Keputusan Mahkamah menidakkan keabsahan tindakan penggantungan 7 ADUN BN Perak oleh Speaker V. Sivakumar tidak mengejutkan. Ia telah dijangka seawal keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN pada 18 Februari lalu. Realiti politik Malaysia menunjukkan hampir mustahil keputusan mahkamah boleh berpihak kepada Pakatan Rakyat, apatah lagi dalam kes yang besar seperti semua kes berkaitan rampasan kuasa ini.
Kes saman DS Nizar terhadap Dr. Zambry yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi juga pada dasarnya berdepan dengan kemungkinan yang sama. Amat ajaib sekiranya keputusannya nanti berpihak kepada DS Nizar. Kalau DS Nizar menang, betullah Malaysia sudah berubah.
Ada yang bertanya, kalau dah tahu akan kalah di mahkamah, kenapa tindakan-tindakan mahkamah itu dibuat? Apa perlunya membuang masa dan wang memfailkan tuntutan di mahkamah sedangkan dah tahu akan kalah?
Ini jawabannya;
Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang supaya UMNO tidak mengambil mudah untuk selama-lamanya mencabul perlembagaaan, undang-undang dan demokrasi.
Rakyat Malaysia perlu diajak memahami perlembagaan dan undang-undang. Langkah mengheret UMNO ke mahkamah boleh memangkin keprihatinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Walau pun UMNO terus menang dengan mencabul mahkamah melalui pintu belakang dan tangan-tangan ghaib, rakyat akhirnya akan celik undang-undang sedikit demi sedikit.
Semua keputusan mahkamah berkaitan rampasan kuasa ini menjadi azimat yang sangat bermakna kepada Pakatan Rakyat. Penyokong PR semakin bersemangat untuk menguburkan BN. Apabila Mahkamah turut jadi parti komponen BN maka itu tandanya demokrasi sedang menuju ke pusara. Jika BN tidak dikuburkan, Malaysia akan jadi negara penyamun. Ketua penyamun ialah Perdana Menteri. Gerombolan penyamun utama ialah menteri dan timbalan menteri. Persatuan penyamun ialah parti komponen BN yang diketuai oleh UMNO sebagai parti penyamun utama.
Mahkamah membantu penyokong PR membenci UMNO untuk selama-lamanya. UMNO tak akan mampu lagi memujuk mereka dengan rasuah politik. Mahkamah juga telah menyempurnakan pengesahan status UMNO dan BN sebagai parti najis yang wajib dimuziumkan.
Dengan perkembangan ini, pemimpin Pakatan Rakyat tak perlu bimbangkan kesetiaan penyokong sedia ada. Kempen boleh difokuskan kepada penyokong UMNO kategori 'longgar' dan 'keliru'. Melalui pendekatan yang sesuai, adalah diyakini kelompok ini boleh beralih menyokong PR menjelang pilihanraya umum ke 13.
Sehingga kini UMNO masih berpegang teguh dengan prinsip politik Machiavelli dan protokol Zionist 1683 nombor 6 berkenaan 'cara menguasai rakyat' iaitu mengulangi pembohongan sehingga ia dipercayai sebagai benar. Malangnya UMNO gagal menyedari bahawa prinsip dan protokol itu dipraktikkan oleh Machiavelli dan Zionist secara bersama dengan prinsip dan protokol 'mengekalkan ilmu dan intelektual rakyat pada tahap yang rendah'.
Zionist berjaya meluaskan cengkaman mereka sepanjang 500 tahun kerana pembinaan intelektual yang hebat di kalangan mereka, bersama dengan pengekalan tahap intelek yang rendah di kalangan penduduk dunia. Apabila perkembangan ilmu berkembang pesat pada pertengahan abad ke 20, cengkaman Zionist telah sampai ke kemuncaknya. Suku terakhir abad itu menyaksikan kebangkitan kesedaran penduduk dunia menyanggah hegemoni Zionist berbekalkan ilmu yang tidak lagi dimonopoli oleh kelompok Zionist sahaja.
Politik Malaysia menjalani proses yang hampir sama. UMNO berjaya mengekalkan cengkaman politik sepanjang 50 tahun kerana majoriti rakyat cetek ilmu pengetahuan. Parti dan pertubuhan yang menentang UMNO gagal mendapat sokongan kerana rakyat mudah ditipu dan dirasuah oleh UMNO. Kebangkitan awal menentang UMNO hanya berlegar di institusi pengajian agama yang didokongi oleh ilmuan Islam. Gelombang kedua kebangkitan ini muncul di Institusi Pengajian Tinggi pada pertengahan tahun 70an dan memuncak pada pertengahan tahun 80an. Kedua-dua peringkat kebangkitan ini berkait langsung dengan faktor ilmu dan maklumat.
Hari ini UMNO masih mampu bertahan dengan baki penyokong yang cetek ilmu dan miskin maklumat. Majoriti rakyat yang berilmu dan celik maklumat telah pun meninggalkan UMNO. Kajian akademik di kampung-kampung Melayu membuktikan 80% penyokong setia UMNO ialah orang Melayu yang rendah IQ dan buta ICT. Kajian yang sama menunjukkan 70% orang Melayu berkelulusan STPM ke atas telah memilih PAS atau PKR. Jika Pakatan Rakyat dapat mencelikkan 10% penyokong UMNO sehingga mereka berilmu dan bermaklumat, adalah diyakini parti perkauman itu akan dipusarakan sebelum pilihanraya umum ke 14.
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
1 week ago
umno = matlamat menghalalkan cara...
setujuuu!
tambahan maklumat untuk diklikbaca:
Komen Peguambela di Mahkamah Persekutuan
Trend baru sebab adakan pilihan raya kecil
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) mengeluh panjang semalam. Bukan kerana penat atau bosan mengendalikan siri pilihan raya kecil yang sejak SPR diterajuinya 31 Disember lalu, sudah empat pilihan kecil diuruskan dan menyusul kelima, Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang.
Tetapi kepada Abdul Aziz, 59, kekosongan sesuatu kerusi memerlukan SPR mengembalikan semula suara demokrasi itu kepada rakyat untuk membuat pilihan. Cuma, kebelakangan ini beliau nampak seolah-olah terjadinya sesuatu pilihan raya kecil itu tidak ubah semacam 'satu trend' yang digemari pihak tertentu.
"Kalau sudah terpaksa kerana penyandangnya meninggal dunia tidak mengapalah, tapi kekosongan itu berpunca daripada masalah dalaman parti itu sendiri. Kadang kala hanya berkisar siasatan ke atas wakil rakyat, itu belum tahu kena dakwa atau tidak.
"Kalau AG (Peguam Negara) kata tidak cukup bukti, maka lepaslah dia, dan kalau kena dakwa sekalipun, kita tidak tahu dia bersalah atau tidak... mungkin tak salah. Itu persoalan kekosongannya," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.
Abdul Aziz bukan bermaksud mahu 'menyibuk' tetapi menegaskan itu adalah suara hati rakyat dan isi hatinya termasuk semua ahli suruhanjaya badan itu.
"Undang-undang tetap perundangan tetapi sebagai rakyat, kita kena fikir kos yang tinggi untuk mengendalikan sesuatu pilihan raya yang tidak disebabkan faktor keperluan - meninggal dunia," katanya sambil memberitahu untuk kos pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tempoh hari sahaja, SPR membelanjakan RM450,000 manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM), RM16 juta.
Untuk Parlimen Bukit Gantang pula, kos pengendalian SPR adalah RM700,000 sementara DUN Bukit Selambau dan Batang Air masing-masing RM500,000. Kos yang telah diperuntukkan kepada PDRM untuk langkah-langkah keselamatan di ketiga-tiga pilihan raya kecil itu dijangka meningkat lebih RM30 juta.
"Inilah kos ditanggung yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat terutama dalam krisis ekonomi sekarang. Itu belum lagi risiko yang terpaksa dihadapi seperti kekecohan oleh penyokong parti-parti bertanding.
Kerana itu, Abdul Aziz berkata, untuk persediaan menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR sedang memikirkan sesuatu.
Antara yang dipertimbang untuk dilaksanakan ialah mentiadakan pondok panas (untuk pengundi memeriksa nama dan saluran mengundi) pada hari pengundian serta menguatkuasakan larangan kempen selepas pukul 12 tengah malam sebelum pengundian keesokannya.
"Masalahnya, pada pagi hari pengundian itulah yang paling getir cabaran yang dihadapi SPR dan polis. Para penyokong bukan di situ sahaja malah datang merata dari seluruh negara mencecah hingga 50,000 orang sekadar mahu menunjukkan 'kekuatan,' pengundi pula jadi takut dan susah untuk keluar, jalan sesak dan budaya samseng bermaharajalela," ujarnya.
Mengambil kira pengalaman pahit SPR di Permatang Pauh tahun lalu, keserabutan sama dibayangkan Abdul Aziz bakal berulang di DUN Penanti yang berada dalam kawasan Parlimen itu.
to tok iskandar,
jika betul PRK Penanti tu menghabiskan wang rakyat, kenap tak BN bagi walkover je kat PKR, lagipun itu kerusi PKR - Anwar
http://globalbreakingnews.blogspot.com/2009/04/anwar-challenge-najib-to-give-walkover.html
tak lama lagi penegrusi SPR baru akan dilantik, sudah jadi kebiasaan beend kalau jentera tak boleh membantu campak saja!
Sedikit pandangan.....
Kalau nak talkinkan umno dan bn, salah satu caranya ialah dengan menunjuk dan mempraktikkan KEMATANGAN (bakal pengganti parti pemerintah itu). Jadi elok sangat diketepikan sebarang unsur-unsur yang tidak MATANG dalam tindakan suci itu.
Anda memang benar bahawa rakyat telah ramai yang semakin CELIK tetapi sayugia diingat janganlah silap mengambil kesempatan ke atas fenomena itu. Perhaluskan kata dan cara mempersembahkan hasil fikir.
Selalunya manusia tertarik pada rupa paras yang cantik dahulu, selepas itu barulah mereka akan cuba menghampiri dan ingin mengenali....
Bukan senang nak bagi cinta pada yang lain....
Setelah 50 tahun lebih = ramai yang beranggapan biarlah mati dengan undi macam yang sudah-sudah.
To cumit tg batu,
wadah yang diperjuangkan memang dah cantik sejak penubuhannya. Malangnya pihak yang sana tu telah berjaya 1/2 abad lamanya mangaburi pandangan rakyat marhaen. Perkataan fanatik, melampau, mundur dsb menari2 di bibir mereka saban hari. Tuan pun terpesona dengan lagu itu. Termasuklah aku masa dalam zaman minda jahiliah dulu. Hari ini jangan nilai ahlinya kerana ahli biasa ni ada seribu macam ragamnya. Intailah apa matlamatnya. Bukan pengikutnya.
Kpd Cumit tg batu..
Tuan mcm tak yakin, PR mempu mengurustadbir negara dengan baik. Lalu tuan mencari pelbagai ragam kelemahan yang tak jelas, memang ada pelbagai ragam yang kita lihat, tapi lihatlah yang positif, tuan cuba dedahkan yang positif... apa yang tuan gundah, atau mungkin inilah kejayaan perti pemerintah meracun fikiran tuan dengan khurafat hanya Sammy Velu boleh jadi ketua MIC, hanya UMNO BN boleh perintah Msia, atau kurafat Kubra yang jadi anutan atuk-atuk tuan dan nenek2 yang sentiasa menyangka Malaysia ini UMNO BN punya, orang lain tidak berhak.
Cuba tuan dedahkan mengapa...UMNO BN menjadikan SPRM, PDRM, JAB. Penerangan, Mahkamah dan seluruh jentera kerajaan sebagai Parti komponennya. Melawankerja jijik dan kotor inilah yang menyebabkan tuan nampak kadang-kadang rakyat PR kehilangan cara lalu keluarlah pelbagai cara gaya penentangan..yang dilihat TIDAK MATANG oleh tuan.