KENYATAAN PAK LAH
1. " Kerajaan Negeri Perak akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan sebagai kerajaan yang sah. "
2. " Tindakan speaker itu sebagai satu cara untuk menggulingkan kerajaan BN di Perak. "
3. " Ia satu muslihat ... tidak ada niat baik, cuma niatnya untuk menggulingkan kerajaan BN yang telah diwujudkan. "
4. " Tindakan Sivakumar itu tidak disenangi oleh rakyat Negeri Perak. "
5. " Dulu bila mereka menang, kita beri jalan untuk mereka memerintah. Apabila situasi telah berubah dan sokongan kepada BN telah melebihi, maka BN pula yang akan memerintah. "
6. " Saya harap kerajaan BN tidak akan diganggu dengan permainan politik untuk apa jua niat dan tujuan mereka itu. "
SOROTAN ...
1. Kerajaan BN Perak dikehendaki oleh rakyat - Yang paling berkehendak untuk merampas kuasa ialah rakyat Pahang yang bernama Najib. Turut sama berkehendak ialah seorang rakyat Perak yang bernama Zahid. Jamaludin dan Osman juga ber'kehendak'kan 'selamat' daripada hukuman mahkamah bagi kes rasuah ciptaan UMNO kawin BPR (sekarang SPRM). Selain itu ada juga 2000 rakyat perak yang 'hendak'kan BN merampas kuasa. Mereka dihimpunkan di Ipoh dengan tambang percuma dan sedikit duit poket.
2. Speaker Sivakumar nak guling kerajaan BN Perak - Hebat betul Speaker Sivakumar ni! Rakyat Thailand siap berpakat dengan tentera ketika nak gulingkan Thaksin beberapa tahun yang lalu. Baru-baru ni pun mereka berkampung selama sebulan kat pusat pentadbiran kerajaan dan airport sebelum PM pro Thaksin tu terguling. Kat tempat lain pun macam tu juga. Ratusan ribu atau jutaan rakyat terlibat untuk guling kerajaan. Tiba-tiba Sivakumar seorang diri saja nak guling kerajaan. Hebat! Hebat!
3. Speaker tidak ada niat baik, cuma niatnya nak guling kerajaan - Pakatan Rakyat memang tak pernah berniat baik. UMNO saja yang selama-lamanya sentiasa berniat baik. UMNO berniat baik ketika menyembunyikan Jamaludin dan Osman sebelum muncul bersama Najib mengisytiharkan sokongan kepada BN. UMNO berniat baik ketika menipu Dato' Nasarudin kononnya Raja Nazrin menitahkannya mengadap tetapi kemudiannya terus dibawa lari mengapap Raja Najib. UMNO berniat baik ketika memaksa SPR menolak perisytiharan Speaker tentang kekosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering. UMNO berniat baik ketika berpakat dengan SS dan LA kerajaan negeri menghalang hak MB mendapatkan perkenan pembubaran DUN dan menghalalkan perlantikan Zambry sebagai MB. UMNO memang berniat baik.
4. Tindakan Sivakumar tidak disenangi oleh rakyat negeri Perak - Memang betul! tidak disenangi oleh rakyat Perak yang UMNO!
5. Dulu bila mereka menang, kita beri jalan untuk mereka memerintah - Antara bukti UMNO beri jalan Pakatan Rakyat memerintah ialah : a. Zahid arahkan semua Jabatan Persekutuan supaya jangan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri. b. Kementerian Penerangan arahkan PerakFM supaya jangan beri laluan kepada kerajaan negeri untuk sebarang siaran. c. UMNO menubuhkan JPPP kerana tidak mengiktiraf JKKK untuk pentadbiran kampung. d. UMNO tawarkan rasuah kepada beberapa ADUN Pakatan Rakyat untuk melompat ke BN.
6. Jangan ganggu kerajaan BN dengan permainan politik - Tak ada ulasan sebab memang lawak!
Pak Lah Raja Lawak.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
Macam mana Malaysia ni? No 1 bahlol dan bengap dan no.2 penyamun dan ehmmmm ..nasib baik YB Eli dalam PKR. kalau tak dia pun nak ngap sama.
Adoi, ini macam kalu.....
tergugat Nabil..Penyandang Raja Lawak
ni lawak kaaa buang tebiat
sebelum Persidangan Agong UMNO...
.....kuang kuang kuang
Lawak Bodoh seantero dunia, bukan saja PM paling lembab rupanya bahlol and tolol patutle diteranjang geng sendiri...kah..kah
LU!!! FIKIRLE.. SENDIRI...ho..ho
caiyo....Pakatan Rakyat...
DAH DEKAT PENCEN NI CAKAP MAKIN MERAPU
aku ni separuh PAS separuh UMNO boleh ker camtu....sbb umno melaungkan perjungan melayu jadi aku ni bangsa melayu....PAS memperjuangkan Islam dan aku juga beragama Islam....aku rasa tak salah kot ...melayu dgn islam tak boleh dipisahkan....
tapi yg pelik nye aku tgk org yg melaungkan dan mempertahankan melayu sokong bukan melayu dan org yg memperjuangkan Islam pun sokong yg bukan Islam ish..ish...ish...ish...inilah akhir zaman ramai mendakwa diri baik dan bagus tapi Allah sahaja yg mengetahuinye....
aku hanya makhluk Allah kalo dia surga tak layak neraka tak sanggup aku nak tahan derita ..tapi jika Allah dah buat keputusan nak letak aku kat mana pun aku ridjo jer...sbb namapun hamba tak boleh melawan dan kene akur dgn perintah TUAN aku.....