MB umum bubar DUN. Lepas tu menghadap Sultan. Dah selesai pun. Dah Keluar dari istana. Kejap lagi nak buat PC kat rumah dia. Kata wartawan yang ada kat istana, Sultan belum perkenan hal bubar tu. Tuanku nak refer pada penasihat undang-undang dulu. Besok baru ada jawapan.
TUNGGU JE LA!
Kejap tadi Najib adakan PC. Dia umumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan Perak. Nasarudin Bota rujuk balik masuk UMNO. Jamaludin dan Osman pun dah hantar surat keluar PKR. Hee Yit Foong pun keluar DAP.
BN ada 31 kerusi. PR tinggal 28. Maka Najib kata akan menghadap Sultan dalam masa terdekat untuk mohon perkenan bentuk kerajaan.
TUNGGU JE LA!
Kalau Sultan perkenan keputusan bubar DUN yang MB buat tu, kita akan berentap semula dalam pilihanraya negeri.
Kalau Sultan terima Najib atau siapa yang nak jadi MB baru tu masuk menghadap untuk dapat perkenan bentuk kerajaan BN, tak jadilah pilihanraya. Kita dapat kerajaan baru. Kerajaan Penyamun.
TUNGGU JE LA!
Kalau jadi pilihanraya, kita ada peluang cerah untuk bentuk kerajaan dengan jumlah kerusi yang lebih banyak dari sekarang. Sebab tu lah UMNO sanggup buat apa saja untuk mengelakkan pilihanraya.
Kalau kerajaan bertukar tanpa pilihanraya, kerajaan tu pun hanya ada kelebihan kerusi yang sikit sangat. Tak berapa kuat macam kerajaan kita yang asal juga. Macam-macam boleh jadi.
Kita tak perlu gelabah dan kelam kabut. Kita perlu terus melangkah macam biasa. Kalau pilihanraya, kita langkah cara pilihanraya. Kalau terbalik kuang macam tu je dan BN ambil alih negeri ni, kita langkah cara pembangkang macam dulu-dulu. Tapi kali ni kita dah ada banyak pengalaman baru. UMNO tak mungkin boleh relaks.
Please ... jangan gelabah teruk sangat. Filem ni just begin. Panjang lagi ceritanya. Banyak lagi adegan-adegan luar jangka yang akan kita saksikan. Buat kerja macam biasa. Ops! bukan macam biasa tapi lebih kuat daripada biasa. UMNO perlu dikuburkan terus seperti patutnya Israel ditiadakan dalam peta dunia!
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
Ate noh kite ramai-ramai solat hajat dan bacaan yassin malam ni. Bior penuh surau dan masjid kemudian sambung kat rumah. YaAllah Selamatkan Perak. Amin
benar....hidup mesti terus, UMNO jilat balik apa yg mereka ckp2 pasal lompat2 parti
ustaz, kita perkuatkan tarbiyyah ya. teruskan dakwah kita.
ana turut bersolat hajat dan qunut nazilah di Melbourne.
Salam dari Melbourne,
Anak Taiping
KALAU PR PERAK TUMBANG PUN...PAS TAK RUGI APA-APA SEBAB MASA DAPAT JAWATAN MB PUN MACAM DAPAT CABUTAN BERTUAH
kalau dah politik sama aje parti apa pon...
banyak yg belakon..
Sultan Azlan Shah memang x takut pada Allah. Ingat derhaka pada tu perkara yang besar. Derhaka pada Allah lagi besar!!