Ketika menaip pesanan ini, jam di lap-top aku dah pukul 12.02 am 7 April 2009. Hari ini hari besar. Ada banyak perkara akan bertitik tolak daripada tarikh hari ini. Masa depan Malaysia banyak bergantung kepada isyarat kotak undi dua bukit satu batang di pusat penjumlahan undi malam nanti.
Tabik hormat kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat. Sebagai manusia, pasti kita ada kelemahan. Namun pokoknya kita berusaha semampu mungkin. Terima kasih petugas PAS. Terima kasih petugas PKR. Terima kasih petugas DAP. Terima kasih team Blogger Rakyat di bawah pimpinan ayahanda Zorro tak pakai topeng. Terima kasih team Perakini. Terima kasih semua individu yang menyumbang usaha dan tenaga ..... daripada BloggersNetwork@Perak.
Rakan-rakan besar kecil, terang gelap, dekat jauh plus cB team yang penuh dedikasi telah membekalkan maklumat-maklumat yang amat bermakna kepada penunggu Stesen Maya 1. Setelah disaring, disukat, diadun, diuli dan dibentuk maka diperturunkan di sini 7 pesanan kepada semua yang bersangkut paut dengan PRK Bukit Gantang untuk tindakan malam ini dan besok.
1.
Semua penyokong PR beragama Islam diminta menyempurnakan contact dengan Malikul-Mulki, Tuhan yang Memiliki Segala Kerajaan. Malam ini bermunajatlah sepenuh hati dan perasaan. Mulakan dengan solat sunat taubat, mohon keampunan dari Al-Ghaffar bagi semua dosa yang mungkin tercoret di suratan kiri kendalian malaikat 'Atid. Penyucian itu mustahak untuk qualify angkatan doa ke hadhratNya. Seterusnya dirikanlah solat hajat yang dijiwai sampai ke rerambut darah yang paling halus. Titiskan air mata dalam sujud terakhir, biar fana' seluruh raga dan jiwa, mohon pertolonganNya dengan serahan diri dan upaya total zero. Kemudian, lelapkan mata dalam gerak lidah dan bisik hati zikrullah yang melubuk jauh ke dalam dhamir. Bangun di sepertiga malam yang akhir bertahajjud mengkerdilkan diri di sisiNya. Bermunajat lagi. Dan alunkan ayat suciNya selunak mungkin sehingga fajar Sadiq. Tunaikan solat subuh. Mohon lagi petunjukNya untuk diri sendiri, ayah bonda dan sekelian manusia yang lain.
2.
Santap sarapan seimbang sebagai bekal keperluan tenaga yang panjang tempohnya hari ini. Titipkan doa kesejateraan buat kedua ibubapa. Selesaikan salam sayang pada isteri atau suami dan anak-anak tercinta. Roh kasih sayang itu menyediakan kekuatan mental, emosi dan fizikal yang amat penting sepanjang hari ini.
3.
Jika ada tugas resmi untuk mengingatkan atau bersama beberapa pengundi, hubungi mereka dengan salam kekeluargaan atau salam persahabatan yang hormat dan bersemangat. Confirmedkan temujanji kalau telah sedia berjanji. Jika belum berjanji, segera meterai janjitemu. Jika ada tanggungjawab resmi secara berpusat, lapor diri di mana-mana yang berkenaan. Ambil tugasan dalam keadaan faham tugasan itu seratus peratus. Pastikan semua keperluan bahan atau peralatan dalam keadaan siap sedia, terurus dan tidak ketinggalan. Saling doakan antara kita sesama petugas. Hargai kehadiran dan sumbangan semua rakan. Tautan hati adalah rukun kemenangan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
4.
Semua pengundi adalah pelanggan kita. Layanlah mereka sesuai dengan hak sebagai pelanggan. "Customer is always right" tidak semestinya seratus peratus benar, tetapi nilainya hebat iaitu misi kita ialah mendapatkan belian daripadanya. Hari ini misi kita ialah mendapatkan undian daripada mereka. Tegur-sapalah dengan penuh hormat. Senyumlah di wajah sampai ke hati. Hari ini bukan hari berhujah tetapi hari memujuk dan memanggil simpati. Tempik sorak biar berpada. Handal hari ini bukan pada aksi kembang dada atau sorakan gempita, tetapi pada tunduk hormat dan suara lunak memikat.
5.
Gelanggang hari ini adalah pentas manusia, bukan pentas hantu. Setakat petang 6 April khabarnya dah banyak bas persiaran masuk ke taman-taman perumahan sekitar Taiping, menurunkan penumpang di rumah taikun-taikun UMNO. Besok mereka tak akan menaiki bas lagi. Bapak dan abang angkat akan mengangkut mereka dengan kereta. Tolong perhatikan di rumah taikun-taikun itu, kalau sebuah kereta dinaiki lima atau enam orang, itulah jembalang-jembalang perosak demokrasi. Gunakanlah kebijaksanaan akal budi untuk membotolkan hantu-hantu kertas undi itu. Yang bertolak dari jauh malam ini, besok akan turun di petrol station. Kereta mayat pembawa hantu makan duit akan menunggu di Shell, Caltex, Esso, Petronas dan BhP. Fikirkanlah apa yang patut.
6.
Antara rukun agama UMNO ialah provokasi. Setakat ini Dato' Mustafa Ali dah report rancangan UMNO membakar kenderaan polis untuk dibabihitamkan PAS. Jiwa babi itu sukar dipulihkan. Petugas PR wajib control jiwa. Jangan mudah tercuit dengan mainan emosi. Sarjan dan Kopral pasukan PR mesti pantas mengawal keadaan. Dalam kumpulan kita mesti ada bajingan yang menyusup masuk untuk merangsang tindakan ganas. Isytiharkan berulangkali bahawa kita dah putuskan untuk berdagang secara aman. Setiap arahan tindakan mesti datang dari si polan dan si polan yang khas. Selain arahan daripada si polan adalah palsu. Kalau ada yang cuba memberi arahan sedangkan dia bukan si polan yang dimaklumkan, itulah bajingan upahan. Tangkap dia dulu!
7.
Akhirnya ... dari Allah kita datang ... dan kepada Allah kita akan kembali. Semua takdir datang dariNya. Oleh itu, serahkanlah segala-galanya kepada Zil Jalali wal Ikram. La Haula Wa La Quwwata Illa BiLlah. InnaLlaha 'Ala Kulli Syai in Qadiir.
artikel terdahulu : dari sumber yang tidak sahih - jadual jangkaan perolehan undi
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
5 days ago
Salam Semua,
Cukup cantik susunan 7 pesanan tadi...tersusun hikmah dan iltizam yang tinggi dalam menggapai azam dan cita-cita yang bersalut penuh keimanan dan redha keatas apa jua keputusan yang bakal diterima,namun selagi bernafas dan berdenyut badan ini,tidak berundur walaupun setapak dalam merungkai kezaliman dan kebatilan yg sekian lama menerjah jiwa dan raga rakyat.."LAWAN TETAP LAWAN"
hampir menitis air mata tatkala membaca 7 pesanan di atas. terasa amat kerdil diri ini di hadapan Allah yg maha esa..
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih"
"Ya Allah Ya Tuhan kami....Tuhan yg Maha Agung, yg Maha Pemurah, yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...bantulah kami Ya Allah dlm menegakkan agamaMu yg suci ini...berikanlah kemenangan kepada gerakan Islam dan kpd gerakan-gerakan yg menyokong dan mendokongnya...Kau hancurkanlah Ya Allah gerakan-gerakan yg memusuhi Islam...hanya kepadaMu Ya Allah kami berserah diri..hanya kepadaMu Ya Allah kami bertawakkal setelah kami berikhtiar dan berusaha sedaya upaya kami...terimalah pengaduan kami ini Ya Allah...sesungguhnya tiada daya upaya bagi kami melainkan hanya dgn keizinanMu Ya Allah...amin Ya Allah...amin Ya Rabbal Alamin...