Nostalgia ... Tak Mungkin Aku Pilih UMNO



Santai sekejap. Kata Prof. DiRaja Ungku Aziz "santai bina minda". Letih juga membaca, menilai, merumus dan menulis sepanjang minggu ini. Dalam letih ada kepuasan yang tersendiri. Insaf dan bahagia.

Komentar pengunjung blog ini menambah kepuasan dan keinsafan aku. Rupanya ada ramai rakan yang entah di mana, sudi membantu dengan pelbagai tambahan info dan nasihat yang amat berguna. Penuh makna.

Seperkara lagi, aku terhibur dengan komentar kontra berupa caci, maki, hina, marah dan benci yang penuh emosi. Aku seolah-olah sedang menyempurnakan pengajian ijazah lanjutan dalam bidang psychology atau communication. Aku belajar tentang reaksi. Belajar mengenal apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Belajar tentang jiwa dan minda. Belajar macam-macam.

Kat bawah ni aku kutip komentar kontra dalam beberapa posting aku di blog ini :

************************************************************
#1

KAU NI LEBAI BETULAH TAK SADAR DIRI..
ORG MACAM KAU NI TONG SAMPAH PUN TAK MAHU NAK TERIMA..

KALAU KAU DAH BENCI SANGAT PADA KESULTANAN MELAYU..

ELOK KAU NI NYAH DARI NEGARA MELAYU ISLAM NI...

KALAU IKUTKAN HATI MAHU AJE AKU HAMBURKAN MAKI HAMUN AKU TEHADAP KAU...

KAU JANGAN DATANG DEPAN AKU DENGAN KATA2 BEGITU MELAINKAN AKU LUDAH MUKA KAU..


#2

tu la jgn buta sejarah..jangan buta perut..
dah jadi tak tentu hala statement2 bodoh ni..

sedar la yg perjuangkan sampai tido atas jalan tu melayu! mana pi bangsa lain? relek dok rumah tgk tv dorang tepuk tangan tgk melayu2 bodoh..jadi bangsat cina..tahniah!


kalau nak jadi paria..sampai sultan pun korang hina jgn ngaku diri tu melayu..
baik ngaku jadi cina atau india..

Kau tak tahu.......
sebab tu kau ni bodoh sangat...
Jangan sombong la
kalau dah bodoh tu...
Sedar diri tu sikit...
Ni la dia blogger yang tulis tak tahu berfikir...

Dia je yang betul, org lain salah...
Dia je boleh buat, org lain x boleh...
Kau ingat ni bapak kau punya negara???/

Sedarlah sedikit yang kau tu cuma rakyat Malaysia yang BODOH, SOMBONG, BANGANG...
Kau sedar tak ni????
lain kali fikir dulu k...


#3

saudara, belajarlah dulu sejarah negara, kemudian baru boleh berhujah,
hujah biarlah berilmu,
bukan hujah tanpa penggunaan akal.
ini bukan hal politik,
ini tentang maruah bangsa dan negara.
bangsa kita sibuk derhaka di sana sini,
bangsa lain bertepuk tangan memerhati di tepi. menunggu masa untuk bukit didaki.

semoga suatu hari nanti saudara bukakan mata.
amin..

#4

HOI PAKATAN LIWAT BABI! Zaman dulu undang2 digubal utk mengelakkan Raja tidak menganiaya rakyat. Bukan pasal tukar kerajaan. Pengikut Pakatan Haram telah diliwat minda korang ni. Bahalul, talkin cock no facts. Pi jilat bontot si Nuar gampang tu.

#5

Tolonglah sedar sedikit saudara penulis...
Kau sedar tak yang mempertahankan Sultan itu bukan UMNO sahaja bahkan rajyat Perak juga...

Yang buat aduan polis tentang penentangan penderhaka tu rakyat Perak juga...

Tolonglah sedar sedikit...


Yang kau bawa untuk pekik telolong kat jalan raya sampai baring2 atas jalan tu, bukan org perak...

Pakai kupiah/serban/songkok, tapi perangai macam orang yang tak pernah belajar agama...
Macam orang tak de agama pun ada...
Tolong la berhenti daripada menulis benda2 yang merapu dan tak berfikir-fikir dulu...

Kalau kau setakat baca harakah/suara keadilan, pastu tak baca mana2 media bebas dan tidak menyebelahi sesiapa, tak payah lah kau nak menulis di sini...

Kau tak layak sebab kau hanya baca pihak pembangkang sahaja...


#6

Tolong jangan jadi orang bodohla....
Sedar diri tu...

Fikir berjuta-juta kali...
Jangan nak cakap ikut hati je...

Jadi orang yang concern citizen...

Jangan jadi orang yang nonsence la.......

Lain kali fikir dulu k....


#7

SAH SAH NIZAR NI PENIPU NAK MAMPOS....PPOOOODAAHHH, KARPAL TADI BUAT PRESS CONFERENCE LA BODOH....BUTA KAYU BETUL LA KORANG NI.... BELAH JE LA NIZAR OI..

***********************************************************

Sekira-kiranya penulis komen-komen ini marahkan aku. Aku cuba fikirkan beberapa pilihan kebarangkalian sebab kemarahan mereka. Akhirnya tak ada pilihan pun. Hanya satu sahaja iaitu sebab aku penyokong Pakatan Rakyat. Yang marah dan benci Pakatan Rakyat ialah penyokong Barisan Nasional. Gaya dan lenggok bahasa serta isu yang diulas membawa kepada kesimpulan bahawa mereka ini berbangsa Melayu. Tempat Melayu dalam Barisan Nasional ialah UMNO. Maka mereka ini penyokong UMNO.

Orang UMNO sayangkan UMNO. Orang UMNO tak suka PAS, PKR dan DAP. Ada yang bukan setakat tak suka malah marah dan benci sampai ke tulang hitam. Jiwa dan sentimen itu adalah normal. Itulah manusia.

Maka begitulah juga orang parti lain. Orang PAS sayangkan PAS. Orang PAS tak suka UMNO. Ada yang bukan setakat tak suka malah marah dan benci UMNO sampai ke tulang hitam. *sama saja ayat aku di perenggan ini dengan ayat di perenggan atas*. Jiwa dan sentimen itu adalah normal. Itulah manusia.

Soal prinsip dan keyakinan adalah satu cabang kemanusiaan. Realiti kehidupan adalah satu cabang yang lain pula. Kedua-duanya saling berkait. Aku penyokong PAS. Sebahagian daripada keluarga, jiran dan rakan aku menyokong UMNO. Dalam soal prinsip, aku adalah aku dan mereka adalah mereka. Tapi dalam urusan kehidupan, aku sebahagian daripada mereka dan mereka sebahagian daripada aku.

Orang biasa dalam PAS adalah kawan aku. Ada juga kawan aku berkedudukan tinggi dalam PAS. Orang biasa dalam UMNO adalah kawan aku. Ramai juga orang besar UMNO yang bersahabat dengan aku. MB Perak yang aku tak setuju perlantikannya itu juga adalah kawan aku. Kawan lama dari zaman belajar dulu dan masih kekal sampai sekarang. Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian di tempat aku yang baru-baru ini kalah bertanding Timbalan Ketua Bahagian adalah kawan baik aku. Kami sering berganding untuk projek kemasyarakatan yang tertentu. Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang baru menang pemilihan kali ini pun kawan baik aku juga. Bukan setakat kawan baik tapi ada beberapa projek kerjasama pun.

Tak ada problem apa-apa pun antara aku yang PAS dengan mereka yang UMNO itu. Di gelanggang politik kami bertempur. Di gelanggang hujjah tentang prinsip kami berdebat. Di gelanggang kehidupan susah senang sihat sakit bujang kawin hidup mati kami berganding. Okey je.

Beremosi tapi terkawal. Marah tapi beradab. Pertahan prinsip sendiri tapi mengiktiraf hak untuk berbeza. Aman insyaallah!

Dalam hidup aku yang PAS dan mereka yang UMNO di keliling aku itu tak ada perkataan dan emosi seperti dalam komentar yang aku quote di posting ini.

Tuan punya komen #1 nak ludah muka aku "si lebai tak sadar diri yang tong sampah pun tak mahu terima." Tuan punya komen #2 kata aku "buta sejarah, buta perut, bodoh, tak tentu hala, bangsat, paria, sombong, tak tahu berfikir dan bangang." Sempurna satu pakej makian yang berwarna-warni. Tuan punya komen #3 menyifatkan aku "tak berilmu, tak belajar sejarah dan berhujjah tak pakai akal." Tuan punya komen #4 lebih sensasi lagi dengan bahasa jiwa bangsanya menggelarkan aku "pakatan liwat babi", "pakatan haram yang diliwat minda", "bahalol", "talking cock no facts" dan menyeru aku supaya "pi jilat bontot si Nuar gampang". Tuan punya komen #5 kata aku "tulis benda merapu" dan "tak fikir dulu sebelum tulis", "tak baca media bebas" dan "hanya baca media pakatan saja." Tuan punya komen #6 nasihatkan aku "jangan jadi orang bodoh", "fikirlah banyak kali", "jadilah concerned citizen" dan jangan jadi "orang nonsense". Tuan punya komen #7 kata "Nizar penipu nak mampos, pooooodah, buta kayu" dan "belah je la."

Aku masih hormati kebebasan hak untuk bersuara @ menulis tetapi dalam terhibur dengan irama maki-caci yang rock habis tu, terbit juga tanya dan hairan. Kenapa perlu sampai begitu sekali? Kalau kita pejuang maruah bangsa maka bangsa Melayu kita itu terkenal dengan sopan dan santunnya. Kalau kita pejuang agama maka uslub dakwah itu ada susun dan aturnya hatta jika kita perlu marah atau memberi amaran sekali pun. Kalau kita pejuang parti yang nak menyeru mengajak orang luar masuk ke dalam parti kita maka pendekatan komunikasi itu jua ada perkiraan pada nilai psychology nya. Ops! ini sekadar diskusi. Terpulang kepada masing-masing diri untuk menentukan cara dan gaya berdasarkan ilmu dan ilham. Aku iktiraf hak untuk berbeza!

Tak mungkin aku pilih UMNO. Ada banyak sebabnya. Dari usia kanak-kanak membawa ke zaman remaja hingga dewasa dan kini menjenguk sempadan tua, hampir semua pengalaman perjalanan hidup aku memberi sebab untuk aku tidak memilih UMNO dan tak akan memilih UMNO selagi UMNO itu seperti yang ada dari dulu sampai hari ini. Ops! aku hormati hak untuk berbeza. Yang nak pilih UMNO, pilihlah! Aku bercerita tentang aku. Yang tak mungkin pilih UMNO itu adalah aku. Orang lain? Terpulanglah!

Zaman kanak-kanak di kampung dah beri isyarat awal tentang siapa yang ada dalam UMNO. Dalam UMNO ada orang baik dan ada orang tak baik. Sama saja di dalam PAS, ada orang baik dan ada orang tak baik. Tapi bila dibanci ternyata dalam UMNO lebih ramai orang tak baik daripada orang baik sedangkan dalam PAS lebih ramai orang baik daripada orang tak baik. Bagi seorang kanak-kanak, perbandingan itu sudah memadai sebagai alasan asas untuk memihak. Aku enjoy bila dalam kelompok orang tua yang PAS dan aku kekok bila berada dalam kelompok orang tua yang UMNO. Sempurna tanggapan awal aku sebagai kanak-kanak. PAS baik - UMNO tak baik.

Aku bersekolah menengah di sekolah berasrama aliran agama. Belajar sikit-sikit subject agama yang macam-macam. Bukan satu subject Pendidikan Islam sahaja macam kat sekolah bukan aliran agama. Belajar Bahasa Arab sikit-sikit. Taklah jadi alim pun. Cuma reti sikit-sikit ilmu yang peringkat asas. Sekolah aku tu bukan sekolah pondok maka tak adalah aktiviti-aktiviti yang ada bau-bau politik. Namun aku jadi semakin nampak apa yang PAS perjuangkan. Dan aku semakin nampak cara UMNO tak berapa betul. Nampak cara budak sekolah menengah la.

Di zaman sekolah menengah inilah aku minat sangat dengan sejarah. Buku teks sejarah aku khatam berulangkali. Subject seerah pun aku khatam macam tu juga. Buku-buku sejarah kat kutub khanah hampir habis rasanya aku pinjam dan baca. Ada yang berulangkali.

Banyaklah perkara yang terusik dan terpanggil dalam minda bila membaca dan memerhati catitan sejarah. Salah satu daripadanya ialah soal prinsip yang berkait dengan pembangunan masyarakat dan kemanusiaan. Di sudut itu sekali lagi minda dan jiwa aku menimbang menyukat antara dua wadah politik utama yang bertarung di depan mata. Keputusannya masih sama. UMNO tak boleh jadi pilihan. Sejarah risalah kenabian tak memberi isyarat kepada UMNO. Sejarah tamadun dan politik dunia juga beri isyarat sama. Sejarah tanahair dari zaman hindu ke zaman kesultanan Melayu Islam hingga era penjajahan orang putih dan merdeka, semuanya tak beri isyarat untuk pilih UMNO. Gah dasarnya tapi tiada jiwa. Bergaya tampilannya tapi banyak pura-pura. Rakyat jadi slogannya tapi pemimpin jua yang duluan kiranya. UMNO tak boleh jadi pilihan.

Kemudian aku dapat belajar tanpa perlu pakai uniform. Di menara yang aku tak pernah jumpa gading itu, bertambah sedikit lagi pengetahuan dan pengalaman. Dulu di sekolah aku buka pintu rumah Aqidah, Tafsir, Hadith, Fiqh, Usul Fiqh, Nahu, Sorof, Balaghah, Mantiq dan rumah-rumah ilmu yang sekampung dengan itu. Aku menikmati keindahan ruang tamu rumah-rumah ilmu itu. Ada rumah yang aku dapat masuk ke bilik-biliknya sampai ke dapur. Ada yang sempat masuk satu bilik sahaja. Ada yang hanya di ruang tamu. Macam-macam.

Aku tak daya jadi ulama'. Cuma dapat tambahan daripada kadar yang ambil di sekolah dulu. Tahu yang bertambah sedikit itu tetap beri isyarat yang sama. UMNO tak boleh jadi pilihan.

Di alam itu juga aku berkesempatan membanding menilai manusia di antara dunia UMNO dan dunia PAS. Kesempatan itu datang kerana dalam kampus juga ada kumpulan berbeza prinsip yang hidup berdiri di atas prinsip masing-masing dan memperjuangkannya. Ada student pro-UMNO dan ada student pro-PAS. Memang nyata berbeza. Masing-masing ada betul dan ada silap dalam cara dan tindakan. Namun keputusan akhirnya tetap sama. UMNO tak boleh jadi pilihan.

Kemudian aku berkerjaya sebagai penjawat awam yang terlibat langsung dengan pembangunan nilai kemanusiaan dalam masyarakat. Aku melangkah sampai mengetuai jabatan di peringkat daerah. Bukan satu daerah tapi tiga dalam satu masa. Pada satu tahun, Menteri yang jadi boss aku bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Aku terima arahan ke Kuala Lumpur bersama pegawai-pegawai dari semua daerah dalam Malaysia. Kami berkampung dua minggu di hotel 5 bintang menjadi penggerak kempen si Menteri untuk memenangi jawatan MT UMNO. Tak kurang dari RM 2 juta duit kementerian (duit rakyat) digunakan oleh si Menteri untuk kempennya. Aku dan dua rakan pegawai menguruskan prosedur perolehan bagi perbelanjaan haram itu. Kami menyelesaikan formalitinya. Semua projek dan program tipu sudah disiapkan oleh menteri bersama pembantu-pembantu kanannya. Menteri menang. Top five. Guna duit rakyat. Aduh! UMNO tak boleh jadi pilihan.

Dua tahun kemudian berlangsung pilihanraya umum. Aku yang jadi boss kecik dalam jabatan dititahkan oleh Menteri untuk mewakilinya dalam task force bersama jabatan-jabatan lain untuk memenangkan BN di tiga kawasan Parlimen. Aku jadi barua. Aku jadi pencacai walau pun kerja aku hanyalah memberikan arahan. Kalau tak ada pilihan selain menipu untuk memastikan kemenangan, wajib menipu. Mission accomplished! BN menang sapu bersih. Aduh! aku? apa nak jadi?

Aku berbincang dengan ayahanda aku selama 5 bulan. Aku mohon restu untuk berhenti kerja. Ayah aku cadangkan bertahan lagi. Tengok keadaan dulu. Bincang lagi. Bincang lagi. Satu malam ayahanda aku menelefon aku. Dia dah istikharah. Isyaratnya berhenti. Dia tanya aku "apa isyarat yang kamu dapat?". Aku jawab "entah!". Akhirnya sebulan kemudian aku blah. Cukup. Tak boleh dah. Confirmed. UMNO tak boleh jadi pilihan.

Sampai hari ini semakin lama semakin nyata. Tak mungkin aku pilih UMNO.

Comments :

14 comments to “Nostalgia ... Tak Mungkin Aku Pilih UMNO”
Shitsurei Shimashita said...
on 

membujur lalu melintang patah~ kuatkan semangat tuan.
kita tidak bermusuhan dgn sesiapa namun sikap fanatik atau ketaksuban itu yg buat hati hamoir hitam.

Anonymous said...
on 

lantak kan leh deme tu...mencarut tak tentu arah..deme tu takde Tuhan dan agama la kot...mcm beruk pun ada....walau apa pun, teruskan tulisan2 tuan...dan selamat berjuang!!

Anonymous said...
on 

itu lah ertinya manusia yang benar-benar manusi bila dapat memilih jalan sendiri dan meninggalkan kehidupan yang menguntungkan tetapi menjadikan kita sebagai manusia yang bukan manusia...

Pewaris Melayu said...
on 

UMNO PON TAK INGIN AHLI MACAM HANG..
PIRRAHH!

HAK TUIH!

Anonymous said...
on 

biarkan je Pewaris Melayu dengan cacaian nye.. kepada penulis... kita hampir sama.. pengalaman hidup di negeri tercinta kelantan cukup2 memberi pendedahan kepada ketidakadilan yg dilakukan.

Anonymous said...
on 

kah kah kah kah.....(sambil nguling atas lantai) baca komen komen org melayu sejati.....kah kah kah

Anonymous said...
on 

Dari hidup bercerminkan bangkai lebih baik mati bergalangkan tanah ~ As-Syahid Ibrahim Libya

Anonymous said...
on 

test komen.

HIDUP UMNO!

Anonymous said...
on 

test komen jugak
aku pun nak kata HIDUP UMNO supaya kami boleh jadikan contoh kpd anak cucu kami bahwa umno tu satu contoh yang buruk

Anonymous said...
on 

Agaknya itulah yang diajar oleh UMNO. Ajaran UMNO bagi mereka mungkin lebih baik dari ajaran Rasulullah s.a.w. Apa nak dikata, kalau hati dah menjadi hitam segala-galanya akan menjadi hitam.

Unknown said...
on 

Saya baca dan saya tengok dengan mata hati tapi ketawa memang tidak boleh berhenti. Saya juga dari UMNO, masih ramai kawan dalam UMNO.

Anonymous said...
on 

Setuju dgn saudara.

Nampak je UMNO, bau tahik
Nampak je UMNO, bau tahik
Nampak je UMNO, bau tahik
Nampak je UMNO, bau tahik

dari kecik sampai tua

Nampak je UMNO, bau tahik
Nampak je UMNO, bau tahik
Nampak je UMNO, bau tahik
Nampak je UMNO, bau tahik

Rupanya UMNO=Tahik (UMNO@TAHIK)

Jadi tak heran la budaya dan bahasanya macam tu...

Sabarla saudara, jangan dilayan sangat TAHIK-TAHIK tu..

singamaraja said...
on 

Auuum !

Kalau pilih UMNO maka kita banyak belajar buat kerja munafik

Anonymous said...
on 

Assalamualaikum,

Kebanyakannya mememberi pendapat mengikut akal dan hati tanpa memandang atau merujuk sedikitpun kpd al-Quran dan sumber Hadeeth dan as-Sunnah (bagi orang ISLAM).

kadang-kadang kita menjadi emosi dan tergelincir dari landasan yang betul.

Pokoknya perlu mempunyai minda yang terbuka dan berpandukan ilmiah serta elakkan emosi.

"we are accountable to what being said/written"

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini