Berita TV 3, 8.00 malam 1 Februari melaporkan kenyataan Pak Lah bahawa SAH 2 exco Perak, Jamaludin dan Osman akan menyertai BN dalam masa terdekat. Pak Lah juga memaklumkan ada lagi selain daripada 2 adun itu yang akan turut melompat dari PR ke BN.
"mungkin tiga, mungkin lima, mungkin sepuluh!" kata Pak Lah ketika menjawab soalan wartawan tentang jumlah sebenar adun PR yang akan menyertai BN.
TV 3 turut melaporkan Speaker DUN Perak telah menerima surat perletakan jawatan Jamaludin dan Osman sebagai ADUN berkuatkuasa serta merta. Speaker akan memaklumkan kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering kepada SPR dan pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
POLITIK DAN AKADEMIK TIDAK SAMA
-
*UNTUK MENGGATALKAN MULUT SILAKAN !*
*HENDAK BERBAHASA BIAR CERDIK !*
*POKOKNYA SEMANGAT !*
*TAK PAYAH JADI LIBERAL KANGKONG!!!*
*NAMPAKNYA SAJA NAK C...
1 week ago
mane satu betul nie...? Lompat ke letak jawatan??
Pak Lah kata 2 orang tu nak/akan join BN, so lompat la tu. Lompat dari PKR ke BN/UMNO.
Speaker DUN kata ada terima surat letak jawatan dari dua orang tu. So letak jawatan pun ye juge.
Cuma surat tu dikatakan dah siap ditandatangan masa awal membentuk kerajaan hari tu. Kalau lompat dikira letak jawatan.
Sah ke tak sah surat tu, tak tau lah aku.
Apapun, kita tunggu perkembangan baru.