MAHKAMAH PERSEKUTUAN BENARKAN BANTAHAN DS NIZAR

Mahkamah Persekutuan membenarkan bantahan awal Sulaiman Abdullah, peguam utama Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membuat penentuan berkenaan empat persoalan yang dirujuk kepadanya. Panel lima hakim sebulat suara mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan itu setelah membenarkan bantahan awal oleh Sulaiman Abdullah, peguam utama Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bahawa Mahkamah Persekutuan tidak tertakluk kepada bidang kuasa untuk mendengar empat persoalan yang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan.

Mahkamah sepatutnya hari ini mendengar kes berhubung empat persoalan yang dibangkitkan dalam saman Mohammad Nizar yang mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Alauddin berkata panel lima hakim bersepakat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah agar empat persoalan itu dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman kerana seksyen itu hanya terbatas kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukannya perlembagan negeri.

Beliau kemudian mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lepas, dan mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada tarikh ditetapkan.

Mohammad Nizar, 52, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar. BERNAMA

Comments :

1
Anonymous said...
on 

"Allah bersama2 orang yang benar" ini kata2 sultan kita ni yang cukup hebat dengan undang2 tu la, mungkin juga ini baru satu permulaan buat Yb Nizar di atas kebenaran kata2 sultan yang kita junjung dan kasih ini. Insya'ALLAH.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini