Kerajaan Maya Rakyat - KAMAR - Perak

foto dari blog UmmiAnni

Tahniah kepada Abang Mat - KSK [Mat Saman Kati]. Tahniah kepada MB Dato' Seri Ir. Hj. Nizar. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak. Tahniah kepada Ustaz Zulkifli Ibrahim. Tahniah kepada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak. Tahniah kepada semua blogger Perak dan luar Perak. 22 November 2008 mencatatkan satu lagi sejarah negara khususnya di negeri Perak.

Konvensyen Teh Tarik yang melahirkan Kerajaan Maya Rakyat [Perak] dengan singakatan KAMAR amat besar ertinya bagi perjuangan rakyat. Kelahiran ini adalah bukti dan tanda komitmen pelbagai pihak. Komitmen para blogger atau para pemaya dalam mempertahankan kemenangan rakyat. Komitmen kerajaan Pakatan Rakyat memberi pengiktirafan terhadap peranan warga maya dalam pembangunan kesedaran tanggungjawab politik warga Malaysia.

Tahniah untuk kesekian kalinya!

Ayuh para pemaya! Kita bangunkan kudrat rakyat mengisi ruang dan alur yang terbentang demi memartabatkan gagasan ADIL, AMANAH, TELUS, BERINTEGRITI dan BERKEBAJIKAN yang telah dikumandangkan sejak awal langkah kerajaan pilihan kita ini.

Aku kalungkan 'bunga malai' ke leher para pemaya yang hadir membidankan kelahiran KAMAR di Dewan Serba Guna Bangunan Perak Darul Ridzuan pada tarikh keramat 22 November 2008;

1. abang Mat [MSK - Mat Saman Kati]
2. matcomot
3. UmmiAnni
4. syareformis
5. Pak Karamu
6. manja
7. cenangau
8. adiputra
9. al-banjari
10. peihong
11. Pengasas [Dr. Abdul Wahab Arbain]
12. Asidburn [Jordan Kee Yu Wah]
13. alba
14. mamamat
15. dugong darat
16. Manjung Mari
17. luna
18. yazit (ahmad zawawi)
19. Aloha 2
20. Bikir Perak
21. WeDasan - Telok Bakong Online
22. KTB 2 [Kamarul Baharin]
23. KTB 3 [Mohd Jais]
24. officeboytngkt4
25. CYS
26. Chaah

Kalungan 'bunga malai' juga kepada yang telah menyatakan komitmen untuk hadir tetapi tak berdaya sampai kerana keuzuran;

1. Bakaq a.k.a Penarik Beca
2. Kulup Sakah

Aku pohon ribuan ampun justeru belum sempat mengenali beberapa orang pemaya yang tersenarai dalam buku yang disediakan oleh MSK;

1. alfaberlian
2. frengers
3. U-HAH
4. Syam
5. Kelulut
6. Lukmanw
7. tasyreef
8. mudz
9. realmaxs
10. Pak Long
11. Hijat Panjang
12. Shahori Mohamad Esa
13. ZulFadzli Md Nordin
14. Sam Ahmad
15. Sidekong
16. Zulkarnain Mohamed
17. Sivaneson a/l Suppiah
18. Zainal Ngah Mohamad
19. Abdul Malek Naina Mohamad
20. Mohd Zaiham Ismail
21. Mohamad bin Hashim

Barangkali tuanhamba semua hadir belaka tetapi aku tak kenal. Mungkin juga tuanhamba tak dapat hadir kerana tugasan atau keuzuran. Walau apa pun, terimalah tabik hormat dari aku atas hasrat tuanhamba semua yang sungguh-sungguh nak melihat kelahiran KAMAR.

Aku...? Petang itu aku perkenalkan diri sebagai ciberboron. Namun dalam blog utama yang aku kendalikan, nama aku Marhain Jelata.

Aku perhatikan dari awal majlis, jelas tergambar kebanyakan Perak bloggers yang hadir telah saling mengenali antara satu sama lain. Mesra dan ceria. Memang cemburu aku menyaksikan keakraban tuanhamba semua. Aku seorang diri. Aku tak kenal sesiapa dan tuanhamba semua pun tak kenal aku.

Entah macam mana brother yang hensem tapi bernama Mat Comot di barisan depan tu tiba-tiba mencadangkan aku untuk mengisi amanah sebagai promaya (setiausaha agong). Sebenarnya aku terkedu waktu itu. Tak terkata apa-apa dan tak tahu nak kata apa-apa.

Aku blogger kerdil terlampau. Masih kanyiaq kata almarhum Tunku Abdul Rahman. Rabun IT dan pikap tak berapa ok dalam hal meng'update' blog. Lebih kurang macam biskut chipsmore. Sepatutnya aku bangun membangkang cadangan Mat Comot. Tugas promaya pasti amat berat. Mampukah aku?

Kalau tuanhamba semua boleh beri keizinan, aku terasa nak bergerak beberapa tapak ke bawah. Setakat tanggungjawab J-Pemaya mungkin lebih cocok. Terlalu ramai nama besar di kalangan tuanhamba semua yang lebih berwibawa untuk memikul tugas promaya.

Aku bukan nak lari dari medan perjuangan ini. Lontaran ini sekadar meluahkan bisikan yang berdesis jauh di hati kecil aku. Bisikan dari dalam dhomir - kata ustaz Azmi Abdul Hamid yang membentangkan kertas kerja 1 pada hari itu.

Kalau tuanhamba semua masih mahu memberikan tempoh percubaan kepada aku, ok, akan aku hayun langkahku sedaya mungkin dengan bantu dan tolong daripada tuanhamba semua yang hebat belaka.

Tuah dalam Jebat - Jebat dalam Tuah

Aku memang sungguh nak menyokong dan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat yang sebenar. Kerajaan ini adalah kerajaan yang aku angan dan impi sejak lama. Aku dah bertutuh di gelanggang ini selama lebih dua puluh tahun dengan cita biar mampus tak berkubur sang UMNO/BN yang corrupt dan kurap itu.

Pun begitu, aku masih sedar bahawa aku memasang kuda-kuda di pentas ini kerana prinsip yang aku yakini. Aku nak tengok good governance yang tulen. Bukan yang retorik. Bukan sekadar kosmetik. Bukan setakat statement dan speech yang bombastik.

Maka ...

bagi aku, dan harap-harap begitulah juga di hati dan minda pemaya sekelian - kita akan junjung dan pertahankan kerajaan kita ini pada setiap perkara yang menepati prinsip perjuangan kita bersama. Dalam masa yang sama kita tak akan bersekongkol menutup pekung dan panau sama ada di dada atau di tapak kaki atau di celah kangkang sekali pun.

Primamaya Abang Mat [MSK] mesti terus kritis. Mat Comot teruskan flying kick ke mana yang patut. Manjung Mari jangan berhenti membelasah. Amri TBO teruskan aksi ala The Undertaker yang kaw-kaw itu. Katakan yang benar walau pun pahit. BIAR PAHIT MACAM JADAM ASAL BUKAN JADAH HARAM.

Adios! Seeruu 'ala barakatillah.

Comments :

6 comments to “Kerajaan Maya Rakyat - KAMAR - Perak”
Amri Mat Saaid said...
on 

Salam, terima kasih kerana memberi gelaran undertaker kpd kami, itulah kami hari tu mase sesi cambah fikiran, masa rehat minum pagi grup kami sedang ngechong dgn Usaili Alias, DS MB datang dia tak tegur kami, dia tegur Usaili je, kami pun wat nehen(dek) aje. Sbb pada kami pemimpin kena contohi Rasulullah menyapa rakyat baginda, baru sahabat nak bagi salam beliau dah beri salam dah.

Tutup kes.
InsyaAllah kami akan terus mengkritik secara yang konstruktif bukan destruktif. Mase mesyuarat dgn MB ari tu beliau yg menyapa kami dulu dan bersalam dgn kami, lega, hilang rasa penat dtg dari KL. Tu yg kelulut teruja menulis 2 artikel pasai seronok MB menyapa kami.

Pasal kritikan keme pada bloggers yang tak ubuh link kpd blog yang bernaung di kedue2 atau salah satu, kome ni buat labun aje kate org Parit, labun aje beso nak ubuh link tu pun segan(malas). Keme di TBO sedang dan telah update kpd semua blog yg berjaye kami cari. Tok sah cerite Le KAMAR lagi kalau nak link kan sesame blog kite pun kome malas.
Jangan buat labun aje tapi bukan labun kulop sakah, kala kome tak link kan sesame blog usah le beso meno labun kome, koje yg senang pun tak terbuat.. jgn marah komen ni hanya ditujukan kpd mereka yg belum link ke TBO aje, yg dah tu baru le terbukti setia kawan kome.

cukup tu dulu video ceramah agama di kediaman MB Perak akan menyusul besok akan diupdatekan oleh Jaiswings, tunggguuuuuuuuu di TVTBO.

Dr. Abdul Wahab Arbain said...
on 

Salam,
Tahniah kerana berada dalam barisan pimpinan KAMAR.
Usah kira level diri kecil atau besar. Usah jumud kita DAP, PAS atau PKR. Yang perlu kita bersama membantu kerajaan PR kita setakat yang termampu. Masa untuk membangkang sudah berlalu. Kita kini bukan pembangkang, di Perak. Sekarang masa nak memerintah. Kalau nak komplen, beri saja pada adik-adik kita yang masih nakal.
Kita dah cukup dewas.
Wassalam.

Amri Mat Saaid said...
on 

salam dr wahab
betul tu membangkang koje BN di Perak, kite sebagai blogers koje mengkritik yag membina disamping memberi idea dan pendapat. Sebab tu masa meeting dgn MB Perak ari tu kami memperkenalkan konsep TBO, di mana PAS/PkR berkerjasama dalam TBO, dalam menarik anak muda dan org kampung menyokong PR. Tunggu kami telah dan akan merancang aktiviti yg melibatkan orang kampung.

adios

Dr. Abdul Wahab Arbain said...
on 

Salam sohib blog,
KulopBesar,
Betul tu. Membina ada banyak cara, termasuk mengkritik.
Buat apalah sesama kita bercakaran. Kan niat kita nak bantu kerajaan PR yg susah payah kita bangunkan.
Tahniah kerana aktiviti yg akan dilaksanakan. Sumbangan, walau sekecil zarrah pun tetap dihitung oleh Allah.
Saya yakin dengan perpaduan, persefahaman dan saling menghormati, kerajaan PR akan cemerlang. Amin.

cyberboron said...
on 

aduhhhh!!! benjoi kepale teman kene ketok dek kulopbesor pase link mengelink ni. tapi terima kasih bebanyak kerana sudi menasihatkan teman ni.

yang benornye memang teman ni lembab sikit bab mbuat rumah langit ni .. he he .. buat blog. Bab meng'update', satu hal lagi. Udah le terlambat belajo IT, belajo sendiri pulak tu. insyaallah teman repair ilmu dan komitmen teman.

kepada ayahanda Dr. Abdul Wahab .. terimakasih kerana sudi singgah & memberi komen di rumah kosong tak berperabot milik saya ni.

saya rasa amat bertuah dapat jumpa dan mengenali Dr. pada 22 Nov hari tu. rasa bertenaga dan tersuntik semangat tambahan yang serba baru. pohon bimbinglah kami dengan ilmu dan pengalaman Dr. yg luas dan panjang itu.

jazakumullah.

Telok Bakong said...
on 

Asyik politik jer kome ni hehehe...ade sorang ni geng tbo tak kawin2 udah 2009 ni ce ke rekemen sesape anak dara dalam dunia blog ni...leh nolong lagi dia upadate tbo hehehe..

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini