Zambry nasihati ADUN PR; jangan berperangai kebudak-budakan semasa sidang DUN 7 Mei nanti. Jangan berebut kerusi MB. Jangan berebut kedudukan sebelah kiri atau kanan Speaker.
Kata Zambry lagi, dulu waktu PR jadi kerajaan, kami (BN) tak bantah apa-apa pun. Waktu itu PR ada 31 kerusi. Kami ada 28. Hari ini kami pula ada 31 dan PR tinggal 28. Dulu giliran kamu, hari ini giliran kami. Dulu kami beri laluan pada kamu. Kami tak ganggu kamu menjalankan tugas sebagai kerajaan. Hari ini kamu perlu beri laluan pada kami.
Begitulah bunyinya ayat orang politik UMNO. Madah berhelah yang manis tapi beracun. Namun cukup 'power' untuk mengekalkan kebencian pengundi saluran 1 terhadap PR. Dengan ayat-ayat Machiavelli itu BN kelihatan jadi mangsa kepada penjahat bernama PR. Melayu saluran 1 yang sedang bertarung dengan diabetes dan hypertension akan terus menyokong UMNO hingga tiba saat diusung ke liang lahad.
UMNO akan terus tipu orang Melayu tentang krisis Perak. UMNO akan terus bersumpah tak pernah merasuah, mengugut atau menculik 3 ADUN lompat dan 1 ADUN dua kali lompat. UMNO tak akan mengaku menyalahgunakan kuasa SPRM dan SPR bagi menjayakan rampasan kuasa 5 Februari. UMNO tak akan mengaku mengkeldaikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri sepanjang berusaha merompak kuasa. UMNO akan terus menafikan semua tindakan tidak demokratik yang digerakkan sepanjang 10 1/2 bulan PR berkuasa.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
2 days ago
ameno berlagak dgn kuasa yg dirampas dan nasihat org lain jgn jadi budak2 sedarlah diri tu rakyat perak tak mau ameno bn, keputusan prk bkt gantang bukti rakyat benci pada ameno bn ,tinggal yg dah nak masuk kubur saja yg sokong ameno bn termasuk saerong profesor yg fanatik ameno buat ulasan2 macam budak tingkatan 3 nama profesor tu pelik sikit tak tau apa keturunanya
zambry patut sedar apa yang diucap, pr menang dengan pilihan rakyat, tapi bn sebaliknya dengam rampasan kuasa, kemudian mahkamah pula masih belum memutuskan siapa yang berhak untuk mengemudi negeri perak, tiba-tiba zambry 786 dah ubah itu dan ini. mana ada keesahan, semalam kata ketua kampong PR masih sah tapi hari ini keluar surat edaran menamatkan tugasan, cakap pagi tak boleh pakai ke petang. lidah mamak zambry lagi teruk daripada lidah biawak.
zambry biawak
Hati-hati.. Macam ada perancangan yang bahaya.. suatu macam MB lebih berkuasa dari Speaker.. dan mungkin telah dirancang oleh BN dalam sidang DUN.. Harap berhati-hati..
Sejak najib ambilalih UMNO Selangor,timbul pulak spekulasi kerajaan PR Selangor akan ditumbangkan dan dirampas secara brutal.isu umno selangor ketandusan pemimpin berbakar itu masalah depa.
Modus operandinya mudah dengan skrip ala-ala negeri Pasir Dua Butir.Tan Sri Khalid akan dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.Berkemungkinan besar akan didapati bersalah dan Selangor terpaksa mencari MB baru.
Bila dah dapat calon MB,pemimpin PKR Selangor akan mengadap Sultan Selangor dan kali ini akan ditolak oleh Sultan Selangor yang mahukan calon PAS jadi MB Selangor.Dr Hassan Ali akan jadi calon PAS dan apabila PAS cadangkan beliau jadi MB Selangor yang baru,beberapa ADUN PKR akan protes kerana kerusi DUN PKR lebih daripada DUN PAS.Perbalahan akan jadi semakin hangat dan beberapa tok wakil PKR akan keluar parti dan menjadikan PR Selangor retak menanti belah.Ketika inilah akan berlaku PRK Penanti yang akan diadakan ketika Muktamar PAS berlangsung iaitu pada awal bulan Jun.Lebih memburukkan keadaan penyokong PAS akan memboikot PRK Penanti jika krisis politik di Selangor tak dapat diselesaikan dengan baik.
Baru-baru ini beberapa pemimpin HINDRAf di Selangor telah menyertai MIC dan mereka akan menjadi bom jangka kepada kerajaan PR Selangor.Ezam dan GERAK akan diberikan peranan penting untuk menarik tok wakil PKR menyertai UMNO.Jika plan di atas gagal,tak mustahil ada tok wakil PR akan dikidnap.
Tok jangkakan UMNO tak punya banyak masa kerana krisis rundingan air di Selangor telah menjejaskan imej UMNO.Ada sumber memberitahu,Mat Taib ada kepentingan dalam SYABAS dan atas faktor inilah beliau telah digugurkan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.Ada sumber yang memberitahu tok Mat Taib sengaja tidak diberikan jawatan untuk memberikan beliau peranan penting dalam usaha merampas Selangor.Sedikit sebanyak dakwaan ini ada benarnya kerana mat taib mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Selangor yang juga merupakan bekas abang iparnya.
Najib telah memberikan peranan penting kepada bekas pengikut Anwar termasuk Zahid Hamidi,Zambri,Hamdan Taha dan Ezam.Tujuannya adalah untuk menarik penyokong Anwar menyertai UMNO.
Bahya sedang menunggu dan PR perlu berwaspada.Kita tak mahu kehilangan negeri Pasir dua butir berulang kembali di negeri Selangor.
Tok Iskandar dapat sumber dari mana ? Macam meracau saja. Kalau Zambry baca tentu dia kata macam budak budak.
peganglah dengan pertolongan allah. minta sentiasa di jauhkan segala tipu muslihat pihak musuh.
tak mustahil teori tok tu.. PR kena berfikir few steps ahead utk mengelakkan apa yg berlaku di Perak, berulang di Selangor - Neo