Cacamerba dalam tolak ansur Pakatan Rakyat

TG Haji Hadi dah nyatakan prinsip PAS dalam isu pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat. PAS akan turut serta kalau MP Melayu/Islam majoriti dalam kerajaan PR. Kalau sebaliknya, PAS sangat mungkin menarik diri.

Kalau PAS menarik diri bermakna tiadalah kerajaan baru PR. Hilang 23 kerusi (PAS) rasanya tak mungkin PKR+DAP+SAPP dan 30 atau 33 MP yang nak menyeberang membentuk majoriti di Parlimen.

PAS menjemput MP Melayu/Islam menyertai PAS untuk memastikan dominasi Melayu/Islam dalam kerajaan baru. Walau pun kebarangkaliannya ada tetapi tanda-tandanya kurang kelihatan.

Presiden PAS juga menegaskan PR memerlukan MP yang betul-betul berani bertukar bahtera. Kalau penakut bererti kerajaan PR pun nanti hanya pemerintah yang goyah. Masalahnya, yang Melayu/Islam itu pula adalah dari UMNO. Sanggupkah mereka menyertai PAS? Kebanyakan mereka adalah penguasa-penguasa yang sebati berdarah-daging UMNO dan ada banyak kes sepanjang berada di kem BN. Beranikah mereka untuk tampil mengumumkan hasrat menyertai PAS?

Nak salahkan PAS kerana isu tarik tali ini pun susah juga. Perkembangan sepanjang tempoh enam bulan selepas pilihanraya Mac lalu nyata menyebabkan PAS tersepit dalam banyak isu. DAP dan pemimpin-pemimpin non-Muslim PKR dah banyak kali mengusik prinsip Islam yang merupakan dasar perjuangan PAS. Kebebasan mengamalkan agama masing-masing telah diolah sehingga semacam nak memaksa Muslim supaya mengenepikan prinsip kepercayaan mereka. Bukan saja PAS atau orang PAS, malah yang tidak PAS pun tak akan merelakan keadaan itu berlaku!

Selain itu, dalam kita menjunjung kesaksamaan hak tanpa mengira kaum, namun isu kaum ini tetap tak boleh di pandang sebelah mata. Sementelahan UMNO telah memainkan isu 'hak Melayu dalam bahaya' ini dengan penuh jijik sejak tsunami Mac melanda mereka.

Melayu sedang memerhati dan menilai perkembangan ini dengan sangat khuatir. Kalau banyak sangat tindakan dan kenyataan pemimpin PR bukan Melayu yang semacam nak memadamkan hak dan kemudahan yang mereka nikmati selama ini (walau pun sebenarnya UMNO bukan pun memeliharanya), Melayu tak akan mengangguk sahaja.

Maka kalau kita serius nak membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat, semua isu ini perlu ditangani dengan bijaksana. PAS perlu beralah dan memikirkan pendekatan strategik. DSAI perlu jelas menjamin maruah Melayu dan Islam. DAP dan pemimpin bukan Melayu PKR perlu berhemah bila menyentuh isu melibatkan kaum dan agama.

Kalau ada timbang dan rasa maka masih bersinarlah harapan kita. Kalau keakuan atau kekamian masih beraja dijiwa maka hancurlah cita-cita kita berantakan semuanya.

Baca Sepenuhnya..

cacamerba isu peralihan kerajaan BN kepada PR

16 September dah muktamad tak jadi. Minta sidang Parlimen tergempar 23 September pun dah ghaib. DAP cadang sidang 29 September pulak. Satu riwayat menyebutkan peralihan akan berlaku pada 1 Oktober. Hari Raya tu!

Aku juga sangat mengharapkan peralihan ini. Aku percaya sekelian rakyat Malaysia yang bukan UMNO totok juga mendoakan peralihan berlaku. Orang PAS mahu, orang PKR mahu, orang DAP mahu, kakitangan kerajaan mahu, orang bisnes mahu bahkan sebahagian orang BN pun mahu juga.

Masalahnya, berjuta-juta rakyat yang menyokong peralihan ini tak diberikan maklumat sebenar tentang progress usaha yang dibuat oleh para pembesar parti-parti PR. Memanglah bukan semua maklumat boleh didedahkan. Nama2 MP yang setuju pindah kapal memang tak boleh diisytiharkan. Jadual kerja pasukan pemujuk dan pasukan undang2/perlembagaan memang patut dirahsiakan.

Tapi, maklumkanlah fakta perkembangan proses itu dalam rupa yang terang sedikit dan boleh difahami oleh seluruh rakyat jelata. Janganlah terlalu berteka-teki. Janganlah asyik nak 'gempaq' BN sehingga penyokong sendiri jadi teruja keterlaluan.

Ketika pertama kali DSAI sebut tarikh 16 September, persepsi yang diperlihatkan kepada rakyat ialah pada tarikh tersebut akan berdiri kerajaan baru iaitu kerajaan PR. Waktu itu tak pun dijelaskan bahawa 916 tu hanya tarikh proses bermula. Tidak juga dijelaskan kewujudan plan B dan plan C atau apa2 plan alternatif sekiranya ada halangan2 dari sudut undang2 atau perlembagaan dan tindakan sabotaj oleh BN.

Saat akhir menjelang 916 barulah keluar statement tentang halangan itu ini dan sabotaj ini itu. terpercul pulak tarikh baru 20 September. Hanya tambah tempoh empat hari berbanding tarikh asal. Tup tup diisytiharkan pulak PR dah hantar surat kepada Pak Lah mendesak supaya dipanggil sidang Parlimen tergempar pada 23 September untuk test siapa yang ada majoriti di Parlimen. 920 ghaib begitu saja.

Pak Lah tolak permintaan panggil sidang 923. Logiknya pun memanglah Pak Lah tak akan setuju. Namun begitu rakyat boleh faham bahawa langkah menghantar surat kepada PM tu adalah perlu. Rakyat juga tahu soal formaliti dan strategi.

Cuma ceritakanlah dengan lebih berterus terang. Janganlah mempandirkan penyokong dengan ulasan2 dan alasan2 yang semua orang dah tahu. Janganlah terlalu menampakkan dolak dalik dan mengemukakan hujjah yang terlalu 'berkunun'.

Satu lagi hal besar yang rakyat nak tahu ialah wajah sebenar kerajaan baru PR gabungan PKR-DAP-PAS plus puluhan MP yang bakal menyeberang tu. Mungkin hampir pasti DSAI akan mengetuainya sebagai PM. Timbalannya siapa? Agihan kerusi menteri macam mana? Agihan kerusi timbalan menteri dan SU Parlimen macam mana.

Jangan pandang remeh perhatian dan rasa ingin tahu yang bermain dalam minda penyokong2. Boleh dikatakan semua penyokong ingin tahu. Penyokong PAS nak tahu. Penyokong DAP nak tahu. Penyokong PKR nak tahu. Penyokong MP yang nak pindah itu pun nak tahu juga.

Sampai hari ini belum ada kenyataan resmi mana2 pihak dalam PR atau DSAI sendiri tentang hal yang sangat sensitif ini. Penyokong PAS tak rela parti mereka terpinggir. Penyokong DAP tak rela tegaknya agenda Islamic State. Penyokong PKR dah tentu mahukan penguasaan parti mereka dalam kerajaan baru kerana jumlah kerusi yang lebih. Rakyat Sabah dan Sarawak juga nak tahu apa yang akan mereka dapat. MP dua negeri itu yang dikatakan ramai nak menyeberang akhirnya akan diletakkan di mana?

Tolonglah kami aduhai DSAI. Tolonglah kami aduhai TGNA dan TGHH. Tolonglah kami aguhai LKS dan LGE. Janganlah terus membiarkan kami teraba-raba dalam teka-teki ini. Kalau pun tak dapat nak umumkan secara hundred percent tepat, maklumkanlah prinsip persefahaman yang telah dicapai secara umum tetapi jelas. Pakatan Rakyat ini bukan hanya you all beberapa orang saja yang punya. Pakatan Rakyat ini milik kita bersama. Milik kami semua. Jika tiada kami yang di bawah ini maka tidaklah you all yang beberapa kerat tu boleh bersinggahsana di sana.

Please......! selesaikan kecacamerbaan ini.

Baca Sepenuhnya..

UMNO memang bahlol

Hari ni (23 September 2008) aku baca Harian Metro.

tajuk beritanya - JKKK (P) saring bantuan

BUKIT MERTAJAM: Pemohon atau individu di kawasan Parlimen Bukit Mertajam yang ingin mengemukakan permohonan bantuan atau pinjaman Kerajaan Pusat perlu menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)(P) sebelum proses kelulusan dipertimbangkan.

Kesemua 38 cawangan UMNO dalam bahagian Bukit Mertajam pula bertanggungjawab bagi memastikan tidak ada pemohon yang menyokong pembangkang mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan projek luar bandar dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah Kerajaan Pusat.

.........................................

Makhluk politik parti UMNO confirmed cacamerba kepala hotak mereka!

Politik mereka adalah politik kebencian. Minda dan jiwa politikus UMNO memang penuh dengan dendam kesumat. Demokrasi telah dirogol dan diliwat. Ugutan dan ancaman adalah budaya yang telah menjadi aqidah dan syariah UMNO.

Demokrasi mana yang mengizinkan pemberian bantuan dan peruntukan HANYA kepada ahli parti pemerintah? Komunis yang digambarkan sebagai zalim dan kuku besi pun secara resminya tak mengizinkan pengagihan terpilih macam yang UMNO buat.

UMNO memang tak pernah belajar dan tak mahu belajar. Tsunami 8 Mac 2008 masih tak berdaya mencelikkan akal atau menjernihkan jiwa mereka yang ala kebinatangan itu. Malang sungguh Malaysia!

Baca Sepenuhnya..

cacamerba makhluk politik malaysia 2

aku pun makhluk politik juga. 30 tahun di gelanggang ini bermula ketika masih dalam tingkatan 1. waktu itu aku hanya penampal poster. beli tepung ubi, masak buat gam. berusnya dari sabut kelapa. aku tak peduli borang E dan tak kisah had umur 21 tahun untuk jadi petugas parti politik masa pilihanraya.

pendek kata, aku betul2 bekerja masa umur form 1 tu kerana kesedaran politik yang real. bukan ikut-ikutan buta tuli. aku puas bila dapat melaksanakan tugas. caci maki hina perli oleh makhluk sekeliling tak merencatkan sedikit pun semangat juang aku.

30 tahun berlalu. aku masih di gelanggang ini. masih dalam bas yang sama. masih bekerja. masih dengan matlamat yang itu juga.

aku dah duduk di macam2 potfolio dalam organisasi parti dari level cawangan sampai national level. walau pun tak macam tun, tan sri dan dato' seri tapi simpang siur perjalanan makhluk politik ni dah masak juga la rasanya.

tiba2 sehari dua ni terpanggil jiwa dan minda aku untuk menjeritkan cetus rasa dan luahan minda tentang makhluk-makhluk politik yang pelbagai sepak terajang serta helah muslihat mereka masing-masing.

mudah-mudahan Yang Maha Esa memayungi langkah aku dan melorongkan agar coretan2 aku ini mendatangkan manfaat kepada diri aku dan sekelian yang membacanya.

politik memang cacamerba. makhluk-makhluk politik pun ramai sangat yang cacamerba dan ghafla jingga. UMNO sentiasa cacamerba. lain2 komponen BN pun pakat2 huru-hara. PKR tak kurang ghaflahnya. DAP tak habis2 dengan mainan isu sensitifnya. PAS pun bergelora di sebalik tenang. aku? .... aku pun pening kepala!

kalau aku nak katakan UMNO sepatutnya begini, DAP sepatutnya begitu dan jangan begini, PKR patut fikirkan begini, PAS janganlah begitu, itu dan ini ...... sebenarnya semua pihak akan berkata kepada pihak lain "kamu sepatutnya begini" dan "kamu tak patut begitu".

kalau semua orang dan semua pihak jadi "seperti yang sepatutnya" macam yang kita fikirkan maka tidaklah wujud banyak pihak atau banyak parti. semua orang jadi satu. satu hati dan satu fahaman. tak perlu ada parti-parti pun. TAPI mustahil boleh jadi begitu. Naturenya makhluk manusia ni memang berbeza selera dan maunya. sebab tu lah ada hero dan ada penyangak. ada beriman dan ada yang kufur. selagi belum kiamat selagi itulah akan sentiasa bertembung antara kebaikan dan kejahatan. ada penyokong dan ada penentang. ada menang ada kalah.

masalahnya, boleh dikatakan semua pihak mengaku dan mengisytiharkan nak buat kebaikan. masing-masing konon memiliki prinsip dan fahaman yang paling betul. orang lain tak betul.

aku ni betul ke? hai pening ... pening ...

Baca Sepenuhnya..

cacamerba makhluk politik malaysia

politik memang seni. kadang2 dapat difahami tapi selalunya memang pening kepala kalau memikirkannya.

Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini