16 September dah muktamad tak jadi. Minta sidang Parlimen tergempar 23 September pun dah ghaib. DAP cadang sidang 29 September pulak. Satu riwayat menyebutkan peralihan akan berlaku pada 1 Oktober. Hari Raya tu!
Aku juga sangat mengharapkan peralihan ini. Aku percaya sekelian rakyat Malaysia yang bukan UMNO totok juga mendoakan peralihan berlaku. Orang PAS mahu, orang PKR mahu, orang DAP mahu, kakitangan kerajaan mahu, orang bisnes mahu bahkan sebahagian orang BN pun mahu juga.
Masalahnya, berjuta-juta rakyat yang menyokong peralihan ini tak diberikan maklumat sebenar tentang progress usaha yang dibuat oleh para pembesar parti-parti PR. Memanglah bukan semua maklumat boleh didedahkan. Nama2 MP yang setuju pindah kapal memang tak boleh diisytiharkan. Jadual kerja pasukan pemujuk dan pasukan undang2/perlembagaan memang patut dirahsiakan.
Tapi, maklumkanlah fakta perkembangan proses itu dalam rupa yang terang sedikit dan boleh difahami oleh seluruh rakyat jelata. Janganlah terlalu berteka-teki. Janganlah asyik nak 'gempaq' BN sehingga penyokong sendiri jadi teruja keterlaluan.
Ketika pertama kali DSAI sebut tarikh 16 September, persepsi yang diperlihatkan kepada rakyat ialah pada tarikh tersebut akan berdiri kerajaan baru iaitu kerajaan PR. Waktu itu tak pun dijelaskan bahawa 916 tu hanya tarikh proses bermula. Tidak juga dijelaskan kewujudan plan B dan plan C atau apa2 plan alternatif sekiranya ada halangan2 dari sudut undang2 atau perlembagaan dan tindakan sabotaj oleh BN.
Saat akhir menjelang 916 barulah keluar statement tentang halangan itu ini dan sabotaj ini itu. terpercul pulak tarikh baru 20 September. Hanya tambah tempoh empat hari berbanding tarikh asal. Tup tup diisytiharkan pulak PR dah hantar surat kepada Pak Lah mendesak supaya dipanggil sidang Parlimen tergempar pada 23 September untuk test siapa yang ada majoriti di Parlimen. 920 ghaib begitu saja.
Pak Lah tolak permintaan panggil sidang 923. Logiknya pun memanglah Pak Lah tak akan setuju. Namun begitu rakyat boleh faham bahawa langkah menghantar surat kepada PM tu adalah perlu. Rakyat juga tahu soal formaliti dan strategi.
Cuma ceritakanlah dengan lebih berterus terang. Janganlah mempandirkan penyokong dengan ulasan2 dan alasan2 yang semua orang dah tahu. Janganlah terlalu menampakkan dolak dalik dan mengemukakan hujjah yang terlalu 'berkunun'.
Satu lagi hal besar yang rakyat nak tahu ialah wajah sebenar kerajaan baru PR gabungan PKR-DAP-PAS plus puluhan MP yang bakal menyeberang tu. Mungkin hampir pasti DSAI akan mengetuainya sebagai PM. Timbalannya siapa? Agihan kerusi menteri macam mana? Agihan kerusi timbalan menteri dan SU Parlimen macam mana.
Jangan pandang remeh perhatian dan rasa ingin tahu yang bermain dalam minda penyokong2. Boleh dikatakan semua penyokong ingin tahu. Penyokong PAS nak tahu. Penyokong DAP nak tahu. Penyokong PKR nak tahu. Penyokong MP yang nak pindah itu pun nak tahu juga.
Sampai hari ini belum ada kenyataan resmi mana2 pihak dalam PR atau DSAI sendiri tentang hal yang sangat sensitif ini. Penyokong PAS tak rela parti mereka terpinggir. Penyokong DAP tak rela tegaknya agenda Islamic State. Penyokong PKR dah tentu mahukan penguasaan parti mereka dalam kerajaan baru kerana jumlah kerusi yang lebih. Rakyat Sabah dan Sarawak juga nak tahu apa yang akan mereka dapat. MP dua negeri itu yang dikatakan ramai nak menyeberang akhirnya akan diletakkan di mana?
Tolonglah kami aduhai DSAI. Tolonglah kami aduhai TGNA dan TGHH. Tolonglah kami aguhai LKS dan LGE. Janganlah terus membiarkan kami teraba-raba dalam teka-teki ini. Kalau pun tak dapat nak umumkan secara hundred percent tepat, maklumkanlah prinsip persefahaman yang telah dicapai secara umum tetapi jelas. Pakatan Rakyat ini bukan hanya you all beberapa orang saja yang punya. Pakatan Rakyat ini milik kita bersama. Milik kami semua. Jika tiada kami yang di bawah ini maka tidaklah you all yang beberapa kerat tu boleh bersinggahsana di sana.
Please......! selesaikan kecacamerbaan ini.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
Comments :
Post a Comment