UMNO Karang Khutbah Jumaat Yang Sesat !

"Sungguh mengejutkan !", kata beberapa orang kawan. Aku tak terkejut langsung. Apa nak diherankan kalau UMNO buat khutbah Jumaat. Tak ada apa yang pelik bila UMNO poskan khutbah tu kepada semua imam masjid kawasan Bukit Gantang untuk dibaca hari ini.

"Mengejutkan, kerana UMNO selalu kata jangan politikkan masjid", kata kawan aku. Bagi aku, memang tak terkejut langsung. UMNO sejak dulu sampai sekarang tak pernah bikin serupa cakap. Maka apa nak heran. UMNO marah orang PAS cakap politik dalam masjid sebab diorang tak cukup ustaz nak dihantar mengajar di semua masjid-masjid. Ada sorang dua ustaz UMNO yang cuba bercakap politik, akhirnya lari lintang pukang sebab tak boleh nak jawab hujah jemaah mengaji. Sekali atau dua kali datang mengajar boleh la kelentong pusin pi pusin mai nak kenen-kenen jemaah supaya sokong UMNO. Lepas dua kali tu, habislah modal.

Sejak hari Rabu 31 Mac, semua imam masjid dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang mula menerima teks khutbah jumaat untuk dibaca hari ini. Aku berharap sangat teks itu dibaca oleh mana-mana tok khatib yang rabun. Rupa-rupanya semua tok khatib celik belaka. Setakat 8 masjid yang dipantau, khutbah itu tidak dibaca.

Oleh kerana khutbah itu tak sampai ke telinga jemaah Jumaat hari ini, aku rasa elok juga kertas kotor itu dimuatkan di sini untuk tatapan sekelian muslimin.

klik imej untuk melihat paparan lebih besar


Khutbah karangan UMNO ini nyata songsang dan sesat. (Maap, kasor sikit). Ayat Allah yang suci cuba dikotorkan oleh UMNO. Ia dimulakan dengan ayat 59 Surah An-Nisa' yang memang popular di mulut tetapi dijahili oleh akal orang UMNO.

Maksudnya:

" Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) RasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. "

Baca ayat ini tak jadi kesalahan, malah disuruh. Terjemahannya jelas memerintahkan ketaatan kepada Allah, Rasul dan pemimpin. Taat pada Allah dan Rasul adalah muktamad secara mutlak. Taat kepada pemimpin tidak mutlak. Ayat ini menyatakan secara terang tentang taat mutlak dan taat bersyarat itu. Sebelum kedua-dua perkataan Allah dan Rasul, ada perkataan 'taatlah olehmu' (athii'uu) tetapi perkataan itu tidak hadir pada perkataan ulil amri. Disitulah perbezaan di antara mentaati Allah/Rasul dan ketaatan kepada pemimpin.

Apa syarat mentaati pemimpin? Syaratnya, pemimpin itu mestilah memimpin berpandukan Kitab Allah dan sunnah Rasul. Pemimpin wajib menegakkan semua perintah/larangan Allah dan Rasul. Pemimpin wajib mentadbir dengan sistem yang dinyatakan di dalam Kitab dan disunnahkan secara praktik oleh Rasul. Amanah Allah mesti ditunaikan. Sistem yang diturunkan oleh Allah mesti ditegakkan.

Jika begitu halnya pemimpin yang ada, maka wajiblah rakyat mentaatinya. Menentang pemimpin itu adalah berdosa. Memberontak terhadap pemimpin itu adalah derhaka. Penderhaka kepada pemimpin itu dinamakan 'bughah'. Hukumnya boleh sampai ke peringkat hilang nyawa.

Jika pemimpin tidak memimpin berpandukan Kitab dan Sunnah maka hilanglah kelayakannya untuk ditaati secara wajib. Bahkan wajib diusahakan supaya pemimpin itu kembali kepada Kitab dan Sunnah atau ditukar dengan pemimpin lain yang mahu menegakkan perintah Allah.

Sabda Rasul SAW, (mafhumnya), "Tiada ketaatan kepada makhluk pada melanggar perintah Khaliq". Maksudnya tidak boleh taat kepada pemimpin yang melakukan maksiat kepada Allah. Tidak boleh taat kepada pemimpin yang tidak mendaulatkan perintah dan larangan Allah. Jangan taat kepada pemimpin yang tidak adil. Jangan taat kepada pemimpin yang zalim. Jangan taat kepada pemimpin yang rasuah. Jangan taat kepada pemimpin yang menyemarakkan perkara haram. Jangan taat kepada pemimpin yang merompak khazanah negara.

Bagaimana dengan UMNO dan pemimpin UMNO? Adakah UMNO memimpin negara ini dengan berpandukan Kitab dan Sunnah? Adakah UMNO yang berdarah daging dengan amalan rasuah itu menepati ciri pemimpin untuk ditaati. Adakah pemimpin UMNO yang hidup senang lenang dengan harta rakyat itu layak ditaati? Jauh panggang dari api!

Kesesatan paling jijik dalam khutbah agama hadhari ciptaan UMNO itu ialah penyalahgunaan Hadith Rasul SAW "hubbul watan minal iman" yang bermaksud "cintakan tanahair adalah sebahagian dari iman".

Petikan teks khutbah UMNO:

" Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis .. Belanda .. Inggeris .. Jepun. Semuanya telah dihalau dari bumi tanahair kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin Melayu kita. Itulah jasa mereka. Itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamudin Tun Husein Onn baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin UMNOlah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanahair kita. Oleh itu mari kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. "

Demikianlah UMNO menipu dan terus menipu. Hadith itu menerangkan tanggungjawab warga sebuah negara (watan) untuk mempertahankan kedaulatan negaranya daripada pencerobohan atau penjajahan asing. Tetapi ia tiada kaitan dengan tanggungjawab mempertahankan kerajaan UMNO. Pemerintahan UMNO sama saja dengan pemerintahan penjajah bahkan dalam beberapa aspek UMNO lebih teruk dari penjajah.

UMNO cuba lagi memperbodohkan orang Melayu. Kononnya hanya pemimpin UMNO sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanahair. Kesian UMNO. Mereka tak sedar bahawa rakyat Malaysia sudah tahu siapa yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan tanahair. UMNO abad 21 cuba menyembunyikan fakta sejarah tentang Hizbul Muslimin, PKMM, API, AWAS dan beberapa pertubuhan lain yang merupakan pejuang sebenar kemerdekaan negara. Mereka menyangka orang Melayu tak tahu bahawa UMNO adalah anak didik penjajah. Pemimpin-pemimpin UMNO sebelum merdeka adalah pegawai dan kakitangan kerajaan penjajah. Orang lain yang memugar, menanam dan membaja. UMNO muncul disaat hasilnya sedia untuk dituai. Memang gerombolan perampas!

Tetapi, terima kasih UMNO! Khutbah yang meloyakan itu cukup sempurna sebagai bahan fikir untuk pengundi Bukit Gantang. Kalau dibacakan tengahari tadi, tentu ada bahan ketawa yang menarik bagi sekelian jemaah untuk dibualkan sehari dua. Aku bersimpati kepada UMNO kerana tak ada tok khatib yang sudi membacanya. UMNO membuktikan kebebalan terlampau. Melayu UMNO totok mungkin ketawa puas membaca khutbah ini. Melayu PAS dan Melayu PKR senyum lega bila UMNO mendedahkan kedangkalan sendiri. Pengundi atas pagar terus geleng kepala melihat kerenah UMNO. Alhamdulillah!

Comments :

26 comments to “UMNO Karang Khutbah Jumaat Yang Sesat !”
Anonymous said...
on 

Sape le yang tulih khutbah ni. Bangang tahap gaban ni.Sesat lagi menyesatkan. Jahil muraqqab ni.

pemerhati sepi said...
on 

Harap dapat disebarkan khutbah bodoh melayu umno ini bersama ulasan penulis agar rakyat dapat menilainya.. dimana tahap kebodohan umno nih..

HaHs said...
on 

Ada ke Imam x cukup ilmu yg nak bacakan politik sesat didalam Masjid yg ditegah oleh kerajaan haram UMNO dr bercerita hal politik ni. Kalo ada, highlightkan imam masjid mana?
agaknya kat dahi dia ada cop UMNO siap keris terpacak kot,
Itu je hujah dia? kan ada ustaz al hafiz jd penasihat kerajaan negeri. Dia boleh bagi hujah beribu ribu perkataan..kilometrikooooo.

Bodo punya umno!!!

htttp://shah-hahs.blogspot.com

Anonymous said...
on 

terdesak nampak PAS kali ni,, buat khutbah palsu tuduh UMNO pula..

Prof. Era Pasca said...
on 

hahaha baca tak kat atas..
Disediakan oleh Biro Agama Umno totoq

Anonymous said...
on 

berapa banyak jurutulis teks khutbah yang akan ditanya di depan Robbul Jalil selepas matinya kelak, tentang urusan 'menjual' kalimat-kalimat Tuhan-Nya untuk keuntungan dunia yang sedikit.

elok mereka tulis pula tafsir tentang ayat bold di atas, kita tunggu bila mereka nak terbitkan ke masjid-masjid.

na'udzubillahi min dzalik

marakarma

Anonymous said...
on 

Lucu betul isi khutbah ini. Yang menulisnya mesti keturunan Pak Kaduk ni!

Anonymous said...
on 

woi, surat tu dipos dengan sampul yang ada lambang umno. mesti dapat kebenaran dari penasihat ugama zambri woonek. mungkin dia yang tulis. allahualam. fikiran cetek punya olang.

yobgian.

Anonymous said...
on 

ZAMRI TU KETURUNAN SI KITUL DLM SEJARAH MELAYU. Mereke-mereke ni lah yang buat kesultanan melayu melaka tumbang

Anonymous said...
on 

ala..akupun x heran..dulu aku penah pegi dengar ceramah agama (kononnya) di masjid kawasan tu...tapi sebelum ceramah tu start ada la ucapan aluan...naik la orang umno bagi ucapan aluan...dia kata masjid bukannya pentas untuk politik sambil mengutuk PAS dan BERSIH..PAS buat itu,ini semua tak betui...tiba2 ada pakcik depan aku tu bangun sambil berbisik kat kami di sebelah dia...yang dia cakap tu bukan politik?...bukan kat masjid?...sebelum dia blah dari meninggalkan kami...bagus...aku yang tgh dok merengkam dlam hati pun turut blah...sampai turn penceramah tu bg ceramah baru aku masuk balik...tapi alih2 penceramah tu pun sama jgk...ustaz umno..bukan main dia bodek paklah,najib ngan umno...tapi kesian..nama dia tercicir masa PRU 12 ari tu..tau sapa?..ala yang nyanyi lagu ramli sarip masa perhimpunan agong unmo 2 atau 3 tahun lepas...cari sendiri!

Unknown said...
on 

Salam sdr. boron.

Menipu menggunakan Nas. Apa hukumnya?. Rasa rasa para penceramah PR ajukan soalan ini kepada Mufti Perak. Apa nama? Besi Kursani?

Minta dia jawab dengan kerana Allah. Kalau dia berani jawab Ya! makna tarafnya sama dengan sami kat wat siam. Sami di Wat tetapi sanggup mengambil upah sihirkan orang.

Anonymous said...
on 

dh mmg sifat orang umno/bn yg cetek ilmu agama nya smpai snggup tulis isi khutbah yg mcm tu. mmg bodoh lg bangang sesiapa yg msh undi,menyokong dan bersengkongkol dgn umno/bn haprak!

Anonymous said...
on 

erm..tpu ade dmne2...slgi tk terbukti sahih..jgn dipercyai mne2 pihak..

Anonymous said...
on 

Merujuk pada Anonymous - April 3, 2009 11:24 PM

nak tunggu sahih cerita seperti apa juga kenyataan bernama, bharian, utusan, tv1-tv3 ye?

apa yg mereka tulis dan tunjuk itu sahaja yg betul2 sahih ye? tiada lain yg sahih melainkan cerita sahih mereka sahaja ye? anda rasa kisah sebegini jika ianya BENAR, akan masuk ke dlm akhbar dan media kerajaan jika ianya menjatuhkan imej mereka? hihihi

anonymous, saya setuju apa anda sebutkan di atas, cuma saya rasa kelakar. maafkan saya. gelak sekali lagi, hihi.

Anonymous said...
on 

hahahaha aku nak tumpang gelak la jugak!!
hahahaha UMNO skang mmg pelakon serba boleh.

jadi koboi gangster buleh, jadi paklawak komedi pun buleh. WAH. Malaysia Serba Boleh. hahahaha.

Anonymous said...
on 

salam bro cyberboron..
ana nak mintak kebenaran anta utk sebarkan teks khutbah ni di kawasan ana di kuantan pahang. Nak bagi celik sket puak2 ameno kat sini.

-Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota

cyberboron said...
on 

salam alaik Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota,

silakan.

Anonymous said...
on 

terima kasih...teruskan perjuangan anta dlm melaporkan kebenaran..kami di kuantan sentiasa bersama antum semua team bloggersnetwork malaysia TAKBIR!

-Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota

kuantan-putrajaya-perak said...
on 

aku pon ada dgr khutbah mengarut.... tajuk khutbah kempen 60 earth hours.... tp isinya pasal peralihan kuasa pak lah ke najib....

x semua UMNO salah
dan x semua PAS betul....
aku sokong kepimpinan PAS... aku cuma x sokong org2 bawahan (penyokong) PAS yg ekstrem... yg buat agama BERSIH (ISLAM) aku nampak jijik, kotor

Kinghunterz said...
on 

Org umno sila tampil buat penjelasan...

Anonymous said...
on 

woi kuantan-putrajaya-perak-bodoh.. aku pun x sokong ko walaupun ko org pas. sebab ko tu org bawahan jugak. ko bkn pemimpin pas pun. ko rasa ko sorang je ke yg maksum?

(YB Hasan Rahman ADUN BN Sg. Rambai Melaka)tel:0196265625

kuantan-putrajaya-perak said...
on 

YB Bodoh (ADUN BN Sg. Rambai)- camna bole claim himself as a YB.... only god knows....

Aku cakap aku x sokong bawahan PAS... tu pasal aaa sepanjang 4 kali aku mengundi aku pangkah BN.... sebab x sokong bawahan PAS. kalau nik aziz jd calon kat tempat aku baru aku undi PAS

Pembaca sekelian... apa yg aku maksudkan dengan x semua BN salah dan x semua PAS betul and vice versa.... YB bodo ni laa maksud aku... baca tanpa memahami, pastu serang orang.... sape yg buat teks ceramah dia sepanjang berkempen... orang tu yg patut jd YB, bukan dia....

Anonymous said...
on 

pimimpin belaka.menteri besaq kelantan,p.pinang.kedah dan selangor.kita wajib tentang pemimpin yang zalim..jgn nampak peminpin pusast aje...negeri pembangkang macam mana.yang utama kita...kita juga peminpin..pemimpin rumah tangga....kita akan disoal dulu...terhadap keluarga kita...kalau kita asyik dok pitnah orang...layak kah kita jadi pemimpin.....ini memnag keja yahudi,,,tuduh orang lain jadi pemimpin zalim....awak lagi zalimm....penzalim,pengkianat,munafiq,yahudi blablabla

Anonymous said...
on 

penyokong PAS dah jadi sewel la...haprak agama

Anonymous said...
on 

pemimpin PAS guna ayat quran tak habis...bila kat umno depa baca sekerat...bila kena kat pas..depa baca habis.....kerja sebunyi ayat quran....ualama ulama pas pas pas....sah pasu

Anonymous said...
on 

kah kah kah kah... gaduh la. gaduh.. bangsa sendiri jugak yg akan ditertawakan nanti.
muahasabah diri lebih baik dari hentam menghentam diantara kaum sendiri.
kan udah diberitahu, bagi kamu agama kamu..,

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini