Kebanyakan petugas PR/BN dan pelawat dari luar Bukit Gantang dah sampai ke rumah masing-masing. Hari ini petugas tempatan menyelesaikan kerja-kerja menurunkan poster serta membersihkan bilik gerakan dan kawasan sekitar. Tak ada traffic jammed lagi hari ini. Aman damai. Stesen Maya 1 sunyi sepi.
Bukit Gantang dan Bukit Selambau kekal diwakili PAS dan PKR. Alhamdulillah PR lulus ujian pertama selepas krisis rampasan kuasa di Perak. Sebelum keputusan semalam, sebahagian pemimpin dan pemerhati politik bimbang mood Tsunami PRU12 telah tergugat akibat eksploitasi isu derhaka dan boneka. Akhirnya nyata pengundi PR ketika PRU12 tidak terpedaya dengan momokan 'perubahan' demi 'perubahan' yang dilaungkan oleh UMNO sejak Mac 2008. Perlantikan Najib sebagai PM ke 6 tiada sebarang makna bagi pengundi dua bukit. Pengundi PR tidak dapat ditipu lagi.
Keputusan semalam juga menunjukkan ada sedikit tambahan sokongan kepada PR berbanding PRU12. Angka tambahan itu kecil tetapi sangat significant. Perolehan undi dan majoriti kemenangan bertambah di dua bukit. Namun begitu Batang Ai memberi isyarat supaya PR bekerja lebih gigih di Bumi Kenyalang. Mood pengundi Sarawak belum sampai ke tahap sikap dan kefahaman pengundi di semenanjung.
Semalam Osman Jailu dah tahu kemahuan penduduk Changkat Jering. Dia juga mula faham mengapa UMNO beria-ia mengugut dan kemudian membeli maruahnya bersama Jamal dan Hee. UMNO sangat arif betapa demokrasi tak akan memenangkan mereka di negeri Perak. Menunggu PRU13 bererti menempah bala yang lebih besar. Mahu tidak mahu, UMNO perlu bertindak dengan kaedah asli parti itu iaitu cabul demokrasi dan persetankan undang-undang. Osman terlalu naif. Runtuh jiwa hancur akal di pangkuan tawaran kemewahan yang tak sebanyak mana pun.
Keputusan N.14 Changkat Jering dalam PRU12, 8 Mac 2008
Osman Jailu (PKR) ... : ... 9411 ..... menang dengan majoriti 1102.
Mat Isa Ismail (BN) ... : ... 8309
Keputusan Undi DUN Changkat Jering dalam PRK P059, 7 April 2009
PR ... : ... 9896 ..... majoriti 1690
BN ... : ... 8206
Mudah-mudahan Osman, Jamal dan Hee dapat pelajaran yang sangat berharga daripada keputusan semalam.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
2 days ago
Kalau boleh hantar sekeping penyata tersebut pada Osman Jailu... pos lajukan supaya sampai pada sasaran...
Brtindak tanpa fikir.Itulah akibatnya. teman nak tanya "Lun" atau kamarullail anak wan melah. amacam mike. tobat le dengan parti yang daif.pemikiran mike tak berubaoh. belajor le tinggi mane pun .akei mike masih dekat cangkat ponggeng.
Saya tak tau nak komen apa kat Semang Jelu ni.
Tak ada perkataan yang nak di tulis dalam bahasa Melayu dan bahasa sankirt yang sesuai
untuk dia
Sarawak mmg tak boleh nak buat apa. kawaasan pedalaman tak maju lagi. Media alternatifpun takda. Internet access pun tak ada. Orang bumiputra sana yg dok pedalaman mana tau guna internet. TV pun kalau ada hanya RTM jer. So, apa sangatlah harapan kita untuk masuk kat sarawak tu.Balik-balik gambar dacing jer yang ditayangkan. Kalau naik gambar selain dacing mereka pulak rasa pelik semacam. Merekapun hidup tak berkembang.. ibarat bawah tempurung jer..!
Takdenye deme sedor. Hantu yang takde keroje kan ramei. Deme akan employ lagi hantu setan untuk jadi pengundi. Ape susah? Bagi deme secara cengkok atau bengkok (hook or crook = maknanya tipu), deme akan usaha untuk menang. Tapi deme lupa, Allah lebih berkuasa dari hantu2 itu. Deme berjaya sebagai penambah kepada peratus pengundi Melayu yang menolak PAS. Tapi deme gagal menangkan UMNO.
Osman Jailu... sungguh pilu. keturunan kau malu sampai 13 keturunan.
al-ustaz..
saya dari semalam dok tunggu keputusan ikut UPU. tak boleh upload ka?
Memang Osmang & species yang sewaktu denganya amat memalukan bangsa dan ugamanya. Sungguh hairan, dialaf baru ni, masih ada manusia yang sedemikian, kalau di jepun dah lama orang macam nii membunuh diri !!
Salam Semua,
Memang benar kita menang di 2 Bukit..tetapi kes Osman sedang berjalan di Mahkamah...maka elok benar rasanya jika kita sama2 sekali lagi berdoa supaya kes ini berada diatas landasan kebenaran...supaya mereka ini akan mendapat "Double Jab" drpd tindakan mereka sendiri...sama2 lah kita doakan juga supaya mereka ini sedar dan kembali ke pangkal jalan.
seman jailu tak tentu lg nasib die...harap2 tersungkor le...ape cite si maei pian tu?? ye yo oo je yakin dapat majoriti 8 ribu...penyudahnye lingkup terus...kenang2 balik masa nama dia baru dicalon,agen maei kempen bwk bini die jaja dgn penuh konfidennye.."ni saya kenalkan isteri bakal ahli parlimen bkt gantang"..tapi akhirnya...yg dikejar tak dapat,dikendong berciciran..nganggur je le...tebey muke yob!!!tapi x pe,,ada karang job balance2 yang x de org nak umno bg...comfirm pnya..umno kan ke suka camtu???
Salam
Hangpa dok cerita kemenangan di 2 bukit jangan lupa tentang ada 2 ekor lagi kambing hitam dah nak kena sembelih (Sirul & Azilah) mbek………. Bekk………
Hidup ini penuh dengan cabaran, halangan dan dugaan. Jika anda jatuh, janagan mudah mengalah, bangunlah dan katakan "kurang ajar!!!, sapa tolak aku tadi hahh???
wakakakaaaa
Saya tak fikir Osman jailu tu bijak nak baca kira kira tu
salam. apapun syukur PR menang. kepada yg belut kita doakan solat hajat semoga mereka pulang ke jalan yang benar. kita mengambil pendekatan memohon segala galanya dari Allah. mungkin ada hikmah pembelotan mereka. semoga kita lebih dekat dengan Allah. Allah sukakan hambanya yang meminta pertolongan. kita hamba... Allah suka pada hamba yang benar benar menghambakan diri pada Allah.