HARI YANG PALING SIBUK DAN BERSERABUT

Ratusan panggilan telefon dan sms merimaskan hidup aku hari ini. Ada yang beri maklumat dan kebanyakannya minta maklumat. Hampir semua orang nak tau sesuatu hari ini. Mungkin prihatin. Mungkin saja nak menyibuk. Sebahagian besarnya seperti gelabah. Maka aku pun tumpang huru hara.

Semuanya berpunca daripada dua EKO (pinjam istilah MSK) yang kejap hilang kejap ada. Sekali nak keluar PKR join UMNO, tetiba declare masih ADUN PKR. Memule dikatakan letak jawatan, lepas tu ada pulak berita dua EKO ni menafikannya, siap nak cabar statement speaker tentang surat tu di mahkamah.

Terkini utusan meloya online laporkan Tajol nak mengadap Tuanku Sultan pagi nanti. Nak bincang pembentukan kerajaan baru Perak kot. MB Nizar pun nak mengadap Tuanku pagi nanti juga untuk mempertahankan kerajaan PR.

Awal pagi diceritakan Timbalan Speaker pun hilang. Ura-ura nak join MCA. Petang sikit dilaporkan ADUN Jelapang tu sebenarnya ada di rumahnya sepanjang hari. Siap menafikan khabar konon dia nak lompat parti. Serabut ... serabuuut!

Besok speaker nak maklumkan kat SPR dua seat dah kosong. Modalnya ialah surat letak jawatan yang katanya diterima petang kelmarin. Rupanya surat dah ditandatangani pada bulan Mac 2008. Tak tau lagi sama ada SPR boleh terima atau tak mau terima surat tu. Main dengan segala suruhanjaya yang memang ada rekod boleh disuruh dengan jayanya oleh UMNO, aku tak berapa nak harap kat SPR ni. Entahlah ......

Aku baca kisah dua EKO ni dalam coretan MSK 1 dan 2. Abang Mat memang ada banyak maklumat. Patutlah abang mat relax je sebab dah tau skrip filem lompat ni dari awal lagi. Mamamat yang bekebun kelilin dangonye pun ada banyak maklumat tentang tawarikh dua EKO tu. Patut le mamamat hangin semacam je kat dua EKO tu sejak dari belum timbul cerita lompat ni lagi.

Dekat nak maghrib pemaya-pemaya BloggersNetwork@Malaysia mula mencadangkan calon-calon untuk PRK Behrang dan Changkat Jering. Terhibur juga seketika dengan cadang mencadang tu. Aku sokong seribu peratus MSK jadi calon di Changkat Jering. Pertama sebab aku dah kenal abang mat. Pendek cerita, abang mat memang layak. Aku tak nampak roh katak di sebalik jasad abang mat. Ada prinsip. Pegang prinsip. Sebab kedua, setakat yang aku kenal, abang mat ni jenis cakap dan buat. Harap2 DSAI pertimbangkan hasrat bloggers.

Kalau nak kira nama besor lagi glemer memang la banyak. Ada yang sebut nama Mustafa Kamil Ayub, Mat Nor Manuty, Hj. Ismail dan ramai lagi. No hal kalau nanti nama-nama itulah yang jadi calon. Tapi nape pulak tak bolehnya kalau MSK? Yang Berhormat Affendi Ahmad @ Mat Saman Kati ... sesuai!

Hijat cadang sya jadi calon juga. Aku sokong. Tapi dengki sikit la. Sebab ko tak kawin lagi sya. Apapun why not ketua serikandi jadi YB? kan kan kan? Mat Comot hantar sms kat aku suruh aku jadi calon supaya senang dia nak mintak balak. Aku reply dan bagitau kat belakang rumah aku ada lima enam pokok jejawi yang dah besor panjang. Kalau Mat Comot nak tebang sekarang pun boleh. Ambik dengan hantu dan jembalang yang ada kat situ sekali. Tapi dia kata "talak untung maa - tak mau"....

Aku bahagia jadi gurkha macam sekarang ni. Pengalaman jadi calon PRU 99 dulu dah cukup men'serik'kan aku. Bukanlah aku tak sanggup memikul tanggungjawab namun sesungguh-sungguhnya aku tak mampu dan tak layak. Harap abang mat prepare jiwa dan raga untuk memikul amanah tu. Aku dan rakan-rakan lain berikrar akan sentiasa membantu.

Dalam berserabut kepala memikirkan perkembangan politik Perak hari ini, aku terkenang pada beberapa kisah Sahabat Nabi SAW semasa episode hijrah dari Mekah ke Madinah. Fokus ingatan aku ialah tentang kukuhnya pegangan sahabat-sahabat pada prinsip yang diyakini. Aqidah didakap utuh. Iman digigit kemas. Optimis. Berani. Tak pandang harta dan kemewahan. Tak berkira walau nyawa jadi taruhan.

Kalaulah ada Allah dan ada Rasul dalam jiwa, tak mungkin kita goyah dan terpedaya walau apa pun yang mencabar dan menghalang perjalanan kita. Jamaludin dan Osman dah lupa.

Comments :

3 comments to “HARI YANG PALING SIBUK DAN BERSERABUT”
radens albanjari said...
on 

salam siberboron,
betul cakap mike, biarlah kita hadir sebagai gurkha,krn gurkha bisa digeruni orang..tak gitu !

TokJanggut said...
on 

Aku sokong sape aje yang dilantik ...kalau boleh MSK. Berita Tambahan
Klik disini

Anonymous said...
on 

hangpa punya pasai..aku sampai tak larat nak beli top-up..habih dok jawab sms ja.

Jadi calon bukan line aku..baik aku bela kambing lagi baguih.

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini