KULIAH SUBUH 4 FEBRUARI

Dua tiga hari ni hampir semua orang asyik bertanya "apa perkembangan terkini?", "apa cerita terbaru?", "jadi ke pilihanraya kecil?", "betul ke nak bubar DUN?", "dua exco tu masuk UMNO ke tak?", "diorang ada kat mana sebenarnya?", "betul ke semua ni plan Anwar?", "kita nak saman SPR tu boleh menang ke?" dan macam-macam soalan lagi. Tak larat dah nak jawab.

Patut ke kita panik sampai macam ni?

Isunya memang besar tapi perkaranya kecik sangat. Nasarudin lompat masuk PKR. Jamal dan Osman lompat keluar PKR. Asalnya bilangan kerusi DUN ialah 31 PR 28 BN. Satu datang dua pergi. Sekarang 30 PR 27 BN 2 Bebas. Kalau J & O masuk UMNO/BN, jadi 30 PR 29 BN.

Kalau berakhir begitu maka PR tetap jadi kerajaan Perak. Kalau lepas tu ada sorang lagi ADUN PR lompat ke BN maka bertukarlah kerajaan. Kalau betul pula cerita ada lagi ADUN BN yang nak join PKR atau PAS maka kedudukan kerajaan PR akan bertambah kuat. Kalau besok lusa SPR tukar keputusan lalu isytihar pilihanraya kecil dan akhirnya PR menang kedua-dua seat tu maka keadaan kembali seperti asal. Kalau BN yang menang maka kedudukan masih PR 30 - BN 29. Kerajaan tidak bertukar tangan. Kalau .... hei, berapa banyak kalau daaaa!

Nampaknya kita macam terlebih gabra. Memanglah kita sayangkan kerajaan ni. Bukan senang nak capai tahap ni. 50 tahun menunggu. Setakat hampir setahun ni kita dah mula dapat rasa perbezaan hidup dibawah kerajaan BN dan kerajaan PR. Walau pun masih banyak perkara yang belum sempurna namun keadilan dan ketelusan nyata dijunjung dan diusahakan.

Sayang macam mana sekali pun, kalau dah sampai ajal, mati jugalah dia. Namun tentulah kita 'berpantang maut sebelum ajal'. Kalau sakit kita makan ubat. Kalau cuba dipukul, kita mengelak. Kalau tak sempat elak, kita tepis. Kalau diserang, kita lawan.

Tapi jangan makan ubat yang salah. Jangan mengelak tersalah arah. Jangan tepis mata pedang dengan lengan telanjang. Jangan melawan membabi buta.

Perang Badar di medan lapang. Perang Uhud berkubu bukit. Serangan Ahzab dibenteng parit. Perang Tabuk musafir jauh. Perang Khaibar merempuh kota.

Muslihat, helah dan modus operandi UMNO tak lari dari rangkuman rentak tari dan atur lenggang musuh Nabi di pelbagai medan itu. Cubalah kita selami seni tempur Nabi. Percayalah disana ada mutiara teknik dan permata strategi yang wibawa lagi terbukti.

Wallahu a'lam.

.................................................................................

Pakatan timbang adakan pilihanraya mengejut di Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.


..... berita penuh di malaysiakini.

Comments :

0 comments to “KULIAH SUBUH 4 FEBRUARI”

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini