Jom Bantu Polis - Edarkan Banner & Poster "JANGAN SEBUT ALTANTUYA"

Hamid Albar @ KDN mengeluarkan larangan menyebut isu Altantunya Shaaribuu dan isu rampasan kuasa negeri Perak dalam kempen 3 pilihanraya kecil yang sedang berjalan.

Rata-rata petugas Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi berterima kasih kepada Hamid Albar kerana mengeluarkan larangan itu. Ia memudahkan usaha memahamkan pengundi tentang kedua-dua isu tersebut. Tindakan itu juga diulas oleh pengundi atas pagar sebagai pengesahan rasa takut UMNO terhadap kebenaran fakta kedua-dua kes.


Sebahagian daripada mereka mencadangkan supaya dibuat banner dan poster berkenaan larangan itu. Antara ayat yang dicadangkan ialah:


JANGAN SEBUT ALTANTUNYA DALAM KEMPEN - Hamid Albar

JANGAN SEBUT ALTANTUNYA DALAM KEMPEN - Menteri Dalam Negeri

SEBUT ALTANTUNYA ADALAH SATU KESALAHAN - KDN

SESIAPA YANG MENYEBUT ISU ALTANTUNYA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN - Hamid Albar @ KDN


Baca Sepenuhnya..

SOROTAN BERITA HAIRAN & UTUSAN MELOYA 31 MAC

Kitab suci UMNO, Berita Hairan (BH) dan Utusan Meloya (UM) hari ini menerbitkan puluhan berita dan ulasan berkaitan pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Muka surat 2 BH melaporkan kenyataan Pak Lah bahawa BN berkempen secara berhemah, bukannya tuduh menuduh seperti amalan pembangkang. Menurut Pak Lah, pembangkang lebih gemar melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin kerajaan (BN). UM juga melaporkan kenyataan Pak Lah ini di muka surat 2.

UM di muka surat 26 memetik kenyataan Ismail Saffian bahawa "pembangkang gemar menabur fitnah". Calon BN itu juga menyatakan "fitnah-memfitnah adalah perbuatan tidak bertamadun".

Ruangan Minda Pengarang BH turut memuatkan tema yang sama melalui tulisan bertajuk 'Pasukan BN wajar elak tiru kempen tak bermoral lawan'.

Di muka surat empat BH, Ismail Saffian menuduh pembangkang memperdaya pengundi dengan menaburkan pelbagai janji.

Di muka surat yang sama, dipaparkan kisah zaman kanak-kanak dan zaman remaja Ismail Saffian yang hidup dalam kemiskinan tetapi berusaha gigih untuk berjaya dalam pelajaran.

Muka surat 7 BH melaporkan Ketua Wanita UMNO yang baru, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan usaha memenangkan calon BN merupakan jihad. Usaha itu dianggap jihad kerana parti lawan (PAS-PR) sedang mengancam untuk menghancurkan kestabilan dan kemajuan negara.

UM memuatkan laporan 'Nizar calon DAP?' di mukasurat 7 dengan tulisan yang nampak terarah untuk meyakinkan pembaca kepada dakwaan itu.

Tulisan di ruangan pendapat yang bertajuk 'Semangat Bukit Gantang' cuba mengaitkan Pakatan Rakyat dengan imej buruk dengan menyatakan "Walaupun berlaku sedikit kekecohan sepanjang proses penamaan calon berlangsung, terutama melibatkan penyokong pembangkang, itu tidak mengganggu tumpuan penyokong BN yang datang bukan untuk mencari pasal".

Ulasan ..... :

Pak Lah kata BN kempen berhemah - bukan tuduh menuduh. Mail Pian kata fitnah-memfitnah tidak bertamadun.

Aduh! di masa yang sama Pak Lah tuduh Pakatan Rakyat suka menuduh dan menyerang peribadi pemimpin BN. Mail Pian tuduh Pakatan Rakyat gemar tabur fitnah. Mail Pian juga tuduh Pakatan Rakyat perdaya pengundi. Shahrizat kata Pakatan Rakyat ancam kestabilan dan kemakmuran negara. Utusan Meloya pula kata Pakatan Rakyat buat kecoh waktu penamaan calon. Ditambah dengan dakwaan Nizar calon DAP. Walau pun ada tanda soal, tetapi maksudnya jelas mahukan pembaca percaya dakwaan itu.

Aduh! siapa yang tidak berhemah? Siapa pula yang tak bertamadun?

Kesian Mail Pian kerana hidup miskin di zaman kanak-kanak dan zaman remajanya. Mail Pian pelajar pintar tetapi kesempitan wang untuk membiayai pelajarannya. Mail Pian ambil exam SPM tahun 1977. Maknanya Mail bersekolah rendah bermula pada tahun 1967 hingga 1972 dan sekolah menengah dari tahun 1973 hingga 1977.

Pilu rasanya mengenangkan Mail Pian terpaksa dibantu oleh orang kampung yang mengutip derma 150 ringgit untuk menghantar Mail Pian mengikuti program matrikulasi.

Sebenarnya hingga sekarang masih terdapat ramai anak Melayu yang kesempitan wang untuk membiayai kos belajar. Ada pelajar pintar yang menolak tawaran menyambung pelajaran kerana tak cukup duit.

Persoalannya, mengapa keadaan ini berlaku? Sepanjang tempoh derita Mail Pian dari tahun 1967 hingga 1977 itu, ke mana perginya kerajaan UMNO-BN yang dikatakan pembela bangsa? Kerajaan UMNO-BN itu jugalah yang berkuasa di peringkat pusat hingga hari ini dalam keadaan ramai anak Melayu terus kesempitan wang untuk menampung kos belajar.

Aduh! Aduh! Aduh!

Baca Sepenuhnya..

KESIAN MAIL PIAN!

Calon BN, Ismail Saffian diiringi Dr. Chua Soi Lek
dan 3 pemimpin MCA bertemu pengundi di Pasar Simpang, Taiping - Utusan Malaysia Online

Mail Pian dan Soi Lek senyum lebar. 3 lagi pemimpin MCA (berdiri) yang mengiringi Mail Pian itu pun senyum penuh perasaan. Malangnya 3 pengundi tu tak senyum pun. Berbeza betul dengan cara pengundi sambut kunjungan DS Nizar. Di mana-mana kedai kopi yang dikunjungi oleh DS Nizar, kebanyakan pengundi bangun menyambut tangan yang dihulur.

Siannn Mail Pian!


Baca Sepenuhnya..

7 SERUAN KHAS KEPADA JENTERA PAKATAN RAKYAT

SERUAN 1

Tiada seorang pun di kalangan kita yang sempurna seratus peratus.

Setiap seorang ada kelebihan dan ada kekurangan. Bina sifat rendah diri, menghormati dan menghargai rakan. Jangan sombong dan takbur. Jangan memandang rendah sumbangan dan usaha orang lain. Jangan menghina. Jangan putus asa. Jangan merajuk.

SERUAN 2

Perbezaan adalah fitrah.

Nabi Muhammad bersabda (mafhumnya) "perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat" dengan maksud ia memangkin perbincangan yang membantu penghasilan keputusan terbaik. Musyawarah (mesyuarat) adalah 'syura' yang disyari'atkan oleh Allah SWT untuk mengurus perbezaan pendapat.

Insafi adab syura dan adab berbeza pendapat. Insafi betapa lebih baik kalau pendapat kita ditolak oleh syura kerana ia menyelamatkan kita daripada risiko kemudian hari. Insafi betapa bahayanya kalau pendapat kita diterima oleh syura kerana ia mengundang risiko jika pelaksanaannya tidak membuahkan hasil.

Orang besar dan orang kecil hanya soal perbezaan tanggungjawab. Orang besar tidak semestinya betul dalam semua perkara. Orang kecil pun begitu juga. Orang kecil wajib hormat orang besar. Orang besar juga lebih wajib hormat orang kecil. Hubungan kita adalah hubungan kasih sayang, ukhuwwah dan mahabbah.

SERUAN 3

Keterbukaan adalah sunnah yang wajib jadi budaya pengurusan kita.

Nabi Muhammad adalah pengurus terbaik kerana keterbukaannya adalah yang terbaik. Pengurus yang pintar tetapi tidak terbuka pasti gagal. Pengurus yang bijak tetapi tidak terbuka adalah diktator. Pengurus yang rajin tetapi tidak terbuka adalah gila. Itu semua hanya sesuai pada UMNO.

Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi menggali parit bersama tentera berpangkat paling rendah. Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi menerima-pakai pendapat tentera pangkat rendah yang menyanggah pendapat baginda tentang lokasi perkhemahan. Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi akur kepada tuntutan tentera yang menuntut balas tujahan Nabi ke dadanya. Sunnah pengurusan ada dalam kisah mesyuarat kabinet Nabi bersama sahabat-sahabat ahlul hilli wal 'aqdi.

Yang tidak terbuka ialah Namrud, Fir'aun, Abu Jahal dan UMNO.

SERUAN 4

Misi kita ialah memenangkan Pakatan Rakyat.

Oleh itu gerak kerja kita mestilah ada nilai 'penyebab' kemenangan. 'Penyebab' paling besar dijadikan gerak kerja paling utama. Semua gerak kerja berikutnya diutamakan mengikut saiz nilai penyebab kemenangan itu. Yang lebih utama, diutamakan.

Jangan syok sendiri. Tempoh berkempen yang singkat bukan medan untuk glamour atau medan memperagakan skill. Kita sedang berkempen, bukan berpesta. Kesibukan kita biarlah berbaloi. Jangan hanya sibuk tetapi urusan kita berkisar hanya sesama sendiri.

SERUAN 5

Pelanggan utama kita ialah pengundi atas pagar.

Selepas itu, pengundi kelompok kedua dalam susunan keutamaan kita ialah penyokong setia yang sah dan dikenali (Melayu, Cina dan India). Kelompok ketiga ialah sebahagian orang UMNO yang jinak-jinak merpati. Sukar ditangkap namun kalau betul caranya, mereka akan berbakti di bilik mengundi.

Tolong percaya kepada fakta bahawa ceramah perdana dan semi-perdana hanya dihadiri oleh 95 peratus penyokong setia. Pengundi atas pagar tak datang dengar ceramah itu. Mereka perlu didatangi di rumah atau ditempat kerja atau di mana-mana tempat lepak kebiasaan mereka.

SERUAN 6

Strategi UMNO ialah memfitnah, merasuah dan merangsang emosi orang Melayu dengan putar belit yang terancang rapi. Jangan perkecilkan keupayaan mereka. Jangan terpedaya dengan provokasi mereka.

Kita mesti pantas dalam berhati-hati. Jangan leka dan jangan pandang sebelah mata pada setiap yang berlaku dan mungkin berlaku. Kita mesti curiga (bertempat). Kita mesti bersiap-siaga sepanjang masa.

SERUAN 7

Strategi kita ialah mendampingi, menawan hati dan menerang. Jangan menyimpang dari pendekatan ini.

Fahami dan laksanakan prinsip-prinsip menawan hati. Dekatilah pengundi dengan penampilan yang menyenangkan, bahasa yang mudah tetapi indah, berbual bukan berceramah, menerang bukan berdebat, memahamkan bukan memaksa, memujuk bukan mendesak.

Bahasa badan lebih fasih daripada bahasa lidah. Oleh itu awasi tingkah laku ketika menziarahi pengundi. Kemesraan lebih berkesan daripada hujah. Kontek mata dan seni berjabat tangan mesti difahami dan diamalkan. Jangan lupa buah tangan untuk anak kecil seperti gula-gula atau belon (bukan untuk orang dewasa).

Ziarah sulit lebih berkesan daripada ziarah terang-terangan. Ramai pengundi yang tidak selesa jika dikunjungi oleh kumpulan ramai yang mengusung bendera dan segala macam lambang. Hormati hak itu.

Baca Sepenuhnya..

CONTOH CORAK FIKIR MELAYU UMNO

Berikut (tulisan warna biru) adalah tulisan tungaklangit, seorang penyokong setia UMNO di blog tunjanglangit.blogspot.com. Corak pemikiran dalam tulisan ini mewakili mentaliti sebahagian besar penyokong UMNO yang mengasaskan pendirian mereka berdasarkan fikir dan nilai. Tetapi asas fikir dan nilai itu tersasar daripada fakta yang lengkap atau pemerhatian yang menyeluruh. Kaedah penentuan sikap mereka juga tidak berdiri di atas disiplin ilmu, sebaliknya lebih dipengaruhi oleh emosi dan sentimen disebabkan sejarah kehidupan dan batas pergaulan.

Akibatnya, pemikiran mereka dijangkiti kontradiksi antara pelbagai sudut pandang yang dijadikan satu set neraca penentuan sikap. Mereka gagal berlaku adil kepada diri sendiri. Mereka sentiasa ada dua pendirian tentang satu perkara. Hitam hari ini boleh jadi putih besok hari. Hijau di sini, biru pula di sana walhal isunya sama saja. Split personality adalah jatidiri mereka yang sebenar.


Analisis ini menyorot bahagian demi bahagian tulisan tungaklangit untuk memperincikan kontradiksi dan salah fikir yang tidak mereka sedari. Mungkin sebahagian sorotan ini berguna untuk gerak kerja memurnikan pemikiran pengundi Melayu kategori ini di Bukit Gantang dan di seluruh negara.


Sorotan ditaip dengan warna hijau tua.


Artikel tungaklangit dari blog tunjanglangit.


1. Sejak kebelakangan ini, ramai ahli UMNO yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan dalam jawatan Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dengan mengambil tindakan keluar dari UMNO. Biarkanlah mereka kerana setiap orang mempunyai pertimbangan sendiri dan keputusan itu adalah hak individu. Untuk saya memperkatakan hal orang lain, tidaklah manis dan layak rasanya.


Apakah pendirian saya?


2. Walaupun ada nama yang tidak selari dengan pendirian saya tetapi tetap terpilih sebagai pemimpin dalam barisan kepimpinan UMNO, namun saya masih tetap sebagai ahli UMNO.


3. Walaupun suatu hari nanti UMNO akan ditalkinkan seperti mana dikatakan oleh rakan dalam parti pembangkang, saya tetap akan bersama UMNO dan tidak sekali-kali akan mendaftarkan diri dengan parti PAS, PKR dan mana-mana parti lain.


Mengapa saya berpendirian begitu?


4. Saya adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Kehidupan saya sekeluarga adalah sederhana yang mengamalkan ajaran Islam sebagai asas kehidupan seharian.


5. Kedua ibubapa juga adalah penyokong UMNO walaupun mereka tidak pernah menjadi ahli UMNO yang sah. Mereka mengajarkan saya sejak kecil lagi supaya tidak mengambil hak orang lain, menghormati orang lain baik dari segi pandangan, pegangan keagamaan atau politik. Pendek kata jangan kita menyusahkan hidup orang dan kalau mampu memberi bantuan, maka hulurkanlah bantuan seikhlas mungkin. Ajaran mereka ini dibawa sehingga saya menjadi apa yang saya ada sekarang.


6. Semasa saya remaja dan jiwa saya menuntut supaya mendekati diri dengan Allah, saya terpengaruh untuk mengikut ceramah agama dari ustaz-ustaz yang ada pada masa itu, tetapi kebanyakan isi ceramah yang dibawa hanya menyentuh tentang keburukan orang lain, kesalahan dan tuduhan terhadap pihak tertentu.


Adakah ini ceramah agama yang saya cari?


7. Setelah diperiksa barulah saya ketahui bahawa ceramah yang saya hadiri dan dengar melalui keset itu adalah ceramah agama dari kepimpinan PAS termasuk Haji Hadi.


8. Dibandingkan dengan ajaran ibubapa saya yang diterapkan sejak kecil seperti di atas menyebabkan saya menjauhkan diri dari unsur seperti yang di bawa oleh ceramah PAS kerana berlawanan dengan jiwa saya.


9. Sejak dari mula penubuhan PAS sehinggalah sekarang, isi ceramahnya meliputi kesalahan orang lain dan memburukkan pemimpin yang tidak mengikut kaedah Islam cara mereka. Mereka menyalahkan orang yang tidak berpakaian Islam ala PAS dan jiwa orang UMNO dikatakan mengikut orang sekular. Ini menyebabkan saya sukar menerima perjuangan PAS yang bertopengkan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka.


10. Bagi saya, saya berpegang teguh kepada ajaran Rasullullah iaitu kasih mengasihani antara makhluk dan menghormati antara satu sama lain. Walaupun kita berlainan fahaman politik, tapi masih ada ruang yang boleh kita usahakan untuk perpaduan bangsa dan agama.


11. Tonggak ini tiada dalam PAS. Bagi pemimpin PAS, mereka meracuni pemikiran pengikut PAS bahawa mana-mana orang yang tidak tunduk dan mematuhi Islam ala PAS maka mereka bukan dalam golongan yang dirahmati Allah.


12. Insiden mengkafirkan orang Islam UMNO, sembahyang dua imam, tidak makan sembelihan orang UMNO menambahkan lagi kesangsian saya terhadap perjuangan Islam ala PAS ini.


13. Dahulunya PAS mengatakan bahawa kita berjuang atas tiang Islam dan tidak akan berkerjasama dengan golongan bukan Islam sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dengan MCA dan MIC. Tapi kini, mereka adalah pelakon yang meludah di atas langit dengan mengadakan Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR yang mana perjuangan dan pegangan mereka ini terang-terang tidak berlandaskan Islam sejati.


14. Perkembangan di sekeliling sejak dahulu hingga sekarang juga membuat saya takut kepada perjuangan PAS samada mereka ini adalah pengamal agama Islam yang mengikuti sunah Rasullullah dan al Quran?


15. Bayangkanlah bagaimana hukumnya jikakalau dalam rumah penyokong PAS digantung gambar pemimpin mereka dan mewarnakan batu nesan dengan warna PAS iaitu hijau.


16. Atas dasar apakah kita mengantungkan gambar pemimpin PAS dalam rumah kalau bukan untuk dihormati dan apa akan berlaku kalau ada orang yang mengoyakkannya? Adakah mereka ini akan marah atau membunuh orang yang mengoyak gambar itu?


17. Penyokong PAS juga tidak mahu bersama kariah UMNO untuk bersama-sama berjemaah dalam saf yang sama sujud menyembah Allah. Pemimpin mereka mengatakan bahawa tidak sah sembahyang di belakang imam orang UMNO?


Apakah pegangan mereka ini benar?


18. Begitulah antara sebab mengapa saya kurang meminati perjuangan PAS dan rela menjadi seorang rakyat yang hanya mendiamkan diri daripada terlibat dalam dakyah politik PAS yang menggunakan Islam sebagai alat memancing undi dalam pilihan raya.


Bagaimana dengan PKR?


19. Kalau PAS yang memperjuangan Islam ala PAS tidak menarik perhatian saya, inikan pula parti rojak mee.


20. PKR adalah pecahan dari UMNO dan kelainannya adalah memberi keahliannya kepada orang bukan Melayu. Kononnya ingin memperjuangkan politik pelbagai kaum.


21. Sebagai Melayu dan beragama Islam, tidak dapat tidak saya tetap mengutamakan perjuangan bangsa dan agama saya terlebih dahulu sebelum orang lain. Dalam masa yang sama saya akan menghormati mereka ini selagi mereka menghormati hak saya. Itu sangat jelas.


22. Demikianlah pandangan peribadi saya.


Analisis


Melayu UMNO kategori ini menolak PAS kerana percaya kepada propaganda UMNO tentang ciri-ciri ekstrim parti Islam itu. PAS didakwa:


1. Suka memburukkan orang dan menuduh orang dengan pelbagai kesalahan. ____ (#6 dan #9 tulisan tungaklangit)

2. Pendekatan itu bercanggah dengan Islam. ____ (#9)

3. Tidak menghormati pihak lain. ____ (#10, #11 dan #12)

4. Mendakwa orang Islam yang tidak menyokong mereka sebagai penentang Islam (tidak dirahmati Allah). ____ (#11)

5. Mengkafirkan orang Melayu penyokong UMNO. ____ (#12)

6. Tak mahu solat dibelakang imam orang UMNO. ____ (#12)

7. Tak mahu makan sembelihan orang UMNO. ____ (#12)

8. Cakap tak serupa bikin. Dulu haramkan kerjasama dengan parti bukan Islam tapi sekarang halal. ____ (#13)

9. Mengajar ahlinya jadi fanatik melampau seperti;

....... mengkafankan jenazah dengan bendera PAS.

....... mewarnakan batu nesan dengan warna hijau.

....... tak mahu sembahyang dalam satu saf bersama orang UMNO.

....... mengagungkan pemimpin secara keterlaluan - contoh, gantung gambar pemimpin bersaiz besar. ____ (#15, #16 dan #17)

10. Memperalatkan agama untuk kepentingan politik. ____ (#9)

11. Menyebarkan dakyah palsu yang memutar belit fakta demi memancing undi. ____ (#18)


PKR dan DAP ditolak oleh orang Melayu kategori ini kerana;


1. Mengancam hak dan kepentingan bangsa Melayu.

2. Merupakan agenda kaum Cina untuk berkuasa di Malaysia.

3. Menggugat kepentingan dan maruah agama Islam. ____ (#13, #19, #20 dan #21)


Selain daripada sebab-sebab dalam tulisan tongaklangit ini, ada beberapa isu lain yang dinisbahkan kepada kedua-dua parti ini, iaitu;


1. PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana mempertahankan Anwar Ibrahim.

2. DSAI memang bersalah meliwat. Oleh itu dia tidak layak memimpin bangsa Melayu/Islam.

3. DAP anti Islam.

4. DAP adalah jelmaan parti komunis.


Penyokong UMNO kategori ini tidak mampu membuat perbandingan secara rasional kerana emosi dan sentimen mereka telah dimanipulasi secara terancang oleh propaganda UMNO.


Mereka benci PAS dan PKR kerana kononnya suka menuduh dan memburukkan pihak lain. Dalam masa yang sama segala macam tuduhan, fitnah dan tohmahan jahat yang dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap PAS dan PKR diterima sebagai wajar.


Mereka benci PAS kerana kononnya PAS mengkafirkan Melayu UMNO. Malangnya mereka seoalah-olah tidak sedar betapa pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa mendakwa PAS membawa ajaran sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Tidakkah 'ajaran sesat' dan 'menyeleweng daripada ajaran Islam' itu sebahagian daripada maksud kafir?


Mereka terus menerus mengeksploit beberapa kes sembahyang dua imam dan enggan makan sembelihan orang UMNO yang berlaku belasan atau puluhan tahun dulu (yang faktanya masih boleh dipertikaikan) sebagai isu untuk membenci PAS. Nilai intelektual mereka seakan pupus kerana gagal melihat orang PAS sehingga kini masih menunaikan solat di masjid-masjid yang imamnya orang UMNO. Mereka juga seakan menipu diri kerana gagal melihat jutaan orang PAS yang hadir ke majlis kenduri-kendara orang UMNO.


Mereka benci PAS kerana cakap tak serupa bikin. Dulu kata tak boleh berpakat dengan parti bukan Islam tetapi sekarang dibolehkan pula. Mereka malas menyelidik fakta sejarah betapa PAS telah bekerjasama dengan parti lain sejak sebelum merdeka lagi, bahkan pada tahun tujuh puluhan PAS pernah bersama-sama dengan UMNO di dalam Barisan Nasional. Jika diminta bukti, pasti mereka tidak mampu mengemukakannya kerana tidak pernah wujud kenyataan atau ucapan resmi pemimpin-pemimpin PAS sejak dulu hingga sekarang yang menyatakan haram bekerjasama dengan parti bukan Islam. Yang haram ialah bekerjasama mempertahankan kezaliman seperti kerjasama UMNO-MCA-MIC dan lain-lain komponen BN.


Mereka benci PAS kerana pengikutnya diajar menjadi fanatik sehingga berlaku kes kain kafan hijau, batu nesan hijau dan potret pemimpin diagung-agungkan. Dua tiga kes yang entah bila dan di mana ianya berlaku itu membutakan mata mereka daripada melihat jutaan kain kafan orang PAS yang masih berwarna putih dan jutaan batu nesan orang PAS yang masih sama dengan nesan orang UMNO. Mereka juga seakan rabun tidak melihat potret pemimpin UMNO bergantungan di merata premis pejabat dan kediaman penyokong UMNO bahkan terpampang pada bill board raksaksa di tengah bandar dan di tepi jalan.


Mereka benci DAP dan kerajaan 5 negeri Pakatan rakyat kerana kononnya mengancam dan menghakis hak orang Melayu. Mata mereka tertutup sehingga gagal melihat jutaan hektar tanah termasuk tanah rizab Melayu yang telah dimiliki oleh orang bukan Melayu sepanjang 52 tahun pemerintahan UMNO. Siapa yang bertanggungjawab? Mereka juga gagal melihat jutaan premis perniagaan dan industri dari bandaraya hingga ke pekan-pekan kecil yang 95% dimiliki oleh orang bukan Melayu. Di bawah pemerintahan parti apa keadaan ini terjadi?


Mereka benci Pakatan Rakyat kerana kononnya PR menderhaka kepada raja-raja Melayu. Neraca IQ mereka turun ke tahap zero kerana gagal mengingati fakta kebiadaban UMNO terhadap raja-raja Melayu sejak belum merdeka hingga kini (baca LINK ini).


Mereka benci DAP kerana kononnya parti itu anti-Islam dan menentang kedudukan Islam sebagai agama resmi negara. Mereka juga mengungkit-ungkit tentangan DAP terhadap hasrat pelaksanaan hukum hudud. Amat melucukan apabila mereka terlupa betapa UMNO lebih dahsyat menentang usaha pelaksanaan hudud di Kelantan pada awal tahun sembilan puluhan, bahkan hingga kini. Mereka lupa sumpah seranah pemimpin UMNO terhadap sekolah-sekolah agama sejak tahun lapan puluhan hingga kepada langkah menarik balik bantuan perkapita SAR. Mereka juga tak perasan kehidupan sebahagian besar keluarga pemimpin-pemimpin UMNO yang serba-serbi tidak Islamik.


Rumusan


Butiran analisis di atas menyerlahkan kontradiksi dalam diri orang Melayu yang setia menyokong UMNO dalam keadaan masih berfikir pada kadar yang sedikit. 20% pengundi UMNO tergolong dalam kumpulan ini. Masih ada harapan untuk kita mengubah pendirian mereka selagi kemahuan berfikir itu dilorongkan ke landasan yang betul. Baki 80% penyokong UMNO terdiri daripada 15% pemimpin pelbagai peringkat dan 65% penyokong tegar yang tidak mencapai piawai berfikir. Dua kumpulan ini amat sukar berubah kerana kepentingan diri dan masalah upaya intelektual.


Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendampingi, menawan hati dan memberikan penerangan yang sesuai kepada kumpulan 20% itu nescaya semua negeri akan dapat dimenangi. Wallahu A'lam.

Baca Sepenuhnya..

2 BERITA PANAS : NIZAR JADI IMAM ZAMBRY & ADUN DAP DITANGKAP

Berita Panas #1

Jam 8.30 malam, Stesen Maya 1 menerima sms daripada jemaah maghrib Masjid Simpang memberitahu Dato' Seri Nizar dijemput oleh imam bertugas untuk menjadi imam solat Maghrib. Di antara makmum dalam saf pertama ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin, Dato' Zambry Kadir dan calon BN Ismail Sapian.

Petugas Stesen Maya 1 kemudiannya memeriksa jadual aktiviti Dato' Seri Nizar yang diberikan oleh pegawai khasnya dua hari yang lalu. DS Nizar memang dijadualkan hadir ke Masjid Simpang untuk solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah pada 29 Mac.

Jam 11.30 malam Kulup Sakah memuatkan karikatur menarik tentang kisah ini di dalam blognya kulupsakah.blogspot.com dengan tajuk 'calon BN doakan kemenangan PR?'

Sejurus kemudian Stesen Maya 1 menerima email memberitahu kisah itu telah diterbitkan dalam sebuah akhbar online utama lidah UMNO dengan tajuk 'Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry'.
Berikutan itu Stesen Maya 1 menghubungi dan menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.

Selepas tengah malam, DS Nizar sendiri menulis kisah itu di dalam blognya kamparinn.blogspot.com seperti berikut:

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.



Berita Panas #2

Laman blog LKS melaporkan:

Just before 11 pm last night (Sunday), DAP Perak State Assemblyman for Tebing Tinggi, Ong Boon Piaw was arrested at the Chin Woo Hall, Ipoh for the production of a DVD on the internationally-famous “Democracy Tree” - shortly after the launching and the public viewing of the DVD.

He has been taken to the Pekan Baru police station in Ipoh for the police arrest formalities.

Latest example of the increasing intolerance towards fundamental liberties like freedom of speech, thought and expression in Najib’s Malaysia!

Prof. Dr. Hj. Hamirdin Ithnin mengulas penangkapan ini di dalam blognya hamirdin.blogspot.com dengan tajuk ADUN DAP DITANGKAP KERANA PORNOGRAPHTREE:

Blog Lim Kit Siang memberitakan ADUN DAP kena tankap dek polis kerana buat video pokok.

Pemimpin BN jadi pelakon pornografi pun tak kena tangkap, malah dapat pegang jawatan tinggi lagi. Ini lah demokrasi setail baru.

Yang menjijikkan!

Stesen Maya 1 menyerahkan kepada pembaca untuk menilai suratan dan siratan kedua-dua berita panas ini.

Baca Sepenuhnya..

3M LAWAN 3R

Pakatan Rakyat menggunakan Strategi 3M iaitu 'menerang', 'mendampingi' dan 'menawan hati' pengundi Bukit Gantang. Sebahagian pemerhati mencadangkan susunan 3M itu ditukar kepada 'mendampingi', 'menawan hati' dan 'menerang' - 1.2.3 yang asal ditukar kepada 2.3.1.

Satu kajian merumuskan bahawa pengundi yang sedia menerima, menilai dan memikirkan kata-kata atau bahan penerangan, hanyalah pengundi yang rela hati menerima orang yang datang berbual dengannya atau memberikan bahan penerangan kepadanya. Jiwa sebegitu hanya boleh terhasil setelah pengundi tersebut didampingi dengan penuh hormat, mesra dan bijaksana.

Oleh itu, pengundi mesti didampingi terlebih dahulu sehingga hatinya dapat ditawan. Selepas itu barulah menyusul pendekatan memberi penerangan atau bahan penerangan kepadanya. Seterusnya pengundi itu mesti terus didampingi supaya rela hatinya semakin bertambah dan jiwanya semakin tertawan. Apabila status 'tertawan' telah sempurna, segala penerangan akan diterima dengan mudah dan pantas.

Petugas kempen PRK Bukit Gantang wajib akur kepada fitrah kemanusiaan dalam hal pembentukan fikrah ini. Ia adalah realiti penentuan sikap manusia sejak Adam sampai kiamat.

Setelah semua ikhtiar mendampingi dan menawan hati pengundi secara 'personal touch' atau 'one to one contact' dapat disempurnakan, bolehlah dilontarkan bahan fikir untuk membina pembentukan sikap politik individu tersebut. Perbualan mestilah terancang dari sudut isu, perbandingan, analisis maklum balas dan bantuan bahan yang berkaitan.

Kempen UMNO dalam PRK Bukit Gantang ini menggunakan Strategi 3R iaitu race, religion dan royal (bangsa, agama dan raja). Mereka berusaha meyakinkan pengundi Melayu bahawa Pakatan Rakyat menggugat kepentingan bangsa, kesucian agama Islam dan kemulian raja-raja.
Untuk memastikan tiga perkara itu terpelihara, pilihan tunggal bagi orang Melayu hanyalah dengan cara menyokong dan mengundi UMNO-BN.

UMNO telah dan akan meneruskan fitnah serta putar belit fakta berkaitan semua perkara ini. Propaganda, slogan dan ayat hasutan utama mereka ialah:

1. Nizar derhaka.
2. Pakatan Rakyat hina Sultan / hina istana.
3. Pertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.
4. Karpal Singh pengkhianat negara.
5. DAP musuh Melayu.
6. Nizar boneka Ngeh dan Nga.
7. PAS boneka DAP.
8. Pakatan Rakyat gadai hak/tanah Melayu.
9. Kalau sokong Pakatan Rakyat - kaum Cina berkuasa di Perak.
10. Kalau sokong Pakatan Rakyat - orang Melayu akan merempat.
11. Pakatan Rakyat hina mufti.
12. PAS gadai prinsip.
13. DAP kafir harbi.
14. DAP musuh Islam.

UMNO sedar semua dakwaan mereka adalah palsu. Oleh itu mereka menyediakan alasan dan bukti yang direka dengan teliti oleh jabatan penipuan parti mereka. Propaganda digerakkan secara halus dan songsang terlindung. Mereka mengeksploit budaya sebahagian besar orang Melayu yang malas menyelidik dengan cara memainkan slogan yang mudah merangsang sentimen dan emosi. Apabila emosi orang Melayu mengatasi akal fikiran maka undi mereka terjamin untuk UMNO-BN.

UMNO menguasai semua saluran penerangan awam termasuk tv, radio, akhbar dan majalah. Mereka juga tidak pernah kekok menyalahgunakan jabatan dan agensi kerajaan untuk kerja-kerja propaganda politik. Selain itu mereka ada senjata khas untuk memikat atau mengugut pengundi iaitu wang. Rasuah wang, benda dan projek kepada Melayu Bukit Gantang telah mencurah-curah sejak hari pertama selepas kematian almarhum YB Hj. Roslan Shahrom.

Pakatan rakyat tak mungkin mampu menyaingi UMNO-BN di pentas dan aliran yang sama. Pakatan Rakyat juga tidak boleh meniru budaya rasuah untuk mendapatkan undi seperti yang diamalkan oleh UMNO. Audience ceramah Pakatan Rakyat tidak dapat menyaingi jumlah pendengar radio, penonton tv dan pembaca akhbar yang dikuasai oleh UMNO. Seperkara lagi, kebanyakan pengundi Melayu yang arah fikir mereka perlu diperbetulkan itu tidak pernah pun menghadiri majlis penerangan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat.

Oleh itu aktiviti penerangan Pakatan Rakyat sepanjang PRK Bukit Gantang ini tidak wajar difokuskan kepada pentas ceramah walau pun dengan penglibatan tokoh-tokoh besar parti. Adalah lebih bermakna sekiranya tokoh-tokoh besar itu diatur mengunjungi rumah pemimpin-pemimpin kecil masyarakat di peringkat kampung tanpa gah dan tanpa publisiti. Ziarah itu patut disusun dalam bentuk penghormatan kepada tuan rumah dan bukannya dengan suasana penghormatan kepada tokoh yang berkunjung. Inilah antara hakikat menawan hati dan kaedah berkesan untuk mencetuskan anjakan fikir sasaran seruan.

Petugas penerangan dan perayu undi dikalangan anak tempatan pula wajib menguasai beberapa perkara asas tentang konsep dan prinsip pendekatan yang strategik dan efisien. Ia bukanlah suatu yang rumit untuk difahami dan dipraktikkan. Selain itu, petugas wajib tahu dan mampu mengolah fakta-fakta yang berkaitan dengan semua isu popular termasuk isu derhaka, boneka, rampasan kuasa, tanah, hak Melayu dan isu kerjasama dengan DAP.

Beberapa asas hujah balas berkaitan isu-isu tersebut ialah:

1. Fakta 'sembah derhaka' dan bezanya dengan 'derhaka'.
2. UMNO derhaka kepada raja sejak dulu hingga kini.
3. Fakta UMNO menawarkan rasuah dan mengugut ADUN Pakatan Rakyat.
4. Fakta UMNO menculik 3 ADUN Pakatan Rakyat.
5. Fakta UMNO cabul undang-undang untuk merampas kuasa.
6. Fakta pemberian kelulusan hak milik tanah oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
7. Fakta UMNO telah gadai tanah rizab Melayu.
8. Fakta UMNO telah gadai tanah orang Melayu di lokasi strategik.
9. Fakta rasuah pemimpin UMNO.
10. Fakta skandal pemimpin UMNO.
11. Fakta hubungan UMNO dengan MCA, MIC dan lain-lain komponen BN.
12. (sebaliknya) Fakta hubungan PAS dengan PKR dan DAP.
13. Fakta prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS (gadai?)
14. Fakta UMNO benci matlamat Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
15. Fakta polisi pentadbiran kerajaan PAS Kelantan.
16. Fakta polisi pentadbiran 4 kerajaan negeri Pakatan Rakyat selepas PRU12.

Sekiranya pendekatan dan isu dalam analisis ini diberi perhatian sewajarnya, Pakatan Rakyat bukan saja mampu menang di Bukit Gantang malah mampu menggerakkan kuasa undi rakyat untuk membentuk kerajaan serba baru di Malaysia.


Baca Sepenuhnya..

7 APRIL MILIK SIAPA?

29 Mac 2009, Bukit Gantang milik Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya 20 ribu penyokong hadir mengiringi DS Nizar di pusat penamaan calon. Ada yang melaporkan angka kehadiran itu mencecah 30 hingga 60 ribu. Sukar menentukan jumlah yang tepat namun pasti angkanya tidak kurang daripada 20 ribu.

Di seberang sana anggaran paling besar jumlah yang hadir ialah 10 ribu orang. Kebanyakan wartawan dan pemerhati menganggarkan jumlah mereka hanya antara 5 ribu ke 7 ribu orang sahaja, termasuk pelatih PLKN yang diangkut dengan upah lumayan dan sekumpulan besar remaja yang masih belum layak mengundi. Sebahagian wartawan pula menganggarkan nisbah penyokong BN dan PR ialah 1:4.

Pengadilan mata mengesahkan kemenangan setakat hari ini adalah milik PR. Petang tadi aturcara kempen kedua-dua belah pihak (tak termasuk pasukan calon bebas) telah mula rancak. Perjumpaan dan ceramah kecil dianjurkan merata kampung. Perayu undi memulakan tugas resmi menziarahi pengundi dari rumah ke rumah. Tempoh 9 hari terlalu singkat untuk menyempurnakan semua urusan kempen yang berkesan dan terlalu panjang dari sudut seribu satu macam perkara yang mungkin berlaku.

Berdasarkan momentum kesedaran politik lanjutan krisis rampasan kuasa dan simbolik daripada kehadiran mengiringi calon hari ini, Pakatan Rakyat mampu menang pada 7 April nanti. Namun tiada jaminan yang pasti dalam percaturan politik di mana-mana pun, lebih-lebih lagi di bolehland yang serba boleh ini.

Kempen 9 hari terakhir ini harus fokus kepada sasaran sebenar iaitu 'individu pengundi' secara satu persatu di peringkat paling asas. Petugas paling penting ialah perayu di lokaliti dalam Daerah Mengundi (DM) atau Unit Peti Undi (UPU). Tugas rayu undi ini mesti dilaksanakan oleh petugas 'tempatan' dengan penuh hikmah dan mesra. Petugas 'luar' hanya boleh dibenarkan membuat kunjungan susulan dengan penyusunan yang jelas dan terarah. Semua jenis pendekatan yang bersifat 'mengajar' dan 'memaksa' sasaran, wajib dihindarkan.

Program ceramah perdana, ceramah kelompok, kenduri, lain-lain keramaian, sukaneka, pelbagai khidmat percuma dan pengedaran bahan kempen perlu diteruskan untuk memenangi persepsi tentang kekuatan. Tetapi wajib diinsafi bahawa kesan program dan aktiviti kategori ini sangat minima kerana hampir semua yang hadir biasanya adalah pengundi yang telah sah menyokong PR. Tiada pertambahan undi baru yang mampu dihasilkan melalui program kategori ini.

Penetapan fokus gerak kerja berdasarkan keutamaan merupakan kunci kemenangan yang sebenar. Walau pun ia mungkin tidak dapat dicapai dalam jangka masa pendek, namun dokumentasi hasil tugasan itu sangat berguna untuk gerak kerja jangka masa panjang. Sekiranya fokus kepada 'individu pengundi' ini diberi perhatian, semua DM atau UPU dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang ini boleh dimenangi oleh PR selewat-lewatnya pada PRU14.

Sebagai contoh, dalam PRU12 di Peti Undi 09/15/059 (DM Sungai Che Rahmat DUN Trong), keputusannya BN memperolehi 125 undi dan PAS 104 undi. Pakatan rakyat kalah dengan kekurangan 21 undi. Berdasarkan perkiraan 15% pengundi 'atas pagar', maka undi solid milik PAS ialah 88 manakala BN 106. Jumlah pengundi 'atas pagar' ialah 35 orang (16 + 19).

Fokus utama gerak kerja rayu undi sepatutnya ditumpukan kepada 35 orang pengundi atas pagar ini. Fokus kedua ialah memastikan sokongan 88 pengundi solid dapat dikekalkan. Fokus ketiga barulah kepada 20% pengundi BN (20% X 106 = 21 orang) yang dikategorikan sebagai 'ada sedikit harapan' untuk beralih sokongan. Fokus terakhir ialah 85 orang pengundi solid BN (106 - 21) yang lazimnya sukar untuk beralih sokongan.

Jika keutamaan fokus seperti ini dapat terlaksana, tenaga petugas di UPU Sungai Che Rahmat dapat dimanfaatkan tanpa membazir. Sasaran utama hanya 35 pengundi. Sasaran kedua hanya 21 pengundi. Jumlah sasaran penuh yang sebenar hanya 56 pengundi. Secara logiknya PR perlu ada hanya 12 petugas rayu undi tempatan untuk sasaran utama (1 petugas : 3 sasaran) dan 7 petugas tempatan untuk sasaran kedua. Jumlah penuh petugas rayu undi tempatan untuk misi besar ini hanya 19 orang. Sekali ganda jumlah petugas luar (38 orang) diperlukan untuk ziarah susulan.

Secara kasar, keperluan tenaga yang diperlukan tidaklah sukar untuk disediakan jika kita fokus seperti ini.

Semua program bersifat ceremonial seperti yang dinyatakan di awal tulisan ini hanya diadakan untuk memeriahkan suasana dan membina persepsi tentang kekuatan PR. Tidak lebih dari itu.

Wallahu A'lam




Baca Sepenuhnya..

FOTO SEKITAR PENAMAAN CALON P.59

Dua puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat

Lautan manusia

Presiden & Timb. Presiden PAS........DS Nizar & Wahid Endut

Dr. Haron Din .......................................Ust. Mujahid

Dr. Haron Din ................................Kamarudin Jaafar

Lim Kit Siang, Tian Chua & Dato' Ngeh Koh Ham

Lim Guan Eng ............................Hj. Osman & Hj. Ismail

Zahid Hamidi, Ismail Sapian, Muhyiddin & Mustafa

Yang kalah & yang tak layak bertanding Timbalan Presiden UMNO

Ahmad Said & Annuar Musa

Jins Shamsudin & puteri

Mungkin belum cukup umur mengundi

remaja atau pelajar sekolah menengah?

Baca Sepenuhnya..

9.45 PAGI - 3 CALON HADIR

Kawasan penyokong PR amat meriah dengan semangat 20 ribu penyokong pelbagai kaum berbanding hanya kira-kira 7 ribu penyokong BN. Iringan muzik tradisional kaum India oleh pasukan Kelab penyokong PAS menambah keceriaan pagi ini.

Calon PAS, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di padang pada jam 8.45 pagi dan masuk ke dewan pada jam 9.05 pagi untuk menyerahkan borang penamaan calon. Pengerusi SPR, Dato' Abdul Aziz Mohd Yusof turut berada di dalam dewan.

Penyokong BN kelihatan kurang selesa kerana terdedah kepada pancaran terus cahaya matahari manakala sebahagian besar kawasan penyokong PR masih terlindung daripada terik matahari kerana berada di sebelah bukit kecil. Selain memenuhi ruang padang, penyokong PR juga memenuhi bukit berdekatan yang sangat selesa kerana keadaan redupnya.

Timbalan Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Naib Presiden Dato' Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN Ismail Safian tiba di pusat penamaan calon ini pada jam 9.10 pagi.

Kebetulan serentak dengan kehadiran calon BN itu, penyokong PR menaikkan belon berbentuk kapal selam sebagai simbolik skandal komisen Scorpene yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib, Abdul Razak Baginda dan Altantunya. Kebanyakan penyokong PR tersenyum sebaik saja belon itu dinaikkan ke udara.

Sementara itu beberapa risalah diletakkan oleh penyokong BN di merata tempat sekitar laluan mereka menuju ke padang dan dibahagi-bahagikan kepada kebanyakan penyokong BN yang hadir.

Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba pada jam 9.20 pagi dengan beberapa orang penyokong dan masuk ke dewan seketika kemudian.

Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaludin muncul di kawasan penyokong PR dan cuba untuk bersalaman dengan sebahagian penyokong. Sorakan penyokong PR berkumandang di udara.

Baca Sepenuhnya..

8.30 PAGI DALAM KAWASAN PAGAR KAWAT BERDURI

Dianggarkan secara kasar hampir 10 ribu penyokong PR telah memasuki padang MPT yang dipagari gelung kawat berduri. Dua penghadang diletakkan untuk menjarakkan kedudukan penyokong PR dan BN. Ruang tengah selebar 100-150 kaki dikosongkan untuk mengelakkan kekecohan antara dua kumpulan penyokong.

Sekumpulan besar penyokong PR juga sedang berkumpul di Masjid Jamek dan dijangka akan bergerak menuju dewan penamaan calon sebentar lagi.

Penyokong BN masih belum memasuki kawasan padang. Mereka masih berkumpul di belakang bangunan MPT, dipercayai masih menunggu jumlah yang lebih besar untuk mengimbangi jumlah penyokong PR yang jauh lebih ramai ketika ini.


Baca Sepenuhnya..

7.30 PAGI DI PUSAT PENAMAAN CALON

Ribuan penyokong PR dan BN telah membanjiri bandar Taiping untuk mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran. Pergerakan masuk ke bandar ini bermula daripada tengah malam tadi bertumpu di 3 buah masjid. Sebahagian penyokong PR mengadakan majlis munajat di masjid-masjid itu sementara menunggu waktu solat subuh.

Kawasan berhampiran tempat penamaan calon mula dipenuhi sebaik saja selesai solat subuh. Ratusan gerai dibuka di sekitar Taman Tasik yang kebanyakannya adalah gerai makanan dan minuman.

30 buah trak polis dan trak FRU dengan kira-kira 750 anggota (30 trak X 25 anggota) mengambil tempat di sekeliling dewan dan padang MPT seawal jam 7.00 pagi. Selain itu dipercayai kira-kira 500 anggota SB telah menyertai perhimpunan penyokong kedua-dua pihak terutama perhimpunan penyokong PR.

Sebuah kenderaan water canon dan sebuah kenderaan perisai juga ditempatkan berhampiran kumpulan penyokong PR.

Tandatanya paling besar ialah kehadiran beberapa buah ambulan bersiap sedia berhampiran kumpulan penyokong PR seolah-olah ada kemalangan atau kecederaan yang telah dijangkakan. Sebahagian penyokong PR mula menyebut kemungkinan ada kekacauan yang dirancangkan oleh UMNO sehingga menyebabkan tindakan keras oleh pasukan keselamatan terhadap penyokong PR.

Pemimpin PR yang telah hadir bersama mengulangi pesanan kepada penyokong PR agar tidak terpengaruh dengan provokasi yang mungkin dicetuskan oleh agen yang diupah untuk menimbulkan kekacauan dari dalam kumpulan penyokong PR.

Baca Sepenuhnya..

UMNO HANYA ADA 2 ISU

UMNO hanya akan memainkan 2 isu utama sepanjang berkempen di Bukit Gantang iaitu isu derhaka dan Nizar boneka. Sasaran UMNO-BN bertumpu kepada pengundi Melayu sahaja terutama yang rendah tahap pendidikan dan penerima serba sedikit bantuan kerajaan.

Pengundi Melayu akan diasak dengan ucapan dan bahan kempen yang dinilai mampu membangkitkan kerisauan tentang rancangan kaum Cina untuk berkuasa di negeri Perak dan di Malaysia. UMNO yakin sebahagian besar pengundi Melayu tidak akan berusaha menyelidik kesahihan maklumat yang akan dimainkan. Oleh itu mereka akan meneruskan tuduhan dan fitnah yang telah dimainkan sejak awal rampasan kuasa Februari lalu.

UMNO juga akan meneruskan penyebaran poster dan risalah 'baling batu sembunyi tangan' seperti risalah mengecam Sultan dan Mufti yang ditaburkan pada 20 Mac lalu. Risalah dengan kandungan yang melampau itu dibuat seolah-olah ia diterbitkan oleh Pakatan Rakyat. Objektifnya ialah untuk mencetuskan kebencian pengundi Melayu kepada PR.

Penyokong PR diminta segera melaporkan kepada bilik gerakan PR sekiranya terjumpa risalah jahat itu. Petugas-petugas juga diminta merakamkan ucapan kempen UMNO di semua majlis yang diadakan untuk memudahkan tindakan undang-undang terhadap pengucap-pengucap fitnah itu.

Baca Sepenuhnya..

AWAS PROVOKASI UMNO!

Gelanggang PRK Bukit Gantang akan bermula secara resmi pagi ini. Puluhan ribu penyokong PR dan BN dijangka hadir ke bandar Taiping untuk mengiringi calon masing-masing ke pusat penamaan calon. Polis telah menghiasi persekitaran tempat penamaan calon dengan semua keperluan dan peralatan ala perang.

Sejak beberapa hari yang lalu kenderaan dan anggota polis telah berkampung di merata lokasi dalam kawasan Bukit Gantang. Kawasan ini seolah-olah zon perang atau zon memburu penjenayah merbahaya.

Petugas dan penyokong PR dinasihatkan agar berhati-hati dengan kemungkinan provokasi UMNO dan rakan-rakan subahat mereka untuk menimbulkan kekacauan dalam tempoh kempen PRK ini.

Terdapat desas-desus UMNO akan menggunakan rakan-rakan subahat dan petugas-petugas upahan untuk merangsang kemarahan penyokong PR sehingga berlaku pergaduhan atau tindakan yang menggugat ketenteraman awam. Keadaan itu akan dijadikan alasan untuk membatalkan PRK P.059 atau dijadikan sebab untuk membatalkan kemenangan PR dalam PRK ini.

Petunjuk awal usaha ini ialah tindakan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan diikuti tindakan menghalang beberapa majlis ceramah PR yang dibuat secara kekerasan. Namun setakat ini penyokong PR masih belum termakan umpan yang dihulurkan. Oleh itu UMNO dijangka akan meningkatkan provokasi sehingga maksud mereka tercapai.

Penyokong PR diminta agar berhati-hati terhadap agen yang disusup masuk ke dalam pasukan petugas dan penyokong PR untuk mengapi-apikan tindak balas kekerasan.

Baca Sepenuhnya..

HINDARI PENYAKIT UMNO

Mulanya aku terfikir ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada drama pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Tetapi istilah itu tak sesuai. Tentu ramai yang mungkin berkata UMNO bukan tempat untuk mempelajari apa pun. Barangkali tiada salahnya kalau aku katakan dalam drama itu ada sesuatu yang boleh dijadikan sempadan oleh Pakatan Rakyat.

Pemuda UMNO terbelah tiga . Khairi menang tetapi tidak mendapat sokongan majoriti. Dia hanya memperolehi 38.48 peratus daripada keseluruhan undi manakala Khir Toyo 32.15% dan Mukhriz 29.37%. Belahan undi hampir sama banyak di antara ketiga-tiga calon.

Insiden selepas keputusan pemilihan itu nyata menunjukkan pemuda UMNO berpecah teruk. Yang kalah tidak sanggup menerima hakikat kekalahan. Mereka memaki hamun Khairi dan penyokong-penyokongnya sehingga tercetus pergaduhan. Sepanjang tempoh pencalonan dan masa berkempen, setiap kem berhabis-habisan mengaibkan pesaing. Mereka saling menuding jari membuka pekung dan memfitnah sesama mereka sedangkan semuanya dalam satu wadah perjuangan (kalau boleh dikatakan perjuangan).

Akibatnya sangat jelas. Organisasi pemuda UMNO akan hancur berantakan. Serang menyerang dan bongkar membongkar pasti menyemarakkan kebencian dan dendam kesumat. Barah permusuhan itu akan membawa maut kepada pemuda UMNO.

Kehancuran seperti inilah yang aku risaukan. Janganlah ia terjadi di dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat. Bukan saja dalam mana-mana satu parti, malah ikatan antara tiga parti utama iaitu PKR, PAS dan DAP.

Tugas membina persefahaman ketiga-tiga parti ini sangat mencabar. Asal usul kelahirannya berbeza. Fahaman yang dijunjung juga berbeza. Kaedah dan pendekatan jelas berbeza. Cuma di sebalik perbezaan itu ada beberapa prinsip dan matlamat yang sama. Persamaan itulah yang membuka laluan kepada kata sepakat untuk berjuang dalam satu wadah.

Kalau ada tolak ansur dan hormat menghormati dalam perbezaan yang pelbagai itu, diikuti kesediaan dan kejujuran untuk memupuk persamaan yang ada, insyaAllah pakatan ini akan bertahan lama menempuh getir perjuangan sehingga mencapai kemenangan.

Kalau masing-masing dijangkiti kuman UMNO yang bernama prejudis, sombong, bongkak, memandang rendah terhadap rakan, mementingkan diri sendiri, tamak, lupa diri, khianat dan tidak realistik maka tunggulah saat kehancuran. Jika Pakatan Rakyat juga rebah maka entah bila rakyat akan mengecap keadilan dan kemakmuran.

Aku lontarkan bahan fikir ini demi hasrat rakyat yang tinggi menggunung. PKR, PAS dan DAP wajib memupuk persefahaman yang masih muda ini sehingga subur membesar tegak ke langit. Kekuatan tidak akan lahir daripada ikatan yang bermuka-muka. Kejayaan tidak akan tercapai dengan persepakatan yang longgar dan prejudis.

Yang ada kelebihan janganlah mengungkit-ungkit kekurangan rakan. Yang ada kekurangan janganlah menafikannya dan membohongi diri. Yang ada kelebihan, bantulah rakan yang kekurangan. Yang ada kekurangan, usah malu meminta bantuan. Yang membantu janganlah sombong dan memperkecilkan sumbangan rakan. Yang perlu dibantu janganlah angkuh menafikan kelemahan diri.

Walau pun yakin banyak tugasan yang telah kita lakukan, mungkin kesannya tak sebesar mana bagi kemenangan yang dicari. Walau pun nampak hanya sedikit peranan rakan, mungkin hasilnya lebih besar daripada hasil usaha kita yang banyak itu. Jika beginilah minda pemimpin dan petugas semua parti dalam Pakatan Rakyat, detik kemenangan pasti sangat hampir.

Setakat ini persefahaman antara kita (tiga parti) telah berkembang. Banyak jurang perbezaan yang berjaya dirapatkan. Beberapa asas persamaan prinsip dan matlamat juga dapat disuburkan. Hubungan semakin serasi dan tidak kekok lagi. Pada dasarnya kita tetap tiga parti namun langkah dan hala tuju semakin hampir menjadi satu.

Harus diingat, mempertahankan pencapaian jauh lebih sukar daripada mengusahakannya. Begitulah juga halnya pada persepakatan ini. Di sebalik tautan yang dicapai, ada pagar yang masih memisahkan kita. Ada isu yang kita masih kurang berjaya menyelesaikannya. Ada ego yang masih belum bercerai dari jiwa kita. Ada saki baki prejudis yang sukar dikikis. Ada realiti yang masih belum mahu diakui oleh sebahagian dari kita.

Tugas kita ialah memecahkan pagar, menyelesaikan semua isu yang masih berbangkit, menceraikan ego dari jiwa kita dengan talak tiga, mengikis habis daki prejudis, berpijak dibumi nyata dan berdiri di atas realiti. Tercapai misi ini, berkuburlah UMNO-BN, berdaulatlah keadilan dan kemakmuran di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Baca Sepenuhnya..

MATEMATIK BUKIT GANTANG

Jumlah pengundi terkini bagi P.59 ialah 55471. Daripada jumlah itu, 63.29% (35105) adalah pengundi Melayu manakala 36.71% (20366) adalah pengundi bukan Melayu.

Dalam PRU12 seramai 40301 pengundi (72.65%) keluar menunaikan tanggungjawab. PAS memperolehi 20015 undi mengalahkan BN (18449 undi) dengan majoriti 1566 undi. Calon bebas mendapat 872 undi manakala undi rosak berjumlah 851.

Pakatan Rakyat menang dua daripada tiga DUN dalam P.59 iaitu DUN Kuala Sepetang dan DUN Changkat Jering. BN menang di DUN Trong. PR mendapat 7285 undi di DUN Kuala Sepetang, 9411 di DUN Changkat Jering dan 3296 di DUN Trong. Jumlah undi PR daripada tiga DUN ini ialah 19992, kurang 23 undi berbanding angka yang diperolehi di peringkat Parlimen.

Dijangkakan jumlah keluar mengundi pada PRK 7 April ini boleh mencecah 80% iaitu seramai 44377 pengundi. Jika ditolak jangkaan 1% kertas undi rosak (444), jumlah undi yang menjadi rebutan ialah 43933. Oleh itu angka kemenangan paling rendah ialah 21967 undi.

Berdasarkan jumlah 19992 undi PR daripada tiga DUN pada PRU12, sebanyak 1975 undi tambahan diperlukan untuk mencapai angka kemenangan paling rendah seperti yang dinyatakan di atas. PR memerlukan pertambahan undi hampir 10% berbanding angka yang diperolehi semasa PRU12.

Jika dipecahkan mengikut DUN, jumlah undi yang perlu diusahakan oleh PR ialah 8014 bagi DUN Kuala Sepetang (tambahan 729), 10352 bagi DUN Changkat Jering (tambahan 941) dan 3626 bagi DUN Trong (tambahan 330). Jika angka sasaran ini dapat dicapai, PR akan memperolehi 21992 undi iaitu lebihan 25 undi daripada angka kemenangan paling rendah.

Berdasarkan momentum kesedaran politik dan kebangkitan hasrat rakyat pelbagai kaum yang agak baik ketika ini, keupayaan PR untuk mendapat pertambahan undi 10% berbanding jumlah yang diperolehi semasa PRU12 adalah menasabah dan logik untuk diusahakan secara sistematik.

Dalam pada itu, penggerak dan petugas PR tidak harus memandang mudah tugas yang dipikul kerana sejarah pilihanraya kecil menunjukkan bahawa BN sanggup membuat pelaburan besar dan melakukan apa saja untuk mencapai kemenangan tanpa mempedulikan peraturan dan undang-undang.

Baca Sepenuhnya..

UMNO KUTUK UMNO

Selepas diumumkan Khairi Jamaluddin menang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, aku singgah berziarah ke beberapa blog UMNO. Saja nak tinjau apa ulasan kawan-kawan kat sebelah sana. Menarik. Blog penyokong-penyokong Najib-Muhyiddin-Mukhriz sedang terbakar. Sumpah seranah dan maki hamun sedang meletup. Bukan setakat KJ malah UMNO pun dikutuk habis-habisan.

Luahan blog Cucu Tok Selampit :

Terima Kasih Keldai-Keldai Pemuda UMNO!

Tahniah kepada Saudara (Datuk ... Tan Sri ... Tun selepas ini?) Khairy Jamaluddin, menantu kepada Perdana Menteri yang membilang hari persaraan, kerana walaupun dirimu merupakan seorang perasuah, kamu tetap menjadi pilihan 304 keldai-keldai bodoh.

Terima kasih kepada 304 keldai-keldai bodoh yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan seorang perasuah. Jasa anda semua akan dikenang sekiranya UMNO dikuburkan selepas ini. Sesungguhnya jasa 304 keldai-keldai ini telah memanjangkan hayat parti-parti Pakatan Haram. Semoga wang haram yang kamu semua terima sebelum ini berbaloi untuk menggadai maruah bangsa Melayu.

Tahniah sekali lagi Saudara Khairy Jamaluddin. Lupakan sahaja saranan DS Najib untuk berubah. UMNO tidak akan berubah. Pemimpin Pemuda UMNO seorang perasuah ... disokong pula oleh keldai-keldai baghal. Alangkah malangnya ...



Dari blog BERANIKAN HATI :

ADIOS! UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU

UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celaka

Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.

Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.

Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.

Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.

Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.

Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.

Aku tak mahu komen apa-apa lagi. Cukup sekadar kita fikirkan bersama.

Baca Sepenuhnya..

PEMUDA UMNO PILIH RASUAH - KJ MENANG KETUA PEMUDA!



Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).

KJ dan KT disiasat oleh jawatankuasa disiplin berikutan aduan rasuah untuk mendapatkan pencalonan bagi pertandingan ini. KJ didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran manakala KT diputuskan tidak bersalah. Mukhriz merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda yang tidak disiasat atas tuduhan rasuah berkaitan pertandingan ini.

Kemenangan ini memberikan nafas baru kepada hayat politik KJ selepas pengumuman keputusan bapa mertuanya melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Sementara itu, keputusan ini dikatakan memberi tamparan kepada Dato' Seri Najib dan mentornya Tun Mahathir yang mahukan Mukhriz memenanginya.

Keputusan ini juga menandakan penghujung hayat politik KT yang sedang disiasat oleh kerajaan negeri Selangor berhubung salah guna kuasa menggelapkan dan membazirkan jutaan wang kerajaan untuk kepentingan diri sepanjang menerajui negeri itu.

Jawatan Ketua Wanita dimenangi oleh Shahrizat Jalil manakala Rosnah Abdul Rashid Shirleen memenangi jawatan Ketua Puteri.

Baca Sepenuhnya..

UMNO TIDAK PERNAH DEWASA

Akhir-akhir ini tindakan UMNO terhadap pesaing politiknya semakin melampau. Selepas isyarat yang diberikan dalam pilihanraya umum ke 12, rakyat berharap UMNO bangun dari mimpi dan menjadi dewasa. Undi rakyat mengisyaratkan supaya demokrasi di Malaysia dipulihkan dan keadilan ditegakkan. Malangnya UMNO menilai kehilangan sokongan itu sebagai tindakan permusuhan oleh rakyat yang perlu dihadapi dengan serangan balas dan kebencian. Di sebalik retorik "UMNO perlu berubah" dan "UMNO perlu fahami isyarat rakyat" yang disebut berulangkali oleh pemimpin-pemimpin UMNO, parti itu terus melangkah ke belakang dengan tindakan-tindakan tidak demokratik, menyalahguna kuasa dan ganas.

Krisis Perak membuktikan UMNO tidak mahu berubah, malah semakin teruk daripada sebelumnya. SPR, SPRM, Polis, FRU, Mahkamah dan Media dilacurkan demi kuasa tanpa mempedulikan perlembagaan dan undang-undang.

Terbaru, UMNO memperkudakan polis dan FRU lagi dan lagi untuk menyekat kematangan rakyat yang semakin kenal keburukan UMNO. Polis dan FRU bukan lagi pasukan keselamatan yang memelihara ketenteraman negara. Pasukan itu telah bertukar misi menjadi pasukan samseng yang bertugas untuk kepentingan UMNO. Sejahat mana pun UMNO, polis dan FRU sedia berkhidmat bila-bila masa untuk mempertahankannya. Semulia mana pun hasrat rakyat, polis dan FRU tetap ganas menghalangnya bila saja UMNO menghendakinya.

Kisah #1 - Pada 6 Februari 2009, seawal waktu subuh polis sudah bersedia di bangunan SUK untuk menghalang Dato' Seri Nizar dan Exconya memasuki bangunan itu. Alasan celaka apa yang mengharuskan tindakan itu? DS Nizar belum meletak jawatan. Dato' Dr. Zambry pun belum mengangkat sumpah. Undang-undang rimba mana yang tidak membenarkan DS Nizar masuk ke pejabat resminya dalam keadaan itu? Walau pun kemudiannya DS Nizar dibenarkan masuk, tetapi kebenaran masuk 'untuk mengambil barangan peribadi' itu diberikan dengan penuh penghinaan dan mencabul undang-undang. Wartawan dalam dan luar negara menjadi saksi bagaimana pegawai tinggi polis boleh dihambakan oleh UMNO untuk menyempurnakan pengusiran DS Nizar daripada bangunan itu.

Kisah #2 - Polis menajiskan integriti dan kredibiliti apabila patuh membabi buta dan buta tuli terhadap arahan UMNO supaya menyiasat Speaker DUN selepas tindakan penggantungan MB dan Exco haram daripada menghadiri sidang DUN. Polis tergamak membunuh doktrin pengasingan kuasa yang menjadi nyawa perlembagaan negara. Berilah seribu alasan dan berdalihlah dengan sejuta asas perundangan, namun seluruh dunia tahu dan nampak betapa polis merelakan diri jadi budak suruhan UMNO.

Kisah #3 - Tragedi 3 Mac 2009 menyerlahkan pengabdian mutlak pasukan polis dan FRU kepada tuhan yang bernama UMNO. Ribuan anggota dikerahkan mengepung bangunan SUK untuk menghalang persidangan tergempar DUN yang dipanggil oleh Speaker. UMNO jadi tuhan manakala polis jadi raja. Polis @ raja mendapat mandat dari UMNO @ tuhan. Samseng dibiarkan mengugut dan mengancam rombongan ADUN. Polis menunggu di pintu pagar dengan wajah angkuh. Akhirnya persidangan DUN terpaksa dilangsungkan di bawah pohon Beringin.

Kisah #4 - Lawak bodoh bersambung ke episod seterusnya. Polis memanggil ADUN yang bersidang dan mendakwa mereka dengan tuduhan menganjurkan perhimpunan haram. Sidang DUN bawah pokok adalah perhimpunan haram! Polis memang bijaksana dan prihatin.

Kisah #5 - 19 Mac 2009 pekan Simpang, Taiping dipenuhi pasukan polis dan FRU. UMNO mengerahkan kira-kira 500 anggota dua pasukan itu untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, TG Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Nizar. Ahli UMNO di kawasan itu sendiri pun tidak nampak logiknya tindakan polis dan FRU itu. Besoknya UMNO menganjurkan forum di Changkat Jering. Polis menutup jalan susur dari arah plaza tol keluar ke jalan Taiping - Kuala Kangsar untuk memudahkan pengunjung meletak kenderaan. Semuanya jadi mudah dan halal kerana penganjurnya ialah UMNO.

Kisah #6 - 23 Mac 2009, Pakatan Rakyat diberikan kebenaran menganjurkan ceramah pengumuman calon PRK Bukit Gantang di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping. Ketika YB Azmin Ali sedang berucap, pasukan polis menyerbu pentas ceramah dan mengarahkan supaya majlis dipendekkan atau diberhentikan. Alasan bodoh yang diberikan ialah "permit dikeluarkan hanya untuk ceramah mengumumkan nama calon, dan bukan ceramah politik". Oleh kerana YB Azmin bercakap politik menyentuh UMNO dan pemimpinnya, maka syarat permit telah dilanggar. Daripada pemegang ijazah PhD hinggalah tukang sapu yang hanya bersekolah darjah enam, semuanya menghamburkan rasa kesal atas kebodohan melampau UMNO dan pegawai polis. Ceramah parti politik nak mengumumkan calon pilihanraya tetapi tak boleh cakap politik. Memang bodoh!

Kisah #7 - Pada malam yang sama, FRU menembak orang ramai dengan air asid di majlis ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani, Kedah. Perhimpunan itu bukan demonstrasi jalanan atau rusuhan bersenjata. Rakyat hadir untuk mendengar penerangan daripada parti politik yang sah. UMNO takut rakyat celik maklumat kerana ia akan mempercepatkan ajal parti rasuah itu. Lantaran itu polis dan FRU diarahkan untuk meneruskan tindakan ganas yang bodoh lagi tidak bertamadun bagi menggagalkan majlis penerangan Pakatan Rakyat.

Kisah #8 - 24 Mac 2009, Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta. UMNO boleh beri sejuta alasan namun rakyat tidak lagi bodoh seperti pemimpin dan ahli UMNO. Selain daripada ahli-ahli UMNO yang buta huruf, semua rakyat Malaysia tahu bahawa penggantungan itu adalah usaha UMNO menyekat arus peningkatan kefahaman rakyat tentang politik negara ini.

Kisah #9 - Malam 24 Mac 2009, kampung Sungai Tinggi, Trong digempur oleh kira-kira 200 anggota FRU dan puluhan anggota polis. Pasukan perang itu datang dengan 15 trak merah dan berpuluh kenderaan putih. Yahudi Israel akan ketawa kalau UMNO membantah kezaliman mereka di Palestin kerana UMNO lebih teruk dari mereka. Intifadhoh Palestin ada batu, mortar dan bom sedangkan penyokong Pakatan Rakyat hanya datang berlenggang untuk mendengar ceramah, bukan untuk menyerang atau mencederakan sesiapa. Lawanlah ceramah dengan ceramah. lawanlah hujah dengan hujah. Hanya si bacul yang melawan hujah dengan senapang dan water canon.

UMNO memang tak mau berubah dan tak mahu memahami isyarat rakyat. Kepentingan diri dan rasuah telah membentuk akal budi UMNO menjadi beku dan terkunci mati. Kewarasan telah berkubur. UMNO mahu jadi tuhan persis firaun. Mudah-mudahan parti rasuah dan bacul itu akan tenggelam di dasar Selat Melaka seperti tenggelamnya firaun di dasar Laut Merah.

Baca Sepenuhnya..

UMNO ARAHKAN FRU MENGGANAS LAGI!!!!

Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan PAS DUN Trong di kampung Sungai Tinggi kerana dihalang oleh pihak polis dan FRU. 15 buah trak FRU berserta trak water canon dengan pasukan kira-kira 200 anggota dikerah menghalang laluan ke lokasi ceramah. Pihak polis memberi arahan menghentikan ceramah ketika calon PAS-PR P.59, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan ucapan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan tiba di lokasi ceramah pada jam 9.45 malam, disyorkan oleh petugas keselamatan Pakatan Rakyat supaya tidak meneruskan perjalanan ke kampung Sungai Tinggi. Beliau hanya sempat sampai di pekan Trong ketika dimaklumkan bahawa pasukan polis dan FRU telah menghalang laluan ke lokasi ceramah.

Orang ramai yang hadir amat kecewa dengan tindakan tidak menasabah pasukan polis dan FRU. Majlis penerangan itu boleh berjalan dengan lancar kerana diadakan di bangunan markaz yang besar dan halaman yang luas. Kelancaran lalulintas berdekatan kawasan itu juga tidak terganggu disebabkan kawalan keselamatan jalanraya yang baik oleh pasukan Unit Amal.


Baca Sepenuhnya..

NIZAR CALON PAS-PR BUKIT GANTANG

YAB Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin diumumkan sebagai calon PAS-PR bagi pilihanraya kecil P.59 Bukit Gantang. Pengumuman itu dibuat oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang dalam majlis di Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping sebentar tadi.

Turut menyampaikan ceramah di majlis itu ialah YB Azmin Ali, YB Ngeh Koo Ham dan YAB Dato' Seri Nizar sendiri. Majlis dihadiri oleh kira-kira 10 ribu hadirin dari pelbagai kaum.

Baca Sepenuhnya..

UMNO TERDESAK - GANTUNG PENERBITAN HARAKAH & SUARA KEADILAN

Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta. Surat makluman penggantungan itu tidak memberikan sebarang sebab bagi tindakan itu.

Berikutan penggantungan itu, akhbar resmi PAS dan PKR itu terlepas peluang untuk membuat liputan dan laporan berkaitan 3 pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April ini.






Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini