.... berikut adalah kronologi detik-detik rampasan kuasa yang dicatat sendiri oleh YAB Dato' Seri Mohammad Nizar .... -
...................... Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalahan akibat rampasan kuasa (coup d'etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.
Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Altantuya mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb 2009 untuk merompak hak rakyat melalui pintu belakang.
Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker - YB Sivakumar) kepada SPR memohon dilaksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.
Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib altantuya masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberang ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.
Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR (DSAI) juga gagal menghubungi dua ADUN tersebut. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan barulah mereka berdua muncul bersama Najib Altantuya.
Semasa kemelut itu juga YB Dato' Nasaruddin (Bota) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononnya mereka diarah menjemput YB Dato' Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua ADUN UMNO itu menaiki kenderaan pacuan empat roda dan terus hilang entah kemana. Khabarnya Dato' Nasa dilarikan kepada dakapan Najib Altantuya . Dilapurkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin Umi bahawa suaminya hilang mengikut dua orang ADUN UMNO pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada UMNO-BN walaupun telah bersumpah di khalayak ramai 10000-15000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa dengan saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli Exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan perkara yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato' Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Altantuya, namun jawab YB Dato Nasa "InsyaAllah, tidak".
Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.
Ketika itu, keputusan SPR pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering. Maka tiada pilihanraya kecil. Ini pun atas desakan dan campur tangan UMNO-BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO-BN di Kuala Terengganu ) untuk jangan diadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering. (Bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Fasal 113).
Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak, membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian. Saya akur.
Keesokan harinya, 5 Feb 2009 (khamis) jam 10.00 pagi saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bagan Serai merasmikan majlis pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-Undang Negeri (LA). Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas).
DYMM menyatakan kepada saya:-
1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju terus dengan BN.
2. Adun Bota (YB dato' Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN.
3. Ketiga ADUN (Behrang, Changkat Jering dan Jelapang) juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3).
4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.
Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu yang 'tak kena' akan terjadi, makanya saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-
i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan kepada saya sebagai MB dan ketua DUN.
ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan kuat.
iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.
........ bersambung ................ ( tunggu sebentar. terganggu kerana ada panggilan dari Insp. Fauzi dari Bteam IPD Ipoh. saya kena mengadap. ) InsyaAllah saya akan sambung lagi ....
- kamparinn.blogspot.com -
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
.....TPM yang paling tidak bertamadun....-gajahmenta.blogspot.com
lambat benor penjelasan diberi - nak susun skrip ke..
hurmmm tak suka betui tgk gambar dia nih...hurmmm
rasa tak puas hati penyibuk betul bijan nih !!!