SIDANG MEDIA YAB DATO’ SERI HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN BERSAMA YB NGA KOR MING, USTAZ AHMAD AWANG DAN YB ZAINUDIN YUSOF DI KEDIAMAN RESMI MENTERI BESAR.
6.30 petang 6 Februari 2009.
YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.
Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato’ Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.
Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.
Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:
1. Pembubaran DUN.
2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
3. Meletak jawatan.
Perlantikan YB Dato’ Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.
Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan “Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan”, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung ‘lucut jawatan’ Menteri Besar.
Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. “I’m still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram” katanya.
Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. “UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.
PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.
FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK
1. TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.
BN – 28 KERUSI
PR – 28 KERUSI
BEBAS – 3 KERUSI
2. ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELAOMPAT.
3. KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.
4. DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.
BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG
AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO’ SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.
- NIZAR INGKAR TITAH SULTAN
- NIZAR DERHAKA
- NIZAR SAMAN SULTAN
- NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM
FAKTA SEBENAR :
- Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.
- Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.
- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal.
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
4 days ago
1st comment! 10Q pak cik, lmer bnor m'nggunyer =)
biasa le media haprak tepaksa begitu sbb nak racun rakyat atas pagar. tapi kalau rakyat yg berotak depa tahu nilai mana benar mana salah.
teman cadangkan agar video dan mp3 pc nizar ini diuploadkan supaya mudah untuk di download dan disebarkan
SAH SAH NIZAR NI PENIPU NAK MAMPOS....PPOOOODAAHHH, KARPAL TADI BUAT PRESS CONFERENCE LA BODOH....BUTA KAYU BETUL LA KORANG NI....
BELAH JE LA NIZAR OI..
karpal yg nak saman lain kali tgk bernama tv le.
kat tv1 ada gak siap dgn detail and clause undang2 lg tp biasalah ayat propa
nizar nak saman zambery ja.
kau orang masa berkuasa buat apa ,sunyi aje tarak apa pun .Mungkin sibuk pulun cari harta .
duit punya pasal bro x kira la lu raja ke ape ke semua sama je
x kan lu org x tahu media perdana kan dia org punya. ala nama jer raja tentu2 manusia biasa kena up sikit ...... dah pusing
aku nak je tgk pembaca berita rtm ke tv3 ke mana2 yg nk wat fitnah kat pemimpin aku,agar lidah mereka jd kelu mcm lidah bush masa berucap dpn audience,nak fitnah AL-Quran pencetus keganasan...
Lihatlah Hak BN Perak Yang Dinafikan PR
Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.
Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN yang berkempen dengan satu gabungan sah dan satu manifestasi, telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat belum wujud semasa hari pilihanraya ) memperoleh 52.36%.
Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.
Berbanding TIGA PEMBANGKANG DENGAN IDEOLOGI BERBEZA, calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.
Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.
JADI DIMANA UNDI MELAYU KEPADA PAS ? PAS HANYA MENUMPANG TEDUH TERHADAP DAP SAHAJA, KERANA PENGUNDI CINA MENYOKONG DAP, SAHLAH PAS TIDAK BERPENGARUH KEPADA ORANG MELAYU DI PERAK.
Dengan satu ideologi mewakili portion terbesar dari ketiga-tiga gabungan berbeza ideologi, bukankah BN yang berhak memerintah. Gabungan PR tidak diketahui para pengundi pada masa mereka memilih, kerana rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa orang DAP yang mahukan PAS dan tiada orang PAS yang berkenan dengan DAP. Tetapi mereka terpaksa hipokrit antara satu sama lain.
Pudar harapan untuk mereka memperoleh undian seperti sebelum ini jika pilihanraya DUN diadakan. Bukankah pemerintahan telah kembali kepada kumpulan yang berhak?
Tambahan lagi Nizar menyebut, "saya dipilih rakyat" hingga lupa bahawa Sultan Azlan yang memilihnya. Undi untuknya di Pasir Panjang tidak sampai 5 angka. Exconya dipilih rakyat? Penipu. Bukan rakyat memilih exco. Ngeh dan Nga yang mencaturi.
Kecacatan Pakatan Rakyat Perak lah yang meruntuhkan penguasaan mereka 10 bulan di negeri itu akibat "PAS dikahwinkan dengan DAP tanpa DAP memeluk Islam".
aduihhhh.....demam tk kebah2 lagi ni
Khabarnya...Ketua Menteri P.Pinang telah menyebabkan GAMUDA Bhd terpaksa mmbayar lebih RM28 Juta di atas kecuaian menyebabkan berlakunya banjir di sebahagian kawasan P.Pinang semasa perlaksanaan projek GAMUDA Bhd....yg mana anak perempuan Sultan Azlan iaitu Raja Eleena merupakan antara pemegang saham utama.
Persoalan utk difikirkan,
adakah apa yg berlaku di Perak sekarang ni ada kaitan dengan unsur2 dendam terhadap Pakatan Rakyat????
Sama2 laa kita fikirkan
Pas Bangang buat komen yang paling BODOH.... PAS dapat undi sikit sebab bilangan kerusi yang di tanding terpaksa dbahagi dengan PKR yang Melayu.... Hakikaktnya 52.36 % rakyat perak tak nak UMNO/BN jangan nak putar belit fakta dan realiti pulak.... Nak tanya anta, antara munafik dan Kafir siapa lagi hina dari sudut Islam... Kalu dapat UMNO yang banyak merosakan negara dan Agama baik tak payah... aku tengok institusi raja ini sangat jauh dari pengamalan islam walaupun mereka islam... tengok sendirilah kehidupan dan pengamalan kerabat mereka... Orang mcam Pas Bangang lah yang UMNO lahirkan....
Sekarang benteng terakhir adalah undang-undang dan perlembagaan,rakyat bersandarkan kepada raja untuk buat keputusan, dan dianggap tidak adil tapi kalau raja sendiri didapati dipercayai telah mendapat maklumat yang salah dari pihak durjana yang berkepentingan maka perasaan hormat rakyat pada raja akan hilang...cubalah tengok kembali sejarah melaka!! ambil iktibar daripadanya....jangan terkejut...satu hari nanti sistem raja berpelembagaan tidak lagi diguna pakai...jadi macam negara Nepal...apapun rakyat menentukan segalanya .....INGAT RAKYAT MENENTUKAN KEDUDUKAN RAJA...SAMA ADA BERDAULAT ATAU ........FIKIRLAH SENDIRI.MESEJ INI BUKAN TUJUAN UNTUK MENDERHAKA PADA RAJA ...CUMA MINTA RAJA - RAJA BERFIKIR DENGAN LAPANG DADA HARUS BERLAKU ADIL PADA SEMUA RAKYATNYA...
Nah....sekarang ni harapan pada raja sudah tiada...lagi...harapan terakhir bersandar pada mahkamah saya percaya mahkamahpun sekarang ini dipertikaikan ketelusannya cantoh isu linggam corek..corek corek pun belum selesai lagi, saya percaya cara inipun akan gagal mendapat keadilan apalagi yang rakyat boleh sandarkan!!! apakah rakyat harus membisu dan melihat sahaja INGAT GELOMBANG RAKYAT TIDAK BOLEH DIBALAS DENGAN HANYA BOM ASAP....JIKA IA TIDAK DIBENDUNG DARI AWAL BURUK PADAHNYA....bagi saya buat cara anak jantan yang bertemadun bubar dun serah balik pada rakyat bagi rakyat yang menentukan masa depan mereka...kalau RAKYAT pilih UMNO BN nah perintahlah!!!seadilnya tak perlu turun kejalanan buat kerahan kepada pihak keselamatan beramai -ramai,saya nak tanya berapa kos pihak keselamatan untuk menangani masaalah ini?1x 2x 3x 4x 10x berapa kosnya? berapa orang akan ditangkap dimasukan dalam penjara di dakwa BERAPA KOSNYA...APAKAH BOLEH SELESAI?.....BILA MEMUNCAK WALAUPUN BOM KERETA KEBAL RAKYAT YANG BERNAMA MANUSIA TAK AKAN LARI....CONTOH LIHAT PALASTIN KERETA KEBAL LAWAN DENGAN BATU JALANAN...APA MEREKA LARI DARI MELAWAN???TIDAK SAMA SEKALI DEMI MARUAH HARGA DIRI NEGARA DAN AGAMA RELA MATI DARI MELIHAT KERAKUSAN MANUSIA...KETIDAK ADILAN...FIKIRKAN RENUNGKAN KAN.
ape la..udah2 le 2..
nak bergaduh psl politik..
bengong betul..
baik pk psl palestin tue..
byk faedah dpt..
dr perthnkn politik kat sni..
baik g perthnkn masjidil al-aqsa..
ish3...
insaf la kamu sume...
ape la..udah2 le 2..
nak bergaduh psl politik..
bengong betul..
baik pk psl palestin tue..
byk faedah dpt..
dr perthnkn politik kat sni..
baik g perthnkn masjidil al-aqsa..
ish3...
insaf la kamu sume......>>>>>>>>
salam...
saudara..
apa yg terjadi dipalestin adalh kerana sifat org2 seperti saudara....ketidak prihatinan saudara pd suasana politik tanah air akn menyebabkn saudara dinafikn hak sebagai warganegara yg dilindungi oleh perlembagaan...
fikirknlhhhhhh
Nampaknyer sultan perak dah tersilap langkah. Sebagai bekas peguam sepatutnya keputusan sultan hendaklah adil dan saksama berlandaskan kepada kehendak rakyat. Berikan rakyat kuasa bagi menentukan siapakah pemimpin mereka.Bubarkan DUN & adakan pemilihanraya semula. Adakah pemimpin yang bole dibeli sewenang-wenangnyer diangkat sebagai kerajaan. Ape punyer sultanlah takleh berfikir dengan matang. Macamana dulu hang bole jadi peguam negara har? Apa nak jadi dengan pemimpin Malaysia ni?. Aku risau sejarah akan berulang dimana sultan mangkat dijulang bakal terjadi dinegeri perak. Aku dah tak respek lagi pada sultan perak lagi....
Kalaulah politik lanun dibiarkan terus bermaharaja lela & sultan pulak merestuinya, aku kuatir negara ini akan pincang. Rakyat akan bergolak serta sultan akan dipandang hina oleh rakyat.Mana nak letak lagi kuasa sultan? Adakah sultan hanya pada nama? Dan tak relevent lagikah sultan pada masa kini? berubahlah wahai sultan Perak ku. Janganlah cetekkan pemikiran mu..Berpendidikan tinggi tetapi cetek pandangan hadapanmu......... insaf lah wahai sultan perak...
Anak dengan bapak samer ajer sultan perak tuuu.... Aku dah tak raspek pada sultan perak...
Baik suruh raja tu dan anak beranaknya jadi YB - YB di perak baru puas hati mereka berpolitik! Tak buli di harap langsung!
Nampaknya orang melayu beriya-iya sangat nak kan PKR memerintah balik di Perak. Apa pula yang dilakukan oleh orang cina. Orang melayu berguling-guling di jalan raya tapi orang cina relax jer. Walhal sebenarnya kuasa orang cina (DAP) yang dirampas di Perak. Saya juga tidak setuju dengan cara BN ambik Perak. Kalau betul anak jantan adakan pilihanraya di tempat tu. Tentukan secara adil.
Aku lah king...
King apa...?
King Kong......
Ehhh...ngko sapa daa...?
Aku raaaajaaa...
Raaaaja apa...?
Raaja Kappuuurrrrrr....
Cut......
Rupa-rupanya ini adalah babak dari sebuah filim yg sedang dipentaskan di negeri atas angin...
apa ke nama filimnya....
Siapa Raja...?