Sajak ini diambil dari blog muhaimin sulam yang sedang di perantauan. Terasa sungguh dalam suluhan pejuang ini. Mungkin boleh dijadikan bahan menilai diri.
Ada orang membaca dengan akal
Ada orang membaca dengan hati
Ada orang membaca dengan budi
Ada orang membaca dengan emosi
Dari situ kita kenal bagaimana
panjang tidak akalnya,
dalam singkat hatinya,
cetek tinggi budinya,
luas sempit emosinya.
Ada orang menulis dengan tangan
ada orang menulis dengan kepala
ada orang menulis dengan kaki
ada orang menulis dengan mata
Dari situ kita kenal bagaimana
cacat elok tangannya,
berotak tidak kepalanya,
kuat lembik kakinya,
sinar kelat matanya,
Sajak ini aku tulis spontan bila membaca blog Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi semalam. Lepas gemuruh dalam kelambu Umno, kini giliran gempita dalam rumah PAS. Semua gara-gara hendak mencari pemimpin. Benarlah seperti hikayat lama, ketika dilahirkan seorang putera, gegak gempita guruh di langit, kilat sambar menyambar......
Sebenarnya samada orang PAS atau Umno yang sememangnya Melayu begini.....
Mereka bergaduh dari jauh
Dekat mereka senyum, bersalam dan berpelukan
Lengkuk bibir tak sama lengkuk di hati
Marah orang Melayu cukup bersantun
Bising di belakang
Depan duduk bersimpuh
Diam tetapi berdendam
Cemburu melihat orang maju
Senang tengok orang susah
Bercakap tidak, mengumpat bertan-tan
Mudah maafkan tetapi sukar melupakan
Mengungkit jika disakit
Berbisik sebelum bercakap
Berfikir selepas terlajak
sumber : blog Muhaimin Sulam - Berani Untuk Tahu
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
3 days ago
HIDUPPPPPPPPPPPP ISLAM POIE JAHANAM meLAYU
sememangnya dugaan kemenangan lebih besar impaknya dari kekalahan..buanglah yg keruh ambil yg jernih....berat sama kita pikul ringan sama-samalah kita jinjing....tiada faedahnya sengketa sesama kita...ayuh padukan tenaga, satukan suara, kita menuju ke matlamat yg sama..takbir!
Hmmm...memang mengesankan