Kenduri Kesyukuran PRK059 Di Permatang Raja



Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datin Seri Fatimah Taat hadir ke majlis kenduri kesyukuran di kampung Permatang Raja malam tadi. Turut serta ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa dan YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Nordin. Lebih 500 penduduk pelbagai kaum hadir menikmati jamuan dan mendengar ucapan tiga tetamu utama tersebut.

Dalam ucapannya, ahli Parlimen Bukit Gantang itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus berkempen untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Kemenangan ini memberikan kekuatan kepada rakyat negeri Perak dalam usaha mengembalikan kerajaan negeri Perak kepada mandat rakyat.

Dato' Seri Nizar meninggalkan majlis pada pukul 11.15 malam untuk menghadiri satu lagi majlis kesyukuran di kampung Sungai Baru, Sungai Kerang yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang.






Comments :

10 comments to “Kenduri Kesyukuran PRK059 Di Permatang Raja”
Anonymous said...
on 

Salam,
Terima kasih YB Nizar kerana ambilkira pandangan saya dan lapuran saya semasa makan tengahari di rumah Pak Su Trong.Pandangan rakyat marhain tanpa protokol dan nyahkan karenah birokrasi boleh meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap pimpinan YB.Wahai penduduk Kg Permatang Raja saya telah buktikan kepada saudara semua YB Nizar pasti akan datang ke kampung anda...Nah lihatlah...Saya telah sampaikan kepada YB Nizar sendiri hasrat hati anda semua tanpa melalui S/U YB.Rumah Pak Su menjadi saksi.Walaupun saya datang ke DUN Trong sebagai petugas PAS tetapi saya boleh mendekati YB Nizar dan beliau juga berkenalan dengan suami saya melalui panggilan telefon.
Tahniah penduduk Kg Permatang Raja kerana mengundi dan memilih YB Nizar.Tahniah juga Buat YB kerana berjaya melansungkan kemenangan almarhum YB Roslan.AL FATEHAH.

Anonymous said...
on 

mane lagi kenduri lepas ni yop?

Samudera Tinta said...
on 

Salam ziarah,

Aduih, sedapnya kome. Bila YB Nizar nak belanja Mee udang. Tak sempat merasa teman aritu.huhu..

Anonymous said...
on 

tahniah DSR Nizar..kami rakyat merasa berbaloi..aura yang ada pada DSR berjaya mengangkat PAS...sebetulnya kami rakyat perak tdak menyangka adanya pemimpin sebagus DSR di Perak..maaf cakap,mula2 dilantik MB dulu sy pun tak kenal,tapi sekarang,auranya melebihi apa yg ada pd mawi dulu!!! semalam ada cadangan untuk kami buat program mendaki bukit larut untuk kecergasan anjuran satu jabatan kerajaan...tapi sikit risau takut tak de orang datang...tiba2 satu cadangan dari kakitangan keturunan India,mencadangkan jemput DSR rasmikan...katanya confirm ramai orang datang...meeting yg tadinya sunyi jadi riuh rendah,bukan membantah,tapi amat2 bersetuju,siap ada yg tak mau jadi urusetia,tapi nak jadi peserta asal dapat jogging dengan DSR...begitulah sokongan dari rakyat yg datang dari hati...tapi apakan daya,majlis jabatan kerajaan...terpaksalah...ikut kata pak menteri...

Basuh Baju said...
on 

Nizar cool!

tok iskandar said...
on 

kabinet dapur najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.
Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.
Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah.
pemerintahan 100 hari najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ.
Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya shaziman,Ismail Sabri dan saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.
sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais yatim dan Brahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Kuli terasing daripada hulubalang kanannya.
KJ senasib dengan Kuli
Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen.
KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya,sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.

semboyan perang masih belum dibunyikan.Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.

Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis,Negeri Sembilan,Melaka,johor,Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang najib.

Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan.

Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya.Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan d dalam parlimen.

Jika ramalan tok berlaku,nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.

kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.

bila dan bagaimana?sama-samalah kita tunggu dan lihat

----- Jennifer ----- said...
on 

your blog is very good

Bulan Penuh 2012 said...
on 

Salam ziarah,

Lebih 50 tahun Umno mewarisi Malaysia dari Penjajah Inggeris.

Menteri menjaga portfolio agama silih berganti. Perdana Menteri bertukar gilir. Islam masih terpinggir dan terkurung dalam Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

Hendak murtad begitu mudah, hendak berzina boleh bawah jambatan, hendak minum arak boleh di laman depan rumah, hendak makan dan hulur rasuah, boleh masuk Umno.

Ke manakah halatuju parti perkauman Melayu ini yang telah melupakan asal-usul diri mereka sebagai hamba-hamba Allah.

Mampukah Jamil Khir yang baru dilantik ke kabinet memikul tugas berat untuk meng'Islam'kan Umno?

Ustaz Idris Ahmad memberi pandangan awal beliau.

Mampukah Jamil Khir Meng'Islam'kan Umno?


Bulan Penuh 2012

Baginda Reformasi said...
on 

salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

Tinta Hitam said...
on 

Permatang Rja adalah didalam kawasan DUN Trong dimana PR kalah.Adalah diharapkan pihak PR dpt menumpukan lebih perhatian dikawasan ini.

Saya perhatikan sehari dua ni UMNO telah mengadakan berbagai program utk org org kampung.Dah tentu nya persediaan awal pelihanraya samada negeri ataupun PRU 13

Post a Comment