PERANG INI MEMANG SENI - DALAM GAWAT ADA DAMAI

FROGSleaping frog


Aku tak dapat menulis sepanjang hari ini. Sedikit kesempatan di celah-celah masa yang sibuk, aku hanya buka laptop untuk ambil tahu perkembangan 'rampasan kuasa' negeri Perak di laman web dan blog kawan-kawan. Maafkan aku kerana mengganggu rakan bloggers dengan sms dan panggilan tak diundang. Terima kasih al-banjari, mat comot, asrol dan topeng perak kerana sudi bagi info pada aku. Kepada Cikgu Din (Drs. Zainudin Awang Hamat), timbalan pengerusi BBC DUN Kelantan, aku mohon maaf kerana tak dapat sambut di stesen bas Ipoh petang tadi. Sms cikgu hanya dapat dibaca selepas waktu Isya' kerana PDA tua aku ada problem.

Sehingga waktu tahajjud ini, status sebenar kerajaan negeri Perak belum ada muktamadnya.

- klik imej untuk paparan lebih besar -

DS Nizar dan semua Exco tidak meletak jawatan. Pakatan Rakyat masih sah sebagai kerajaan di negeri Perak. Perenggan akhir kenyataan media pejabat sultan Perak tidak menepati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

BN telah dapat perkenan sultan untuk membentuk kerajaan baru. PM menamakan Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai MB yang dijadualkan mengangkat sumpah di istana Bukit Chandan petang besok. Majlis angkat sumpah exco dijadualkan pada 10 Februari.

Rakyat hadir melimpah ruah di bandaraya Ipoh malam tadi memberikan isyarat sokongan besar kepada MB. Selain itu, ratusan ribu rakyat juga telah menyatakan rasa kesal dan menyanggah keputusan istana melalui surat, email, fax dan catatan di laman web sultan.

DS Nizar sekali lagi telah mengutus warkah mohon mengadap untuk mendapatkan perkenan sultan bagi membubarkan DUN. Sehingga kini istana masih tidak memberi perkenan mengadap. Rakyat amat kecewa. Ramai menjangkakan istana akan terus membisu. DS Nizar tak dapat mengadap hingga Dr. Zambry mengangkat sumpah. Selepas majlis itu, DS Nizar tiada sebab lagi untuk mengadap. Begitulah perkiraannya.

Kalau begitu, benarlah bahawa kemelut ini sudah sampai saat 'game over'.

UMNO awal-awal lagi telah menghukumkan tamatnya pertembungan ini. FRU dikerah mengepung bangunan SUK sejak awal pagi tadi (5 Februari). Tengahari tadi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim telah mengeluarkan pemberitahuan resmi kepada MB dan Exco Pakatan Rakyat supaya menyerahkan kunci pejabat dan kenderaan resmi dengan kadar segera.

- Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim

- klik imej untuk paparan lebih besar -

Walau pun suasana seperti kelam kabut tetapi semuanya jelas sudah direncana dengan teliti sejak lama. Kisah Jamaludin posmen, Osman Jailu, Imran BPR, Nasarudin Bota, Tajol, Zahid, Najib C4, Fauzi Muda dan Dato' SUK semuanya berjalin-kait melengkapkan adegan demi adegan bagi episod rampasan kuasa ini.

Khabarnya ada langkah melibatkan mahkamah akan diusahakan oleh Pakatan Rakyat pagi nanti (6Februari). Chances is there tapi apalah sangat yang boleh diharapkan berdasarkan rekod pencabulan undang-undang yang UMNO adalah jaguh tiada tandingan. Dari Ibrahim Libya ke Salleh Abas hingga ke Anwar Ibrahim dan Altantuya, semuanya menjadi bukti betapa mahkamah adalah perkara kecil bagi kehendak UMNO. Sirul si kambing hitam baru saja mengeluh di kandang OKT beberapa hari yang lalu.

Orang UMNO di merata kampung sedang ketawa besar. Kedai kopi penuh sesak dari pagi sampai malam bersama senyum lebar UMNO saluran 1 yang tak pernah terkenangkan kubur. Ketua kampung dan JKKK tak boleh pakai cermin mata sebab telinga dah tak ada untuk disangkutkan tangkainya. Telinga kanan dan telinga kiri dah cair kerana kepanasan ayat sindir yang menerobos masuk.

Sekarang, apa nak buat?

Bermacam nasihat dan peringatan dah aku baca di merata laman web dan blog. Sabor yob! Ada hikmahnya. Muhasabah. Serahkan kepada Allah. Jangan putus asa. Lawan tetap lawan. Tingkatkan usaha. PRU13 pasti milik PR. Deme pun tak kan tahan lame. Jom munajat supaya katak mengelejat. Ini peringatan dari Allah. Rujuk kembali kisah Uhud. Ape nak heran, kite dah berpengalaman jadi pembangkang. Seribu satu macam nasihat dan peringatan.

Elok juga kita amati dan fikirkan nasihat itu. Aku syorkan supaya baca berulangkali santapan minda ini:

La tahzan - cenangau
Jangan kita kalah lagi - cenangau
Kembali ke atas trek - cenangau
Pengajaran daripada Perak - Huzaifah
Hikmah kejadian di Perak - Hijat Panjang
Qunut Nazilah - Ummi Anni
Terduduk Anwar beb! - Adukataruna (tulisan ni panas sikit ... tapi renungkan mana yang patut)
I'tibar dari perang Uhud - Muraisenja
Surat terbuka buat semua ADUN dan MP Pakatan - Nasaruddin Tantawi
Berjuang biarlah berprinsip - Nasaruddin Tantawi
Pilihan Allah di bumi Perak - Anak Bulan

dan banyak lagi tulisan yang menginsafkan di merata maya.

Comments :

4 comments to “PERANG INI MEMANG SENI - DALAM GAWAT ADA DAMAI”
Che Ahmad said...
on 
This comment has been removed by the author.
Che Ahmad said...
on 

"Perenggan akhir kenyataan media pejabat sultan Perak tidak menepati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan"

Boleh sertakan perenggan tersebut?

STATE YOUR RESOLVE AND JOIN THE OTHERS AT DEMOCRACY FOR PERAK!

http://cheahmad.blogspot.com/

cyberboron said...
on 

Salam Fadzli,

dah di attached imej 'kenyataan media' tu.

Anonymous said...
on 

Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah is a daughter of the current ruler of Perak, Azlan Shah. She was born on April 3, 1960 and holds a Bachelor’s Degree in Law from the University of London. She is now a lawyer with her own legal firm in Kuala Lumpur.

Eleena Azlan Shah is also a practicing barrister, being called by Lincoln’s Inn, London, in 1985. Upon returning to Malaysia, she joined Messrs Skrine & Co and was called to the Malaysian Bar in 1986. She set-up her own legal practice Messrs Raja Eleena, Siew Ang & Associates in 1987 of which she is presently a senior partner.

Eleena Azlan Shah was appointed to the Board of Gamuda untitledwsdon 1 June 1992. She is the niece of Kamarul Zaman bin Mohd Ali. She is a Director and major shareholder of Generasi Setia (M) Sdn Bhd, which is a major shareholder of Gamuda. Her directorships in other public companies are with KAF-Seagroatt & Campbell Holdings Berhad and Danau Permai Resort Berhad.

Eleena Azlan Shah was named in May 2007 as Malaysia’s 25th richest in the country with assets worth over US$228 million (MYR 773 million). She becomes the list’s second woman after Chong Chook Yew who occupies number 18th with US$320 million (MYR 1.085 billion). Her wealth comes from her being the largest individual shareholder in construction firm Gamuda.

Eleena’s stock took a beating in the past 18 months. She was ranked number 35 richest woman in 2008.

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini