TV & AKHBAR HAMBA UMNO TERUS PROVOKE ISTANA

Awal pagi tadi aku pekena roti canai & teh tarik di restoren kari kepala ikan bersama albanjari dan manjungmai. Sahabat sorang lagi pekena capati & mai secawan. Boleh tahan juga roti canai mamak tu.

Kat tepi meja kami bersantap tu terletak rak jualan surat khabar. Aku terpandang head line akhbar paling meloya dalam dunia i.e Utusan Melayu. Saiz huruf tajuknya besor sangat. Siapa terpandang mesti teringin nak tahu lebih lanjut. Aku pun jenguk sekejap. Hampeh! Isu derhaka yang dah seminggu diputar oleh media pak yid UMNO masih terus dikobarkan.

Aku tak fikir sangat tentang krisis dan kontroversi yang memang dah berlaku antara istana dan rakyat. Sebenarnya rakyat dah cool. Memanglah jiwa rakyat masih luka tapi marah itu bukannya pada Istana. Rakyat dah masak sangat dengan drama politik bolehland ini. Punca segala petaka sejak dulu hingga kini dan mungkin selama-lamanya ialah UMNO. Krisis yang sedang berlangsung ini berpunca dari kehendak politik UMNO yang mabuk kuasa dan gemar membuli. Itulah asal usulnya.

Polis, FRU, SPRM, SPR, mahkamah, RTM dan macam-macam jabatan lagi habis semuanya didayuskan oleh UMNO untuk mencapai matlamat politik hartabenda dan politik kemegahan amalan mereka. UMNO memang bijaksana dalam hal menyucuk hidung jabatan dan agensi kerajaan supaya berperanan sebagai jentera parti mereka. Korang yang jadi bos kat jabatan dan agensi bernyawa pelacur tu tak payahlah terhegeh-hegeh nak menafikan kenyataan ini. Lagi korang nafi, lagi nampak tanduk kat kepala korang tu.

Pagi ini aku sekadar nak lontarkan apa yang terfikir di minda aku tentang strategi UMNO nak mengeruhkan lagi hubungan Pakatan Rakyat dengan Istana. Setakat ini UMNO sedang menang dalam pertempuran yang memang dicipta oleh mereka. Oleh kerana idea krisis ini milik mereka dan merekalah juga yang menulis skripnya serta mengarahkan pementasannya maka mereka lebih bersedia dalam segala hal. Pakatan Rakyat mesti berhati-hati, bijak dan pantas bertindak.

Balik kepada cerita tentang Utusan Meloya tadi, tajuk utamanya menggambarkan seolah-olah ada desakan yang dahsyat supaya hukuman dijatuhkan segera ke atas penderhaka. Tapi bila dibaca selanjutnya, rupa-rupanya yang mendesak supaya penderhaka dihukum itu ialah Hishamudin Husin, Sanusi Jonid dan Zainal Keling. Alahai! Kalau muka-muka itu tak payah cerita la. Semuanya berdarah UMNO berdaging BN. Walaupun Sanusi dah ikut Che' Det keluar UMNO tapi jiwanya masih keris telanjang!

Matematiknya simple saja. Yang menderhaka ialah parti-parti Pakatan Rakyat. Pemimpinnya mesti diberi amaran keras. Ahli-ahli yang tertangkap selepas tragedi Kuala Kangsar mesti didapati bersalah dalam mahkamah. Penyokong UMNO perlu bangkit memaki hamun sang penderhaka. Golongan tak berparti mesti dipengaruhi supaya benci Pakatan Rakyat. Istana mesti diyakinkan bahawa Pakatan Rakyat adalah keturunan Jebat derhaka.

TV1 dan TV tiga suku wajib mengulang sebut derhaka! derhaka! derhaka! sampai sejuta kali. Penerbit rancangan mesti kerja kuat menghasilkan dokumentari, forum, diskusi dan berita yang mampu membunuh terus wibawa Pakatan Rakyat. Gabungan parti alternatif itu mesti digambarkan sebagai ancaman kepada Institusi Raja, ketuanan Melayu dan keselamatan negara. DAP memang babi. PAS khianati Melayu. Anwar bermatlamat peribadi. Pakatan Rakyat hina Raja. Pakatan Rakyat musuh Melayu.

Apa yang UMNO mahu daripada strategi kotor dan keji itu? Very simple maaaa .... mau undi!

Kepada pemimpin-pemimpin yang meneraju Pakatan Rakyat ... pentas ini UMNO yang bina. Mereka sedang pengaruhi supaya kita berlenggok mengikut lenggang tari ciptaan mereka. Jangan sampai terleka. Takut kaki terperosok di lantai jarang. Padahnya panjang. Harganya mahal. Mangsanya rakyat berjuta.

UMNO yang tersepit akan lebih ganas daripada UMNO zaman kain batek dan pelikat!

Comments :

2 comments to “TV & AKHBAR HAMBA UMNO TERUS PROVOKE ISTANA”
EQUILIBRIUM said...
on 

sbb tu teman selalu cakap amno ni mentaliti depa ginilah...aku buat boleh korang tak boleh muahahahaha

depa boleh kurang ajar dgn istana org lain tak boleh muahahahaha

depa boleh rasuah org lain tak boleh muahahhahaha

pasai apa aku cakap boleh rasuah muahahahaha sbb org amno marah sprm siasat politik wang muahahahaha

Unknown said...
on 

Salam Saudara,

Hanya sibangang yang percayakan sitongong. Biarkanlah mereka memperbodohkan yang dah sememangnya bodoh!

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini