63 jam gencatan jari menyebabkan aku terkulat-kulat tak tau macam mana nak mulakan posting ini. Rupa-rupanya Bukit Gantang dah memerah hampir habis santan fikir dalam kepala aku. Rasa macam ada yang nak dikata tapi tak terkata. Jari dah di atas keyboard namun ayat tak muncul juga. Aduh!
Hari ini, Isnin 17 Rabi'ulakhir 1430 H aku terpanggil untuk balik kepada konsep asal blog ini iaitu melontarkan bahan fikir tentang kecacamerbaan gelagat dan laku politik makhluk-makhluk di dalam gelanggangnya. Mudah-mudahan makhluk politik terbaca buah fikir ini kalau-kalau boleh memangkin perubahan dan lonjakan bermakna.
Sebaik saja diumumkan keputusan PRK dua bukit, PAS dan PKR dengan bangganya menyatakan "isyarat rakyat tolak BN". Di Perak, kemenangan P059 digahkan sebagai referendum rakyat menentang rampasan kuasa 5 Mac. BN gagal mendapat restu rakyat yang dipohon sepanjang berkempen. Pakatan Rakyat riuh rendah mendendangkan lagu "Hidup rakyat", "kuasa rakyat", "UMNO akan berkubur", "BN dah tak relevan" dan macam-macam lagi.
UMNO terus dengan denial syndrome yang tak habis-habis. Gerombolan pemimpin glokal yang baru bertakhta beberapa hari itu cuba lari dari hakikat kekalahan dengan statement "pengundi Melayu tolak PAS dan PKR" dan "hanya pengundi Cina yang memenangkan Nizar dan S. Manikumar". Kemahuan memeriksa diri telah mati. Laungan "perubahan merakyat ke akar umbi" cuma muntah hanyir penyeri seloka.
Selang sehari selepas kenyataan-kenyataan itu, PAS isytiharkan pula undi Melayu kepada PAS merosot 4 peratus. Pengumuman itu mengesahkan dakwaan UMNO sehari sebelumnya. PAS mengaku pengundi Melayu terpengaruh dengan isu derhaka boneka yang dimainkan oleh UMNO.
Apabila PAS dah mengaku, UMNO semakin rancak berdendang. Media kawalan UMNO menerbitkan analisis pelbagai pihak kononnya sebahagian orang Melayu mula sedar agenda yang terselindung di sebalik Pakatan Rakyat. Misi PR didominasi kehendak DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia. Melayu mula insaf hak mereka tercabar. Lalu tergambar momentum lonjakan PR ke Putra Jaya dah terhenti. Gelombang PR kembali mengendur dalam konteks menggantikan BN di peringkat kerajaan pusat.
Ketika Pakatan Rakyat asyik berkenduri merayakan kemenangan dua bukit, UMNO terus merancakkan propaganda meyakinkan orang Melayu di seluruh negara betapa ketuanan Melayu (UMNO) berjaya mendapat nafas baru dari dua bukit. Melayu kembali cenderung kepada UMNO demi maruah bangsa. Seluruh bangsa Melayu usah terbawa-bawa dengan visi kabur Tsunami Mac 2008. Melayu dua bukit memimpin jalan taubat. Mereka telah insaf lalu menarik balik undi yang diberi setahun lalu. Begitu indah dan halus gurindam bertanduk dendangan UMNO.
Aku berasa heran dengan adegan anti-klimaks dua tiga orang pemimpin Pakatan Rakyat selepas 3 PRK minggu lepas. Tak salah berlaku jujur. Orang gagah sentiasa sedia mengakui kelemahan. Menyedari kekurangan diri membuka laluan kepada pemulihan dan penambahbaikan. Namun dalam konteks berperang, mendedahkan kelemahan yang mungkin tidak pun disedari oleh musuh, bukanlah kebijaksanaan namanya. Apa pun, aku boleh terima kalau pengakuan itu bermaksud memotivasi petugas dan penyokong supaya bekerja lebih kuat lagi. Tetapi rumusan yang dibentangkan mestilah berdasarkan fakta. Soalan aku ..... benarkah percentage yang diumumkan itu berfakta?
Kemerosotan 4% undi Melayu tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah bencana kepada masa depan politik negara. Kalau peratus Melayu yang keluar mengundi dikira bersamaan dengan peratus (keluar mengundi) keseluruhan iaitu 75.1%, angkanya ialah 26,364. Kenyataan media jentera pilihanraya P059 menyebut hanya 43% pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS. Jika begitu, angkanya ialah 11,337 undi.
Pada PRU12 jumlah keluar mengundi ialah 72.6% atau 25,486 (Melayu). Dikatakan PAS mendapat undi daripada 47% pengundi Melayu iaitu seramai 11,979. Maka, Undi Melayu pada 7 April merosot sebanyak 642. Jika dibahagikan dengan 38 daerah mengundi, purata kemerosotan itu ialah 17 undi bagi setiap satu daerah mengundi.
Kalau sekadar 17 undi purata di satu daerah mengundi, ia tidak mengesahkan dakwaan berlaku kemerosotan. Ada banyak faktor lain yang juga logik menjadi sebab kekurangan undi itu. Salah satu daripadanya ialah faktor pengundian pada hari "Selasa". Faktor kembalinya pengundi Melayu UMNO yang memboikot PRU12 kerana memprotes calon UMNO luar juga merupakan penyebab besar pertambahan 622 undi BN.
Kajian terperinci di dua daerah mengundi majoriti Melayu yang mengalami susut 11 dan 9 undi berbanding PRU12 mendapati tidak berlaku walau satu pun peralihan undi daripada PAS kepada BN. 18 pengundi tegar PAS yang mengundi pada PRU12, tidak dapat hadir pada 7 April kerana gagal mendapat cuti. 9 daripadanya bekerja di Lembah Kelang, 4 di Pasir Gudang, 2 di Nilai, 2 di Johor Bharu dan seorang di Kuantan. Seorang daripada baki 2 pengundi itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi ialah kakitangan kerajaan yang sedang berkursus wajib di Pulau Langkawi.
Di daerah mengundi yang sama, BN mendapat tambahan 77 dan 44 undi berbanding PRU 12. 37 daripadanya adalah UMNO tegar yang tidak mengundi pada 2008 kerana memprotes calon luar manakala 21 lagi yang juga UMNO tegar, tidak balik mengundi pada 2008. Daripada 21 orang yang tidak balik mengundi itu, 18 bekerja di Lembah Kelang, 1 di Sabak Bernam, 1 di Sungai Petani dan 1 di Kampar. Baki 19 pengundi lagi terdiri daripada 12 pengundi kategori UMNO goyang yang tidak mengundi pada PRU12 dan 7 pengundi yang tidak dapat dikenal pasti kecenderungannya.
UMNO berjaya memberi habuan yang lumayan sehingga menarik kehadiran penyokong mereka yang tidak keluar mengundi pada PRU12. Keberkesanan gerak kerja BN itu layak diberikan kredit.
Namun begitu, kekurangan 11 dan 9 undi PAS bersama tambahan 77 dan 44 undi BN itu TIDAK menunjukkan PERALIHAN undi daripada PAS kepada BN. Dengan kata lain, pengundi PAS pada PRU12 masih mengundi PAS pada 7 April. TIADA PERALIHAN. Pengundi BN pada tahun 2008 juga masih mengundi BN pada 7 April.
Kejayaan UMNO pada PRK 7 April ialah keupayaan menggerakkan penyokong setia yang tidak mengundi pada tahun 2008 hadir memangkah dacing kali ini.
Oleh itu, pengakuan "tercepat" yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah tersasar daripada fakta sebenar di medan. Tawadhu' yang kurang dalil itu nampaknya memberikan keselesaan kepada UMNO.
Aku masih mengharap jentera PR bangkit untuk serius memfokuskan gerak kerja mendekati pengundi secara terarah. Kita sudah ada sistem yang baik. Kita sudah ada manual kerja yang terperinci. Kita ada keupayaan tenaga manusia sampai ke peringkat lokaliti dalam daerah mengundi. Masalah kita hanyalah keberkesanan mengoptimumkan komitmen petugas-petugas di peringkat daerah mengundi ke bawah.
Kita ada profesional yang sarat idea. Kita ada pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Kita ada pemidato yang hebat. Kita ada penyokong-penyokong yang bersemangat tinggi. Kita ada penyumbang-penyumbang yang sanggup berkorban apa saja.
Maka mengapa kita masih gagal atau kurang berjaya? Antara sebabnya ialah kita masih kurang mendengar sedangkan pemimpin yang baik ialah pemimpin yang sanggup banyak mendengar. Kita masih terbawa-bawa dengan budaya memerintah/mengarah sedangkan rakan-rakan kita yang bertugas itu adalah sukarelawan pada adatnya. Mungkin kita cenderung berpegang bahawa tugas ini adalah kewajiban syarie. Memang pun ia begitu. Tetapi mustahak diinsafi bahawa kita berurusan dengan manusia yang ada perasaan. Dan kita bukan Nabi yang maksum atau Khulafa' Rasyidin yang tinggi karamah. Pemimpin yang berkesan bukan saja hebat ilmu dan kepakarannya tetapi juga hebat rendah diri dan keterbukaannya.
Jom kita turun ke gelanggang utama iaitu gelanggang pengurusan daerah mengundi. Kita berdunia di sana. Kita melabur di sana. Kita perkemaskan yang di sana. Kita lengkapkan keperluan di sana. Kita bina sistem tercanggih di sana. Kita bermesyuarat di sana. Kita upayakan tenaga di sana.
Tetapi bukan dengan titah perintah semata-mata.
ADUUUS DALAM DNB ADA HANTU?
-
*JUMPA HAL MENYERAMKAN DALAM DNB*
*FAHMI DITANYA*
*APA KERAJAAN BUAT LEPAS JUMPA JIN?*
*Fahmi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Ka...
5 days ago
salam cyberboron. yes. we must halt these winning fiestas, and focus more on the next perak GE. some stats to share with:
(***) - the majority (bn won for parliament last GE12)
1. lumut (298);
2. kuala kangsar (1458);
3. padang rengas (1749);
4. larut (1911);
and lots more in 2k-3k majority range. the leaders should be more pragmatic on numerics and facts, less on perceptions.
everyone knows simple mathematics. if we wanna win next GE13, this source is relevant:
http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KeputusanKeseluruhan.php
for the TOP BRASS - GE13 just in another 2-3 years.. please think hard now. please work hard. and do it NOW.
pendapat aku,tu pun kalau nak pakai,tak nak pakai tak kisah.
1. Bukit Gantang yang menang DS Nizar, PAS Kalah.
2. Orang bawah sentiasa dimotivasi tapi orang atas (bukan semua) otak dah tepu.
3. Lain kali kalau ada PRK dan calonnya dari PAS. TGHH wajib sentiasa ada maka semua Mr Bean gerenti ada sampai TGHH nak jalan pun susah sebab pemimpin tempatan berbelit kat kaki.
4. Disebabkan sokongan rakyat kepada PR semakin kuat maka semua pemimpin tempatan mula memasang angan2 dan merekacipta teknik mengampu tercanggih. Tapi persiapan untuk memegang kuasa dimasa depan, Yilleeekk! tapi bila ditanya semua cakap Lillahi Taala. Piirraaahhh!
5. Bila menang adakan majlis sambutan bersama ahli parti tapi orang tak berparti tapi mengundi PAS macam aku, perghh! tengok pun pakai ekor mata je! tu takper lagi, yg paling aku bengkek bila kita bersembang siap tengok atas bawah atas bawah. Bagi side kick belt biru aku baru tau.
Tu pendapat aku je. Kalau rasa betul teruskan lah sikap yang ada tu tapi siaple jawapan2 bila kalah dalam pilihanraya akan datang. Ops! lupa plak. Kalau keadaan tak berubah aku cadang nak tubuh Parti baru komponen Pakatan Rakyat. Parti MRI (mari mari mari!) short form to MAT ROCK INSAF! MARI MARI MARI daftar sekarang. kita kerja ala SEEK N DESTROY untuk memusnahkan MASTER OF PUPPETS! boring giler, takde perubahan langsung. Nasib baik aku respect kat Tok Ayoh Zik dengan Yeop DS Nizar.
Saya setuju dgn pendapat saudara Jeritan Minda.Kita tak boleh cepat melatah dan memberi ulasan yang menguntungkan msush shj..Satu perkara yg perlu PR belajar..Kaji dulu sedalam dalamnya sebelum mengeluarkan kenyataan separuh masak..
Gua pon ada baca artikel yg.mengatakan kemerosotan pengundi Melayu itu .
Saolah olah mengiakan tohmahan AMNEO.
Cukup sakit hati Gua.,kerana penulis tur tidak mengkaji sebab sebab lain,terutama kegagalan lebe kurang 1300 pengundi totok PAS di luar yang tak dapat balik.(i.e Tak dapat cuti)
Kadang kadang ada hantu yg.menyamar jadi manusia.
So...Jaga jaga.
Biag la depa syok sendiri dengan kemenangan ala depa..... undi sapa pun ambik pi pulun kira la.
Janji,kemenangan yang didoakan telah termakbul. nak tak puas hati tang mana lagi. bukan sedikit yang mendoakan kemenangan itu.