SIAPA GADAI TANAH KERAJAAN & TANAH REZAB MELAYU?


Fakta 1

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Perak dianggotai oleh Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ahli-Ahli Exco.

Tiga pegawai kanan kerajaan yang menganggotai MMK adalah pegawai yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Mereka berperanan membimbing dan menasihati Ahli MMK supaya tidak membuat keputusan yang melanggar atau bercanggah dengan perundangan negara dan negeri.

Oleh itu semua keputusan yang dibuat adalah melalui proses menyeluruh dan merujuk kepada ketiga-tiga pegawai kanan kerajaan itu.

Fakta 2

Permohonan hal ehwal tanah, hasil bumi, perlombongan, pelaburan dan lain-lain yang berkenaan, adalah dirujuk kepada Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan. Ketua-ketua jabatan ini akan menasihati MMK dalam membuat keputusan.

Fakta 3

Setiap kali sebelum mesyuarat Exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan sebarang permohonan, akan dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak atau DYTM Raja Muda Perak.

Setiap keputusan mesyuarat Exco juga dipersembahkan kepada DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda berserta minit mesyuarat.

Oleh itu semua fitnah mengenai Pakatan Rakyat 'gadai tanah kerajaan' kepada bangsa Cina adalah tidak berasas. Tuduhan itu hanya menunjukkan kecetekan pengetahuan individu yang melemparkan tuduhan itu sendiri.

Dengan keanggotaan tiga Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan penglibatan langsung semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri maka setiap keputusan mesyuarat Exco adalah menepati kehendak undang-undang negara dan negeri secara menyeluruh.

Melalui prosedur sembah maklum untuk perkenan DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda bagi semua kertas untuk kelulusan atau penolakan permohonan tanah, serta prosedur rujukan kepada semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan berhubung permohonan mana-mana tanah, maka fitnah 'gadai tanah' itu tidak berasas langsung.

Komitmen kepada undang-undang dan ketelusan proses kelulusan/penolakan itu juga dikukuhkan dengan prosedur sembah maklum keputusan berserta minit mesyuarat Exco ke bawah DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda.

Fakta 4

'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalah jenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun. Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan Melayu di Pulau Pinang, sebahagian Pulau Langkawi dan sebahagian Pulau Pangkor juga adalah 'jasa' kebijaksanaan khianat Melayu jenis UMNO. Selain itu ratusan ribu ekar tanah rezab Melayu di merata ceruk tanahair turut menjadi mangsa 'mati pucuk' jiwa Melayu pemimpin UMNO.

Fakta 5

Senarai sebahagian rekod kebaculan kerajaan UMNO menggadaikan tanah kerajaan dan tanah rezab Melayu ke tangan gergasi perniagaan kaum Cina dan syarikat asing:

i. 2,000 ekar tanah kerajaan di Lekir dalam daerah Manjung diberikan kepada gergasi perniagaan milik tauke Cina (KLK).

ii. 5,000 ekar tanah rezab Melayu di Beruas dalam daerah Manjung diserahkan kepada syarikat milik warga asing (United Plantation).

iii. 1,500 ekar tanah kerajaan di Bandar Baru Kampar diberikan kepada MCA untuk pembinaan kampus UTAR.

iv. 12,000 ekar tanah kerajaan di Cold Stream Bikam Bidor diberikan kepada pengusaha pertanian kaum Cina.

v. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong di Padang Rengas dalam daerah Kuala Kangsar diserahkan kepada YTL oleh kerajaan UMNO.

vi. Ratusan kes lain melibatkan keluasan sederhana dan ribuan kes melibatkan keluasan kecil di seluruh negeri Perak telah tergadai sepanjang 50 tahun UMNO menguasai Perak.

Fakta 6

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berjaya menghentikan skandal 'gadai tanah' kerajaan di beberapa lokasi komersial di Ipoh, Taiping, Bidor, Kinta dan Perak Tengah yang dijanjikan oleh pemimpin UMNO kepada taikun-taikun besar Cina menjelang pilihanraya umum 2008 kerana sebab-sebab yang mencurigakan. Kerajaan Pakatan Rakyat menghalang rancangan itu sebaik sahaja mendapat mandat pada pertengahan Mac 2008.

Fakta 7

Ketetapan memberikan hak milik selama-lamanya kepada penduduk Kampung Baru (bangsa Cina), Kampung Tersusun (bangsa Melayu dan India) dan Kampung Adat (orang Asli) adalah janji PAS dalam manifesto untuk pilihanraya ke12. BUKAN janji DAP!

Fakta 8

Kampung Baru - bangsa Cina - 47,000 hak milik
Kampung Tersusun - bangsa Melayu - 102,000 hak milik

ulangan tulis : ( CINA 47,000 -//- 102,000 MELAYU )

Dengan pemberian hak milik selama-lamanya kepada penduduk Kampung Baru ini, Kerajaan negeri Perak akan memperolehi tambahan revenue kerana kenaikan kadar premium tanah tersebut. Anggaran bayaran premium yang akan diperolehi oleh kerajaan ialah antara RM300 juta - RM450 juta.

Nilaian tanah itu juga akan meningkat kepada RM1.6 billion di pasaran. Dengan status hak milik selama-lamanya itu, pemilik boleh mendapatkan pembiayaan yang tinggi jumlahnya daripada institusi kewangan dengan mencagarkan tanah tersebut. Hal ini akan merangsang pembangunan penempatan yang lebih sempurna di Kampung Baru dan merancakkan aktiviti ekonomi.

FIKIR - FAHAM - SEBAR !

(artikel asal di blog ilham najmi )


Comments :

4 comments to “SIAPA GADAI TANAH KERAJAAN & TANAH REZAB MELAYU?”
Unknown said...
on 

Tidak ada gunanya bercakap da memberi penerangan kepada si kepala batu.

cyberboron said...
on 

Ayahanda mountdweller,

Memang begitulah yang dialami selama ini. Terlalu sukar untuk menembusi aqal dan hati mereka. Namun dek kerana tiada istilah putus asa dalam kamus seru dan tempur ini maka kita lanjutkan kayuh dan dayung selagi terdaya.

DisisiNyalah 'haula' dan 'quwwata' pada memberi, menghalang atau menarik balik hidayah yang kesemuanya adalah milik Dia.

Wallahu a'lam.

Anonymous said...
on 

yang tengok dlm mangkuk putih dari gunung ledang,yang akan gadai tanah org melayu.sipendek dr pengkalan baru,najib mail curut ,mat wacau, ali mat buah,ada lagi juak juaknya.jit cenkoi terkecuali.sebab dia dah jadi ahli parlemen pokok mempelam.

Firol said...
on 

selindung disebalik kesilapan

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini