BENARKAH UMNO PERTAHAN RAJA-RAJA?

Pagi ini (9 Februari 2009) UMNO akan berhimpun di Dataran DBI dan berarak ke Istana Kinta untuk menyatakan sokongan kepada DYMM Sultan Perak. Sejak seminggu ini berkumandang laungan 'Daulat Tuanku' di mulut pemimpin dan ahli UMNO khususnya di negeri Perak. Kelihatannya UMNO begitu menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan dan sekelian kerabat Diraja. UMNO pembela institusi Diraja. UMNO akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja sehingga ke titisan darah yang terakhir. UMNO mahu mengusir penderhaka dari bumi bertuah payungan Raja.

Selain dari UMNO, semuanya menderhaka kepada Raja dan pengkhianat bangsa. Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah penderhaka. PAS, PKR dan DAP adalah penderhaka. Sekelian yang berbeza pendapat dengan UMNO dalam krisis di Perak adalah derhaka kepada Raja. Rakyat yang meluahkan rasa kecewa terhadap cara luarbiasa pertukaran kerajaan negeri dihukum muktamad sebagai penderhaka.

Penderhaka perlu dihukum. Pingat dan gelaran yang dianugerahkan oleh Raja mesti ditarik balik. Sekelian yang tidak sependapat dengan keputusan istana mesti diusir dari bumi Darul Ridzuan. Nizar patut disumbat ke Kem Tahanan Kemunting di bawah peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

UMNO bangkit dengan suara lantang. Pemimpin UMNO berlumba muncul di media cetak dan elektronik untuk menjadi juara membela Raja. Mufti yang baru dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan turut mengecam penderhaka. Pemuda UMNO muncul di merata balai polis membuat laporan. Bloggers UMNO memaki hamun penderhaka dengan seribu satu perkataan dan ayat cemuhan. Bodoh, bangang, tolol, babi, celaka, laknat, lahanat, haramjadah, anak haram, beruk, biawak, tak sedar diri, pantat, biul, malaun dan yang semaksud dengannya dihambur oleh bloggers UMNO kepada si penderhaka daripada PAS, PKR, DAP dan siapa saja yang bersimpati dengan mereka.

TV 1, 2, 3, 7, 9 dan Astro Awani bersama Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo dan Sinar Harian melapor dan mengulas perderhakaan ini dengan cukup meluas. Apa jua kenyataan resmi atau tidak resmi pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh diolah untuk menggambarkan derhaka dan menentang Sultan, pasti dilapor dan dikembangkan dengan sempurna. Bagi mengesahkan penderhakaan itu maka apa jua kenyataan Pakatan Rakyat yang menafikan tindakan mencabar Sultan atau menjelaskan kekeliruan tanggapan yang timbul tiadalah mendapat tempat di media cetak dan elektronik itu.

Benarkah UMNO pertahan Raja?

Rakyat Malaysia mampu menilai realiti sikap, cara dan pendirian semua pihak khususnya parti-parti politik berhubung institusi Raja ini melalui rekod yang tidak mungkin dapat disorok oleh sesiapa pun. Arkib berita akhbar-akhbar yang sama khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian mampu menjelaskan segala-galanya. Itu pun kalau kita mahu berlaku adil dalam menganalisis dan cukup waras untuk jadi realistik. Kalau emosi menjadi tunjang dan kefanatikan merajai akal maka tiadalah yang dapat ditimbang di dalam minda dan jiwa.

Krisis perlembagaan di awal tahun 80an adalah sejarah besar melibatkan institusi Raja dan Kesultanan Melayu. Media perdana kawalan UMNO menelanjangkan aib Raja, Sultan dan kerabat berbulan-bulan lamanya. Perdana Menteri UMNO mengungkit, menyindir dan menghentam Raja selagi mau. Perhimpunan-perhimpunan raksaksa diadakan di seluruh negara untuk memalukan Raja. Istana dan harta sekelian Sultan, Raja serta kerabat baginda semua dipaparkan dalam akhbar dan ke udara di media elektronik dengan rupa yang amat hodoh dan cemar sekali. Laku yang salah dan amal yang songsang sekelian Raja dan kerabat menjadi tatapan sekelian rakyat jelata hampir setiap hari selama beberapa bulan.

Kemuncaknya ialah berhasil pindaan perlembagaan negara dan perlembagaan hampir semua negeri yang menamatkan imuniti Sultan dan Raja. UMNO mencipta sejarah tersendiri hasil usaha mega yang terancang mengaibkan istana semau-maunya. Kesultanan Melayu terpaksa akur dan tunduk kepada yang lebih Raja dari baginda semua iaitu pemimpin UMNO. Ahli-ahli UMNO sentiasa sibuk sepanjang tempoh menyembah derhaka kepada Raja yang memakan masa berbulan-bulan itu. Berhimpun dan berdemonstrasi. Melaungkan sembah jerit dan sembah maki kepada istana dan seluruh isinya. Raja membazir! Raja jahat! Raja membunuh! Raja berpoya-poya! Raja sombong! ... dan apa saja yang mahu UMNO katakan. Istana terkunci daya kerana rakyat jelata digerakkan oleh UMNO berpadu tenaga menyanggah selagi upaya. UMNO berjaya. Istana terhukum. Pemimpin UMNO mengambil alih kedaulatan dari Istana Negara berpindah ke Seri Perdana hingga ke Putra Jaya dan dari istana-istana negeri ke kediaman Menteri Besar masing-masing negeri.

Rujuk di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan banyak lagi.

Episod terbaru, berlaku hanya beberapa bulan yang lalu selepas pilihanraya umum ke 12 tahun 2008.

Apabila istana Terengganu tidak sedia memberi perkenan kepada Idris Jusoh untuk bergelar Menteri Besar, UMNO murka terhadap Raja. Abdullah Ahmad Badawi Presiden UMNO bertitah di Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi menyatakan bahawa Istana tiada hak untuk tidak memberi perkenan. Istana diperingatkan tentang tanahair ini beraja dan berperlembagaan. Raja tidak sayugia menyanggah perlembagaan. UMNO berhimpun di jalanan dengan sepanduk dan slogan termasuk kata-kata "KAMI NAK IDRIS ... NATANG!" dengan maksud "hoi raja! kami mau Idris Jusoh jadi menteri besar ... binatang!". Raja dihamun dengan gelaran "binatang". Begitulah cara UMNO menjunjung kasih menyembah taat setia.

Isu Terengganu boleh diimbas kembali di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan di banyak sumber lain lagi.

Bukan hanya peristiwa sensasi itu sahaja malah pemimpin-pemimpin UMNO membuat kenyataan demi kenyataan sembah derhaka kepada raja. Media cetak dan elektronik tawanan UMNO tidak ketinggalan dengan laporan dan analisis yang mempertikaikan istana. Kebetulan masalah yang sama turut berlaku di Indera Kayangan. UMNO bertegang urat dan leher dengan istana walau pun akhirnya kecundang di tangan Mat Isa Sabu. Shahidan jadi sejarah.

Laporan dan analisis isu Perlis di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan banyak lagi.

Demikian cebisan catatan sejarah hubungan UMNO dengan Sultan, Raja dan Istana. Jika ada seminar yang panjang, banyak lagi yang boleh dibentangkan dari catatan resmi sejarah, berdalilkan majalah dan akhbar kawalan UMNO sendiri serta arkib siaran media elektronik yang juga bertuankan UMNO. Bukan bukti dari Harakah atau Malaysia Today.

Tiba-tiba sehari dua ini UMNO isytihar diri sebagai pembela Kesultanan Melayu. Bangkit mempertahankan Sultan daripada onar sang penderhaka dan pengkhianat bangsa.

Benarkah UMNO pembela Raja?

Comments :

24 comments to “BENARKAH UMNO PERTAHAN RAJA-RAJA?”
Anonymous said...
on 

BENAR DAN AMAT BENAR UMNO PERTAHAN RAJA-RAJA, tetapi jawapan ini adalah bagi semua ahli UMNO ( bukan BN ) yang dangkal sejarah, buta hati dan bagi pemimpin UMNO yang bersifat bacul, pengecut dan pengampu seperti Ketua Pemuda Perak.
Semua rakyat dah tahu cara UMNO, lepas ni DS Hilmi akan kumpul juak-juaknya untuk serah memorandum kepada Tuanku, lepas tu kerah semua pelajar kolej, sekolah hingga ke tabika untuk berdemostrasi (yang ini kena team-up dengan Hishammudin yang akan bawa keris keramatnya dan Mat Taib yang akan bawa karung duitnya). Mereka lupa akan pepatah melayu "RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DI.......". Tetapi sebagi muslim ...... kita ....... beradap. Nasihat akau kepada Ketua Pemuda UMNO Perak, fahami undang-undang dan perlembangan jika bercita hendak jadi pemimpin.

Jeepers Creepers said...
on 

sekurang kurangnya tak adalah berperangai seperti orang pr yang terkinja kinja ditengah jalan macam orang tak ada agama.

Mike said...
on 

Memang betul, UMNO lah penderhaka Raja terbesar waktu Tun M memerintah dulu. Pada tahun 1992, masa Umno/Bn mengaibkan Raja2 Melayu, saya dan sebahagian kawan saya telah letak "DAULAT TUANKU" di cermin belakang kereta saya untuk support Raja.

Antara Raja yang saya paling mengharap adalah Raja Azlan dan Nazrin di ikuti dgn Raja Mizan, Agong kita skrng.

Apa yg berlaku di Perak minggu lepas adalah peluang yang terbaik bagi Raja Azlan utk mendapatbalik penghormatan rakyat seluruh Malaysia pada Institusi Raja yang telah lama di aibkan oleh Umno pimpinan Mahathir.

Tapi, harapan saya hancur dengan tindakan Raja Azlan yang telah melacurkan diri pada Umno. Saya nampak ini sebagai titik permulaan kehancuran institusi Raja di Malaysia. Dan yang peliknya, ia dimulakan oleh seorang Raja sendiri, iaitu Raja yang selama ini kita anggap cerdik dan dihormati rakyat.

azeel said...
on 

Saudara,

Krisis Rakyat dan Raja-raja Melayu pada tahun 1992 jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Perak pada 2009.

Sila buat rujukan untuk mendapatkan keadaan sebenar apa yang berlaku ketika itu. dan Juga sila rujuk kepada pindaan perlembagaan berlanjutan dengan krisis tersebut.

Sebagai orang Melayu, kita harus memperhalusi apa yang berlaku dengan hal-hal yang melibatkan Raja-Raja Melayu.

The Revolution said...
on 

Salam...

Tolonglah sedar sedikit saudara penulis...

Kau sedar tak yang mempertahankan Sultan itu bukan UMNO sahaja bahkan rajyat Perak juga...
Yang buat aduan polis tentang penentangan penderhaka tu rakyat Perak juga...
Tolonglah sedar sedikit...

Yang kau bawa untuk pekik telolong kat jalan raya sampai baring2 atas jalan tu, bukan org perak...
Pakai kupiah/serban/songkok, tapi perangai macam orang yang tak pernah belajar agama...
Macam orang tak de agama pun ada...

Tolong la berhenti daripada menulis benda2 yang merapu dan tak berfikir-fikir dulu...
Kalau kau setakat baca harakah/suara keadilan, pastu tak baca mana2 media bebas dan tidak menyebelahi sesiapa, tak payah lah kau nak menulis di sini...
Kau tak layak sebab kau hanya baca pihak pembangkang sahaja...

Tolong jangan jadi orang bodohla....
Sedar diri tu...
Fikir berjuta-juta kali...
Jangan nak cakap ikut hati je...
Jadi orang yang concern citizen...
Jangan jadi orang yang nonsence la.......

Lain kali fikir dulu k....

Anonymous said...
on 

HOI PAKATAN LIWAT BABI! Zaman dulu undang2 digubal utk mengelakkan Raja tidak menganiaya rakyat. Bukan pasal tukar kerajaan. Pengikut Pakatan Haram telah diliwat minda korang ni. Bahalul, talkin cock no facts. Pi jilat bontot si Nuar gampang tu.

Anonymous said...
on 

wa nk tanye sp yg darhaka pd raja?sp mula kan dulu?
lain kali nk tulis guna akal dulu....bodoh umno.

Anonymous said...
on 

hang x payah nk jerit la bodoh umno kalu berani kita bubar kan DUN la..kita tengok rakyat pilih sapa...kalu ada telur la

cyberboron said...
on 

Terima kasih YB Raz Gothic, azeel, The Revolution, rantong & anonymous yg tulis LIWAT BABI.

Aku hormati pandangan korang atas prinsip kebebasan bersuara.

Pandangan & nasihat korang menambahkan pengetahuan aku.

Makian & cacian korang menambahkan pengalaman aku.

Terima kasih.

Anonymous said...
on 

Siapa kata UMNO bela raja,bela Melayu, Kelantan tu Melayu yang perintah juga, UMNO sanggup tabal raja baru semata-mata istana tak menyebelahi mereka waktu itu. Mereka juga berarak di jalan ke istana untuk menuntut sultan turun takhta.Sekarang kat Perak kata lain la pulak.Kat Trengganu sapa plak yang terkinja2 kat jalan ngata Sultan MIzan binatang. Tapi benda2 ni semua tak keluar kat TV tiga suku atau surat khabar.

Che said...
on 

Kalau betul nak pertahankan Sultan,tak payahlah mencarut-carut pula.Rilek2 sudah..Ini pandangan penulis ni..Kalau pandangan korang berbeza dengan dia,tak mengapa..kritikan membina jua yang dipinta..

awang kata said...
on 

Ini bukan soal derhaka pun sebenarnya. Ini isu pertahan hak masing-masing. Cuma dalam bahasa istana diguna perkataan derhaka untuk keadaan yang tidak bersetuju dan ada pandangan lain berbanding dengan titah sultan. Dan keadaan sedemikian boleh dibincangkan lagi.

Unknown said...
on 

salam saudara,

Saya sudah cukup dewasa untuk menilai ketika krisis perlembagaan dulu!

Anonymous said...
on 

ni semu dunia je.. akhirat tu penting ar bro...!

Anonymous said...
on 

insaf ar semua.. dunia cume smentara ar,akhirat jua kekal abadi... baik bela kat gaza to je drpd gaduh sesame islam,, kaum lain gelak tengok kite ni..diorang dpt untung..!!! ingat, generasi akan datang cikit,jngn nk hncur malaysia ni..aku dh boring tengok politik malaysia ni..

Anonymous said...
on 

UMNO memang tak sokong RAJA PETRA, hanya orang PKR dan anuar sahaja, RAJA ni memang tak boleh pakai kerana dia anak gundik.

Amri Mat Saaid said...
on 

Bile PR buat derhaka bile UMNO buat sokong sultan chet
che keome bac artikel ini dari blog mokhtar petah

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.



Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”


Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.


Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.


Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU


Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09

cyberboron said...
on 

Terima kasih kulop besar,

Info yang menarik, membantu & akademik.

Diskusi macam ni barulah membina. Pro & kontra tak kesah la. Perbezaan adalah fitrah. Ada rahmat di sebalik perbezaan pendapat selagi berdiri di atas ilmu dengan panduan wahyu dan jiwa yang mutmainnah.

Wallahu a'lam.

Anonymous said...
on 

saudara revolution,
Kau ni tak ubah macam tukang tilik pak lawak. Macam tau-tau aje yang semua orang perak mempertahankan sultan. Hoi...aku pun orang perak tapi dah mula membenci sultan perak kerana tidak ada pendirian. Sanggup mengikut telunjuk penyangak negara.

The Revolution said...
on 

KENAPA NIZAR PERLU LETAK JAWATAN???
PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) BERKAITAN KRISIS DI PERAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

oleh,
Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

The Revolution,
http://merevolusikandiri.blogspot.com

Anonymous said...
on 

yamangoui 13 feb,11:pm
sahabat ,apa org yg terkinja kinja tak ada agama cam mana pula puak yg terkinja kinja dim disco.
terkinja kinja diatas katilhapyai.meke pun pernah terkinja kinja,minta ibu meke belikan halua rambut,lagi terguling guling atas tanah,tu..cam mana pula.

Anonymous said...
on 

mana ada umno pertahankan raja raja,kalau raja kapur ada kut...

Anonymous said...
on 

Dr. Siddiq Azani,
saya tak faham ler...
Kenapa mereka di luar sana yg mengaku pakar undang-undang memberikan tafsiran yg pelbagai mengenai Undang2 Tubuh Negeri Perak ni.
Nak ikut yg mana satu ? Siapa yg betul...siapa yg mentafsirkan undang2 tu.
Ikut acuan mana ? Sebaik-baiknya Undang2 tu dipublishkan dan disemak atau dibahaskan oleh mereka yg mengaku pakar undang2 utk menentukan klausa-klausa simbolik yg ada dalam undang2 tersebut.
Lepas kaji, dapatkan dan keluarkan keputusan dan kita lihat siapa yg kena dan siapa yang mengena.
Ni tidak, banyak sangat yg memberi tafsiran sampai aku blur...

Anonymous said...
on 

Kome sokong....

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini