Assalamualaikum semua rakan taulan metromaya!
Aku dah pohon keampunan dari Yang Maha Berkuasa atas cuai-culas yang mungkin mengkreditkan dosa pada aku.
Posting penyambung bicara di subuh 3 Muharram ini aku mulakan dengan MAAFKAN AKU wahai mana-mana yang berkenaan.
Nombor wahid ... maafkan aku duhai abang Mat (MSK). Gitu juge lah aku pohonkan daripada pra-maya dan semua J-Pemaya.
Aku gagal hadir meeting kat KK tanpa beri notis. Tumpang sekaki rasa pedas cili yang abang Mat tenyeh kat dua exco kita yang tak rajin hadir meeting parti tu.
Sebelum aku terima surat tunjuk sebab, baik aku jawab dulu. Gini ceritanya ...
Balik dari program kat Ipoh 26 Disember bersama abang Mat tu, aku tumpor. Kaw2 punya tumpor. Gusi tua aku buat hal akibat gigi berlubang yang tak dicabut2. Tengah malam 27 Disember muka aku dah gemuk sebelah. Pipi labuh mata sepet. Kepala nyut2 sebelah kanan. MasyaAllah sakitnya. Kalau kira hukum sebab-akibat, itulah padahnya tabiat main tak kesah dengan penjagaan gigi ketika awal remaja dulu. Korang pun nampak pagar kat depan aku tu ada terowong. Itu kat depan ... kat belakang? malas cerita lah.
Harap2 ManjungMari ada petua baru untuk aku dan rakan2 lain yang ada problem lebih kureng aku.
28 Disember aku dah layak jadi pelakon filem 'alien' atau mungkin 'zombi'. Aku intai sekali dua kat cermin ... alamak! aku sendiri pun nampak lain macam benor. Macam tu ke rupa aku? Bermimpikah aku? Tidak! Memang aku lah tu! he he he berdrama la pulak.
29 Disember / 1 Muharram aku terus di atas tilam mengadap TV. Tonton sambutan maal hijrah sampailah istiadat pemakaman Yam Dipertuan Besar NS. Mujurlah permaisuri dan putera puteri aku tak jemu2 memicit2 badan aku yang lenguh terlentang 3 hari. Tak jemu juga menyuapkan moi ke mulut aku yang boleh buka sikit je. Puteri sulong aku yang dah 3 hari balik ke kampusnya kat Bangi pun berulangkali pukui telepon bertanya khabar. Alhamdulillah ... Yang cerita panjang lebor bab isteri & anak2 ni bukannye ape .. saje nak bagi motivasi kat sape2 yang belum kawin tu ... eh, matcomot dah kawin ke .. & janda bakaq apa habaq?
Gitu lah kisah 1 Muharram aku kali ini.
30 Disember aku gagahkan memandu Camry Saga 2.3 minus 1 kebanggaan aku tu membawa anakanda aku yang nombor 4 ke Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah kat Kampung Gajah. Nak ambik result PMR. Sepanjang perjalanan balik, putera aku tu tak berapa gamak nak beralih memandang muka aku sebab tak dapat 9A. Cuma ada habuan 7A je. Sebenornye aku okey je. tak marah pun. Tak sedih pun. 7A kira okey lah.
Yang aku sedih ...
JANGAN MUSNAHKAN JIWA ANAK-ANAK INI !!!!!!!!
Kat dinding luar pejabat sekolah tu dipamerkan senarai penuh calon + keputusan setiap matapelajaran. Ada lebih kurang 10 nama dipadam keputusan mereka tanpa dipadam nama. Dihujung garisan hitam tebal yang memadam keputusan2 tu, ditulis RM240.00, RM 170.00, RM310.00 dan beberapa jumlah lain.
Rupa2nya pelajar2 tu tak menyelesaikan bayaran yuran tahun 2008 sama ada yuran asrama, yuran komputer dan lain2.
ALAHAI CIKGU-CIKGI!!!!!! Tolonglah jangan buat macam tu. Kalau ye pun begitu peraturan resminya, toksah la main padam2 dan tulis jumlah duitnya macam tu. Apa salahnya kalau tak dipamirkan langsung keputusan penuh itu. Student boleh terus mendapatkan slip keputusan di pejabat atau di dewan. Kat luar dewan lekat notis besar "CALON2 PMR DIMINTA MENJELASKAN TUNGGAKAN YURAN 2008 SEBELUM MENGAMBIL SLIP KEPUTUSAN"
Kalau tulis macam tu, mak bapak dah boleh faham. Pelajar2 tu pun faham. Bahkan sebenarnya perkara tu dah pun dimaklumkan kepada pelajar sebelum cuti akhir tahun yang lalu.
Sebak dada aku. Confirmed gugur sebutir dua air mata aku ketika menyedari PADAMAN itu. Melompat2 mesin analisis dalam minda aku ... Ah! bagaimanalah agaknya perasaan pelajar2 tu ketika melihat keputusan mereka dipadam dicelah2 nama kawan2 lain yang tak dipadam ... apalah agaknya denyut rasa hati kecil mereka terhadap ibubapa mereka yang tak menyelesaikan bayaran yuran persekolahan mereka sedangkan mak bapak kawan2 lain okey je ... ADUH!!!! tak berdaya untuk aku andai2kan.
Tak berdaya langsungkah bijakwan2 dan pandaiwan2 yang mentadbir dan mengajar di sekolah itu untuk menghitung-rasa kebarangkalian2 yang boleh menjejaskan perasaan pelajar2 itu.
Oh! ke mana hilangnya roh persaudaraan ansar-muhajirin yang menunjangi episode Hijrah? Maal-Hijrah? Awal Muharram? Seakan tiada erti bagi ummat zaman ini.
Okey. Nanti aku sambung cerita politik. Bengkak pipi aku dah surut. Kita bengkakkan pula muka makhluk2 politik yang memegang tongkat sakti tetapi shakhtipoodah! chiit!
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
SALAM USTAZ,
semoga cepat sembuh...insyaallah..
bak kata 'room mate' sy..ada hikmah tu.. :D
aku dah kawin la bro.......blog bini aku
http://mommykimi.blogspot.com/
matcomot
alamak ... kantoi aku.
tu la hang mat, kerap sangat dok perangat cerita awek tu & janda ni ... aku ingat hang terune trangtangtang lagi.
okey. maapkan aku mat.
bro, kawan2 cikgu aku kata terpaksa gak bubuh nama tak bayar hutang tu pasai ada juga bebudak ni jenis degil tahap gila, mak bapak depa pun lgi teruk..
Salam TuanYangEmpunyaBlog,
Saya pun tak datang mesyuarat kat KK tu, pasai dah datang pada 24hb. Almaklum, tulang dah reput, dalam poket tinggal sejemput.
Tapi saya sentiasa hubungi PrimaMaya. Kredit hp anak yang sponsor.
Insya Allah 4 Jan. saya ke KK hantar anak bongsu ke MC. Lepas tu cadang nak lepak dengan kawan-kawan, kalau ada sapa yang free.
ciberboron,
pasal aku hangat anak aku dapat 6A 3B dalam PMR,aku belasah buat 1 lagi blog ! Tapi syukurlah pd Tuhan !
tahniah buat anak2 ustaz dan ABO..
harap dah sembuh la ustaz dari muka alien..
dasat jugak cara ABO naik angin ekk..dan lagi buat blog baru...hahaha
kotak 14 tu hang ka matcomot..citt
salam Maal Hijrah dan slamat tahun baru pada semua..
dunia hampir kiamat..moga2 Allah merahmati kita semua. salam singgah dan salam maalhijrah.
Laaaaa... depa kata hang kena sengat tebuan!
Ahlan wa sahlan Muhammad Azli!
Abg Mat ... tebuan gusi kot!