Cacamerba dalam tolak ansur Pakatan Rakyat

TG Haji Hadi dah nyatakan prinsip PAS dalam isu pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat. PAS akan turut serta kalau MP Melayu/Islam majoriti dalam kerajaan PR. Kalau sebaliknya, PAS sangat mungkin menarik diri.

Kalau PAS menarik diri bermakna tiadalah kerajaan baru PR. Hilang 23 kerusi (PAS) rasanya tak mungkin PKR+DAP+SAPP dan 30 atau 33 MP yang nak menyeberang membentuk majoriti di Parlimen.

PAS menjemput MP Melayu/Islam menyertai PAS untuk memastikan dominasi Melayu/Islam dalam kerajaan baru. Walau pun kebarangkaliannya ada tetapi tanda-tandanya kurang kelihatan.

Presiden PAS juga menegaskan PR memerlukan MP yang betul-betul berani bertukar bahtera. Kalau penakut bererti kerajaan PR pun nanti hanya pemerintah yang goyah. Masalahnya, yang Melayu/Islam itu pula adalah dari UMNO. Sanggupkah mereka menyertai PAS? Kebanyakan mereka adalah penguasa-penguasa yang sebati berdarah-daging UMNO dan ada banyak kes sepanjang berada di kem BN. Beranikah mereka untuk tampil mengumumkan hasrat menyertai PAS?

Nak salahkan PAS kerana isu tarik tali ini pun susah juga. Perkembangan sepanjang tempoh enam bulan selepas pilihanraya Mac lalu nyata menyebabkan PAS tersepit dalam banyak isu. DAP dan pemimpin-pemimpin non-Muslim PKR dah banyak kali mengusik prinsip Islam yang merupakan dasar perjuangan PAS. Kebebasan mengamalkan agama masing-masing telah diolah sehingga semacam nak memaksa Muslim supaya mengenepikan prinsip kepercayaan mereka. Bukan saja PAS atau orang PAS, malah yang tidak PAS pun tak akan merelakan keadaan itu berlaku!

Selain itu, dalam kita menjunjung kesaksamaan hak tanpa mengira kaum, namun isu kaum ini tetap tak boleh di pandang sebelah mata. Sementelahan UMNO telah memainkan isu 'hak Melayu dalam bahaya' ini dengan penuh jijik sejak tsunami Mac melanda mereka.

Melayu sedang memerhati dan menilai perkembangan ini dengan sangat khuatir. Kalau banyak sangat tindakan dan kenyataan pemimpin PR bukan Melayu yang semacam nak memadamkan hak dan kemudahan yang mereka nikmati selama ini (walau pun sebenarnya UMNO bukan pun memeliharanya), Melayu tak akan mengangguk sahaja.

Maka kalau kita serius nak membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat, semua isu ini perlu ditangani dengan bijaksana. PAS perlu beralah dan memikirkan pendekatan strategik. DSAI perlu jelas menjamin maruah Melayu dan Islam. DAP dan pemimpin bukan Melayu PKR perlu berhemah bila menyentuh isu melibatkan kaum dan agama.

Kalau ada timbang dan rasa maka masih bersinarlah harapan kita. Kalau keakuan atau kekamian masih beraja dijiwa maka hancurlah cita-cita kita berantakan semuanya.

Comments :

0 comments to “Cacamerba dalam tolak ansur Pakatan Rakyat”

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini