Jerit Hati Dan Minda Tentang Korban

Assalamualaikum.

Ahlan Wa Sahlan kepada semua yang berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas komen di sini dan di beberapa blog lain tentang blogger tadika bernama ciberboron ini.

Korban ... Aku baru balik dari Kelantan, menyambut Eid al-Adha di rumah mertua setelah 5 tahun tak upaya beraya di sana. Tapi bukanlah tak jenguk langsung ayahanda dan bonda mertua selama itu. Cuma tak balik waktu hari raya. Kebetulan tahun ini tiada halangan apa-apa. Semua anak-anak yang menghadapi exam, selesai sebelum raya ... Just untuk makluman Bro al-banjari, aku ada 3 anak yg ambil exam tahun ni. Sorang STPM, sorang SPM dan sorang lagi PMR.

Kat rumah mertua, seekor lembu tumbang untuk korban mertua, ipar dan biras. Kat kampung aku, PAS cawangan sembelih 3 ekor. Majlis cukup meriah dengan kehadiran YB Nga Kor Ming. UMNO pun ramai yang datang. Pagi kelmarin Khairi Jamaludin AlBadawi hadir ke kampung sebelah (Pengkalan Bharu) menyempurnakan majlis korban 7 ekor lembu sempena kempennya utk pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ptuih!

Survey tak rasmi di kawasan DUN Pengkalan Bharu (tempat aku) - 53 ekor lembu sampai ajal sepanjang 4 hari sejak hari raya pertama. Fuhh! hebat betul semangat dan kehendak manusia muslim dalam hal korban ini. Korban lembu dan kambing.

Sudut kanan, aku patut bersyukur dan patut ucap syabas plus tahniah kepada semua yang berbelanja untuk menunaikan ibadah korban yang disyariatkan ini.

Sudut kiri, aku amat musykil tentang lorong fikir dan lorong rasa sebilangan muslim yang serius mengorbankan binatang kerana Allah tetapi realiti hidup mereka (atau kita?) sana sini compang rabak merogol ketetapan Yang Maha Esa. Segenap segi seribu sudut. Yang haram bertukar halal. Yang halal beralih haram.

Menteri yang menyamun wang rakyat siang malam pun turut menyembelih korban. UMNO kampung yang mengusung GRO dan mengangkang jalang pun tak ketinggalan melaksanakan ibadah korban. KJ alBadawi pun tumbangkan 7 ekor lembu kat kampung aku dan sangat mungkin berpuluh ekor lagi di tempat lain. ha ha ha! lillahi taala. Betul ke?

Rakan taulan seperjuangan yang tak mudah direntap poket mereka untuk biaya kerja parti dan tugas politik, namun selambe kude je keluarkan RM4k untuk korban 2 ekor lembu. Fuhh!

Sembelih lembu kerbau kambing pada hari raya korban dan hari tasyriq memang confirmed ibadah. Aku tak boleh menidakkannya apatah lagi mengisytiharkan sebaliknya. Tapi kerja-kerja parti, kerja-kerja politik, kerja-kerja mencegah mungkar akbar Barisan Nasional, kerja-kerja menyeru memanggil memujuk manusia melakukan perubahan politik ke arah keadilan dan kesaksamaan bukan ibadah ke?

Setahu aku berdasarkan pengajian formal dan informal, jihad politik itu adalah salah satu jenis jihad yang ditaklifkan Allah ke atas muslimin/muslimat. Oleh kerana ia wajib maka membiayainya juga adalah wajib. Maka ... masing-masing jawab lah sendiri.

Sudut kiri plus sudut kanan, aku berani menyimpul rumus bahawa kita (pemimpin, penggerak, dan petugas perjuangan) masih belum menyelongkar dan mengolah sepenuhnya surat dan sirat institusi korban ilahiah ini untuk dihadamkan ke minda dan jiwa sekelian manusia yang mengaku muslim sama ada orang PAS, PKR atau UMNO dan yang tak berparti.

Sesungguh-sungguh-sungguhnya manusia UMNO yang mengaku muslim itu tak akan sanggup untuk kekal bersama UMNO walau hanya bagi tempoh 1 minit saja lagi, jika mereka faham dan sedar tuntutan korban yang nyata dan maya seperti diwahyukan dalam Kitab.

Ruang ini tak cukup untuk kita bahaskan secara detail tentang hal ini. Kita perlu seminarkan sehari dua. Kita perlu gabungkan pelbagai authority. Ulama' tentulah mesti ada untuk membimbing perbincangan. Ahli strategi perlu ada. Ahli motivasi perlu ada. Ahli bahasa perlu ada. Ahli pengiklanan dan peragaan perlu ada. Ahli media perlu ada ... dan ... bloggers juga perlu ada bersama.

Aku yakin kita mampu hasilkan bahan dan plan bertindak yang mantap.

Bukan saja hal korban, tapi juga hal lain termasuk hijrah, isra' mi'raj, maulidurrasul, puasa dan macam-macam lagi.

Apa macam? Setuju?

Comments :

2 comments to “Jerit Hati Dan Minda Tentang Korban”
albanjari said...
on 

salam tuan,
artikel yg begitu menarik. Teman menjemput tuan untuk menjadi 'penulis tamu' di blog ABOdaily.

Salam aidil adha. Semalam teman di batu hampar Bruas,zohornya bersolat di Masjid Trong. Ingat nak jumpa ustaz, tapi terlupa no. henponnya plak..kantoi!

cyberboron said...
on 

Salam alaik,

Insyaallah teman akan bertamu di ABOdaily.

Batu Hampar? alahai 13 minit je lagi nak sampai ke desa teman. Tak pe lah, insyaallah boleh belabun kat tempat lain. Kota Bharu 9 Januari amacam?

016-5022447

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini