu samapi pkl 10...pas tu msk chatroll je..ate darai ke..heheh

pemanduteksi said...
on 

dulu kini dan selamanya bacul dan dayus...
dari pemimpin sampailah ke pengikutnya...
aku dah agak sampai kiamat pun depa tak berani nak berdebat... weiii BPN..aku nak bagitau lah..PONDAN KAT LORONG HAJI TAIB TU PUN LAGI BERANI LAH BERJUANG DARI LU ORANG SEMUA..!!

Anonymous said...
on 

Ape?

DEBAT DLM YM..?
SKALI LAGI DEBAT DLM YM?

bleh la sambil debat tu, send la benda bulat-bulat yg warna kuning tu... baru la gempak..

Anonymous said...
on 

cyberboron...GOMO dan PANGLIMA CYBER dah mula melalak dalam blog Topeng...ayuh ramai2 kita jenguk ayat2 mereka...

Anonymous said...
on 

salam
aku dh agak dh depa ckp dlm blog berani la..aku dh syorkan wak srh bt live kat dlm blog...biar semua rakyat tengok..aku blh msk dlm TV PAS..

lukmanw@gmail.com said...
on 

Sdr Hisham

Sudah lama (betul-betuk-betul lama!) tak dengar kepetahan sdr berdebar. Paling akhir rasanya end-80 di UM. Rindu serindunya. Kalau ada maklumkan saya, insya Allah nak datang dengar.

Lukmanw

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini