TEMPUR ADA SENINYA

Malam tadi aku hadir satu taklimat di Bukit Gantang. Antara yang beri taklimat ialah Ustaz Ahmad Awang. Panjang taklimatnya. Di awal ucapannya, Naib Presiden PAS itu membaca ayat 60 Surah Al-Anfal:

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡوَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡلَاتُظۡلَمُونَ

" Bersiap sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, dan pasukan berkuda yang lengkap, yang dengannya dapat menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya; dan apa saja yang kamu belanjakan di jalan Allah, akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. "

Ayat ini telah ribuan kali dibacakan di merata pentas ceramah dan kuliah. Perintah Allah tentang 'persiapan' amat jelas. Jenis persiapan itu 'pelbagai', sesuai dengan keperluan pertempuran yang dihadapi. " مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم " mengisyaratkan 'apa saja yang dapat disediakan' atau 'selagi termampu' atau 'semua yang perlu' di gelanggang yang terbentang itu.

" رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ " ialah pasukan berkuda. Ia merupakan kekuatan paling hebat dalam peperangan zaman Rasulullah SAW. Allah memerintahkan supaya umat Islam menyediakan kekuatan terhebat itu. Tanpanya musuh tak akan gerun, apatah lagi jika mahu menumpaskannya. Kegerunan musuh adalah satu perkara manakala kekalahan musuh adalah satu perkara yang lain. Keupayaan mengalahkan musuh berkait dengan keupayaan menggerunkan mereka. Gerun membawa kepada lemah semangat dan kucar-kacir. Akhirnya mereka hilang kekuatan. Ketika itulah kita akan memuktamadkan kemenangan di pihak kita.

Keupayaan menyediakan kekuatan paling hebat itu pula bergantung kepada kesanggupan kita berkorban harta benda. Tanpa pengorbanan maka tak dapatlah kehebatan itu disediakan. Kita wajib yakin dengan kebaikan yang disediakan di sisi Allah untuk hamba-hambanya yang tidak kedekut memberi 'infaq' untuk menyiapkan pasukan kita dengan kelengkapan terhebat.

Hati aku tersentuh dengan 'ruh' ayat ini sambil mengenangkan rakan-rakan bloggers yang 'on duty' 24 jam sehari sejak lebih dua minggu yang lalu dalam keadaan serba tak lengkap dan serba tak cukup. Mudah-mudahan ada jiwa terpanggil untuk melengkapkan keperluan tugasan ini.

Takbir! Reformasi! Makkal Shakhti!

Comments :

7 comments to “TEMPUR ADA SENINYA”
taipingmali said...
on 

Kalau Pas dapat 6 kerusi Perak saya ucap tahniah. Kalau di adakan lagi PRU/K mampukan Pas mengekalkan 6 kerusi Dun. Pengundi tidak akan terpedaya lagi dengan kata2 " Undi kafir hukumnya haram, undi lah calon Pas, dapat pahala, Kita akan dipersoal jika kita tidak memilih calon Islam" dan akhirnya negeri Perak jatuh ke tangan kafir juga. Pas hanya menjadi Tokong.

Unknown said...
on 

Saya rasa kalau diadakan PRK Negeri Perak kali ini UMNO akan dihanyutkan oleh rakyat perak ke selat Melaka bersama zamry mamak sekali termasuklah orang taiping yang tak tahu cakap melayu tu.

cyberboron said...
on 

Tiadalah upaya kita menetapkan jangkaan menang atau kalah, 6 atau 10 yang akan berlaku besok dan lusa. Masing-masing antara kita hanya berikhtiar. Allah jualah yang menentukan segala-galanya.

Pakatan Rakyat yang ada PAS itu, turut ada bersama-samanya DAP yang hampir semua calonnya non-muslim dan PKR yang sebahagian calonnya juga non muslim. BN yang ada UMNO itu, turut ada bersama-samanya MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBRS, PPP dan macam2 parti lagi yang calonnya non-muslim. Dari sudut ini, kedua-dua pihak sama saja.

Tetapi ada sudut lain yang berhubung-kait dengan dosa dan pahala. Kefahaman mengenainya hanya dapat diperolehi dengan ilmu. Ilmu yang dipimpin oleh wahyu.

Ilmu yang disandarkan kepada aqal sahaja tidak sampai ke mana. Aqal yang dipandu emosi, langsung kosong.

Sahabatku TAIPINGMALI, cubalah beristikharah. Ramai rakan2 saya yang temui kebenaran dengan solat istikharah. Dalam dunia yang kaya maklumat ini, terkadang amat sukar untuk menilai. So, pilihan terbaik ialah memohon ilham dan panduan dari Yang Maha Mengetahui.

WaLlahu a'lam.

Mohd Shahril said...
on 

Betul cyberborn... setiap dr kita diwajibkan memilih kebaikan .. kebaikan itu yg boleh membawa pahala jika disertai keikhlasan... dalam usaha berpolitik dan utk memenangkan Islam banyak pertimbangan yg kita perlu belajar... Malaysia adalah negara majmuk .. tentulah ada strategi yang terbaik utk menaikkan Islam sbg yg memimpin ... bukan skdr melayu tp ntah k mn Islamnya.. biarpun terpaksa memilih calon non-muslim tapi mampu membina dan mendaulatkan Islam, spt d perak .. ramai mana cina menang DUN pun .. MB mesti melayu dan Islam.... Rakyat Perak mahukan MB yang melayu dan Islamik, bukan mamak dan plastik .... UMNO hanya 'memplastikkan' Islam untuk survival politiknya.. Nabi Muhammad nabi junjungan juga berpolitik, lihat bagaimana hubungannya dgn kaum non-muslim dlm nak membentuk negara Islam ? hukum dan akhlak Islam berjaya dilaksanakan.
UMNO apa dia buat utk Islam ?... masjid.. surau .. majlis maulidur rasul, maal hijrah, ntah apa2 lagi yg skdr syiar sahaja... MANA SYARIATNYA ... sendiri mau ingat la bro ..

Mohd Shahril said...
on 

Gurauan bermakna ...
Ada yang bertanya KENAPA HANG PILIH PAS SBG PERJUANGAN ?
Aku tgk Pas ada yg statusnya TUAN GURU, para ustaz ..
dalam UMNO tak dak ..
Kalau nak berjuang krn agama carilah wadah tmpt berkumpulnya org agama ...
kita yg skdr ilmu cukup mkn nie.. belajar lah lagi utk mengenal ALLAH .. nescaya hati kan tenang.. kalau nak senang masuk la UMNO, bila nak dapat projek masuk la UMNO, bila nak dpt duit masuk la UMNO, nak pangkat dan jawatan terpa pi UMNO tak dapat semua tu jadi apa ..... MULA LA JD SUSAH HATI ...
Now... pk la bro .. perjuangan mn yg nak d pilih .. utk tertegaknya HUKUM ISLAM ..

Anonymous said...
on 

Yang jelas membezakan antara BN dan Pakatan Rakyat bukanlah komposisi non-Muslimnya kerana pada hakikatnya hampir sama tapi yg membezakannya adalah dari sudut mengilmukan Islam itu kepada non-Muslim kerana Pakatan Rakyat khususnya PAS dilihat sebagai istikhomah dalam mengISLAMkan pemikiran non-Muslim lain dalam Pakatan Rakyat sedangkan dalam BN tiada usaha untuk menerangkan perjuangan Islam itu kepada parti2 komponen BN yg lain kerana mereka lebih bersifat "hang dengan perjuangan hang, aku dengan perjuangan aku"...dalam ertikata lain roh Islam itu tidak dikongsi bersama.

Anonymous said...
on 

orang pas kebanyaka cakap saja. tapi amalan amat memalukan..ahli Pas pun ramai yg kuat menipu orang,fitnah orang. sehinggakan sesama orang Pas pun mereka sanggup fitnah memfitnah,,"amatlah besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata tapi tidak melakukannya" surah as-sof

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini