MELAYU UMNO LEMAH DAYA FIKIR

AKAN TERBIT !
Kenali Pemikiran Melayu UMNO

Aku baca satu kajian akademik tentang pemikiran orang Melayu. Kajian itu melibatkan orang Melayu di Malaysia sahaja. Ia sangat menarik kerana fokusnya ialah pemikiran politik orang Melayu dan topiknya merangkumi persoalan sebab dan akibat, secara terperinci.

Khabarnya, kajian itu akan diterbitkan tidak lama lagi dan dijangka beredar di pasaran dalam tempoh sebulan. Aku syorkan supaya kajian ini dijadikan salah satu rujukan utama penggerak masyarakat, pemimpin dan aktivis politik, persatuan-persatuan mahasiswa, pengajian sains politik, pengajian sains sosial, NGO dan semua pihak yang terlibat dengan pembangunan kemanusiaan.

Tajuk kajian ini ialah ‘PEMIKIRAN POLITIK ORANG MELAYU PENYOKONG UMNO – KAJIAN SEBAB DAN AKIBAT’. Walau bagaimana pun aku tak tahu tajuk sebenar buku yang akan diterbitkan itu. Mungkin sama dengan tajuk asal kajian atau diubah supaya lebih sesuai sebagai dokumen awam.

Kajian secara ilmiah itu merumuskan sebab-sebab orang Melayu menyokong UMNO ialah:

1. Percaya bulat-bulat kepada apa yang dipaparkan oleh TV dan akhbar arus perdana (Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo).
2. Percaya bulat-bulat kepada apa yang diucapkan oleh pemimpin BN, tanpa usul periksa.
3. Kurang ilmu agama.
4. Suka berpoya-poya dan banyak amalan mungkar.
5. Rendah tahap pendidikan.
6. Lemah matematik dan kurang daya pemikiran logik.
7. Kurang membaca (hanya membaca akhbar perdana dan majalah hiburan).
8. Terlalu mengharap ihsan dan bantuan kerajaan atau parti.
9. Didoktrinkan supaya membalas budi UMNO kerana bantuan yang diperolehi.
10. Didoktrinkan dengan ketakutan yang tak berasas tentang nasib bangsa Melayu.

Orang Melayu yang menyokong UMNO dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Pemimpin peringkat tinggi (pusat dan negeri) : ........ 0.2%.
2. Penggerak akar umbi (bahagian dan cawangan) : .... 8%.
3. Ahli biasa dan penyokong tanpa keahlian : .............. 91.8%.

Kemampuan UMNO memenangi 12 pilihanraya umum yang telah diadakan di negara ini dan menjadi kerajaan Malaysia sejak 52 tahun lalu, bergantung kepada kekuatan sokongan ahli biasa dan penyokong tanpa keahlian (kategori 3) pada kadar 91.8%. Kelompok inilah yang masih memenangkan UMNO di kawasan majoriti pengundi Melayu kecuali di negeri Kelantan.

Kajian itu juga memperincikan kaitan di antara indoktrinasi pemikiran orang Melayu demi matlamat kuasa politik (pemimpin UMNO) itu dengan 3 punca yang lain, iaitu:

1. Strategi penjajah (British) untuk mengekalkan pengaruh politik, ketenteraan dan budaya di negara dan rantau ini.
2. Peranan kapitalis barat, kapitalis kaum Tionghua tempatan dan kapitalis Melayu.
3. Agenda halus Salibiah dan Zionis.

Paling menakutkan aku ialah pembuktian secara psychology dan saintifik bagaimana indoktrinasi itu mengakibatkan kesan langsung kepada evolusi genetik orang Melayu berkaitan otak fizikal. Evolusi itu membentuk konflik emosi dan psychology serta lemah daya fikir. Akhirnya majoriti orang Melayu jadi lemah dalam pelajaran, cenderung melakukan jenayah, tidak berdaya maju, bersaing secara tidak sihat dan mengabaikan agama. Melayu yang cacamerba itu ialah Melayu UMNO.

Bahagian yang paling aku minat dalam kajian itu ialah apabila pengkaji membuat pinpoint tentang pilihan langkah dan cara untuk menyembuhkan kualiti pemikiran orang Melayu yang sedang tenat.

Harapan masih ada, tetapi mestilah dengan usaha gigih dan tersusun.

Bacalah buku tu nanti!

Comments :

6 comments to “MELAYU UMNO LEMAH DAYA FIKIR”
abe MIE 'TERJAH' said...
on 

5 golongan CELAKA. Siapa pilihan anda? Hadi-Nik Aziz, Najib-Zaid, Karpal-Sultan, LGE-FK, anwar-Saiful (AIDS)...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...
on 

buat yang bernama abe mie TERJAH..sebelum mencelakakan orang baik muhasabah diri dulu..cukup ke solat 5 waktu..itu yang paling asas la..kot2 celaka tu balik pada kamu..naya.ingat2lah bonda yang mengandung dan melahirkan kamu.sejukkan lah hatinya dengan akhlaq yang mulia.jgn cepat melatah menghina orang..MACAM KO TU BAIK SANGAT.jgn nak banding la dgn tok guru..tak layak langsung ko tu.. ko tau ler kan dgn sapa ko boleh bandingkan diri ko.

Anonymous said...
on 

abe mie tergolong dalam gol yg terdapat didlm buku yg akan diterbitkan...point akhir yg paling best, mcmana nk ubat otak abe mie dan gol yg sewaktu dengannya..harapnya bukan suruh bedah otak depa sudah..

pemanduteksi said...
on 

suruhlah abe-mie tu bandingkan dirinya dengan sang khinzir yang di kandang..! sapo lebih mulio..???

Anonymous said...
on 

Kalu tgk kt blog title dia pn dah xbetul.

comfirm la abe mie ni pakai main terjah je..
ilmu n pemgetahuan tarak...

kalu tanya karpal singh n kit siang pun tahu berapa tahun pas perintah kelantan, bknnya setahun.

cuba jengok.. http://pkrpasdap.blogspot.com/

tak tahu la kalu dia dh betolkan..

Anonymous said...
on 

Ya! Sepanjang pengalaman culaan, dari rumah kerumah terutama bagi saluran 1 dan 2..bagi pengundi2 yang masih lagi memangkah UMNO..apa yang dijelaskan diatas adalah benar 100%. terutama bagi jawapan no,1.....!!

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini