50 TAHUN UMNO TAK MAMPU BUAT APA YANG PR BUAT DALAM MASA HANYA 11 BULAN

UMNO tidak mampu atau tidak mahu melaksanakan banyak perkara untuk kebaikan dan kebajikan rakyat negeri Perak walau pun mereka memerintah negeri ini selama lebih 50 tahun. Pakatan Rakyat dapat melaksanakannya hanya dalam masa 10 bulan diberikan peluang menguruskan negeri ini.

1. Pemilihan Ketua Kampung oleh orang ramai secara pilihanraya.

Semasa kerajaan BN, ketua kampung dipilih oleh wakil rakyat atau ketua UMNO bahagian tanpa mengambil kira penerimaan warga kampung. Biasanya yang dipilih ialah individu yang menyokong kepentingan politik ketua UMNO bahagian atau wakil rakyat.

2. Satu pertiga Ahli Majlis PBT dari kalangan NGO, profesional dan korporat.

Semasa kerajaan BN, semua Ahli PBT dinamakan oleh parti-parti komponen BN di daerah berkenaan dari kalangan penyokong kuat ketua bahagian parti.

3. Bekalan air (LAP) percuma (10 meter padu) kepada keluarga miskin berpendapatan di bawah RM700.

Semasa kerajaan BN, LAP (asalnya JBA) terus menerus membuat keuntungan besar daripada kutipan bil bekalan air namun tidak pernah diwujudkan sebarang polisi untuk kebajikan rakyat miskin.

4. LAP membayar zakat RM3.5 juta kepada MAIPK.

Sepanjang pemerintahan BN, LAP tidak pernah membayar zakat perniagaan sama ada kepada MAIPK atau kepada pihak lain sedangkan keuntungan tahunan yang diperolehi amat besar sehingga melebihi seratus juta ringgit.

5. Premis kerajaan negeri boleh digunakan oleh semua pihak termasuk semua parti politik.

Semasa kerajaan BN, premis kerajaan negeri hanya boleh digunakan oleh parti-parti komponen BN dan badan-badan yang tiada kaitan dengan parti pembangkang.

6. Mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 SAR.

Semasa pemerintahan BN, kerajaan negeri hanya memberikan bantuan tidak tetap dalam jumlah yang kecil kepada SAR. Bantuan perkapita diberikan oleh kerajaan pusat. Apabila kerajaan pusat menarik balik bantuan perkapita, banyak SAR terpaksa ditutup manakala yang terus bertahan terpaksa mengalami masalah kewangan yang kritikal.

7. Menganugerahkan tanah kepada SAR dan SUWA untuk melaksanakan projek ekonomi.

Semasa pemerintahan BN, tiada SAR yang dianugerahkan tanah dengan keluasan besar yang sesuai untuk dimajukan dengan projek ekonomi bagi menampung kos pengurusan dan perjalanan sekolah.

8. Memberikan hak milik tanah kepada penduduk Kg Baru dan RPT.

Kerajaan BN tidak mengusahakan pemberian hak milik tanah kepada penduduk Kampung Baru dan sebahagian besar RPT walau pun telah diduduki selama puluhan tahun.

9. Menganugerahkan tanah kepada penduduk di kawasan penempatan Orang Asli.

Semasa kerajaan BN, kebanyakan kawasan penempatan Orang Asli tidak diberikan hakmilik tanah bahkan sering menjadi mangsa syarikat-syarikat pembalakan yang dianugerahkan kawasan membalak.

10. Meluluskan dermasiswa kepada anak Perak yang berjaya ke IPTA (RM1000 setiap pelajar).

Kerajaan BN tidak pernah memperuntukan dermasiswa untuk tujuan ini.

11. Meluluskan tabung khas kebajikan untuk rakyat miskin tegar.

12. Meluluskan tabung pinjaman kecil tanpa faedah untuk ibu tunggal.

13. Menaikkan kadar minima bantuan miskin tegar daripada RM50 ribu ke RM200 ribu.

14. Menubuhkan skim kifalah untuk warga tua.

Semasa pemerintahan BN, bantuan untuk empat golongan ini tidak diberikan perhatian yang secukupnya. Golongan ini hanya boleh mendapatkan bantuan dengan inisiatif sendiri melalui JKM dan Baitul Mal dengan kerenah birokrasi yang keterlaluan.

15. Menaikkan elaun guru KAFA.

Kerajaan BN Perak tidak pernah menaikkan atau menambah elaun untuk guru-guru KAFA yang dibiayaai sepenuhnya oleh kerajaan pusat.

16. Menarik pelaburan asing bernilai hampir RM3 bilion dalam masa 7 bulan.

Jumlah nilai pelaburan asing dalam tempoh ini merupakan sekali ganda berbanding tempoh yang sama semasa kerajaan BN.

17. Menetapkan sistem tender bagi kelulusan sebahagian kawasan balak.

Semasa pemerintahan BN, semua kelulusan kawasan balak diluluskan tanpa tender. Polisi permohonan secara tender bagi sebahagian kawasan yang diluluskan ini telah meningkatkan hasil kerajaan negeri pada jumlah yang besar. Kerajaan PR memperolehi hasil berjumlah RM40 juta daripada kawasan balak yang diluluskan, sedangkan keluasan yang sama semasa pemerintahan BN hanya mendatangkan hasil sebanyak tidak sampai RM20 juta.

18. Anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIPK.

Semasa pemerintahan BN, anak syarikat kerajaan negeri tidak pernah membayar zakat pendapatan atau zakat perniagaan kepada MAIPK atau kepada mana-mana pihak.

19. Menaikkan peruntukan tabung pusingan bantuan bencana daripada RM30 ribu ke RM50 ribu.

20. Menggalakkan solat berjemaah waktu Zohor di pejabat SUK.

21. Mengadakan tazkirah setiap pagi di pejabat SUK pada bulan Ramadhan.

Kedua-dua aktiviti ini (solat berjemaah dan tazkirah) tidak pernah dijalankan semasa kerajaan BN.

22. Mengurangkan kos jamuan makan mesyuarat Exco daripada RM25-RM45 kepada RM10-RM15.

23. Mengurangkan kos sambutan hari kemerdekaan daripada RM2.5 juta (2007) kepada RM1.2 juta (2008).

24. Mengurangkan kos pengangkutan lawatan kerja berkumpulan ADUN dan Pegawai Kanan kerajaan dengan menggunakan bas kerajaan.

25. Meluluskan elaun ketua kampung dan setiausaha JKKK berjumlah RM600 sebulan.

Semasa pemerintahan BN, kerajaan negeri hanya membayar elaun sebanyak RM200 kepada ketua kampung, manakala selebihnya dibiayai oleh kerajaan pusat. Setiausaha JKKK di zaman BN tidak dibayar elaun bulanan.

26. Menaikkan peruntukan Exco untuk pelaksanaan program/projek kecil daripada RM100 ribu kepada RM200 ribu.

27. Menaikkan peruntukan tahunan pusat khidmat DUN daripada RM100 ribu kepada RM200 ribu.

28. Meluluskan hakmilik tanah untuk 138 kawasan RPT untuk 34 ribu lot kediaman.

Kebanyakan kawasan ini telah diduduki selama belasan atau puluhan tahun namun tiada inisiatif yang bersungguh-sungguh oleh kerajaan BN untuk meluluskan pemberian hak milik.

... dan banyak lagi!

Comments :

10 comments to “50 TAHUN UMNO TAK MAMPU BUAT APA YANG PR BUAT DALAM MASA HANYA 11 BULAN”
Anonymous said...
on 

banyak juga yang umno buat TAPI hampir setiap satunya mesti ada kaitan dengan kembongkan poket kroni dan salah guna wang (bukan RASUAH ke ????).. budaya ini ada di setiap lapisan hiraki kan???.. kesian bangsaku..ini adalah kesan dari meletakkan ALQURAN dan ASSUNNAH bukan pada tempat yang selayaknya..

akira® said...
on 

tetapi yang baik diburuk2kan oleh UMNO.
Dunia akhir zaman, yang baik dikata jahat, yang betul dikat salah.

please join my site... http://kedaikopitepimasjid.blogspot.com

Prof. Era Pasca said...
on 

aah banyak tak tercapai akal ku... eheh... izinkan ku mencurik post ini jikalau tiada tindakan disiplin umno ke atas ku...

cyberboron said...
on 

silakan baginda....

momotaro said...
on 

nilah kebajikan yg nizar telah beri,, tapi umno selalu memburuk2kan nizar.. memang patot pon nizar tak nak letak jawatan, kalau dia ikut kata sultan, gerenti menderita lagi rakyat perak....

Anonymous said...
on 

Inilah hebatnya Yb Nizar. Betapa malang dan ruginya rakyat negeri perak kalau bukan Yb Nizar yang menteri BESAR nya.

Anonymous said...
on 

Berjuanglah utk agama dan bukan bangsa…..semoga allah menyatukan umat islam diseluruh dunia amnya di Malaysia khususnya…..semoga dijauhkn dari pemimpin yg zalim dan tidak amanah….

Anonymous said...
on 

lagi satu nak tambah, belik kereta camry...yg tak pernah dibuat mana mana kerajaan BN dulu..

noris said...
on 

nak tanya leh??
mita maaf yer..bkn nak sokong BN..
aku memg benci dgn umno/bn dari dulu lg..
tp yg aku heran asal org2 umno/bn guna isu tanah
di perak utk berkempen selain isu sultan...dorg xsuka nizar coz bagi tanah kat org cina..Btl ker??

noris said...
on 

buat penyokong PR..
hidupkan semangat perjuangan kita..
tp ada jugak org berhujah tah ape2..
ckm mengenai islam..tp bersama umno
bdo btl..

ni org dier??
http://tunjanglangit.blogspot.com

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini