Terkenang Dulu-Dulu

Sambil meng'edit' catitan, laporan dan foto PRK059 aku teringat politik aku lebih 30 tahun dulu. Waktu itu kampung aku belum ada bekalan elektrik. Nak tengok TV yang guna bateri kereta, kena beratur di pintu rumah cikgu Ramli. Bayar sekupang baru boleh masuk menonton. Dua tiga minggu sekali mak aku bagi izin tengok TV. Aku masih di sekolah rendah yang tak ada bekalan elektrik. Mandi air telaga bawah gon belakang rumah. Hampir waktu maghrib cucuh pelita katak atau pelita cempeni guna minyak tanah. Hidung gerenti berjelaga.

Di kampung aku ada dua tiga belas orang PAS termasuk aku yang belum bersunat. Semua pejuang-pejuang itu dah lama meninggalkan aku nun jauh di alam baqa'. Waktu itu, seminggu sekali pejuang-pejuang itu adakan usrah dari rumah ke rumah. Usrah zaman itu lebih kurang macam kuliah zaman ini. Kadang-kadang macam ceramah kelompok. Aku jadi pekerja tetap menghidang kopi dan santapan ringan. Tiap-tiap minggu bertahun-tahun. Seingat aku, masa aku di asrama sekolah menengah malah ketika aku dah di universiti, usrah dari rumah ke rumah itu masih berjalan.

Hari ini ahli PAS di kampung aku jumlahnya 311 orang. Kalau dicampur dengan penyokong yang tak daftar keahlian, jumlah kasarnya melebihi 500 orang. Kampung-kampung berdekatan agak slow sikit perkembangannya. Tapi banyak kampung yang asalnya tak ada ahli PAS, empat lima tahun kemudian dah boleh tubuh cawangan. Makin lama makin banyak cawangan.

PAS dah bertanding di tempat aku dalam pilihanraya umum sebelum aku reti baca abc lagi. Yang ada dalam ingatan aku hanya bermula pada PRU 6 tahun 1978. PAS bertanding kerusi DUN dan Parlimen. Aku yang masih kemetot bersama dua tiga orang kawan sebaya dilantik jadi petugas menampal poster. Masak tepung ubi kayu buat gam. Cabut empulur sabut nyior jadikan berus. Berjalan malam dalam gelap tampal poster di merata batang pokok nyior. Kena jerkah dengan UMNO tua. Keputusannya PAS hilang deposit. Dapat beberapa ratus undi sahaja.

Waktu itu kenderaan semua pejuang kampung aku hanyalah basikal. Dengan kenderaan itulah mereka bergerak dalam lingkungan 20-30 km radius. Aku jadi pembonceng setia. Nak mesyuarat jauh sikit kena naik bas. Surat menyurat semua dengan tulisan tangan. Kadang-kadang pinjam mesin taip Pak Mat Pistol. Usrah terus berjalan. Ahli terus bertambah. PAS terus kalah dalam PRU 7 (1982), 8 (1986), 9 (1990), 10 (1995) dan 11 (2004). Dalam PRU12 tahun lalu (2008) PAS masih kalah tapi majoriti tinggal 14 undi sahaja. Aku tersandar di tepi longkang depan pusat penjumlahan undi kerana angka 14 itu. Majoriti paling kecil dalam Malaysia. Mudah-mudahan ketika PRU13 nanti atau pilihanraya negeri selepas DUN bubar tak lama lagi, PAS diberi kemenangan sulung di tempat aku. Kalau aku masih bernafas di saat kemenangan itu, mungkin akulah manusia paling gembira dalam dunia.

Tribute to all pejuang-pejuang kecil kampung aku. Aku yakin mereka kini aman disisi Allah dengan rezki yang dijanjikanNya. Pak Teh Jaafar, Pak Mat Pistol, Cikgu Johor, Pak Lang Dod, Cikgu Haris, Pak Teh Che' Amat dan Tok Lebai Lah masih segar dalam ingatan aku. Aku peluk cium jenazah Ayah Da Ustaz Saad dua tahun yang lalu. Ayah Da adalah setiausaha pertama PAS ranting kampung aku pada penghujung tahun 50an sebaris usia penubuhan PAS sendiri. Ayah Da kekal istiqamah dari zaman jalan kaki hingga zaman kapal terbang membawa ke hembusan nafas terakhirnya. Aku dapat rasakan kesyahidannya ketika memandang wajahnya dan mencium dahinya yang dah jadi jenazah. Takbir!

Begitu juga pejuang kecil dari dalam rumah aku. Bagi aku dia pejuang besar kerana aku terlalu mengenali jiwanya sejak aku masih kecil. Ketika PRU 1978 dan 1982, pejuang kecil ini keluar rumah waktu aku belum bangun dari tidur, dan pulang ke rumah waktu aku telah pun tidur. Kadang-kadang tak balik dua tiga hari malah pernah sampai seminggu kerana menunaikan tanggungjawab perjuangan.

Ketika uzur lewat usia pertengahan enam puluhan, pejuang kecil ini masih bergelut dengan agenda pendidikannya disamping membimbing arah tuju pejuang-pejuang baru. Dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, semangat pejuang kecil ini masih berkobar-kobar. Aku dipanggil bermesyuarat dua orang. Aku dan dia sahaja. Mengemaskini blueprint pusat tarbiyyah yang mula dibangunkannya tiga tahun sebelum itu. Pukul tujuh petang, tujuh jam sebelum ajal, di pertemuan terakhir dua insan, aku dan dia, perkataannya masih soal perjuangan. Pesanannya masih tentang jamaah dan dakwah sedangkan matanya sudah jauh merenung kehidupan abadi yang bakal bermula sebentar lagi. Pejuang kecil berangkat ke Kuala Lumpur untuk hadir menyaksikan anak bongsu menerima ijazah di UIA. Sebaik kenderaan yang membawa pejuang kecil hilang dari pandangan aku, hati aku dah bersedia menerima dia pergi untuk selama-lamanya. Lidah dan mulut aku bercerita kepada kawan-kawan dan sanak saudara bahawa nampaknya macam pejuang kecil dah siap berangkat pergi bukan hanya ke Kuala Lumpur tapi ke destinasi kekasihnya yang abadi. Pukul 2 pagi, malaikat datang menjemputnya. Bila telefon berdering pukul 5 pagi, air mata aku dah berderai sebelum sempat mengangkat gagang. Duhai pejuang! aku dapat merasakanya sejak petang tadi. Selamat berkelana!

Aku memandikan jenazah yang kuning berpeluh itu dengan rayuan dulu kini dan selama-lamanya ... Ya Allah tempatkanlah roh si mati ini bersama syuhada' dan solehin.

Engkau tidak mati wahai pejuang kecil! Disisi Allah rezkimu melimpah ruah. Aku datang ke dunia ini melalui tulang sulbimu duhai ayahanda. Aku bangga jadi anakandamu!

Comments :

27 comments to “Terkenang Dulu-Dulu”
hjbard said...
on 

salam,
semuga ALLAH merahmati kita semua...

radens albanjari said...
on 

adoiii..nostalgia tu aku pun dok rasa,sentimental lak wak bila ber'emo-emo'macam ni,boleh patah balik kaa ? aku nak kembali ke zaman itu..syiookkk bangat!

radens albanjari said...
on 

ending tu wat mata wak tak tahan,sedeyyy looo...wak teringat ayahanda wak yg menghembus nafas dipangkuan wak 4 tahun yg lalu..Al-Fatihah!

Unknown said...
on 

Sdr Sham

Ada sedikit catatan baru dlm http://izzuddin8084.blogspot.com/

Lukmanw

Shitsurei Shimashita said...
on 

semoga perjuangan kita mendapat rahmat dan berkat dari Allah. Teruskan iltizam dan istiqamah kita. Takbir.
Al-Fatihah kepada semua penjuang kebenaran dan keadilan yg telah meninggalkan kita dahulu. Mudah2an mereka ditempatkan di kalangan org2 yg kasihiNya.

650501 said...
on 

peribadi "pejuang kecil" ini telah banyak mengajar aku erti tabah dan bersyukur pada Allah...dia yang aku kenal tidak pernah merungut biarpun sentiasa dalam kesempitan kewangan...tidak pernah mengeluh dalam kerja berjamaah dan sentiasa tenang dengan ujian Allah...warisnya yang ini..cyberboron... banyak mewarisi sifatnya..'moga terus istiqamah dalam perjalanan menegakkan kalimah Allah di alam ini....yang mengenali..

Anonymous said...
on 

masa tu nak bertugas kat pondok panas pun malu..tak dak sapa nak singgah

grand said...
on 

salam bro..
aduh menitik air mata aku bab yang terakhir tu.al fatihah untuk semua pejuang islam.
bro boron.teruskan usaha perjuangan selagi hidup di kandung badan.takbir

Zam Bakaq said...
on 

Sheikh. Sedih bila teringat balik waktu di kampung dulu 20 tahun yang lampau, banyak nostalgia yang tak buleh nak lupa terutama dengan Ayah Da, Pak Teh Mat, Pak Ndak Paq dan lain-lain. Huuu... Huuu...

Balik kampung tengok muka-muka baru banyak yang tak kenai dah. Banyak dah tak dak dah. tinggai Pak Teh Own tapi yang paling tak sangka Pak Brahim Langut dah jadi Tok Bilai.

Macam semalam baru berlalu.....

Anonymous said...
on 

Salam Bro, tolong buat analisa fe'el orang Melayu dgn strategi orang Cina. Adakah mungkin sokongan orang Cina kpd PAS kerana senang nak memperkudakan org Melayu? Senario sekarangni orang Melayu ramai terpinggir terutama diPenang dan dah merebak keKedah.Negeri lain tak usah cakaple kecuali Kelantan.
Lagi satu, 30 taun dulu takan ko tak sunat lagi..?

cree said...
on 

Tulisan ini mengingatkan saya pada arwah Tokwan
dan Tok saya.Kalau pi dengar ceramah,time balik
mesti gelang Tok saya kurang satu pasal dah sedekah masa orang kutip derma.Jasa pejuang dulu yang menjadikan PAS masih wujud dan makin
gagah sekarang.ALFATIHAH untuk pejuang-pejuang
yang dah meninggalkan kita

bukit teluk sera said...
on 

kenai sebahagian besaq nama2 yang dinyatakan di atas. ya.. semoga semua mereka dan kita semua dirahmati Allah.

tak lupa peristiwa arwah pak njang mat peston diculik mantan tokey minyak teluk sera bila nak bertanding ketika itu.

koyengtempur said...
on 

hebat...posting yg hebat. peluang mengenali pejuang kampungan kecil PAS yg berjiwa besar dengan lebih dekat. compile buat buku la bro. profile dorg tak berape penting sbb dorg kurang terkenal, tp fokus pada sifat perjuangan dorg.

koyengtempur said...
on 

koyengtempur comment on

Salam Bro, tolong buat analisa fe'el orang Melayu dgn strategi orang Cina. Adakah mungkin sokongan orang Cina kpd PAS kerana senang nak memperkudakan org Melayu? Senario sekarangni orang Melayu ramai terpinggir terutama diPenang dan dah merebak keKedah.Negeri lain tak usah cakaple kecuali Kelantan.
Lagi satu, 30 taun dulu takan ko tak sunat lagi..?
posted by Anonymous said... on April 9, 2009 5:23 PM

aku tak pastilah maksud abg "orang Melayu ramai terpinggir" tu mcmane? terpinggir dr segi ape aaa? kalu dlm ekonomi zaman BN mmg dh tpinggir. kalu dlm pelajaran melayu tak terpinggir tp ketinggalan sbb sistem pendidikan kita kot.

aku tak buat analisis. tp aku tak kisah PR byk menang undi cina/india sbb yg penting bila PR pegang Malaysia proses penerangan dgn pemujukan pada org melayu lebih terang berbanding sekarang.

jd point aku ialah PR mesti pegang Malaysia.

err...tp kn...kalu buat perbandingan peratusan melayu yg sokong BN dgn sokong PR, mane lebih tinggi aaa?

cume harapan aku pemimpin2 melayu PR tak lemah la. takde Anwar ada ustat Hadi, takde dua2 org ni..ahah..superhero yg baru ada iaitu Nizar hohohohoho...

pastu dlm pkr n pas aku xnmpk sgt pemimpin yg balance utk smua golongan dan kaum...zulkifli noordin ok tp kaum lain leh terima ke dia ni? azmin dgn kaum2 lain mcm ok tp dgn golongan agama mcmane?mat sabu mcm ngam je dgn kaum2 lain n golongan agama tp dgn kaum wanita lak?
hmm pkr n pas kena start buat kursus kot...

koyengtempur menentang 3pm said...
on 

alalala..komen ni smbungan pada komen aku sebelumnya.

mungkin nama2 "pemimpin yg tak brape balance utk smua golongan dan kaum" yg aku sebut tadi bukanla apa yg aku fikir.

dan maybe ada lagi pemimpin2 lain yg ada ciri2 balance ini.

cuma mereka2 ni mungkin belum ada rezeki untuk menonjolkan diri, mungkin juga aku tak kenal dorg2 ni dan mungkin juga pandangan aku kecik mcm reban ayam. mcm2 kemungkinan la

tu je la komen aku..sori la guna blog ko muhahahaha

Anonymous said...
on 

Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"

awi dicu said...
on 

Sappe-sape tolong upload analisis keputusan setiap UPU dlm parlimen Bukit Gantang. Komposisi kaum, peratusan dll

Huzaifah Ahmad Yamani said...
on 

Salam, suatu kisah peribadi yang menyayat hati...nak nangis rasanya...huwa...!

Anonymous said...
on 

Apa yang cik cyberboron lalui,saya juga lalui perkara yang sama masa kecik-kecik dulu..setiap malam jumaat rumah saya ada usrah..tapi sekarang semua nya jadi kenangan terindah..mak & ayah pun dah tak ada...saya pun dah berpindah mengikut suami..tapi perjuangan tetap diteruskan...

mraolex said...
on 

salam..
Tahniah di atas kerja keras bloggers2network@perak pada PRK P059.."pejuang kecil" mungkin saya tak kenal tapi ciberboron amat-amat dikenali

priory of jenin said...
on 

penulisan yang agak menyayat hati. takpa, PRU ke 13 ustaz jd calon la?

lukmanw@gmail.com said...
on 

Salam Sdr Priory of Jenin

Tertarik dgn entry di blog sdr terhadap saranan kpd DS Ir Nizar.

Saya mengenali sdr Cyberboron sebagai sdr. Sham yg sepatutnya saya memanggilnya ustaz Hisham skg ini.

Saya kenali sebagai pemimpin, pembahas dan pemain bola semasa bersekolah. Saya mengenalinya sebagai pemimpin mahasiswa yg aktif semasa di UM (Presiden PMUM). Kalau tak salah saya beliau beberapa kali dipanggil mengadap/berjumpa DS Anwar Ibrahim semasa itu (late 80s dan DS Anwar Menteri Pelajaran). Malah saya pernah bersama-samanya dalam beberapa siri demonstrasi di sekolah dan di UM.

Saranan yang sesuai utk beliau bertanding di PR 13 ataupun jika ada pilihanraya kecil buat masa terdekat di kawasan beliau.

Lukmanw

bukit teluk sera said...
on 

good suggestion, mr luqmanw.

Cumit Tanjung Batu said...
on 

Masa ada lagi lebih kurang 3 tahun untuk PRU 13. Kembali ke lubuk ni... buat permerhatian dan kajian untuk mengenali tabiat ikan-ikan, cari ramuan terbaik buat umpan. Jangan lupa mempertingkatkan prestasi peribadi. Insyaallah anak pemimpin kecil bisa saja menjadi pemimpin yang tidak lagi kecil.

IndukYati said...
on 

Salam Semua,

Kenangan yang terindah bersama mereka yg tersayang...akan abadi selamanya..

Perincian ttg pasca PRK ini harus dilaksanakan...mengenal pasti point-point penting,tabiat,sikap dan arah pemikiran pengundi perlu demi melancarkan gerak kerja PRU 13 kelak.

Ululicin said...
on 

Sehari dua ni bukit teluk sera diselubungi kabus. Memang cantik, tapi sedang dirobek...

nuqman said...
on 

Baca nostalgia cyberboron ni seolah menginbau kenangan lama sebelum PAS for ALL. dulu PAS for rakyat Marhaen je, bukan parti elit hanya parti tok lebai, iman kg, berkopiah berkain pelikat. Aku bukan pemimpin dlm parti cuma penyokong tegar aje, seteruk mana pun kutukan, caci maki dari org BN kita anggap sebagai nyanyian je. kalis dah dgn semua tu. Cuma sekarang org-org yg baru mengenali PAS lain macam je, Hargai dan respek sket kat org lama dlm PAS, kami tak punyai Ijazah bergulung gulung, tapi kami le yg menjadi penampal poster yg tegar, panjat tiang api tanpa insuran nyawa, Pakai poster yg telah direcycle berulang ulang dlm PRU dulu utk menjimatkan perbelanjaan. Nak masuk PRU bayar deposit calon pun pakai duit derma. Makan hanya biskut kering dicicah dgn tea o. itu ajelah makanan kami tak ada sponsor atau penajaan dari mana mana. penyokong PAS sendiri ada yg tak makan dirumah kerana tak ada duit semua duit diinfak pada tabung PRU.saya rasa skrg dah tak ada lagi macam tu. semua disediakan oleh Parti. Dulu bekerja dari malam sampai pagi, esok pi keja, petang sambung balik pasang poster, ceramah kempen. kami tak pandai melawan cakap pemimpin kadangkala kami tau cakap pemimpin ada salahnya tapi kami anggap mereka juga manusia biasa tetap melakukan kesalahan.Gelombang kedua dan ketiga dalam PAS telah merubah struktur PAS dan kami yg menjadi batu asas kpd PAS berbangga dgn perubahan ini. semoga struktur ini terus kukuh dan terus kukuh. Kami dulu tak pernah berfikir bahawa satu masa nanti kami akan bergabung dgn DAP atau sesiapa dan tak pernah kami terlintas untuk memerintah negeri apatah lagi memerintah Persekutuan. Islam akan kembali gemilang insyaallah.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini