Panas Menjelang Sidang DUN 7 Mei

Sebelas hari menjelang sidang DUN Perak beberapa peristiwa panas dan ganas akan mengambil tempat dalam catatan sejarah. UMNO akan lakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa yang dirampas dua bulan lalu. Pakatan Rakyat juga akan bertarung habis-habisan untuk menyekat kemelampauan UMNO-BN.

Hee Yit Foong kini menjalani sessi kaunseling dan motivasi khas untuk berperanan sebaik mungkin mengendalikan sidang DUN 7 Mei. Exco Kanan (haram) kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengasuh Hee sedang berusaha meyakinkan Timbalan Speaker itu. Hee masih serba salah, tetapi exco kanan itu gigih berusaha. Selepas tampil bersama Jamaludin dan Osman mengisytiharkan keluar parti pada 4 Februari lalu, Hee berjaya dinasihati oleh exco itu agar tetap pendirian.

Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.

Pilihan pertama ialah menangkap Sivakumar. Setakat ini ada banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya. Dia boleh ditangkap bila-bila masa dan ditahan reman selama seminggu. Kalau dia ditahan antara tarikh 1 hingga 6 Mei, sidang DUN pada 7 Mei akan dikendalikan oleh Hee secara sah. Sebaik saja sidang bermula, UMNO boleh mengusulkan pemecatan Sivakumar dan mencadangkan Hee atau Nasarudin sebagai Speaker baru. Usul itu akan menang dengan 29 menyokong dan 27 menentang.

Pilihan kedua ialah memujuk Sivakumar seperti pujuk-tawar-ugut yang dibuat terhadap 4 pelompat sedia ada. UMNO tak perlu bimbangkan apa-apa risiko undang-undang kerana semua jabatan/agensi/suruhanjaya penguatkuasaan undang-undang telah menyembah taat setia.

Pilihan ketiga ialah menghilangkan Sivakumar seperti di awal kes 3 pelompat daripada PR menjelang rampasan kuasa tempohari. Pilihan keempat ialah menguzurkan Sivakumar dengan cara menghilangkan upaya fizikalnya untuk hadir ke sidang DUN. Kalau Sivakumar sakit teruk atau cedera teruk pada saat-saat akhir menjelang 7 Mei, sudah tentu dia tak dapat menghadiri sidang.

Namun begitu UMNO masih mengkaji secara serius kesan tindakan yang akan dibuat itu. Setakat ini belum terjumpa kaedah yang meyakinkan untuk mempositifkan persepsi rakyat akibat langkah meng'ghaib'kan Speaker itu. Sama ada jangka pendek atau jangka panjang, kelihatannya UMNO tetap rugi. Penyokong PR akan semakin marah dan benci. Sebahagian pengundi atas pagar akan beralih simpati kepada PR. Begitulah report yang dikemukakan oleh sekelian mata dan telinga UMNO di seluruh pelosok negara.

Tapi UMNO tak ada banyak pilihan. Kalau Sivakumar mengendalikan Sidang, UMNO akan berdepan dengan bermacam-macam risiko. PR ada ruang yang cukup luas untuk menguasai sidang. Tiga pelompat yang asal boleh diusir dari dewan. Tujuh pesalah gantung boleh dihalau oleh Speaker dengan alasan yang lain pula. Yang tinggal hanya 21 ADUN BN berbanding 27 ADUN PR (tak termasuk Speaker). Ketika itu kalau nak bubarkan DUN, Pakatan Rakyat boleh mengusulkannya. Kalau nak sabitkan mana-mana ADUN BN atas apa-apa kesalahan lalu dihukum gantung macam Gobind Singh, PR boleh melakukannya. Jawabnya lingkup bahanalah UMNO.

Oleh itu by hook or by crook Sivakumar mesti tiada dalam sidang DUN 7 Mei.

Comments :

11 comments to “Panas Menjelang Sidang DUN 7 Mei”
Anonymous said...
on 

Poooorah !!! tiap kali aku baca perkara krisis di Perak macam inilah tulisanya. Pada mula berdegar degar dan macam macamlah ruang yang ada dan pihak Umno tiada jalan untuk mengatasi tapi bila keputusan dibuat Pr pula terkebil kebil.Apa ni.!!

Anonymous said...
on 

biasanya hangpa ni bercakap, tapi tak disertakan dengan tindakan 'pre-emp'. ini yang jadikan pr ni kalut. aku nampak pemimpin pr kalut sat, tapi yang dok kalut sepanjang masa adalah penyokong pr.

aukauk88.

Anonymous said...
on 

Aku sokong dua dua diatas.Kalau nak menyedapkan hati penyokong saja,tak payah le.Mengabihkan boreh jo.Mula garang kemudian cari alasan.


Ambuyat.

Anonymous said...
on 

Udah semuanya ikut telunjuk bn,maunya tak terkebil.Perjuangan bukannya mudah .....

Anonymous said...
on 

Perjuangan bukannya mudah untuk penyokong.Pada DIA ORANG kena pandai cari..............

anak said...
on 

apa nie...semua jd cik anon...gentle ler skit mcm tuan blog....

utk namanya andaian...atau keberangkalian....org2 PR nie..bkn tak nak buat...tapi kita nie jenis diajar hormati undang2...

lagi satu...kita senantiasa diingatkan oleh 2 org sahabat karib...kiri dan kanan...yg mencatat segala amalan kebaikan dan keburukan...

oleh yg demikian..rasa gerun tu tetap ada...

perjuangan tidak kepada menang semata...tapi kalah itu juga adalah kemenangan...jika ia dipihak yg benar dan istiqomah..

anak said...
on 

pembetulan/

itu namanya andaian...atau keberangkalian....

Prof. Era Pasca said...
on 

dan kita dalam PR kena pastikan SIVA berada dalam dewan keadaan sihat...hook or crook.... ketatkan kawalan rumah siva kalau boleh biar siva pergi dewan dengan 27 ahli dewan naik bas... ape2 berlaku kite bubar 28 dun tersebut.. allh bersama org yg sabar..
di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

Anonymous said...
on 

klu betui2 terjadi camtu apa tindakan pr untuk melindungi siva
ini yg patut org2 pr pikiekan!!!!!!!

Anonymous said...
on 

Tak dapat nak buat apa.Umno/BN yang kuasai negara.
Hanya Allah yang mampu tentukan semua.

fajridil said...
on 

ada dua org tambi skrgni kat perak. sorg zambry,sorg lg sivakumar.. sama2la kita tgk tambi mana lg power.. [my blog]

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini