Tajuk asal video ini ialah GW Bush vs David Carradine. Selang-seli antara adegan sebuah filem David Carradine dengan kejadian Bush kena baling kasut ketika sidang media di Baghdad.
Alamak! syok juge tengok video ni.
Tapi si pembunuh itu bukan jenis yang mampu sedar diri walau dimalukan bagaimana sekali pun. Tak taulah pulak kalau Allah mentaqdirkan pengganas handalan itu akhirnya bertaubat.
Walau pun syok tapi aku tak lah seronok sangat berlakunya adegan menarik tu. Hampir pasti si wartawan itu akan kena belasah teruk. Kasut pun lesap sepasang. Kalau dia ada anak bini, maka menangislah mereka seminggu dua bahkan mungkin setahun dua. Kesian.
Kesan balingan itu? ... entah. Mungkin Obama boleh beringat-ingat tentang polisi dan tindakannya berhubung Islam dan Timur Tengah apabila berumah di Rumah Putih nanti. Mungkin juga tak ada apa-apa kesan pun.
Namun aku tak blamed wartawan tu. Barangkali dia ada alasan kukuh untuk bertindak begitu. Barangkali ramai sanak saudaranya yang dah jadi tanah angkara Bush si pengganas. Mungkin juga waktu itu dia hilang pertimbangan selepas mendengar ucapan bush yang penuh sinis dan memperbodohkan warga Iraq dan umat Islam. Wallahu a'lam.
Moga pembesar-pembesar UMNO/BN dapat menimba sedikit ilmu daripada peristiwa ini. Janganlah teruskan kezaliman. No to ISA! No to lain-lain akta Draculla yang menghimpit rakyat.
cuba teman membayangkan semua press yang datang masa press conference NAJIB pakat ramai ramai baling kasut....
boleh bukak kedai kasut la jawabnya
ADA BERAN?
hehehe ... stakat ni teman tak berapa beran le pulok.
tapi semalam teman mimpi hayun 'teloq kemuruk' kat muka rosmah. najib tolong tepis. bersepai la kat badan dua2 sekali. Fullamak! best betui.
pastu ramai2 yg ada kat media conference tu pakat2 baling sorang sebijik teloq kemuruk kat najib & rosmah. Polis tak ada pulak tu. Lunyai dua laki bini tu. Kesiaannnn.
Ape la punya katun nye mimpi.