Derhaka Lagi


Hari ini laman web BN Perak main lagu derhaka lagi. Admin laman itu memetik kandungan buku Rampasan Kuasa yang disusun oleh Bloggers Network. Tak edit langsung pun. Tajuk entrinya "Sembah Derhaka Nizar".

Di hujung petikan dialog antara DS Nizar dan Tuanku Sultan itu, ada ayat ini:

Sebaik sahaja habis saya menyebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata "Ampun Tuanku, patik mohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangunmeninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama - sama Penasihat Undang - Undang Negeri.
Nampaknya UMNO-BN masih tak reti bahasa.


Baca Sepenuhnya..

Timbalan Ketua DPP Pusat Mengulas Tulisan Nik Abduh

Sumber : Episode Sebuah Perjuangan - Nasrudin Tantawi

Kesempatan ini saya ingin mengulas kenyataan atau tilisan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh setelah saya perhatikan betapa tulisan beliau mendapat liputan luas bukan sahaja dikalangan blogger tetapi juga media cetak sehingga beberapa akhbar meletakkan tulisan Ustaz Nik Mohd Abduh di muka hadapan akhbar mereka .

Sebentar tadi Ustaz Nik Mohd Abduh telah membuat penjelasan lanjut setelah menerima hampir 200 komentar [ pro dan kontra ] dari blog beliau dan saudara boleh membacanya disini :

http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/

Saya tidak hanya membaca tulisan beliau bahkan saya segera menghubungi beliau sendiri untuk mendengar penjelasan langsung dan detail dari beliau berkait apa yang beliau tuliskan dalam blognya . 2 siri tulisan beliau dengan tajuk yang sama telah menaikkan suhu politik tanahair . Pihak blogger dan media cetak cepat mengulas dan mengambil manafaat dari tulisan Ustaz Nik Abduh .

Cara dan kaedah pengambilan manafaat yang saya maksudkan tadi juga mempunyai berbagai keadaan . Ada yang memancing , ada yang menceduk , ada yang tahan bubu dan ada yang menuba dari blog Ustaz Nik Mohd Abduh . Saya juga membaca komentar yang pelbagai . Ada yang pro lalu memuji tindakan Ustaz Nik Abduh dan ada yang kontra lalu menemplak tulisannya.

Saya berkawan lama dengan Ustaz Nik Mohd Abduh . Sejak tahun 94' melalui perkenalan pertama apabila beliau mengunjungi saya di rumah 10 Madinah An Nasr Kota Kaherah Mesir . Ketika itu beliau baru sampai ke Kaherah untuk menyambung pengajiannya setelah tamat pengajian di India .

Saya memahami bagaimana sikap , akhlak dan tahap penguasaan ilmunya dan agak rapat dengan beliau berbanding adik beradiknya yang lain walaupun sama - sama belajar di Mesir . Tentunya saya menyedari bahawa tidak mudah untuk Ustaz Nik Mohd Abduh membuat kenyataan seperti apa yang termaktub di dalam blog beliau .

Dalam situasi sebegini , saya berpandangan agar siapa jua yang mahu mengulas atau memberi komentar terhadap tulisan beliau tidaklah menambah rencah atau ajinomoto yang akhirnya akan mengubah rasa dari menu asalnya. Ada juga yang lebih - lebih menambah lada dan tak pasal - pasal rasa bertukar pedas dan hangat lalu mengganggu tumpuan cita rasa sebenar .

Siapa jua yang ingin membaca dan mengambil iktibar daripadanya hendaklah secara direct merujuk kepada tulisan beliau di blognya bukan membuat nilaian melalui kupasan dan ulasan pihak kedua atau ketiga . Kerana saya percaya , membaca dari tulisan asal pastinya tidak sama roh atau semangat yang diperolehi berbanding kita membaca dari sumbernya yang asal .
Tambahan pula saya melihat style media dan sebahagian blogger mengulas dengan cara melompat - lompat point serta mengulas kalimah tertentu tidak kepada seluruh kandungan tulisan beliau seperti memilih untuk mengulas perkataan 'mee celup' secara terpisah dari semangat perbahasan asal yang terdapat dalam tulisan tersebut . [ sehingga perbahasan 'mee celup' mengalih topik asal perbahasan sedang ia bukanlah fokusnya ]

Bagi penulis atau blogger yang ada tuhan dan beriman kepada tuhannya , ia sewajarnya bertanggungjawab atas setiap kalimah yang ditulis tambahan pula tulisan itu dipapar kepada umum . Bukan sahaja manusia atau masyarakat pembaca akan menilai tetapi juga Allah swt dan para malaikatNya turut menilai apa yang ditulis . Saya yakin Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai manusia yang berada langsung dibawah tarbiyah ayahnya seorang ulama' tersohor tanahair lebih memahami prinsip ini .

Saya dapat merasakan betapa tulisannya yang terbaru [ kerja - kerja bodoh dalam PAS - vol 2 ] ditulis dengan begitu cermat dan berani . Saya telah mengingatkannya akan rasa kebertanggungjawaban terhadap tulisannya , dengan yakin beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang beliau tulis .Saya juga menekan soal pembuktian sebagai peringatan kepada beliau dan beliau nyata bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tulisannya .

Isu pokok yang mesti difahami dan dihayati oleh semua pembaca dari tulisan beliau ialah tiada sebarang persengketaan antara dua tokoh ulama' terbilang itu dan wujudnya pihak yang mahu melihat berlakunya pertembungan antara keduanya .

Soal wujudnya pihak yang cuba melaga - lagakan 2 tok guru ini memang tiada siapa yang boleh menafikannya dan ianya diketahui oleh semua kerana ia diterjemah melalui tulisan , kenyataan dan perbahasan samaada dalam media cetak mahupun media baru [ blog dan web site ] .

Kalau saudara melayari blog dan web site [ tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya web site terbabit ] , nescaya saudara akan ketemui unsur - unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua - dua tok guru ini bukan lah ayah saya . Kalau mereka ayah saya , rasanya mungkin saya akan "mengamuk" lebih hebat dari Ustaz Nik Mohd Abduh , wallahua'lam .

Ustaz Nik Mohd Abduh mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan Presiden PAS [ sedang kedua - duanya adalah Tok Guru kesayangan ummah ] .

2 siri tulisan beliau adalah berasaskan motif ini , iaitu merungkai kekeliruan ahli PAS mengenai wujudnya fenomena yang menimbulkan krisis antara dua tokoh pimpinan PAS ini .

Ada orang tegur , kenapa Ustaz Nik Abduh dedah secara terbuka , kenapa tidak sebut dalam mesyuarat atau kemukakan direct kepada orang terlibat .

Saya melihat perkara ini dari step pertama dan saya selalu pastikan agar rakan - rakan blogger terutama dari pemuda tidak membawa perkara yang tidak sepatutnya ke muka umum . Tetapi dalam isu ini suka saya sebut bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang dan juga bukan beliau mengheret isu ini kepada umum .

Sebaliknya beliau hanya tampil untuk memberi penjelasan setelah gelanggang dibuka begitu luas melewati sempadan cyber sementara al Mursyidul Am dan Presiden PAS diperlakukan seperti ayam sabung yang di adu laga ditengah gelanggang tersebut . Sehingga ia menjadi tatapan umum dan mengelirukan ahli parti .
Sekian lama dibiarkan para blogger [ sebahagiannya dari blogger yang mengaku ahli PAS ]mengadu domba , entah mereka mengambil upah dari siapa atau berperanan untuk siapa , juga atas maksud dan motif apa mereka tergamak mencetus suasana keruh antara dua tok guru ini sehingga menimbulkan prasangka umum bahawa 2 tok guru ini memang bersengketa .

Orang bertanya pula , Ustaz ! apakah perkara ini hendak dibiarkan begitu sahaja ? sekian lama saya menjawab , sabarlah akhi ! suatu masa Allah akan mendedahkan perkara yang tidak betul ini . Sampai bila nak biarkan ustaz ? Ustaz boleh tengok ker Tok Guru kita difitnah dan diadu domba ?

Saya sendiri entah berapa kali menitis air mata melihat dan mendengar kata - kata kesat dilemparkan oleh ahli parti sendiri [ yang terpedaya dengan mainan kotor pihak tertentu yang saya sendiri pun tidak tahu siapa ] kepada kedua - dua tok guru tercinta . Saya bertahan sekian lama , tidak tahu apa yang patut saya buat kerana bimbang tersilap langkah .
Pernah saya dengar sendiri individu tertentu memperkecil Tok Guru Presiden sambil membandingnya dengan Tok Guru Murdyid Am dan al Marhum ustaz Fadhil Noor , sedang dia barulah setahun jagung menyertai perjuangan ini malah tidak pernah melalui jatuh bangun berjuang bersama kedua - dua Tok Guru ini .

Isu yang sering ditimbulkan masih lagi berkisar isu muqabalah dan terbaru unity goverment . Sentimen yang dibawa bersama pula ialah Tok Guru Hj. Hadi nak bawa masuk PAS ke dalam UMNO dan BN lalu mereka lagakan pula dengan kenyataan Tok Guru Mursyid Am yang menyatakan sikap tidak setuju terhadap kedua - dua isu tersebut dengan membawa sentimen bahawa Tok Guru Mursyid Am murka kepada Tok Guru Presiden .

Biarpun berapa kali dinafi oleh Tok Guru Presiden , bahawa tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN , namun penafian itu tidak pernah berkesan . [ Mereka cuba menunjuk rasa kasih kepada parti seolah - olah Tok Guru tidak sayang kepada parti kecuali mereka ] Seolah - olah mereka sengaja buat tidak faham , makin dinafi makin kuat fitnah mengatakan Tok Guru nak bawa PAS masuk BN dan tentu sekali mereka tidak tinggal kenyataan balas dari Tok Guru Mursyid Am untuk membidas Tok Guru Presiden bagi menampakkan pertembungan , lalu tercetus polemik dan kekeliruan yang disengajakan kepada anggota parti .

Inilah realitinya sebelum ustaz Nik Mohd Abduh tampil membuat penjelasan yang berisiko . Jika beliau benar , beliau mesti berani ambil risiko . Harapannya , dapat meredakan ketegangan dan kekeliruan dikalangan anggota . Mungkin sebahagiannya tidak dapat diredakan dengan kenyataan Ustaz Nik Mohd Abduh , apa boleh buat ! hanya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah swt dengan solat saudara .

Sungguhpun begitu , saya percaya ramai dikalangan anggota parti yang terperangkap dalam kekeliruan yang dicipta ini akan menarik nafas lega dengan penjelasan dari Ustaz Nik Mohd Abduh .

Adapun berkait dengan dakwaan balas dari Ustaz Nik Mohd Abduh adalah dituju kepada pihak tertentu . Kepada yang tidak terlibat , usahlah rasa resah dan panas tidak semena - mena . Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Mohd Abduh bukan untuk saudara . Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya . Jika benar , ertinya beliau telah menegakkan yang hak dan Allah swt tahu ganjaran apa untuk beliau , demikianlah sebaliknya jika beliau salah dan sengaja mereka cerita dan dakwaan maka Allah swt pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah dari tulisan beliau . Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya .

Namun saya secara peribadi , setelah menilai isu yang dibawa dan dilihat kepada suasana dan keadaan yang dihadapi kini , pula mengukur maklumat yang ada pada saya dari pelbagai sumber , saya percaya Ustaz Nik Mohd Abduh berada di pihak yang benar dan saya berdoa agar beliau berada di pihak yang benar .

Harapan saya segala kekeliruan kini telah tersingkap dan pintu penyelesaian kini ditemui.

Baca Sepenuhnya..

Akal Hati Budi Emosi Melayu

Sajak ini diambil dari blog muhaimin sulam yang sedang di perantauan. Terasa sungguh dalam suluhan pejuang ini. Mungkin boleh dijadikan bahan menilai diri.

Ada orang membaca dengan akal
Ada orang membaca dengan hati
Ada orang membaca dengan budi
Ada orang membaca dengan emosi

Dari situ kita kenal bagaimana
panjang tidak akalnya,
dalam singkat hatinya,
cetek tinggi budinya,
luas sempit emosinya.

Ada orang menulis dengan tangan
ada orang menulis dengan kepala
ada orang menulis dengan kaki
ada orang menulis dengan mata

Dari situ kita kenal bagaimana
cacat elok tangannya,
berotak tidak kepalanya,
kuat lembik kakinya,
sinar kelat matanya,

Sajak ini aku tulis spontan bila membaca blog Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi semalam. Lepas gemuruh dalam kelambu Umno, kini giliran gempita dalam rumah PAS. Semua gara-gara hendak mencari pemimpin. Benarlah seperti hikayat lama, ketika dilahirkan seorang putera, gegak gempita guruh di langit, kilat sambar menyambar......

Sebenarnya samada orang PAS atau Umno yang sememangnya Melayu begini.....

Mereka bergaduh dari jauh
Dekat mereka senyum, bersalam dan berpelukan
Lengkuk bibir tak sama lengkuk di hati
Marah orang Melayu cukup bersantun
Bising di belakang
Depan duduk bersimpuh
Diam tetapi berdendam
Cemburu melihat orang maju
Senang tengok orang susah
Bercakap tidak, mengumpat bertan-tan
Mudah maafkan tetapi sukar melupakan
Mengungkit jika disakit
Berbisik sebelum bercakap
Berfikir selepas terlajak

sumber : blog Muhaimin Sulam - Berani Untuk Tahu

Baca Sepenuhnya..

Selesaikan Segera Panas Di Permatang Pauh

Sehari dua ini politik dalaman PR agak panas. Nik Abduh mencetuskan kontroversi lanjutan bagi isu muzakarah-muqabalah-unity government. Lebih serabut ialah keputusan PAS Kawasan Permatang Pauh yang nak bertanding di Penanti. Ketua DPP Pulau Pinang menambahkan lagi kehangatan itu dengan kenyataannya hari ini.

Sebenarnya kita dah ada banyak sangat isu yang perlu ditangani. Krisis Perak semakin memuncak menjelang 7 Mei. Selangor juga sedang diserang secara senyap. Kehangatan pencalonan menjelang Muktamar PAS sedang diusik dan diadu-domba oleh media UMNO untuk menimbulkan perpecahan. Dan banyak lagi.

Bagi kes Permatang Pauh, pertama sekali secara peribadi aku tak bersetuju dengan keputusan dan tindakan PAS Kawasan itu dan Ketua DPP negeri. Itu hak aku. Aku tak tahu apa yang mendasari keputusan PAS Permatang Pauh yang dikatakan 'kehendak akar umbi' itu. Aku juga hormati hak masing-masing sama ada individu atau organisasi untuk berpendirian macam mana sekalipun. Tetapi aku tetap gunakan hak aku untuk tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan yang dah berlaku setakat hari ini.

Aku tak peduli sangat soal UMNO-BN yang pasti akan menggunakan isu ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan berusaha melemahkan pertahanan kita. Mereka tak akan berjaya kalau kita pantas menjernihkan suasana dan kembali fokus kepada matlamat yang disepakati bersama.

Adat berbeza prinsip dan fahaman memang akan bertembung di sana dan di sini walau pun secara resminya ada jalinan muafakat. PAS-PKR-DAP akan tetap ada perbezaan dalam pelbagai perkara walau pun telah memeterai persepakatan. BN yang sudah tua itu pun masih berbalah antara sesama parti komponen dalam banyak hal.

Tugas dan tanggungjawab kita ialah menguruskan perbezaan itu sambil mengiktiraf hakikat kewujudannya. Fokus kita mestilah kepada kesamaan prinsip dan matlamat yang menghubungkan kita setakat ini. Kita mesti kaya tolak ansur. Kita wajib waras tentang nilai hormat-menghormati. Kita mesti benar-benar sedar realiti 'bersama dalam berbeza'. Kalau hal ini dapat kita uruskan, hayat PR akan lebih panjang sehingga insyaAllah kita akan mendapat mandat rakyat untuk memimpin kerajaan pusat. Kalau kita gagal memahami dan menjiwai persamaan dan perbezaan ini, UMNO-BN akan terus berkuasa untuk merompak harta negara.

Aku bersama rakan-rakan di kawasan aku pernah melalui pengalaman yang hampir sama dengan kes Permatang Pauh. Cuma tak ramai yang tahu kerana di kawasan aku tak ada nama besar dalam politik. Yang ada hanya 'kucin tanah', kata kawan-kawan aku.

Pada tahun 1999 PAS dan PKR (waktu itu PKN) sama-sama menuntut untuk bertanding di satu kerusi DUN di kawasan aku. Aku orang PAS. Tentulah aku mahu PAS bertanding. Waktu itu ada 19 cawangan PAS di DUN kami dengan ahli seramai 1732 orang. DUN kami ada 20 Daerah Mengundi. Kira-kira 'ngam'lah imbangan jumlah cawangan dengan jumlah Daerah Mengundi. PKN ada 7 cawangan dengan keahlian lebih kurang 250 orang. PAS ada 11 markaz. PKN ada 1. PAS dah sedia ada jentera pilihanraya hingga ke peringkat UPU. PKN pun ada jentera tapi tak berapa kelihatan. Bagi aku sebagai ahli PAS dan dengan fakta-fakta cawangan, keahlian, markaz dan jentera itu, tentulah aku berhak menyuarakan pendirian bahawa PAS lebih layak bertanding.

Di pihak PKN, mereka juga ada pelbagai hujah tentang kelayakan mereka yang dikatakan mengatasi keupayaan PAS. Kami sama-sama mendesak pemimpin parti peringkat negeri dan pusat supaya mempertahankan hak untuk bertanding. Aku mengutus tak kurang 5 surat resmi ke peringkat negeri dan pusat termasuk kepada Setiausaha Agung PAS dan Presiden keADILan. Ketua PKN Bahagian pun berulangkali menemui Presiden mereka untuk maksud yang sama.

Tapi selepas semua hujah dan ayat yang pedas, marah dan berbau ugutan, semua surat yang aku utuskan diakhiri dengan perenggan ini:

Besarlah harapan kami agar hasrat yang ditegaskan di dalam surat ini mendapat pertimbangan dan kelulusan Tuan (atau Puan) bersama seluruh Jawatankuasa PAS Pusat (atau seluruh ahli MPT keADILan) dengan kadar segera. Walau bagaimana pun pihak kami akan menerima sebarang keputusan resmi yang dibuat oleh pimpinan tertinggi parti.
Akhirnya BA (Barisan Alternatif) memutuskan PAS bertanding. Aku bersyukur dan seronok. keADILan Bahagian memboikot gerak kerja pilihanraya DUN kami. Seluruh jentera keADILan Bahagian berhijrah menjalankan kerja-kerja pilihanraya di satu kawasan Parlimen di selatan negeri Perak. Aku dan rakan-rakan PAS Kawasan menerima hakikat boikot itu dengan lapang dada.

Selepas pilihanraya kami terus berhubung seperti biasa walau pun ada rasa kekok. Menjelang pilihanraya umum tahun 2004, PAS dan PKR sekali lagi menuntut hak bertanding seperti lima tahun sebelumnya. Berbincang, berhujah dan mengutus surat ke peringkat tertinggi. Akhirnya BA memutuskan PKR bertanding. Walau pun sedih dan terkilan, mesyuarat AJK PAS Kawasan memutuskan secara resmi untuk menggerakkan sepenuhnya jentera yang ada. Bilik-bilik gerakan PAS beroperasi sepenuhnya. Petugas-petugas PAS melaksanakan semua tugasan bersama petugas PKR. Namun sebahagian ahli PAS merajuk. Tak bekerja tetapi tetap keluar mengundi PKR. Hukum keluar mengundi PKR sebagai rakan dalam pakatan BA diinsafi dengan baik oleh ahli-ahli PAS yang merajuk itu. Alhamdulillah.

Menjelang pilihanraya umum tahun 2008, tiada lagi perselisihan. PKR memberi laluan sepenuhnya kepada PAS. Berkebetulan dengan gelombang tsunami yang melanda politik negara, kami kalah tetapi hanya dengan kekurangan 14 undi. Sedih kerana kalah tetapi semakin yakin untuk menghadapi PRU13.

Berbalik kepada isu Permatang Pauh, aku mohon semua pihak berjiwa besar menginsafi matlamat perjuangan yang telah disepakati bersama. Masalah memang lumrah namun ayuh kita selesaikannya. Kehebatan gerak-kerja kita terletak pada kebijaksanaan mengurus masalah.

PAS Kawasan Permatang Pauh perlu beralah. Aku faham desakan dan tekanan daripada ahli-ahli dan cawangan-cawangan kerana kami pun pernah mengalaminya. Aku faham penegasan tentang kekuatan jentera dan lain-lain yang berkaitan dengan pilihanraya. Aku faham tentang kebimbangan dan persepsi yang bercelaru terhadap satu dua kes YB PKR. Aku faham.

Tetapi itu semua tidaklah lebih besar atau lebih penting daripada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kita bukan setakat nak menang di Penanti atau Permatang Pauh tetapi nak menawan Malaysia. Kita sedang berada di landasan yang betul ke arah itu. Mengekalkan pendirian seperti yang heboh diperkatakan setakat hari ini, hanya akan meruntuhkan binaan politik baru Malaysia yang hampir siap.

PAS Pusat perlu cepat, pantas, segera, laju, tak berlengah dan tak bertangguh mencari penyelesaian terbaik. Turunlah ke Permatang Pauh. Kalau perlu semua pemimpin-pemimpin besar turun ke Permatang Pauh, ayuh turun segera. Berjumpa dan dengarilah luahan ahli-ahli. Kita bukan UMNO yang berkasta Brahma dan Paria. Pemimpin kita tentulah mahu mencontohi RasuluLlah yang sama berselemoih dengan prebet mengorek parit dalam perang Khandak.

Aku yakin ahli-ahli PAS Permatang Pauh boleh berlapang dada kalau pemimpin-pemimpin besar sudi mencemar darjat turun bersembang dan menerangkan keperluan kekal dengan setiakawan PR.

Kepada rakan-rakan dalam PKR, aku mohon sudilah kiranya rakan-rakan sekelian membantu untuk meredakan kekecohan ini. Please jangan simbah petrol kepada api yang masih kecil. Perbezaan pendapat seperti kes ini memang telah biasa berlaku antara kita. Contohnya seperti kisah yang aku ceritakan di pertengahan tulisan ini. Kalau kita saling mendabik dada, alamat binasa. Yang panas bukannya semua. InsyaAllah kebanyakan kita dalam PR sudah semakin dewasa memahami keperluan politik masakini. Masalah ini boleh diselesaikan. Dalam tegas mempertahankan hak, pelihara dan berjaga-jagalah di mana-mana yang patut. Kan kita sama-sama manusia. Masing-masing ada kelebihan dan ada kekurangan.

Jom pastikan Dr. Mansor Othman menang di Penanti !!!!!!!

Baca Sepenuhnya..

Peguam UMNO vs Peguam PAS

Hari ini banyak blog memuatkan tulisan Hanipa Maidin menjawab kenyataan Hafarizam berhubung keputusan kes penggantungan Zambry dan 6 exconya di Mahkamah Persekutuan pada 16 April. Keputusan yang diulas secara berbeza oleh peguam UMNO dan peguam PAS itu berkait dengan kemungkinan yang akan berlaku pada sidang DUN Perak pada 7 Mei.

16 April : Keputusan kes di Mahkamah Persekutuan.
20 April : Kenyataan Hanipa Maidin - Zambry perolehi perintah tak laku?
22 April : Kenyataan Hafarizam - Keputusan konklusif dan tak boleh dipertikaikan.
28 April : Kenyataan Hanipa maidin - Beza perintah certiorari, mandamus dan deklarasi

Hanipa - Perintah Tak Laku?

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang Mahkamah Persekutuan keluarkan pada 15/4/2009 yang mengisytiharkan penggantungan Zambry dan enam exconya dibatalkan tidak mencukupi untuk mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak mencukupi. Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi ( perisytiharan ) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan ( coercive force ) .

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan

“ A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority.”

( Terjemahan : Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaaan ( memaksa seseorang mengikut perintah tersebut ) .Perintah tersebut juga tidak memadam,membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana pihak kuasa pentadbiran. )

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi , perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggungjawab ( impose an obligation ) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah ( not quashed by the court ).

Untuk memudahkan faham saya bagi contoh berikut :-

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah .

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham . Maka persoalan yang timbul adalah adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut ?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah certiorari iaitu perintah mengenepikan/memadam ( quash ) keputusan JPN tersebut dan selanjiutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah certiorari dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan ( deklarasi ) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah certiorari iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah certiorari dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini “ So what !”


Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian .

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah certiorari dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa ( separation of powers ).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa , Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemunya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk , menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah certiorari dan mandamus , beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat. Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa hanya berpuashati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna .

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng v Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure ( 17th Edition ) di mana penulis telah menyatakan

“ The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts.

( Terjemahan : keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan , begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.” ).

Mengapa , mungkin saudara bertanya, Mahkamah benarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut ? Jawapan mudah saya ia adalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah , ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ni , kita bagi mereka wang 1 sen pun mereka melonjak gembira sedangkan 1 sen boleh beli apa ?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 hb Mac 2009. Isu keesahan ( validity ) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry semasa beliau merujuk kes beliau ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Y.M Tuanku Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar ,Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keesahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok , Umno terpaksa menerima hakikat berikut :-

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan ( endorsed ) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan..

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Fenruari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa –apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 hb Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 hb Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.
Hafarizam - Konklusif & Tak Boleh Dipertikai

KUALA LUMPUR, 22 April – Berikutan pelbagai spekulasi yang dibuat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri Perak oleh Speakernya, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah, berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Hafarizam Harun, selaku Penasihat Undang-undang UMNO/Ketua Pasukan Undang-undang.

Kenyataan Rasmi

A. Pengenalan

Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.

Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.

B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009

Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.

C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya

Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya. Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah:

“Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination.”

Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini.

Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;

a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan

b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:

i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.

ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;

iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar. Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.
Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar. Jelas perkataan yang dibuat adalah “Saya telah membuat keputusan….”

Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan “…kuasa saya….” Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.

D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?

Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:

(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)

“(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;

(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk.”

(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)

“ (i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan.”
Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009. Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:

(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);

(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan

(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.

E. “Mesyuarat bawah pokok” – tidak sah

Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:

(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;

(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan

(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan. Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.

F. Kesimpulan

Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Hanipa - Certiorari, Mandamus dan Deklarasi

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.

Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.

Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.

Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"

Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .

Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.

Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..

Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.

Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .

Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )

Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )

Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut

Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.

Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.

Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?

Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?

Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .

Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.

Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-

a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.

c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.

d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.

e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.

Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .

Baca Sepenuhnya..

UMNO Bagi Macam-Macam - Kita Bagi Apa?

Malam kelmarin aku bagi taklimat gerak kerja jentera pilihanraya di salah satu zon dalam kawasan aku. Aku bentangkan plan jalinan persahabatan dengan pengundi secara tersusun. Aku percaya strategi ini mampu membuahkan hasil yang baik. Majoriti kekalahan yang sangat kecil di DUN kami pada PRU12 boleh bertukar kepada menang selesa dalam PRU13 jika gerak kerja ini diurus dan dilaksanakan dengan baik.

Alhamdulillah respons kepada pembentangan itu boleh aku katakan memberangsangkan. Ramai yang mengemukakan soalan dan memberi pandangan. Tak kurang juga yang menyanggah satu dua point yang aku bentangkan. Tapi semuanya positif. Walau pun masih terlalu awal untuk buat unjuran hasil namun aku dapat rasakan ada perkembangan baik yang boleh diharapkan. Kalau aku tak berhenti separuh jalan, plan ini boleh terlaksana dan insyaAllah hasilnya akan dapat dituai.

Cuma dalam banyak-banyak soalan dan pandangan yang dibangkitkan oleh peserta taklimat itu, ada satu yang amat menarik perhatian aku. Seorang bekas ketua kampung (yang baru ditamatkan perkhidmatannya oleh kerajaan rampasan kuasa) bertanya "tak bolehkah PAS menyediakan peruntukan untuk kita berikan sikit-sikit kepada orang ramai macam yang UMNO buat? Sekarang ni UMNO bagi macam-macam kepada orang kampung. Kita tak beri apa pun. Kalau tak boleh bagi banyak macam UMNO, bagi sikit-sikit pun tak apalah juga".

Aku jawab, PAS tak boleh buat macam tu sebab tak ada banyak duit. Tetapi kita tetap berikan sumbangan kepada rakyat dalam kes-kes yang tertentu. Kita bantu orang yang ditimpa musibah sejak dulu lagi. Kita ada tabung kebajikan. Kalau ada keperluan besar untuk membantu mangsa musibah dengan kadar segera, kita lancarkan kutipan derma. Kita juga biasa berikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan dan bantuan kepada pelajar yang nak melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama atau ke IPT. Tetapi bantuan dan sumbangan itu taklah besar.

Kita tak mampu nak berikan sumbangan yang besar nilainya sebab sumber kita terhad. UMNO boleh beri pelbagai jenis bantuan dan nilai yang besar sedikit sebab mereka gunakan duit kerajaan. Duit kerajaan tu duit kita jugalah. Dengan cara memberi bantuan itu juga UMNO dapat tarik sedikit duit tu di pertengahan jalan.

Bekas ketua kampung itu bersungguh-sungguh berhujah kalau kita tak dapat bagi duit pada orang Melayu memang susahlah kita nak menarik sokongan mereka. Sekarang ni riuh rendah merata kampung orang Melayu bersembang tentang bermacam jenis bantuan yang dah diberi dan akan diberi oleh UMNO (sebenarnya oleh kerajaan). Ada bantuan buat rumah (sebuah), rumah mesra rakyat, bantuan membaiki rumah, bantuan bulanan untuk biaya persekolahan anak-anak, bantuan kecemasan, bantuan pelaburan ASM/ASW dan macam-macam lagi. "Kita bagi apa?" kata ketua kampung tu.

Aku tak dapat menafikan kebenaran sebahagian daripada luahan ketua kampung itu. Memang manusia mudah terpengaruh dengan benda. Lebih-lebih lagi manusia Melayu. Melayu cepat rasa terhutang budi, apatah lagi kalau yang berbudi itu menang merancang supaya dikenang dan dibalas. Sejak dulu UMNO memang menggunakan senjata duit dan benda untuk menarik dan mengikat orang Melayu. Bahkan mereka menjadikan duit dan benda sebagai senjata untuk mengugut Melayu. Kalau tidak kerana duit, UMNO dah lama mati.

Tetapi kita tak boleh jadi UMNO. Kita tak mampu bersaing dengan UMNO dari segi saiz sumbangan dan bantuan. UMNO sanggup guna wang rakyat untuk mengumpan sokongan politik. Selain daripada menggunakan duit kerajaan (duit rakyat), UMNO juga disokong oleh tauke-tauke industri judi dan arak. Sebab itu mereka ada banyak duit.

Selain daripada faktor kemampuan itu kita juga ada prinsip yang sangat berbeza dengan UMNO. Kita mengajak rakyat kepada keadilan dan kejujuran. Kita menyeru kepada kesedaran politik yang berasaskan tanggungjawab dan keluhuran. Kesedaran hakiki tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau rakyat bersama kita kerana benda atau wang (rasuah) yang kita berikan, kebersamaan itu bukan atas asas tanggungjawab dan hampir pasti bukan kerana keikhlasan atau keluhuran. Ia tak akan bertahan lama.

Kita perlu terus menyumbang pada kadar kemampuan yang kita ada. Kita perlu tingkatkan usaha menjana keupayaan kewangan supaya semakin lama semakin banyak sumbangan yang mampu kita hulurkan. Namun sumbangan dan bantuan itu mestilah bersebabkan keyakinan tentang tanggungjawab kita sesama insan kerana Allah. Bukan kerana nak memancing undi.

Bila berbincang tentang budi, bukanlah hanya dengan duit sahaja baru dikatakan berbudi. Terlalu banyak perkara lain yang dinilai sebagai budi dalam kehidupan manusia. Tegur sapa yang mesra juga mampu menambat hati. Ringan tulang membantu urusan keramaian adalah budi. Prihatin bertanya khabar juga budi. Pandangan dan nasihat yang membantu penyelesaian masalah juga kerap dikenang sebagai budi. Meminjamkan kemudahan (yang kemudiannya diambil balik) pun dihargai sebagai budi. Membantu pembelajaran anak-anak jiran atau anak-anak rakan sekampung (secara sambilan) adalah budi. Selain contoh-contoh ini, ada ratusan budaya lain yang berstatus budi.

Kalau kita yakin bahawa Melayu di keliling kita hanya akan lebih mudah dibetulkan pendirian politik mereka sekiranya mereka terhutang budi kepada kita, maka berbudilah dengan ratusan pilihan budi yang tak semestinya 'beri wang'. Bina hubungan. Kenalpasti masalah dan keperluan mereka. Analisis kemampuan kita. Pilih kaedah berbudi yang sesuai. Bantulah mereka.

Dalam taklimat aku malam kelmarin, misi berbudi ini aku namakan 'Jalinan Persahabatan Berkebajikan'. Aku percaya kalau setiap ahli PAS (dan PR) menjalin persahabatan berkebajikan ini dengan enam tujuh orang bukan PAS-PR secara tersusun, insyaAllah selepas satu dua tahun mereka tidak lagi anti PAS-PR. Tiga empat orang akan jadi ahli PAS. Syaratnya - ada plan yang jelas, sistematik, dipantau dan dinilai berterusan secara berjadual.

Di kawasan aku sekarang ini ada lebih kurang 1500 ahli PAS. Yang aktif dianggarkan sekitar 800 orang. Kalau selepas dua tahun setiap seorang ada 6 sahabat 'berkebajikan' yang dah terhutang budi, rangkaian besar sahabat-sahabat itu jumlahnya 4800. Ditambah dengan 700 ahli PAS yang kurang aktif, jumlah besarnya 5500 orang. Dalam PRU12 dianggarkan 1500 pengundi bukan Melayu telah memberikan undi kepada PAS. 5500 + 1500 = 7000. Kalau angka ini mampu diperolehi oleh PAS di kawasan DUN kami dalam PRU13 nanti, kita akan menang dengan majoriti 2000 undi.

Tapi, cakap memang senang. Buat tak semudah cakap.


Yang kat bawah ni, sahabat aku kat rumah. PAS junior.




Baca Sepenuhnya..

Panas Menjelang Sidang DUN 7 Mei

Sebelas hari menjelang sidang DUN Perak beberapa peristiwa panas dan ganas akan mengambil tempat dalam catatan sejarah. UMNO akan lakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa yang dirampas dua bulan lalu. Pakatan Rakyat juga akan bertarung habis-habisan untuk menyekat kemelampauan UMNO-BN.

Hee Yit Foong kini menjalani sessi kaunseling dan motivasi khas untuk berperanan sebaik mungkin mengendalikan sidang DUN 7 Mei. Exco Kanan (haram) kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengasuh Hee sedang berusaha meyakinkan Timbalan Speaker itu. Hee masih serba salah, tetapi exco kanan itu gigih berusaha. Selepas tampil bersama Jamaludin dan Osman mengisytiharkan keluar parti pada 4 Februari lalu, Hee berjaya dinasihati oleh exco itu agar tetap pendirian.

Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.

Pilihan pertama ialah menangkap Sivakumar. Setakat ini ada banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya. Dia boleh ditangkap bila-bila masa dan ditahan reman selama seminggu. Kalau dia ditahan antara tarikh 1 hingga 6 Mei, sidang DUN pada 7 Mei akan dikendalikan oleh Hee secara sah. Sebaik saja sidang bermula, UMNO boleh mengusulkan pemecatan Sivakumar dan mencadangkan Hee atau Nasarudin sebagai Speaker baru. Usul itu akan menang dengan 29 menyokong dan 27 menentang.

Pilihan kedua ialah memujuk Sivakumar seperti pujuk-tawar-ugut yang dibuat terhadap 4 pelompat sedia ada. UMNO tak perlu bimbangkan apa-apa risiko undang-undang kerana semua jabatan/agensi/suruhanjaya penguatkuasaan undang-undang telah menyembah taat setia.

Pilihan ketiga ialah menghilangkan Sivakumar seperti di awal kes 3 pelompat daripada PR menjelang rampasan kuasa tempohari. Pilihan keempat ialah menguzurkan Sivakumar dengan cara menghilangkan upaya fizikalnya untuk hadir ke sidang DUN. Kalau Sivakumar sakit teruk atau cedera teruk pada saat-saat akhir menjelang 7 Mei, sudah tentu dia tak dapat menghadiri sidang.

Namun begitu UMNO masih mengkaji secara serius kesan tindakan yang akan dibuat itu. Setakat ini belum terjumpa kaedah yang meyakinkan untuk mempositifkan persepsi rakyat akibat langkah meng'ghaib'kan Speaker itu. Sama ada jangka pendek atau jangka panjang, kelihatannya UMNO tetap rugi. Penyokong PR akan semakin marah dan benci. Sebahagian pengundi atas pagar akan beralih simpati kepada PR. Begitulah report yang dikemukakan oleh sekelian mata dan telinga UMNO di seluruh pelosok negara.

Tapi UMNO tak ada banyak pilihan. Kalau Sivakumar mengendalikan Sidang, UMNO akan berdepan dengan bermacam-macam risiko. PR ada ruang yang cukup luas untuk menguasai sidang. Tiga pelompat yang asal boleh diusir dari dewan. Tujuh pesalah gantung boleh dihalau oleh Speaker dengan alasan yang lain pula. Yang tinggal hanya 21 ADUN BN berbanding 27 ADUN PR (tak termasuk Speaker). Ketika itu kalau nak bubarkan DUN, Pakatan Rakyat boleh mengusulkannya. Kalau nak sabitkan mana-mana ADUN BN atas apa-apa kesalahan lalu dihukum gantung macam Gobind Singh, PR boleh melakukannya. Jawabnya lingkup bahanalah UMNO.

Oleh itu by hook or by crook Sivakumar mesti tiada dalam sidang DUN 7 Mei.

Baca Sepenuhnya..

Jangan Berperangai Macam Budak-Budak

Zambry nasihati ADUN PR; jangan berperangai kebudak-budakan semasa sidang DUN 7 Mei nanti. Jangan berebut kerusi MB. Jangan berebut kedudukan sebelah kiri atau kanan Speaker.

Kata Zambry lagi, dulu waktu PR jadi kerajaan, kami (BN) tak bantah apa-apa pun. Waktu itu PR ada 31 kerusi. Kami ada 28. Hari ini kami pula ada 31 dan PR tinggal 28. Dulu giliran kamu, hari ini giliran kami. Dulu kami beri laluan pada kamu. Kami tak ganggu kamu menjalankan tugas sebagai kerajaan. Hari ini kamu perlu beri laluan pada kami.

Begitulah bunyinya ayat orang politik UMNO. Madah berhelah yang manis tapi beracun. Namun cukup 'power' untuk mengekalkan kebencian pengundi saluran 1 terhadap PR. Dengan ayat-ayat Machiavelli itu BN kelihatan jadi mangsa kepada penjahat bernama PR. Melayu saluran 1 yang sedang bertarung dengan diabetes dan hypertension akan terus menyokong UMNO hingga tiba saat diusung ke liang lahad.

UMNO akan terus tipu orang Melayu tentang krisis Perak. UMNO akan terus bersumpah tak pernah merasuah, mengugut atau menculik 3 ADUN lompat dan 1 ADUN dua kali lompat. UMNO tak akan mengaku menyalahgunakan kuasa SPRM dan SPR bagi menjayakan rampasan kuasa 5 Februari. UMNO tak akan mengaku mengkeldaikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri sepanjang berusaha merompak kuasa. UMNO akan terus menafikan semua tindakan tidak demokratik yang digerakkan sepanjang 10 1/2 bulan PR berkuasa.

Baca Sepenuhnya..

3 Beradik Maut Terbakar - Tak Sampai Hajat Pakai Baju PAS


Muhammad Shaiful (7 tahun), Muhammad Amirul (4 tahun) dan Muhammad Yusof (2 tahun) meninggal dunia dalam kebakaran kediaman mereka di kampung Sungai Rotan, Batu Hampar tengahari kelmarin. Ibubapa 3 beradik itu ialah pasangan suami isteri, Nordin bin Md Noor dan Mah bt Abdullah yang mendiami rumah pekerja kuari pasir di kampung ini. Ketika kebakaran, pasangan suami isteri tersebut sedang mencuci pakaian di sungai yang agak jauh dari kediaman mereka.

Bapa kanak-kanak tersebut, Nordin Md Noor redha dengan ketentuan ajal anak-anaknya namun amat pilu mengenangkan hajat anak sulungnya (Muhammad Shaiful) untuk mendapat sehelai baju yang dibuat daripada bendera PAS tidak sempat ditunaikan.

"Pagi tadi Shaiful minta saya dapatkan sehelai bendera PAS untuk dibuat baju. Saya dah bersetuju dan telah pun dapat sehelai bendera. Ingatkan petang tadi atau besok bolehlah dijahit baju untuk Shaiful. Tapi Allah lebih sayangkan Shaiful dan adik-adiknya. Tak sempat Shaiful dapat baju bendera PAS. Saya percaya Shaiful akan dapat pakaian yang lebih indah dalam syurga," kata Nordin dengan linangan air mata.

Menurut ibu kepada 3 beradik itu, dia dan suaminya mengunci rumah sebelum pergi ke sungai untuk mengelakkan anak-anaknya bermain di tepi lombong berdekatan rumah. Ketika itu anak bongsu mereka (Muhammad Yusof) sedang tidur dalam buaian dan diawasi oleh Muhammad Shaiful yang sudah biasa dengan rutin itu. Muhammad Shaiful ialah murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Beruas.

"Itulah saja anak kami. Tiga orang saja. Hari ini kami tak ada anak lagi dah," kata Mah Abdullah dengan sayu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin datang menziarahi keluarga kanak-kanak tersebut pada pukul 6.15 petang dan kemudiannya terus ke Hospital Taiping kerana jenazah 3 beradik itu masih menjalani post-mortem di sana. Jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital.

Solat Jenazah dipimpin oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang bersama kira-kira 100 orang yang hadir di Masjid Kg. Batu 26. Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Gantang dan Kawasan Beruas.


Sementara itu Ketua Bilik Gerakan MTD Trong, saudara Zainon memberitahu bahawa bapa kanak-kanak tersebut (Nordin Md Noor) adalah petugas Pakatan Rakyat yang amat dedikasi sepanjang tempoh menjelang pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini. Nordin menyewa rumah kecil milik kuari pasir di Kampung Sungai Rotan dengan kadar sewa RM40 sebulan. Sebelum rampasan kuasa negeri Perak, keluarga Nordin telah dipilih untuk menduduki tanah kerajaan di tepi jalan besar Kg. Batu 26. Malangnya urusan itu terhenti selepas rampasan kuasa. Kerajaan rampasan kuasa kemudiannnya berura-ura menempatkan keluarga Nordin di kawasan penempatan berhampiran Kg. Padang Gajah tetapi ura-ura itu dibatalkan apabila Nordin aktif berperanan sebagai petugas Pakatan Rakyat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong telah pun mengenalpasti tapak untuk dibina kediaman baru bagi pasangan suami isteri itu di kampung Batu Hampar sebelum kejadian hari ini. Berikutan tragedi hari ini, Pusat Khidmat telah menyediakan sebuah rumah sementara untuk didiami oleh pasangan suami isteri itu. Kos sewaan rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Khidmat. Pembinaan rumah baru yang dirancang oleh Pusat Khidmat sebelum ini juga akan disegerakan.

Sehubungan dengan itu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong merayu sumbangan kewangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya pembinaan kediaman baru Nordin dan Mah dapat disempurnakan dengan segera.

Sumbangan boleh dihulurkan ke Akaun Bank Islam, nombor akaun 08040010034554 atas nama PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TRONG.

Baca Sepenuhnya..

Kalau DUN Perak Dibubarkan ...

Kalau Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan, mampukah Pakatan Rakyat menang dengan kelebihan kerusi yang selesa? Kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 17 Mac 2008 menggabungkan 18 kerusi DAP, 7 PKR dan 6 PAS. Jumlahnya 31 kerusi berbanding 28 kerusi Barisan Nasional. Kelebihan hanya 3 kerusi itu akhirnya membawa kepada rampasan kuasa pada 5 Februari 2009.

Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang mantap dengan penguasaan 2/3 majoriti dalam dewan. Lebih selesa jika Pakatan Rakyat ada kelebihan dua tiga kerusi di atas angka majoriti dua pertiga itu.

Penguasaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 12


Parti

Bertanding

Menang

Kalah

DAP

18

18

0

PAS

21

6

15

PKR

20

7

13


PAS menang :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

1

titi serong

1149

2

gunong semanggol

2070

3

selinsing

547

4

lubuk merbau

72

5

pasir panjang

4474

6

changkat jong

7914


PAS kalah :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

1

kenering

2798

2

selama

355

3

kubu gajah

66

4

trong

916

5

kamunting

555

6

chenderoh

1039

7

manjoi

348

8

manong

749

9

pengkalan bharu

14

10

belanja

2310

11

sungai rapat

636

12

air kuning

3252

13

kg gajah

1416

14

rungkup

454

15

slim

3526


PKR menang :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

1

kuala kurau

467

2

kuala sepetang

564

3

changkat jering

1102

4

simpang pulai

3386

5

teja

175

6

hutan melintang

1721

7

behrang

1027


PKR kalah :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

1

pengkalan hulu

4645

2

temengor

4617

3

kota tampan

2335

4

batu kurau

2439

5

alor pongsu

95

6

lintang

1376

7

hulu kinta

5232

8

bukit chandan

1694

9

bota

2068

10

tualang sekah

1569

11

chenderiang

3392

12

sungai manik

1374

13

pangkor

5785


Berdasarkan jadual keputusan seperti di atas, PAS kalah dengan kekurangan undi bawah seribu di 9 kawasan DUN manakala PKR di satu kawasan DUN. Sekiranya 10 kerusi ini dapat dimenangi dalam pilihanraya negeri (jika DUN dibubarkan) atau dalam pilihanraya umum ke 13, dalam keadaan 31 kerusi asal kekal menang, maka Pakatan Rakyat akan menguasai 41 kerusi DUN.


Senarai 10 kawasan DUN (kalah dengan kekurangan undi di bawah 1000) :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

Parti Bertanding

1

pengkalan bharu

14

PAS

2

kubu gajah

66

PAS

3

alor pongsu

95

PKR

4

manjoi

348

PAS

5

selama

355

PAS

6

rungkup

454

PAS

7

kamunting

555

PAS

8

sungai rapat

636

PAS

9

manong

749

PAS

10

trong

916

PAS


Senarai 4 kawasan DUN (kalah dengan kekurangan undi 1000 – 1500) :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

Parti Bertanding

1

chenderoh

1039

PAS

2

sungai manik

1374

PKR

3

lintang

1376

PKR

4

kg gajah

1416

PAS


Sekiranya 4 kerusi ini juga dapat dimenangi, Pakatan Rakyat akan menguasai 45 kerusi keseluruhan. Jumlah ini menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sangat kukuh dan selamat daripada sebarang politik kotor Barisan Nasional.


PAS dan PKR wajib fokus kepada 14 kawasan ini bersama 13 kawasan yang telah sedia dimenangi. Jentera pilihanraya mesti wujud dan beroperasi sepenuhnya mulai sekarang malah sepatutnya telah lama bergerak. Gerak kerja mestilah jelas dan sistematik. Gerak rambang dan terawang-awang yang menjadi budaya kerja sebahagian organisasi pilihanraya PAS dan PKR hari ini mesti dirawat dan didewasakan sepenuhnya.


Jentera kita wajib serius dalam gerak kerja berkaitan senarai pemilih. Berilah perhatian kepada urusan pendaftaran pengundi baru. Culaan sokongan dan kecenderungan pengundi mesti disempurnakan. Perbanyakkan program dan aktiviti menyusuli keputusan culaan. Jenis aktiviti parti hendaklah mengambil kira prioriti berdasarkan impak terhadap kebarangkalian mengukuh atau merobah pendirian politik pengundi. Aktiviti syok sendiri atau aktiviti yang kabur upaya mengukuh/merobah fikrah politik hendaklah dielakkan.

Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini