UMNO TAKUT HADAPI PILIHANRAYA

Kenapa UMNO Takut Hadapi Pilihanraya?


Walau apa pun dalih dan alasan yang diberikan, ternyata UMNO takut menghadapi pilihanraya. Krisis yang berlaku di Perak hanya kerana ketakutan itu. Kalau UMNO tidak takut, apa perlunya menghalang perisytiharan kekosongan 3 kerusi ADUN lompat? Kesahihan surat letak jawatan dan kuatkuasanya dari sudut undang-undang adalah soal lain. UMNO dan Pakatan Rakyat boleh terus berdebat mengenainya. Persoalan utama ialah pilihanraya. Kalau UMNO berani hadapi pilihanraya, SPR tak perlu diarahkan supaya melanggar perlembagaan dengan bertindak menafikan makluman speaker DUN tentang kekosongan itu. Kalau yakin boleh menang, UMNO tak perlu bersusah payah mengelak daripadanya.


Seterusnya Pakatan Rakyat mohon perkenan Sultan membubarkan DUN supaya diadakan pilihanraya negeri. Mungkin Pakatan Rakyat yakin boleh menang namun hakikatnya tiada siapa yang tahu. Boleh jadi keputusannya nanti, BN yang menang. Tetapi pokoknya Pakatan Rakyat berani bertarung. Yang biasanya nampak berani ialah orang yang yakin boleh menang, walau pun akhirnya mungkin kalah. UMNO nampak macam takut nak bertarung dalam pilihanraya. Yang biasanya nampak takut ialah orang yang tak yakin boleh menang atau memang yakin akan kalah. Inilah hukum alam berdasarkan sejarah dan pengalaman manusia sejagat dalam hidup bermasyarakat.


Setakat ini UMNO belum mahu mengakui ketakutan itu. Logiknya, sampai bila pun UMNO pasti tak akan mengakuinya. Tapi dapatkah UMNO meyakinkan orang ramai bahawa parti itu memang tak takut? Mampukah ketakutan itu disembunyikan?


Kalau UMNO berani menghadapi pilihanraya negeri, kenapa takut dengan pembubaran DUN? Setakat ini UMNO sentiasa berdalih untuk mengelak daripada menjawab isu sebenar dalam soalan itu. Hujah utama UMNO masih “pilihanraya tidak perlu” kerana BN mendapat majoriti di kalangan ADUN untuk membentuk kerajaan. Fokus perdebatan UMNO masih tentang isu undang-undang dan isu derhaka. UMNO tetap tak mahu menjawab soalan “kenapa takut hadapi pilihanraya?”


Majoriti, undang-undang dan derhaka adalah di luar maksud persoalan “UMNO takut pilihanraya”. Bagi perkara-perkara itu, masing-masing UMNO dan Pakatan Rakyat ada hujah sendiri. UMNO ada lawyer, Pakatan Rakyat pun ada lawyer. Kelebihan UMNO cuma kerana boleh memperkudakan institusi perundangan, penguatkuasaan dan keselamatan secara bukan jantan.


Semua isu itu dicetuskan oleh UMNO hanya kerana satu sebab iaitu “tak mahu diadakan pilihanraya”.


Kenapa? ….. takut!

Takut apa? ….. takut kalah!


Itulah realitinya. UMNO takut kalah. Badi kemerosotan undi ketika PRU 12 serta kekalahan dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu benar-benar menghantui UMNO. Tradisi menang bukan milik UMNO lagi. Malah semacam yakin akan kalah.


Di sebalik realiti yang semakin disedari itu, UMNO tetap tidak sanggup jadi pihak yang kalah. UMNO tak bersedia untuk kalah. Kalah bererti mati. Pemimpin-pemimpin UMNO tak mampu hidup tanpa kuasa. Selama ini segala-galanya diperolehi melalui kuasa. Kuasa itulah juga yang dapat menutup sejuta jenayah yang dilakukan. Kalau hilang kuasa, hilanglah kemewahan dan terbongkarlah kejahatan.


Sebab sebenar kekalutan UMNO bukan soal perjuangan. Bukan soal keadilan. Bukan soal maruah bangsa. Bukan soal kedaulatan Raja. Bukan soal hak Melayu. Bukan soal maju mundur. Bukan belaka!


UMNO takut hilang kuasa. Maka dengan apa cara sekali pun ia mesti dipertahankan. Rampas kuasa. Langgar perlembagaan. Cabul undang-undang. Ancam pesaing. Rasuah. Manipulasi media ……. asalkan jangan ada pilihanraya!

Comments :

12 comments to “UMNO TAKUT HADAPI PILIHANRAYA”
Anonymous said...
on 

..yang takut kalah secara bermaruah ni..bukan anak jantan namanya..jangan pula ada yang mengaku perjuangkan islam berakhlaq seperti makhluk perosak tu.

Anonymous said...
on 

Dalam Hujah TV9 hari tu, Prof Agus ada tanya kat Zahid pasal benda nie... samada UMNO takut pada snap election... jawapan dia melalut... last sekali seret Sultan Perak sekali... Sultan tak berkenan... UMNO punya stand, takut atau tidak tak pulak dijawabnya...

Anonymous said...
on 

Prof Agus ni bagus ler.. dia x masuk blah mna2.. X mcm prof lain smuanya mengampu.. Menyampah aku..

Anonymous said...
on 

Umno memang takutkan pilihanraya, takut bungkus, nanti semua kerusi hanyut kat sungai seberang perak.

Anonymous said...
on 

prof lain sumer kaki bodek..meluat aku tengok..
bagi statement ntah apa-apa..sia-sia je dapat title prof terutama dari UiTM..

MAHASISWA UiTM

golokperak said...
on 

kalau adakan pilihanraya sia sia lah duit yang dibayar pada tiga ekor makluk perosak tu . banyak ooo mau senang senang kasi lugi saja ka!.

EQUILIBRIUM said...
on 

pasal komen zahid tu petutnya dia jawab gini je...

kami amno bukan takut dgn pilihanraya. kami cuma sayangkan duit rakyat yg berjuta2 utk mengadakan pilihanraya.

kalau jawab gitu kan senang muahahaha ada le logik sikit walaupun kita tahu umno takut sebenarnya muahahahahaha

Anonymous said...
on 

memang le siZahir tu konon pejuangkan Islam tapi haprak.Cikgu2 di di SM Izzuddin gaji tak cukup bukan nak tolong naikkan supaya setarap ngan guru di sekolah biasa.Jadi je menteri agama tapi pembohong siap bagi amaran kakitangan kerajaan jangan datang program dgn MB ir.Jangan le di kejar pangkat hingga menafikan kebenaran hai Zahid!

Anonymous said...
on 

kalau um NO anak jantan bubar dun dan pilihanraya baru jika kome menang baru menang bermaruh.Jangan jadi mbH(menteri besar Haram)haha.Sejak mbH naik hari2 keluar tv walaupun berita tak penting.Hai kami kakitangan kerajaan sebab arahan paksa tidak tak sio kome nengok muka 768 tu

Anonymous said...
on 

haha pada mbH jangan perasan kami tau kamu pengecut MB IR pun duduk di Venice tak payah pakai eskod macam kome rupa apa tak polis mengawal rumah.Polis pun banyak koroje lain.Tak sapa nak nyerang mike.Itu namanye takut bayang-bayang sendiri.Zamri kopi satu hahaha

Unknown said...
on 

zamri tu bukan nya apa dia tu gelap kalau dia jalan sorang orang ingat paria mana yang jalan tu... so dia cari ler sapa yang sanggup jadi barua dia....
zamri tu kat pangkor pun orang tak suka dia sbb semua projek kat pangkor orang manjung yang dapat bukan anak watan pangkor... kalau tak percaya taya ler orang pangkor

Anonymous said...
on 

bercakap pasal zamri aku dengaq abang marah benar ngan dia...

ceritanya dia lalu tol, ada orang tanya nak pi mana dato' seri.....

rupa2 nya silap orang pelanduk dua serupa....

gobalakrishnan rupanya yang hangin ... mau nya tak hangin mamat tu.. dia mp pr tp disangka mamak 786...

kalau aku pun bengang beb..... hmmm dunia2

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini