Kerajaan Maya Rakyat - KAMAR - Perak

foto dari blog UmmiAnni

Tahniah kepada Abang Mat - KSK [Mat Saman Kati]. Tahniah kepada MB Dato' Seri Ir. Hj. Nizar. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak. Tahniah kepada Ustaz Zulkifli Ibrahim. Tahniah kepada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak. Tahniah kepada semua blogger Perak dan luar Perak. 22 November 2008 mencatatkan satu lagi sejarah negara khususnya di negeri Perak.

Konvensyen Teh Tarik yang melahirkan Kerajaan Maya Rakyat [Perak] dengan singakatan KAMAR amat besar ertinya bagi perjuangan rakyat. Kelahiran ini adalah bukti dan tanda komitmen pelbagai pihak. Komitmen para blogger atau para pemaya dalam mempertahankan kemenangan rakyat. Komitmen kerajaan Pakatan Rakyat memberi pengiktirafan terhadap peranan warga maya dalam pembangunan kesedaran tanggungjawab politik warga Malaysia.

Tahniah untuk kesekian kalinya!

Ayuh para pemaya! Kita bangunkan kudrat rakyat mengisi ruang dan alur yang terbentang demi memartabatkan gagasan ADIL, AMANAH, TELUS, BERINTEGRITI dan BERKEBAJIKAN yang telah dikumandangkan sejak awal langkah kerajaan pilihan kita ini.

Aku kalungkan 'bunga malai' ke leher para pemaya yang hadir membidankan kelahiran KAMAR di Dewan Serba Guna Bangunan Perak Darul Ridzuan pada tarikh keramat 22 November 2008;

1. abang Mat [MSK - Mat Saman Kati]
2. matcomot
3. UmmiAnni
4. syareformis
5. Pak Karamu
6. manja
7. cenangau
8. adiputra
9. al-banjari
10. peihong
11. Pengasas [Dr. Abdul Wahab Arbain]
12. Asidburn [Jordan Kee Yu Wah]
13. alba
14. mamamat
15. dugong darat
16. Manjung Mari
17. luna
18. yazit (ahmad zawawi)
19. Aloha 2
20. Bikir Perak
21. WeDasan - Telok Bakong Online
22. KTB 2 [Kamarul Baharin]
23. KTB 3 [Mohd Jais]
24. officeboytngkt4
25. CYS
26. Chaah

Kalungan 'bunga malai' juga kepada yang telah menyatakan komitmen untuk hadir tetapi tak berdaya sampai kerana keuzuran;

1. Bakaq a.k.a Penarik Beca
2. Kulup Sakah

Aku pohon ribuan ampun justeru belum sempat mengenali beberapa orang pemaya yang tersenarai dalam buku yang disediakan oleh MSK;

1. alfaberlian
2. frengers
3. U-HAH
4. Syam
5. Kelulut
6. Lukmanw
7. tasyreef
8. mudz
9. realmaxs
10. Pak Long
11. Hijat Panjang
12. Shahori Mohamad Esa
13. ZulFadzli Md Nordin
14. Sam Ahmad
15. Sidekong
16. Zulkarnain Mohamed
17. Sivaneson a/l Suppiah
18. Zainal Ngah Mohamad
19. Abdul Malek Naina Mohamad
20. Mohd Zaiham Ismail
21. Mohamad bin Hashim

Barangkali tuanhamba semua hadir belaka tetapi aku tak kenal. Mungkin juga tuanhamba tak dapat hadir kerana tugasan atau keuzuran. Walau apa pun, terimalah tabik hormat dari aku atas hasrat tuanhamba semua yang sungguh-sungguh nak melihat kelahiran KAMAR.

Aku...? Petang itu aku perkenalkan diri sebagai ciberboron. Namun dalam blog utama yang aku kendalikan, nama aku Marhain Jelata.

Aku perhatikan dari awal majlis, jelas tergambar kebanyakan Perak bloggers yang hadir telah saling mengenali antara satu sama lain. Mesra dan ceria. Memang cemburu aku menyaksikan keakraban tuanhamba semua. Aku seorang diri. Aku tak kenal sesiapa dan tuanhamba semua pun tak kenal aku.

Entah macam mana brother yang hensem tapi bernama Mat Comot di barisan depan tu tiba-tiba mencadangkan aku untuk mengisi amanah sebagai promaya (setiausaha agong). Sebenarnya aku terkedu waktu itu. Tak terkata apa-apa dan tak tahu nak kata apa-apa.

Aku blogger kerdil terlampau. Masih kanyiaq kata almarhum Tunku Abdul Rahman. Rabun IT dan pikap tak berapa ok dalam hal meng'update' blog. Lebih kurang macam biskut chipsmore. Sepatutnya aku bangun membangkang cadangan Mat Comot. Tugas promaya pasti amat berat. Mampukah aku?

Kalau tuanhamba semua boleh beri keizinan, aku terasa nak bergerak beberapa tapak ke bawah. Setakat tanggungjawab J-Pemaya mungkin lebih cocok. Terlalu ramai nama besar di kalangan tuanhamba semua yang lebih berwibawa untuk memikul tugas promaya.

Aku bukan nak lari dari medan perjuangan ini. Lontaran ini sekadar meluahkan bisikan yang berdesis jauh di hati kecil aku. Bisikan dari dalam dhomir - kata ustaz Azmi Abdul Hamid yang membentangkan kertas kerja 1 pada hari itu.

Kalau tuanhamba semua masih mahu memberikan tempoh percubaan kepada aku, ok, akan aku hayun langkahku sedaya mungkin dengan bantu dan tolong daripada tuanhamba semua yang hebat belaka.

Tuah dalam Jebat - Jebat dalam Tuah

Aku memang sungguh nak menyokong dan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat yang sebenar. Kerajaan ini adalah kerajaan yang aku angan dan impi sejak lama. Aku dah bertutuh di gelanggang ini selama lebih dua puluh tahun dengan cita biar mampus tak berkubur sang UMNO/BN yang corrupt dan kurap itu.

Pun begitu, aku masih sedar bahawa aku memasang kuda-kuda di pentas ini kerana prinsip yang aku yakini. Aku nak tengok good governance yang tulen. Bukan yang retorik. Bukan sekadar kosmetik. Bukan setakat statement dan speech yang bombastik.

Maka ...

bagi aku, dan harap-harap begitulah juga di hati dan minda pemaya sekelian - kita akan junjung dan pertahankan kerajaan kita ini pada setiap perkara yang menepati prinsip perjuangan kita bersama. Dalam masa yang sama kita tak akan bersekongkol menutup pekung dan panau sama ada di dada atau di tapak kaki atau di celah kangkang sekali pun.

Primamaya Abang Mat [MSK] mesti terus kritis. Mat Comot teruskan flying kick ke mana yang patut. Manjung Mari jangan berhenti membelasah. Amri TBO teruskan aksi ala The Undertaker yang kaw-kaw itu. Katakan yang benar walau pun pahit. BIAR PAHIT MACAM JADAM ASAL BUKAN JADAH HARAM.

Adios! Seeruu 'ala barakatillah.

Baca Sepenuhnya..

Kesian MB Nizar

Kelmarin, Khamis 20 November 2008, buat kali yang pertama dalam hidup aku jejakkan kaki ke Bangunan Perak Darul Ridzuan kerana sedikit urusan di pejabat Urusetia Penerangan Negeri Perak. Alhamdulillah di kesempatan itu aku dan dua orang sahabat diizinkan bertemu MB di pejabatnya. Aku minta izin nak berjumpa 17 saat saja. Sekadar nak bersalaman dengan MB. Aku faham MB banyak tugas. Jangan bazirkan masanya.

Hasrat aku tak kesampaian. Minta izin untuk 17 saat saja tapi MB raikan kami hampir 20 minit. Sekali lagi alhamdulillah. Kami bertanya khabar MB dan dia pun bertanya khabar kami.

Satu perkara yang aku perasan sangat tentang MB sepanjang 20 minit perbualan itu ialah dia kelihatan sangat uzur. Lebih kurus berbanding dulu dan nampak keletihan di wajahnya.

Selepas kami beredar dari pintu bilik SU Sulit, ada makluman bahawa MB sedang disiapkan untuk dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. MB demam.

Aku pasrah pada ketentuan sihat dan sakit namun amat simpati pada kejerihan yang terpaksa dilalui oleh MB dalam menunaikan amanah yang amat besar itu. Sementelahan terdengar betapa terlalu rencam cubaan dan rintangan yang menggalang langkah MB di segenap sudut tugasannya.

Khabarnya bantuan dan sokongan dari rakan taulan amat sedikit. Ke mana perginya puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu ahli PAS Perak? Ke mana menghilang profesional PAS yang tak sedikit jumlahnya itu? Pemuda PAS yang gagah perkasa tak terperasan kah kelompongan yang berlaku?

Cacamerba, memang cacamerba!

Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini