Sehari dua ini politik dalaman PR agak panas. Nik Abduh mencetuskan kontroversi lanjutan bagi isu muzakarah-muqabalah-unity government. Lebih serabut ialah keputusan PAS Kawasan Permatang Pauh yang nak bertanding di Penanti. Ketua DPP Pulau Pinang menambahkan lagi kehangatan itu dengan kenyataannya hari ini.
Sebenarnya kita dah ada banyak sangat isu yang perlu ditangani. Krisis Perak semakin memuncak menjelang 7 Mei. Selangor juga sedang diserang secara senyap. Kehangatan pencalonan menjelang Muktamar PAS sedang diusik dan diadu-domba oleh media UMNO untuk menimbulkan perpecahan. Dan banyak lagi.
Bagi kes Permatang Pauh, pertama sekali secara peribadi aku tak bersetuju dengan keputusan dan tindakan PAS Kawasan itu dan Ketua DPP negeri. Itu hak aku. Aku tak tahu apa yang mendasari keputusan PAS Permatang Pauh yang dikatakan 'kehendak akar umbi' itu. Aku juga hormati hak masing-masing sama ada individu atau organisasi untuk berpendirian macam mana sekalipun. Tetapi aku tetap gunakan hak aku untuk tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan yang dah berlaku setakat hari ini.
Aku tak peduli sangat soal UMNO-BN yang pasti akan menggunakan isu ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan berusaha melemahkan pertahanan kita. Mereka tak akan berjaya kalau kita pantas menjernihkan suasana dan kembali fokus kepada matlamat yang disepakati bersama.
Adat berbeza prinsip dan fahaman memang akan bertembung di sana dan di sini walau pun secara resminya ada jalinan muafakat. PAS-PKR-DAP akan tetap ada perbezaan dalam pelbagai perkara walau pun telah memeterai persepakatan. BN yang sudah tua itu pun masih berbalah antara sesama parti komponen dalam banyak hal.
Tugas dan tanggungjawab kita ialah menguruskan perbezaan itu sambil mengiktiraf hakikat kewujudannya. Fokus kita mestilah kepada kesamaan prinsip dan matlamat yang menghubungkan kita setakat ini. Kita mesti kaya tolak ansur. Kita wajib waras tentang nilai hormat-menghormati. Kita mesti benar-benar sedar realiti 'bersama dalam berbeza'. Kalau hal ini dapat kita uruskan, hayat PR akan lebih panjang sehingga insyaAllah kita akan mendapat mandat rakyat untuk memimpin kerajaan pusat. Kalau kita gagal memahami dan menjiwai persamaan dan perbezaan ini, UMNO-BN akan terus berkuasa untuk merompak harta negara.
Aku bersama rakan-rakan di kawasan aku pernah melalui pengalaman yang hampir sama dengan kes Permatang Pauh. Cuma tak ramai yang tahu kerana di kawasan aku tak ada nama besar dalam politik. Yang ada hanya 'kucin tanah', kata kawan-kawan aku.
Pada tahun 1999 PAS dan PKR (waktu itu PKN) sama-sama menuntut untuk bertanding di satu kerusi DUN di kawasan aku. Aku orang PAS. Tentulah aku mahu PAS bertanding. Waktu itu ada 19 cawangan PAS di DUN kami dengan ahli seramai 1732 orang. DUN kami ada 20 Daerah Mengundi. Kira-kira 'ngam'lah imbangan jumlah cawangan dengan jumlah Daerah Mengundi. PKN ada 7 cawangan dengan keahlian lebih kurang 250 orang. PAS ada 11 markaz. PKN ada 1. PAS dah sedia ada jentera pilihanraya hingga ke peringkat UPU. PKN pun ada jentera tapi tak berapa kelihatan. Bagi aku sebagai ahli PAS dan dengan fakta-fakta cawangan, keahlian, markaz dan jentera itu, tentulah aku berhak menyuarakan pendirian bahawa PAS lebih layak bertanding.
Di pihak PKN, mereka juga ada pelbagai hujah tentang kelayakan mereka yang dikatakan mengatasi keupayaan PAS. Kami sama-sama mendesak pemimpin parti peringkat negeri dan pusat supaya mempertahankan hak untuk bertanding. Aku mengutus tak kurang 5 surat resmi ke peringkat negeri dan pusat termasuk kepada Setiausaha Agung PAS dan Presiden keADILan. Ketua PKN Bahagian pun berulangkali menemui Presiden mereka untuk maksud yang sama.
Tapi selepas semua hujah dan ayat yang pedas, marah dan berbau ugutan, semua surat yang aku utuskan diakhiri dengan perenggan ini:Besarlah harapan kami agar hasrat yang ditegaskan di dalam surat ini mendapat pertimbangan dan kelulusan Tuan (atau Puan) bersama seluruh Jawatankuasa PAS Pusat (atau seluruh ahli MPT keADILan) dengan kadar segera. Walau bagaimana pun pihak kami akan menerima sebarang keputusan resmi yang dibuat oleh pimpinan tertinggi parti.
Akhirnya BA (Barisan Alternatif) memutuskan PAS bertanding. Aku bersyukur dan seronok. keADILan Bahagian memboikot gerak kerja pilihanraya DUN kami. Seluruh jentera keADILan Bahagian berhijrah menjalankan kerja-kerja pilihanraya di satu kawasan Parlimen di selatan negeri Perak. Aku dan rakan-rakan PAS Kawasan menerima hakikat boikot itu dengan lapang dada.
Selepas pilihanraya kami terus berhubung seperti biasa walau pun ada rasa kekok. Menjelang pilihanraya umum tahun 2004, PAS dan PKR sekali lagi menuntut hak bertanding seperti lima tahun sebelumnya. Berbincang, berhujah dan mengutus surat ke peringkat tertinggi. Akhirnya BA memutuskan PKR bertanding. Walau pun sedih dan terkilan, mesyuarat AJK PAS Kawasan memutuskan secara resmi untuk menggerakkan sepenuhnya jentera yang ada. Bilik-bilik gerakan PAS beroperasi sepenuhnya. Petugas-petugas PAS melaksanakan semua tugasan bersama petugas PKR. Namun sebahagian ahli PAS merajuk. Tak bekerja tetapi tetap keluar mengundi PKR. Hukum keluar mengundi PKR sebagai rakan dalam pakatan BA diinsafi dengan baik oleh ahli-ahli PAS yang merajuk itu. Alhamdulillah.
Menjelang pilihanraya umum tahun 2008, tiada lagi perselisihan. PKR memberi laluan sepenuhnya kepada PAS. Berkebetulan dengan gelombang tsunami yang melanda politik negara, kami kalah tetapi hanya dengan kekurangan 14 undi. Sedih kerana kalah tetapi semakin yakin untuk menghadapi PRU13.
Berbalik kepada isu Permatang Pauh, aku mohon semua pihak berjiwa besar menginsafi matlamat perjuangan yang telah disepakati bersama. Masalah memang lumrah namun ayuh kita selesaikannya. Kehebatan gerak-kerja kita terletak pada kebijaksanaan mengurus masalah.
PAS Kawasan Permatang Pauh perlu beralah. Aku faham desakan dan tekanan daripada ahli-ahli dan cawangan-cawangan kerana kami pun pernah mengalaminya. Aku faham penegasan tentang kekuatan jentera dan lain-lain yang berkaitan dengan pilihanraya. Aku faham tentang kebimbangan dan persepsi yang bercelaru terhadap satu dua kes YB PKR. Aku faham.
Tetapi itu semua tidaklah lebih besar atau lebih penting daripada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kita bukan setakat nak menang di Penanti atau Permatang Pauh tetapi nak menawan Malaysia. Kita sedang berada di landasan yang betul ke arah itu. Mengekalkan pendirian seperti yang heboh diperkatakan setakat hari ini, hanya akan meruntuhkan binaan politik baru Malaysia yang hampir siap.
PAS Pusat perlu cepat, pantas, segera, laju, tak berlengah dan tak bertangguh mencari penyelesaian terbaik. Turunlah ke Permatang Pauh. Kalau perlu semua pemimpin-pemimpin besar turun ke Permatang Pauh, ayuh turun segera. Berjumpa dan dengarilah luahan ahli-ahli. Kita bukan UMNO yang berkasta Brahma dan Paria. Pemimpin kita tentulah mahu mencontohi RasuluLlah yang sama berselemoih dengan prebet mengorek parit dalam perang Khandak.
Aku yakin ahli-ahli PAS Permatang Pauh boleh berlapang dada kalau pemimpin-pemimpin besar sudi mencemar darjat turun bersembang dan menerangkan keperluan kekal dengan setiakawan PR.
Kepada rakan-rakan dalam PKR, aku mohon sudilah kiranya rakan-rakan sekelian membantu untuk meredakan kekecohan ini. Please jangan simbah petrol kepada api yang masih kecil. Perbezaan pendapat seperti kes ini memang telah biasa berlaku antara kita. Contohnya seperti kisah yang aku ceritakan di pertengahan tulisan ini. Kalau kita saling mendabik dada, alamat binasa. Yang panas bukannya semua. InsyaAllah kebanyakan kita dalam PR sudah semakin dewasa memahami keperluan politik masakini. Masalah ini boleh diselesaikan. Dalam tegas mempertahankan hak, pelihara dan berjaga-jagalah di mana-mana yang patut. Kan kita sama-sama manusia. Masing-masing ada kelebihan dan ada kekurangan.
Jom pastikan Dr. Mansor Othman menang di Penanti !!!!!!!
POLITIK DAN AKADEMIK TIDAK SAMA
-
*UNTUK MENGGATALKAN MULUT SILAKAN !*
*HENDAK BERBAHASA BIAR CERDIK !*
*POKOKNYA SEMANGAT !*
*TAK PAYAH JADI LIBERAL KANGKONG!!!*
*NAMPAKNYA SAJA NAK C...
1 week ago
semoga yg hangat tidak menjadi panas...
aku setuju...Pimpinan Pas kena redakan masalah ini segera..TGNA senyap aje...komen la skit bagi reda
Banyak-banyak laman web PR...harakahdaily yang paling lambat update...Wartaman Harakah perlu segera mendapatkan komen pimpinan, setidak-tidaknya pimpinan Pas Negeri. Jangan agendadaily pula yang lebih update dalam memberi berita.
apa manfaat berebut kerusi..camni??adakah dengan berebut kersui boleh menjadikan PAS parti gagah menerajang UMNO sehingga kalah teruk dah hilang deposit..apakah berebut kerusi camni boleh membantu DS Nizar dilantik semula jadi MB Perak..apakah Pemuda PAS galak nak berebut kerusi yang mana akhirnya akan membantu PAS menjadi kerajaan Persekutuan?Apakah berebut camni akan serta merta membebaskan tahanan ISA di Kamunting dan menyatukan kemabli anak dan ayah?apakah berebut kerusi akan menjadikan polis lebih adil dan lebih saksama?apakah berebut kerusi akan menjadi sprm,spr dan mahkamah adil dan bertanggungajawab secara profesional kepada rakyat??kadang2 aku rasa pemuda pas pp mcm pemuda umno pp
aku tau sapa tulis ni...yang tulis ni pun kena cermin diri dulu hang tu sapa...cakap tak serupa bikin....ini PAS kawasan beruas...cakap tak serupa bikin...
hisham...hang jangan nak berlagak baik la...dalam PAS hang ni macam duri dalam daging...hang la yang merosakkan PAS kawasan beruas ni...geng hang 30 orang tak keluar mengundi pada masa mac2008 ni...hang boikot sebab calun PAS ni orang luar...calun PAS kawasan ni dapat majorit 14 undi tu Tim.pesuruhjaya PAS perak ust.Abu bakar husin..apa hang ingat aku tak kenal hang sapa...dah bertaubat ke belum ni...dosa hangpa ni Allah akan melaknat sepanjang hidup...
untuk maklumat..
Tahun 1999...calun PAS Hisham ALI (yang tulis atikel ni)
Tahun 2004....Calun PKN Kamarudin Awang Teh
Tahun 2008 ....Calun PAS Ustaz Abu Bakar Husin (Tim.Pesuruhjaya PAS Perak )
Orang PAS beruas kenal la sapa Hisham Ali ni..Makluk perosak dalam PAS....
Hisham ni kerja dia mengkeritik kepimpinan...dari dulu sampai sekarang...tak dak kerja lain..dan saya harap kepada pemimpin PAS perak kena berhati2 dengan PAS kawasan beruas ni...terutamanya Hisham ali and the gang
sorang lagi geng dia tim YDP kawasan Beruas...yang baring atas jalanraya masa demontrasi kat kuala kangsar...yang pegang bendera palestin tu jaga sikit...dia tu bekas SB..kepada pimpinan negeri kena buka balik you tube masa demontrasi kat kuala kangsar tu...
wei semua...aku baru nak jenguk2 kt cni...la..org sama2 PAS pun gaduh jgk? camna nak menang...jgn jadi umno nun..
Dah...sah... dalam PAS ada hantu hitam yang menyamar jadi Ahli PAS dan telah mendapat tempat (Jawatan).
Hantu ini sudah mula menular melepaskan kuasa halus nya memporakperandakan keadaan.
Cukup licik......
Dulu masa susah kita seia sekata....
Ikuat apa jua yang di putuskan.
Sambil duduk,sambil baring,sambil berdiri kita sama sama berdoa untuk kemenagan semuer.
Tapi sekarang bila dah agak Senang(Menang) mula lah ..bercelaru,merapu,ada yang kurang kuah lebe sudu pula.,lupa diri lupa asal nya.
Maka Allah menyindir."Saolah olah mereka mereka itu tidak pernah meminta apa apa pada ku??"
Marilah kita kembali kepangkal jalan.(Setiap Jumaat ada di peringatkan)
Wallahuaklam.
Alhamdulillah. Terima kasih atas pendedahan dan kritikan anonymous 12.37am - 1.05am. Saya junjung hak untuk berbeza prinsip dan pandangan. Saya hormati hak mengkritik.
Mudah-mudahan berguna untuk kebaikan dan perkembangan PAS-PR. Siapa pun yang merosak dan merugikan jamaah, berhati-hati terhadapnya. Nasihati jika mampu diperbetulkan. Jika perlu, tiadakan dia dalam organisasi. Termasuklah kalau yang merosakkan itu ialah saya.
Mudah-mudahan anon yg mengkritik dapat membina jamaah sebaik mungkin.
Terima kasih & Alhamdulillah.
Saidina Ali kerkata' tidak ada islam jika tidak ada jemaah dan tidak ada jemaah jika tidak ada ketaatan'..yang penting nya adalah ketaatan kepada kepimpinan,jika tidak ada ketaatan..kapal yang besar dilaut tu pun akan tenggelam..masaalah nya kawasan beruas ni ,tidak memberi walaq kepada kepimpinan,sdr kena faham masaalah ketua DPP pulau pinang ni disebabkan tidak ada walaq kepada pemimpin,..pemimpin kita telah membuat perjanjian dengan parti2 dalam Pakatan Rakyat...akur saja la,kita nak perintah negeri,bukan setakat DUN saja...apa ke bahlol sangat Ketua DPP P,pinang...anta tak layak la jadi Ketua DPP..apa anta ingat ketua DPP negeri tu besor sangat ke?..anta ingat DUN penati saja menang boleh perintah malaysia ke?...jangan lah menang sorak,kampung tergadai,hangpa pemuda kena lah belajaq dari orang lama,..kita ada dewan ulamak..jangan buat tak tentu kira..
aku rasa yang mengkritik tu bukan ahli PAS...artikel ni tulis utk meredakan keadaan..menyejukkan suasana...jgn la pulak duk campak "petrol" ke "percikan api" yg baru menyala...cuba renung dan fikirkan artikel ust. cyberboron kita ni...wassalam
teringat aku pada almarhum ust. fadil nor. patutla almarhum pernah kata dia lebih suka pas tetap jadi pembangkang seumur hidup. mungkin kalau dah menang akan jadi macam yang dok ada la ni.
aukauk88.
untuk maklumat sayap helang putih
yang mengkeritik ni adalah ahli PAS....saya jadi ahli PAS dah hampir 25 tahun...dah jubli perak dah...pernah memegang saf kepimpinan Pemuda negeri Perak satu ketika dulu...masa zaman Ustaz sidiq nor dan sdr noh ahmad jadi ketua Pemuda perak dan Ketua DPP pusat masa tu, Datuk Abu Bakar chik...
depa ni kat orang depa suruh walaq tapi depa sendiri pula woluk
ust cyberboron....saya nak tanya ni mengapa dalam tulisan saudara ni tak disebut kawasan mana?dan mengapa berselindung disebalik tabir,,..takut orang tahu,tapi dari jalan cerita saya boleh tahu...saya tak nak ceritakan lebih2 dalam ni,sebab nanti saudara malu,tapi nasihat saya bertaubatlah,Allah masih memberi ruang lagi kita bertaubat,jangan teruskan lagi kerja2 yang merosakkan jemaah...
kpd anon 1:44am
terima kasih di atas penjelasan tersebut..
sekadar berkongsi pandangan..ana hormati golongan "otai" di dlm perjuangan...wassalam jzklh...
salam...berapi api nampaknya anon-anon di atas.. mudah-mudahan bukan disertai dan didorong oleh makhluk yang diciptakan dari api.pendapat saya.. 1. memang bagus menegur dan menyeru orang lain bertaubat..lagi bagus kalau kita sama-sama muhasabah diri dan bertaubat dalam setiap silap dan salah yang kita lakukan..rasullullah memang mengajar kita agar sentiasa memohon keampunan Allah kerana manusia memang tidak sunyi dari dosa.
2.merosakkan jamaah? Allah pasti akan menggugurkan golongan yang merosakkan jamaah. itu janji Allah...yang rosak hatinya,rosak matlamat perjuangannya dan rosak caranya.
3.usah kita saling menuding jari menuduh orang merosakkan jamaah sedangkan hakikatnya satu jari kita tuding ke arah orang,empat lagi jari menghala ke badan sendiri.jadi yang terbaiknya masing-masing semak atau muhasabah diri dan memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri.
4.tautkan hati seikhlas mungkin,teguhkah saf barulah jamaah akan mantap..menuduh dan mengata akan melemahkan jamaah.
5.lama atau baru dalam jemaah bukan ukuran iman..
yang paling dekat dengan ALLAH adalah hamba Nya yang paling bertaqwa dan penilai taqwa hanya Dia.
Ipoh2004
bagi sy senang je, kalau rasa apa yg anon cakap tu betul laporkan bawa ke peringkat lebih tinggi,
bgtau je yg ust hisham dan yg baring kat atas jln masa kuala kangsar aritu perosak jemaah dlm pas. senang citer...
sebab bagi sy tak guna kita jadi ahli pas kalau masih lagi minda kita tahap tahun 80an...
saudara hamba allah,
3.Orang yang makan duit pendaftaran ahli bukan rosakkan jemaah ke?memboikot pilihanraya lepas dengan tidak mengundi disebabkan calun daripada luar tak merosakkan jemaah ke?menghantar surat protes perlantiakan penyelia kawasan(Tim pesuruhjaya ) dangan bahasa2 yangkesat ..ini dikatakan tidak merosakkan jemaah ke?
5.ana tidak berhajat ceritakan ahli ana dah lama...tapi disebabkan sayap helang putih menanyakan mengenai nya jadi ana ceritalah serba sedikit...tapi sdr kena faham...kita harus bersukur disebabkan ada orang lama yang memperjuangkan jemaah inilah kita dapat sambung perjuangan mereka,disebabkan keikhlasan merekalah kita dapatmenyecapi jemaah ini,...sepertimana dengan adanya sahabat yang membawa islam keMalaysia inilah maka adanya umat islam disini.
soal taqwa bukanlah hak kita,.
anon,
kalau tuan cakap benda betul kenapa perlu "anon"?
siarkan nama dan no ahli tuan yg dah 25thn itu..
kan lebih afdal...
sy lagi menyampah dan meluat kalau yg bercakap anon tp tak berani nak berdepan...itu lagi dayus..
salam bg aku xsalah apa yg DPP pmtg pauh buat...
aku yg membesar dlm PAS dpt rs sgt perubhan dlm PAS skrg...
tambah plak aku membesar dlm keluarga PAS di perlis..
yg mmg majoriti totok UMNO mcm Johor
yg sedihnya skrg org PAS pun duk gila jd pemimpin w/pun diri tak bersedia...
dulu jawatan ni sampai kena paksa...
semua org tak nak pegang...tp bab buat kerja gerenti settle...ramai yg akan buat
tp sejak berkawan dgn PKR ni...dh lain...
ahli (baru) PAS ni pun dh berperangai UMNO...
nk jd boss ja..
nk jawatan..tp haram sebatang bendera pun xpernah tolong pasang...
mai markas duk cekak pinggang ja...
tinggal lah org PAS yg lama ni duk tertungging buat keje...
pasal penanti..apa salah nya letak calon org PAS?
kalau HISHAM duk kata suruh kita (org PAS) muhasabah diri..psl apa depa (org PKR) xleh plak nk muhasabah diri?
bg lah kat PAS sbb kaw ni mmg kubu kuat PAS...
skrg ni semua menda kena anggung ja?
apa PKR kata anggung ja?
no way man...kalau mcm ni baik PAS kuar dr PR..
biar kita xmenang byk asal kan kitateguh dn kukuh...
dr menang mcm ni tp cerai berai......
dr awl lg aku duk kata xelok join dgn PKR ni!
anggung tukar kpd angguk!
thatguy886...biarlah sy rahsiakan aje nama adalah lebih baik,...hang ingat aku baru ke dalam politik ni...jgn nak perangkap kita..hang nak menyampah ,itu hak hangpa,bagi sy Allah swt tak menyampah adalah lebih baik,kita iklas buat pendedahan, hangpa nak percaya terpulanglah,kalau hangpa nak lebih jelas lg tanyalah kawan2 yang ada kat kawasan beruas tu...
salam semua. pada pendapat aku:
1. isu permatang pauh akan selesai, insya allah. ingat senang orang PAS sana nak pangkah BN? mereka ada maruah dan harga diri.
2. isu yang susah selesai ialah bila org PAS sebelah sini yang mula nak berbalah sesama sendiri.
3. nak perbetul motosikal rosak ada tekniknya, ada seninya. bukan hentam keromo. nak perbetulkan orang rosak juga ada tekniknya, ada seninya. bukan hentam keromo.
3. gunalah kaedah yang betul, di masa yang betul dan di tempat yang betul. bumi Tuhan ini amat luas.
4. Allah suka kita bersaf-berbaris seumpama bangunan yang kukuh, saling menguatkan yang lain. menghadap satu matlamat, satu tujuan.
wassalam.
bukit teluk sera....hang cakap kat atas tu semuanya betul..tapi yang ni bukannya motor rosak...mator tu dah tak boleh pakai dah...pi hantaq keling botoi ja...
ini dah terlalu teruk...hang tau dak dah lebih daripada sisitem umno dah...nak cants orang tu biasalah...ni yang baru mesyuarat kawasan lepas ni...hang tau dak depa pakai sistem kuota...kena lebih 5 pencalunan baru boleh diambil kira,sedangkan cawangan ada 15 ja...saya rasa hangpa bukak dalam buku perlembagaan PAS ada ke macam tu...
salam...ana tengok sabagai orang tengah pertelingkahan dalam kawasan beruas sudah terlalu teruk, ana mengharapkan pimpinan jangan perkara sebegini dibiarkan boleh berlaku dalam PAS negeri perak. Sudah semestinya pihak yang bertanggungjawab turun ke bawah mencari titik pertemuan ini,kalau boleh hantar penyiasat yang tidak diketahui oleh kedua pihak
aku masih tak paham..pasai apa si anon ni hot sgt?
apa yg tak kena? ust hisham bg penjelasan skit...
Ust.hisham ni mana boleh berani bagi penjelasan...dia ni macam dalam surah al-baqarah yang bermaksud 'apabila dia jumpa dengan orang beriman,dia berkata aku beriman dengan kamu,dan apabila dia berjumpa dengan syaitan2 nya ,maka ia akan berkata, aku hanya memperolok2 kan mereka'...kan senang je kita nak faham,Allah dah perjelaskan dalam Alquran...untuk siapa ayat alquran itu diturunkan,bukan kah ia untuk panduan bagi kita,supaya jangan ada bersikap semacam ini dalam jemaah,kalau tak jelas lagi pergi mengaji,jangan kita ingat peringatan itu hanya pada orang UMNO sahaja,kita pun silap2 boleh terkena dengan perangai ini.
untuk maklumat thatguy886,
kita dah bagi peluang unuk mereka ini berubah dah lama dah ,sy tengok selepas saja pilihan raya 2008 kita mengharapkan mereka ini berubah,rupanya lagi teruk, mereka buat PAS kawasan ni macam harta warisan dripada bapak dia punya,dia ingat PAS ni harta pusaka bapak dia ke?.Ini pun kena jadi perhatian kepada pimpinan PAS yang lain,jangan kita ingat bapak kita Orang kuat dalam PAS ,kita pun suka2 nak keluar kenyataan,macam nik Abduh ni,walaupun bapak dia TGNA ,jangan kita ingat PAS ni bapak kita yang punya,cakap ikut sebarangan saja.Ingat kepada pengajaran pemimpin2 yang lepas seprti Dato Asri,Ustaz Latif Mohamad (Besut),Nakhaei Ahmad,dan pemimpin2 yang lain yang telah gugur dari landasan perjuangan...apa dah jadi pada mereka,...Anon2
Untuk perhatian NIK ABDUH
Jika PAS mementingkan diri sendiri dan tidak mengutamakan aspirasi rakyat, ia kini berada dalam kerajaan negeri Perak, kata Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Go to fullsize image
"Ogos tahun lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali telah membuat pengumuman menawarkan satu perkongsian kuasa dengan PAS bagi membentuk kerajaan di Perak dan sanggup menerima Adun PAS sebagai Menteri Besar Perak.
"Jika kita mementingkan diri, sudah tentu kita menerima tawaran itu dan mencampak ke tepi aspirasi rakyat yang menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu," katanya ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menuduh perjuangan PAS hanya untuk kepentingan diri sahaja.
Kemarahan Menteri Dalam Negeri itu berpunca dari tindakan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dilaporkan menarik balik cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.
Salahuddin mengulangi penegasan bahawa PAS mahu membentuk kerajaan yang direstui rakyat dan bukan melibatkan diri dalam kerajaan bangsawan baru yang tidak tahu lagi memahami keresahan rakyat.
"Jika PAS mementingkan diri, sudah tentu ia akan berlari-lari mengejar dan menyertai kerajaan elit Umno BN yang disifatkan oleh rakyat sebagai lost touch dengan mereka - langsung tidak memahami atau buat-buat tak faham keresahan mereka.
"Jika PAS mementingkan diri, sudah tentu PAS menyertai kerajaan yang pernah dijangka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kerajaan perasuah sebelum pemilihan Umno dan selepas pemilihan pula beliau menyifatkan kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai kerajaan yang turut dianggotai oleh mereka yang berperangai keji," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Salahuddin juga membangkitkan kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan tindakan Umno BN yang mengambilalih pemerintahan di Perak sebagai sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang (in conflict with the law).
"Kenyataan Dr Mahathir menunjukkan mereka yang mengambil alih kerajaan Perak adalah kaki langgar undang-undang. Adakah tidak mementingkan diri bermakna berkerjasama dan mewujudkan perpaduan dengan kaki langgar undang-undang?!" beliau mempersoalkan.
Salahuddin juga menunjukkan SMS yang diterimanya. SMS itu menyatakan, "Dulu kerajaan anak-beranak, kini kerajaan suami isteri".
"Saya tidak tahu SMS ini ditujukan kepada siapa. Tetapi adakah tidak mementingkan diri itu berkerjasama dengan kerajaan anak-beranak atau kerajaan suami isteri? Kalau kerajaan suami isteri, adakah buat keputusan atas katil dan kita pula mesti menjadi kuli kepada keputusan mereka supaya tidak dituduh mementingkan diri?"
Posted by pemuda cheh at 10:02 0 comments Links to this post
KOMEN PAS PUSAT
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mStar Online pula berkata, pihaknya tidak akan meletakkan calon di Penanti kali ini.
"PAS tidak akan meletakkan calon," kata beliau sambil menambah, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah masalah dalaman parti.
"Kita akan dapatkan laporan tentang masalah di Pulau Pinang... kita perlu pergi ke lapangan dan dengar rungutan mereka," kata beliau lagi.
Mustafa menjelaskan, apa yang pasti, berdasarkan persefahaman yang telah wujud dalam Pakatan Rakyat, PKR yang akan meletakkan calonnya dan PAS akan menyokong.
"Kami akan menghormati persefahaman yang telah dicapai oleh Pakatan, parti yang pernah bertanding (dalam pilihan raya umum) akan meletakkan calon masing-masing dalam pilihan raya kecil.
"Apa-apa perubahan (tukar kawasan dan bolehkan parti lain bertanding) hanya akan dibuat ketika pilihan raya umum akan datang," tambah beliau. Ahad lalu, Mustafa juga ada menegaskan bahawa PAS akan memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di Penanti pada pilihan raya kecil yang diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kelmarin.
Jelasnya, parti itu menghormati hak PKR untuk meletakkan calon mereka untuk mempertahankan kerusi DUN berkenaan.
"Kita (PAS) tidak bercadang untuk bertanding di Penanti walaupun itu kubu kuat PAS. Kita hormati hak mereka (PKR).
"Setahu saya setakat ini PAS juga tidak ada perbicangan mengenainya (bertanding di Penanti)," katanya.
Malu.. tapi nak tergelak.
Lucu.... namun sedih dan sayu.
Sedikit sangat ujian nikmat kemenangan yang Allah berikan.... Dah tak serupa apa bahasa bicara intelektual kita. Setakat ini saja ka kemampuan kita menguruskan nikmat itu.
Syabas la bukit teluk sera - sejuk hati dengan idea saudara.
Anonymous said... on April 30, 2009 11:37 PM - pasai apa emosional sangat.
YANG umno dok berebut-rebut tu pasai depa nak kaya, tok sah la nak samakan dengan kita. Tapi entahlah kut-kut anda memangnya cUrIgA..... Tarak apa bang. ALLAH yang bagi kemenangan ini setelah berpikul-pikul usaha dan doa kita, maka DIA akan memeliharanya dari pengkhianatan sesapa pun jua.
sikap orang PAS ni..kalau ada orang komen pasai parti...dari dulu lagi, dia akan kata orang yang komen ni tak betui...
MALu ni cakap macam tak faham jalan cerita...kalau nak masuk sembang jangan masuk tengah2...memang lah hang jadi tak faham...bukan nya kita nak kan jawatan tapi...kita tak mahu orang yang ada berkepentinagn duduk dalam parti..
ni sampai boikot tak mahu mengundi,tahun 2008 sebab calon nya orang luar pasai apa..calun tu pulak sudah diputuskan pimpinan negeri..calun PAS tu pulak tim pesuruhjaya negeri (dewan ulamak pulak tu)...buakan nya tak faham...dia boleh menjadi musuh dalam parti..
He...he... saudara Anonymous on May 2, 2009 1:43 AM.
Maaflah ye sedara...mungkin anda membaca dengan mata apa yang tersurat sahaja.... Tidak dengan akal yang halus seni bahasa.
Pernah dengar tak peribahasa 'tengking cucu sindir menantu'... tak pernahkan?!