Analisis Keputusan PRK Bukit Gantang

PAS-PR menang di Bukit Gantang. Berbanding PRU 12, PAS mendapat tambahan 1,845 undi (Mac 2008 : 20,015 / April 2009 : 21,860). Majoriti kemenangan juga bertambah 1223 (2008 : 1,566 / 2009 : 2,789). Bukan PAS saja yang mendapat tambahan ungi malah BN juga mendapat tambahan 622 undi berbanding PRU12 (2008 : 18,449 / 2009 : 19071).

Kedua-dua parti mendapat tambahan undi kerana jumlah keluar mengundi meningkat daripada 72.6% (2008) kepada 75.1% (2009). Berbanding jumlah yang diperolehi dalam PRU12, undi PAS meningkat 0.092% manakala undi BN meningkat 0.033%.

Analisis awal oleh Pengarah Jentera PAS bagi PRK059 menyatakan sokongan pengundi Melayu kepada PAS merosot 4% daripada 47% (2008) kepada 43% (2009). Sebaliknya sokongan pengundi bukan Melayu meningkat 11% daripada 64% kepada 75%. Secara relatif, sokongan pengundi Melayu kepada BN meningkat 4% manakala undi bukan Melayu merosot 11%.

Jika peratus keluar mengundi mengikut bangsa dikira bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan maka jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi ialah 26,364 manakala 15,295 pengundi bukan Melayu keluar menunaikan tanggungjawab.

43% Melayu undi PAS : 11,337
57% Melayu undi BN : 15,027

75% bukan Melayu undi PAS : 11,471
25% bukan Melayu undi BN : 3,824

Jika diguna-pakai angka seperti di atas, PAS memperolehi 22,808 undi manakala BN memperolehi 18,851 undi. Jumlah ini berbeza dengan angka sebenar yang diperolehi oleh kedua-dua parti. Ini bermakna peratus keluar mengundi mengikut bangsa sebenarnya tidak bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan.

Di sebalik angka-angka tersebut ada beberapa perkara yang menjadi petunjuk berguna kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Mood rakyat masih kekal seperti kejutan yang berlaku pada 8 Mac 2008. Dalam tempoh setahun selepas tsunami itu, peralihan sokongan kembali kepada BN belum berlaku. Tambahan 622 undi BN pada 7 April 2009 datang daripada pengundi UMNO yang memboikot PRU 12 kerana isu calon luar. Kebanyakan daripada 1845 tambahan undi PAS diperolehi daripada pengundi Cina yang beralih sikap selepas melihat keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Perak selama 10 bulan. Di sebalik tambahan sokongan pengundi Cina yang diulas oleh banyak pihak, sebenarnya undi PAS di kawasan Melayu tidak merosot. Cuma di kampung-kampung Melayu itu, peningkatan undi BN lebih banyak daripada peningkatan undi PAS.

Bolehkah dirumuskan secara pasti bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS-PR merosot berbanding PRU13? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa kemerosotan itu berkadar 4%? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa undi itu beralih kepada BN?

Siasatan oleh team cBr7 mengesahkan tidak berlaku peralihan undi daripada PAS kepada BN. Kemerosotan undi PAS hanya berlaku di 4 daerah mengundi (pengundi Melayu 85% ke atas) pada kadar purata 2.19%. Siasatan mendapati kemerosotan itu disebabkan pengundi PAS yang bekerja di luar kawasan tidak dapat balik mengundi kerana gagal mendapat cuti daripada majikan. Faktor hari pengundian yang ditetapkan pada hari Selasa menjadi penyebab utama kegagalan hadir pengundi-pengundi ini. 9 daripada 10 pengundi luar yang tak dapat balik mengundi itu bekerja di Lembah Kelang dan Johor.

BN mendapat tambahan undi di 8 daerah mengundi pada kadar purata 3.72%. Tambahan itu datang daripada pengundi BN yang tidak mengundi pada PRU12 kerana memprotes pemilihan calon BN yang didatangkan dari luar Bukit Gantang (Abdul Azim Zabidi).

Peralihan paling besar yang berlaku dalam PRK 7 April ialah peralihan undi BN kepada PAS di kalangan pengundi Cina melibatkan antara 1,200 ke 1,300 undi. Baki tambahan antara 500 ke 600 undi PAS datang daripada pengundi Melayu di 9 daerah mengundi yang nisbah bangsanya hampir sama.

Oleh itu dakwaan UMNO kononnya pengundi Melayu telah beralih menyokong BN kerana tidak merestui pendirian PR berhubung krisis peralihan kuasa dan bimbangkan nasib orang Melayu di bawah pentadbiran kerajaan PR adalah tidak berasas dan hanya gimik politik.

Comments :

10 comments to “Analisis Keputusan PRK Bukit Gantang”
priory of jenin said...
on 

ustaz mmg dasat. bakal calon kalo ada mana2 PRK sekitar perak.

Amuraria said...
on 

KALU TAK TIPU BUKAN UMNOI NAMANYA ! KERAJAAN HARAM ,MAKAN DUIT HARAM ,BUAT KERJA HARAM DAN DIPENUHI DENGAN A..K HARAM ! MOGA MANGKUK-MANGKUK TANDAS YANG UNDI UMNOI/BN BUKA MATA YANG TERTUTUP DENGAN TAIK PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNOI ! KELUARLAH DARI JAMBAN UMNOI !

Ihya said...
on 

Salam ziarah...

saya setuju dengan artikel tuan ini.

vader said...
on 

aku rasa la.merosot 4% undi melayu tu kerana umno mainkan isu 999 thn tanah untuk cina dan derhaka.maklumlah masih ramai yang mengalami darah beku kat kepala.

Husaini said...
on 

Bab tak balik ngundi tu, betul.akulah antaranya..huhu, lambat sangat kerajaan dan SPR pilih tarikh untuk PRK, menyebabkan ia jatuh pada tarikh peperiksaan semester yang betul2 ada paper pada hari Selasa tersebut. Ha, amik..aku dan 2,3 orang kawan aku dipercayai pengundi PAS juga tak dapat pulang mengundi PAS...huhuhu

Anonymous said...
on 

Pengundi hantu tak masuk carta ke???

priory of jenin said...
on 

awat tadak sapa analis kebarangkalian ada pengundi 'tanpa status kekal'?
PRK dah la hari selasa (tengah minggu), dan pengundi lagi ramai dari PRU? betui ka geng mat isa dan kamalullail mengundi pulak kali ni?
kawan teman yg sokong 'PEH' pun ada dekat 10 orang tak balik kerana kerja. org yg teman tak kenei?

http://prioryofjenin.blogspot.com/

Anonymous said...
on 

PR tidak akan bertahan lama jika meneruskan politik adu dumba. Sekarang ini PR merumuskan begini : Sultan/raja tak betul, mahkamah campur tangan/tak adil, polis tak betul, SPRM alat kerajaan, hak sama rata. Sebenarnya PR ADALAH BANAGSAT SEGALA BANGSAT. PR DAN AHLI2NYA MENGALAMI SAKIT JIWA YANG HEBAT. DENGKI DAN KHIANAT PADA BANGSA DAN TANAH AIR SENDIRI. PERGI MAMPUS ANWAR IBRAHIM.

Anonymous said...
on 

aku dok heran camna speaker perak la ni. lum bersidang dah gantung MB. kata MB haram sedangkan sultan telah bertitah mengatakan MB nizar kene lepaskn jawatan. sultan telah melantik MB baru, sepatutnye speaker dah boleh panggil bersidang. kata dok crita demokrasi. ni demokrasi ke demo kasi? la ni timbul lak mahkamah campur tangan urusan pentadbiran negeri padehal mahkamah ni sebagai orang tengah. aku rasa setiap keputusan akan ok kalo nuar mahupun nizar jd hakim. tu kata depa. bodoh nye mangkuk2 jamban PR!

Anonymous said...
on 

A very well written piece of analysis.Well thought out and should be read by budding politicians of all hue.

Post a Comment