Blog ini terpaksa off satu hari sejak kelmarin. Aku ada misi besar yang perlu diselesaikan dalam masa 24 jam bermula petang kelmarin. Misi dah selesai. Dalam posting ini aku rangkumkan semua maklumat dan cerita yang aku dapat sepanjang 32 jam di luar Stesen Maya 1.
1. Bukit Gantang Penuh Sesak 2. Kedudukan Masih 50-50 3. PR Perlu Peka Dan Pantas - Che' Det Datang Hari ini 4. Mufti Harussani Tolong Kempen Jangan Undi PAS 5. UMNO Lapor Pada Polis - Nga Kor Ming Hina Islam Sebab Baca Ayat Quran 6. Jangan Hanya Tangkis Serangan - Kita Juga Mesti Menyerang!
1. Bukit Gantang Penuh Sesak
Kawasan Parlimen Bukit Gantang penuh sesak. Penyokong PR dan BN dari seluruh pelosok negara membanjiri kawasan ini. Hotel dan rumah tumpangan di Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh tak ada lagi yang kosong. Jalan jammed, terutama dari arah Trong ke Changkat Jering. Hampir waktu maghrib tadi kenderaan bersusun dari traffic light plaza tol Changkat Jering hingga ke pekan Trong. Dari Sungai Tinggi nak ke Taiping, aku terpaksa patah balik ke Beruas, memandu ke Manong dan Kuala Kangsar, masuk high-way ke utara, tak keluar di Changkat Jering, tapi terus ke tol Taiping Utara. Singgah di majlis Jamuan DAP di Taman Kota Jaya. Ramainya manusia! Alhamdulillah sekarang dah lapor diri di Stesen Maya 1.
2. Kedudukan Masih 50-50
Kedudukan kecenderungan pengundi masih bercampur-campur kalau ikut istilah bursa saham. Macam biasa, kedua-dua pihak mengaku sedang mendahului.
BN yakin penuh telah dapat sokongan pengundi Melayu. Antara 65 ke 75 peratus. Pengundi Cina dan India terus di asak dengan pengumuman peruntukan itu dan ini. Macam-macam ada! Petang tadi sebuah sekolah Cina dapat cek RM 1 juta untuk membina dan membaik pulih beberapa bangunan sekolah tu. Pengundi India di Simpang Halt dah dijanjikan penyelesaian masalah hak milik tanah yang diduduki sejak berpuluh tahun. Pengundi Cina Pulau Pasir Hitam dijanjikan bekalan air dan elektrik yang lebih sempurna. Majlis makan malam bersama pengundi Cina yang dihadiri Muhyidin Yasin mendapat sambutan boleh tahan. Mencecah angka ribu walau pun dalam hujan lebat.
Sumber bilik gerakan utama BN memberitahu sokongan pengundi bukan Melayu dah meningkat daripada sekitar 25% sebelum penamaan calon ke angka 30-35% hari ini. Kenyataan resmi jurucakap BN menyebutkan angka 40-50%.
Kedua-dua pihak meramalkan peratus keluar mengundi ialah antara 75-80% iaitu antara 41,603 hingga 44,377.
Jumlah Pengundi : 55,471
Melayu : 35,105 ... kalau 75-80% keluar mengundi, angkanya 26,329 - 28,084.
Bukan Melayu : 20,366 ... kalau 75-80% keluar mengundi, angkanya 15,275 - 16,293.
Kalau BN dapat 65-75% undi Melayu, angkanya 17,114 - 19,747 atau 18,255 - 21,063.
Kalau BN dapat 30-35% undi Bukan Melayu, angkanya 4,583 - 5,346 atau 4,888 - 5,703.
Kalau dijumlahkan angka paling kecil daripada 4 pilihan itu iaitu 17,114 undi Melayu dan 4,583 undi bukan Melayu, BN memperolehi 21,697 daripada 41,603 undi atau 52.15%. Keputusannya BN menang.
PAS-PR juga yakin menang. Sumber memberitahu PR telah mendapat sokongan 35% pengundi Melayu dan 80% pengundi bukan Melayu. Kalau digunakan angka yang sama seperti di atas, PR memperolehi 9,215 undi Melayu dan 12,220 undi bukan Melayu. Jumlahnya 21,435 daripada 41,603 undi atau 51.52%. Keputusannya PAS-PR menang.
Sumber itu juga memberitahu sokongan pengundi Melayu boleh meningkat kepada 40% dalam masa 24 jam terakhir. Peningkatan itu akan menambah majoriti kemenangan atau menyerap peralihan keluar 4-5% sokongan bukan Melayu di saat akhir.
Aku tak mahu komen apa-apa berkenaan dakwaan kedua-dua pihak ini. Masing-masing ada kaedah pengiraan sendiri. Dan biasanya masing-masing suka menyedapkan hati sendiri. Yang diumumkan biasanya lain daripada yang ada dalam file.
Aku menilai dari sudut pandang diri aku sebagai blogger, bersama rakan-rakan blogger yang lain. Antara sesama blogger pun ada perbezaan penilaian. Aku dengan penilaian aku sebagai blogger yang berdiri di atas hak peribadi aku dan dalam masa yang sama sebagai penyokong Pakatan Rakyat. Pembaca juga berhak untuk ada pandangan dan penilaian masing-masing. Terpulang.
Bagi aku belum ada pihak (sama ada PR atau BN) yang layak berasa selesa dengan keadaan terkini di hari terakhir berkempen ini. Kedudukan masih samar-samar berlegar di angka 50-50. Pergerakan turun naik masih berlaku antara 46:54 ke 54:46 di kedua-dua kem. 8% daripada jumlah yang dijangka keluar mengundi menjadi penentu kemenangan. Secara logiknya 3200-3600 pengundi penentu ini ialah kumpulan pengundi atas pagar. Pihak yang berjaya mendapat sokongan atau simpati daripada kumpulan ini akan muncul sebagai pemenang 7 April.
Sebagai penyokong PR, aku mengharapkan PR menang. Tapi sehingga malam ini aku masih belum percaya PR boleh menang. Bila aku kata begitu, bukanlah bermaksud BN gerenti menang. Maksud aku petunjuk kemenangan tidak jelas ke mana-mana pun. Aku perlu tegaskan begini supaya BPN tak eksploit analisis aku ini untuk menghebahkan kononnya BloggersNetwork@Perak dah mengaku PR kalah.
3. PR Perlu Peka Dan Pantas - Che' Det Datang Hari Ini
Aku harap semua rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dapat bertindak betul, pantas dan berhati-hati sepanjang hari dan malam ini (6 April) sehingga besok (7 April). Pemimpin-pemimpin jentera parti mesti fokus kepada keperluan sebenar. Petugas-petugas parti di peringkat UPU mesti all-out mengikat kecenderungan pengundi atas pagar. Jentera di peringkat lokaliti mesti selesai mengatur urusan pengundian ahli dan penyokong setia yang digerakkan secara sistematik pada hari mengundi. Ahli-ahli parti yang bukan jentera resmi mesti membantu dengan cara menziarahi atau menghubungi keluarga dan rakan kategori atas pagar. Sentuhan hubungan yang asli itu lebih berkesan daripada semua pendekatan kempen yang lain.
Hari ini dijadualkan Che' Det akan turun berkempen di Bukit Gantang. Aku tak risau kedatangan orang tua itu dari sudut upayanya mengalih arah sokongan antara parti. Dia tak mampu mengubah pendirian penyokong Pakatan Rakyat. Tetapi sentuhan black magic mantan diktator itu ada kemungkinan meredakan ketegangan dalaman UMNO Bukit Gantang. Setakat ini protes senyap kem Ketua UMNO Bahagian masih membara. Empayar Dato' Rosli Husin masih sukar untuk memberi laluan kemenangan kepada Ismail Saffian. Kemenangan Ismail bererti masa depan yang sukar dan tak menentu bagi Rosli. PR nampaknya tak cukup bijaksana memanipulasi keadaan itu. Hari ini Najib mengutuskan sifunya untuk menamatkan protes senyap ketumbukan Rosli. Kalau pujukan dan gorengan itu berhasil, UMNO akan dapat bonus berharga.
PR tak wajar memandang remeh kepada apa pun yang berlaku. Che' Det memang hebat kuntaunya. Mungkin ada petua-petua baru yang akan dibisikkan kepada jentera UMNO dalam pertemuan-pertemuan tertutup hari ini. Hujan duit akan turun dengan lebih lebat hari ini dan malam nanti. Risalah-risalah maut akan sampai kepada pengundi pada waktu petang dan malam nanti. Bahan tipu dan fitnah itu perlu dicounter dalam tempoh singkat. Kalau lambat bertindak balas, nahas padahnya.
4. Mufti Harussani Tolong Kempen Jangan Undi PAS
Kelmarin Harussani dah turun ke gelanggang. Walau pun tubuh badannya tak ada di Bukit Gantang tetapi suaranya dah sampai. Sehari suntuk Radio Perak menyiarkan kenyataannya bahawa mengundi tak ada kena mengena dengan syurga dan neraka. Belitan UMNO simple saja ... (kononnya) PAS kata, undi PAS boleh masuk syurga. PAS kata jangan undi BN sebab boleh membawa ke neraka. Harussani beri penjelasan ... undi tak ada kena mengena dengan syurga neraka. Jangan peralatkan agama untuk meraih undi. Jangan peralatkan ayat Quran untuk kepentingan politik ... seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak ... parti politik tertentu. Manusia tak boleh menghukum siapa yang masuk syurga dan masuk neraka. Yang berhak menghukum hanyalah Allah.
Kita mungkin menganggap kenyataan mufti itu bukan isu besar. Kita mungkin menganggap kenyataan itu perkara biasa. Memang itulah taktik UMNO sejak dulu. Kita mungkin bersangka taktik lapok itu tak memberi kesan. Penyokong kita tak akan terpengaruh dengan kenyataan basi itu. Tetapi, itu cuma persepsi kita. Yang penting sekarang ialah persepsi kumpulan atas pagar. Walau pun mereka tidak mudah dipengaruhi, namun kebarangkaliannya tetap ada.
Perkara sebenar mesti disampaikan kepada pengundi. Mereka mesti difahamkan bahawa kita tak pernah menghukum siapa yang layak ke syurga atau ke neraka. Tok guru dan penceramah kita hanya mengingatkan tentang syurga dan neraka secara umum. Kalau ada yang specific pun, peringatan itu masih merujuk kepada maksud asal ayat Quran atau Hadith Rasulullah. Tidak pernah kita menuding kepada mana-mana parti atau individu secara khusus. Itulah yang sebenarnya berlaku.
Tok guru dan penceramah kita membaca ayat tentang perintah berlaku adil dan jangan melakukan kezaliman. Kita membaca ayat yang memberi amaran kepada pelaku kezaliman. Orang zalim tempatnya di neraka. Itu hukuman Allah, bukan hukuman kita. Kita juga membaca ayat larangan cenderung kepada kezaliman. Ayat Allah menghukumkan dengan jelas bahawa orang yang cenderung kepada kezaliman akan disambar oleh api neraka. Itu hukuman Allah, bukan hukuman kita. UMNO melakukan kezaliman. Mereka mengurung manusia tanpa bicara (ISA). Mereka beri rasuah dan terima rasuah. Mereka menindas rakyat yang tak sealiran dengan mereka. Dan macam-macam lagi. Semua itu namanya zalim. Allah mengharamkan kezaliman. Allah telah menetapkan dalam Quran bahawa orang zalim akan masuk neraka. Kita baca ayat itu. Kita terangkan ayat Allah. Kita tak kata UMNO masuk neraka. Kita cuma mengingatkan apa yang Allah firmankan. Jangan buat zalim. Orang zalim akan masuk neraka. Kita cuma mengingatkan ISA itu zalim. Rasuah itu zalim. Menindas itu zalim. Orang zalim akan masuk neraka. Kalau UMNO berasa peringatan itu terkena batang hidung mereka, itu hak mereka. Pokoknya PAS atau Pakatan Rakyat tidak pernah menghukumkan UMNO mesti masuk neraka. Begitulah juga sebaliknya dalam hal masuk syurga.
5. UMNO Lapor Pada Polis - Nga Kor Ming Hina Islam Sebab Baca Ayat Quran
UMNO juga dah buat report (polis) berkenaan pemimpin DAP (non-muslim) membaca ayat Quran dalam ucapan dan ceramah mereka. UMNO marah kononnya perbuatan itu mencemarkan kesucian Al-Quran. Al-Fadhil ulama' UMNO pun bermadah bahawa orang kafir tidak dibolehkan membaca ayat Quran. Pemimpin DAP dituduh mempermainkan kitab suci umat Islam. Pemimpin PAS dan PKR beragama Islam dituduh merelakan Quran dihina dan dipermainkan.
Dari sudut benar atau salah, memanglah UMNO salah. Mereka hanya membuktikan kebodohan apabila membangkitkan isu ini. Tetapi dari sudut kesannya kepada pengundi Bukit Gantang, kita tak boleh pandang remeh. Orang Melayu ada ketikanya amat sensitif tentang maruah agama. UMNO yang tak pernah peduli tentang agama itu sentiasa licik menggunakan isu agama untuk membunuh imej pihak lawan. PAS ditakuti dan dibenci oleh pengundi non-muslim sejak dulu kerana UMNO berjaya melekatkan imej agama yang ganas dan kolot kepada PAS. Alhamdulilah penipuan UMNO itu beransur terbongkar kebelakangan ini. Sembahyang dua imam, amanat Hj. Hadi, taliban dan anti kemajuan adalah contoh eksploitasi isu agama yang berjaya mengukuhkan UMNO.
Oleh itu PR khususnya PAS tidak wajar terlalu defensif. Isu DAP baca ayat Quran ini perlu difahamkan secepat mungkin dalam tempoh satu hari yang terakhir ini.
Pemimpin DAP yang membaca ayat Quran itu, juga membacakan terjemahannya yang betul seperti teks terjemahan yang asal. Mereka membaca ayat-ayat itu secara serius dan dengan maksud yang nyata. Bukan secara bermain-main atau dengan gaya memperolok-olokkannya. Tiada nas Quran atau Hadith yang melarang non-muslim membaca ayat Quran. Logiknya pun, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana kita nak menyeru mereka kepada Islam sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. Umar Al-khattab membuat keputusan memeluk Islam setelah dia membaca ayat Quran surah Taha di rumah adiknya. Ketua Biro Penyelidikan Majlis Gereja Sedunia, Garry Miller memeluk Islam setelah bertahun-tahun membaca dan mengkaji ayat Al-Quran. Sekarang dia adalah pendakwah yang aktif dengan nama baru Abdul Ahad Omar. Beribu-ribu pelajar non-muslim di sekolah menengah negara ini belajar mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga ramai yang lulus cemerlang A1 bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Pelajar-pelajar itu belajar Al-Quran dan membacanya selama bertahun-tahun. Mengapa kerajaan UMNO tidak menghalang mereka?
Sebenarnya UMNO hanya cuba menggunakan isu ini untuk mengelirukan pengundi atas pagar. Mereka cuba menyemai perasaan membela kesucian Al-Quran secara songsang. Al-Quran memang suci. Kesucian Al-Quran wajib dipertahankan. Perlakuan mempermainkan Al-Quran mesti ditentang habis-habisan. Hampir semua umat Islam akan terguris hati jika Al-Quran diperolok-olokkan. Maka UMNO pun cuba memesongkan fakta peristiwa pemimpin DAP membaca ayat Quran itu. UMNO cuba menggambarkan perlakuan pemimpin DAP itu sebagai tindakan menghina Quran. UMNO cuba membentuk persepsi bahawa PAS bacul kerana membiarkan non-muslim mempermainkan ayat Allah.
Kita mesti beritahu pengundi tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP baca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP baca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tak ada apa-apa yang salah.
Kita mesti beritahu pengundi bahawa kita tidak berhak menghalang non-muslim membaca ayat Quran selagi ia bukan bertujuan mempermain atau memperolokkannya. Kita perlu betulkan persepsi pengundi tentang Quran, Islam dan dakwah. Bantulah pengundi sehingga mereka dapat melihat betapa dakwah Islam mestilah berkait dan bersumberkan Al-Quran. Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil dikhalayak ramai membacakan ayat Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi muslim.
Kita juga mesti fahamkan pengundi bahawa yang menolak Al-Quran ialah UMNO. Islam UMNO sebagai sebuah kerajaan hanyalah Islam syiar. Islam mereka hanya pada masjid dan sekolah agama. Islam mereka hanya pada pejabat agama dan tengok anak bulan. Islam mereka hanyalah pada pusat Islam dan pusat pungutan zakat. Islam mereka hanyalah pada sambutan maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.
UMNO tak peduli pada halal haram yang ada dalam Quran. UMNO mempersetankan ayat Quran tentang aurat. UMNO tak pedulikan ayat Quran tentang riba dan rasuah. UMNO menghina ayat Quran tentang hudud dan qisas. UMNO memandang sinis ayat Quran tentang tarbiah dan tazkirah. UMNO mempersendakan ayat Quran tentang khilafah. UMNO mentertawakan ayat Quran tentang siasah dan daulah. Pendek kata, UMNO memusuhi Al-Quran. Kitab suci itu adalah musuh UMNO.
6. Jangan Hanya Tangkis Serangan - Kita Juga Mesti Menyerang!
Setakat ini kedua-dua pihak saling serang menyerang. UMNO dengan isu derhaka dan boneka. PR dengan isu rampasan kuasa dan hak rakyat. Sehari dua ini serangan terhadap peribadi calon juga mula beredar. Serangan terhadap peribadi DS Nizar kurang berhasil. Ismail Saffian dibelasah teruk dengan isu Danok dan isu-isu salah laku seks yang menggemparkan.
UMNO dipercayai akan melakukan serangan besar di hari terakhir ini. Mungkin ada pendedahan baru yang telah atau sedang direka-cipta oleh pemikir-pemikir strategi mereka. Mungkin ada provokasi besar untuk memerangkap emosi atau sentimen jentera dan petugas PR. Kita mesti cukup bersedia untuk menyerap kemungkinan-kemungkinan itu. Sejarah UMNO sepanjang setengah abad berpilihanraya, penuh dengan kejutan serangan saat akhir yang dahsyat. Mereka tidak pernah takut pada Tuhan untuk menipu dan memfitnah. Awas!
PR mesti menyerang juga. Kita tidak boleh hanya mengukuhkan perisai. Kita juga perlu mengebom dan melancarkan peluru berpandu. Gunakan peluru Tuya sebaik mungkin. Big Momma The Pontianak mesti di pentaskan besar-besaran. Yang nyata dan yang tersembunyi di sebalik rampasan kuasa perlu didedahkan kepada pengundi. Manfaatkan isu rasuah sebaik mungkin. Kalau cukup bukti, paparkan dengan terperinci puluhan drama XXX The Boya calon BN. Kalau ada bukti, beritahu pengundi tentang pengalaman calon BN sebagai duta sulit Malaysia ke Danok di Selatan Thailand.
Kalau kita juga menyerang, BN akan kelam kabut nak menangkisnya. Mungkin tidak sempat menyerang kita. Serangggggggggggggg!
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
5 days ago
nasib baik baca penjelasan cyberboron...bila dgr DAP mainkan Quran,...marah la aku...tapi bila baca hujah cyberboron ni,baru tau...memang patut kita hukum UMNO!
setuju dengan apa yang dituliskan cyberboron di atas.manfaatkanlah wahai seluruh petugas PR di bukit gantang andai kalian mahukan kemenangan di bukit gantang..malah mungkin boleh diserapkan ide ini ke dalam kerangka gerakkerja parti yang seterusnya demi kemenangan dalam PRU.usahakan dengan pertimbangan yang bijaksana dan akhiri kerja keras kalian dengan munajat kepada Ilahi kerana hanya Allah yang maha memperkenankan hajat.
memamng benar..apa salahnya non muslim bca Quran..my fren, chinese ..sekolah melayu boleh baca surah al-fatihah berserta doa dengan lancar sekali..setiap hari sebelum kelas dimulakan dgn doa,sehingga dia sendiri boleh hafal semua doa-doanya..tiada salahnya untuk non-muslim untuk membca ayat-ayat suci al-quran... hanya mereka yang tidak tahu sejarah islam sahaja yang akan membangkang serta memnodohkan dirinya sendiri...
anon 826, kalau nk marah pun berpada2, ko jgn dengar satu pihak saja terus buat kesimpulan. dh berapa ribu kali dok pesan jgn percaya berita puak haramjadah umno/bn, ko lagi nk marah tak tentu pasal..tu nasib baik ketentuan Allah ko baca blog ni, kalau tak dok percaya la puak haramjadah tu buat fitnah..
Toksah nak marah orang DAP. Tanya MB palsu Perak, masa dia belajor kat luar negara tu, ade tak profesor bukan Islam yang mahir terjemahan Al Quran? tentu ade ramei kan? Teman tahu juga ade rakan2 teman yang belajor kedoktoran dan master bidang agama kat negara omputih, supervisor deme bukan Islam. Deme cukup mahir. Kekadang supervisor ni kutuk Islam dan calon (PhD/Master) terpaksa diam sebab takut kena potong markah. Pelajar kena ikut cakap supervisor. Tak caya? Bukalah text PhD dan Master deme. Ade dalam perpustakaan university deme.
Walau bagaimanapun, mana tahu, tetiba orang2 PR yang bukan Islam ni berkat baca terjemahan Al Quran tup tup terbuka hati memeluk agama Islam. Apa agaknya hukuman dari Allah bagi orang Islam yang menafikan kebenaran Islam?
Araya: InsyaAllah kemenangan untuk PR..itulah doa saya dari jauh. Apa pun yang penting kerja keras/tawakal/Istiqamah dari semua sehingga kemenangan mutlak yaitu ISLAM tertegak. InsyaAllah.
Sebarkan kpd org2 Melayu di Bukit Gantang!
34:28 "Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk UMAT MANUSIA SELURUHNYA"
21:107 "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi SEKALIAN ALAM."
Sahih Bukhari Vol 1 Hadis 331: Muhammad saw adalah Nabi untuk SEMUA MANUSIA
2:185 "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi SEKALIAN MANUSIA..."
14:52 "(Al-Quran) ini disampaikan kepada MANUSIA supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf."
25:1 "...Tuhan yang menurunkan Furqan kepada hambaNya, untuk menjadi peringatan dan amaran bagi SELURUH PENDUDUK ALAM"
2:272 "Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk (kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya"
88:21-22 "Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (dan janganlah berdukacita jika ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (untuk menerima Islam)"
10:99 "Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau (Muhammad) pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"
Kesimpulan:
Nabi Muhammad saw adalah nabi untuk semua manusia. Begitu juga dengan Quran. Quran itu diturunkan kpd sekalian manusia. Maka sebagai umat Islam, kita sepatutnya berkongsi isi kandungan Quran dgn non Muslim. Malah kita patut menghadiahkan naskhah Quran kpd mereka. Dan sebaik2nya kita guide mereka utk memahami isi kandungan Quran tersebut.
Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat berdakwah dgn membawa kpd bukti bahawa Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tapi kita juga boleh perbaiki diri kita sendiri.
Tetapi, kita perlu beringat, bahawa tugas kita hanyalah SHARE Islam, dan bukannya memaksa atau menyuruh sesiapapun untuk memeluk Islam. Oleh itu kita sampaikan message Islam yg ada dalam Quran itu tanpa ragu2. Ambil kesempatan untuk berdakwah & dalam masa yg sama perbaiki iman kita sendiri.
vow-cuxzs
mungkin satu hari nanti , akan diwartakan undang-undang bahawa Al-Quran hanya akan dijual kepada orang Islam saje , macam Harakah utk ahli Pas saje.. Islam itu luas dan meliputi segala aspek hidup... tapi Islam diMalaysia nii hanya utk orang islam jee dan hanya diguna pakai masa meninggal dunia jee ..
Adatlah tu...TV3 kan suka buka cerita sekerat jalan...jadi kalau kita mengaku cerdik, selidiklah cerita tu sampai habis! Tak kan tak reti2 lagi. Apa2 pun Islam itu untuk semua. Malu lah kat Cina tu sebab dia buka Quran dan terjemahan. Kita ni yang mengaku Islam ada ke buka Quran dan faham terjemahan nya? Tepuk dada tanya iman. Seruan saya, sama2lah kita buka al-Quran dan fahamkan terjemahannya. Kalau tak pandai carilah guru.
Hamba setuju. Kenapakah juak-juak Be End tidak meneliti maksud quran dan hadith. Bongkak dengan ilmu yang ada pada mereka ini.
"ISLAM FOR ALL"
Tiada sebab kenapa pemimpin DAP tidak boleh merujuk kepada Quran atau Hadith yang benar.
Tiada sebab non-muslim tidak boleh membaca, mentafsir atau mempelajari Quran atau hadith.
Juak-juak Be End tolong jelaskan .. minta satu saja sebab untuk menidakkan utusan Allah dan Al-Quran??
Takbir, Allahuakbar!
Am-No yg mengaku Islam tu pun jarang / tak pernah baca Quran....patut malu kat DAP yg bleh bc dan amik ikhtibar dari Al-Quran..
Islam bukan utk melaty semata2 Islam utk semua Islam universal...sbb 2 Pas pun untuk semua...Untuk Rakyat. Am-No untuk melayu...Melayu yang sesat
UMNO itu lemah,UMNO itu tenat,UMNO itu nazak...
Manusia di perengkat ini selalu nya akan menjadi nyanyok,hilang ingatan,hilang fikiran.Jadinya orang yang sebegini akan mengambil suatu tindakan yang tidak berasaskan pada akal jadinya....jadi macam ni lah...
salam ustaz....
teori RAHMAN sudah lengkap....
R ahman
A bdul razak
H ussien onn
M madey
A bdulah badawi
N ajib razak
mak aku cakap lepas RAHMAN umno da tak memerintah lagi lepas tu......
so.... mak aku ajak pulak main TEORI " ANWAR "
A nwar
N izar
W an ........... ( mungkin dari terengganu) ho..ho..ho..
A zmin kot.... tak pon aku kot " AZMIR " ho..ho...ho...
R .................
halamak.... niat aku nak tengok KHAIRY jadi PM tak tercapai....
tapi yang pasti MAT SAMAN KATi tak tersenarai....
sebab da berumur.... ho...ho...ho...ho...
usaz tak nak ke main teori ANWAR,,.....
Kenapa la PR susah sangat nak dapat undi Melayu ni!!!!Undi Melayu teras,, kemenangan mesti datang dari teras!!
QURAN UNTUK UMNO KONON... depa pun tau bace
to:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca
linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html
alahai mufti oi.. nak kempen2 pulok.. ni yg sakit ni. haha
Al-Quran kan utuk semua? Hbs tu yg orang barat kaji quran tu cmne?
xmau saman? haha
Satu penulisan yang tidak bagus apabila berada dalam kemuncak peperangan. Peperangan itu adalah tipu daya.
Kalau nak tulis real situation bukan dengan mendedah secara terbuka tetapi mestilah melalaui saluran yang khusus.
Bayangkanlah apabila pekerja parti sanggup berkorban mengambil cuti, tinggal anak bini, hidup dalam keadaan tak selesa tiba-tiba datang satu orang mematikan semangat. Adakah ini kerja cerdik.
Kalau nak buat analisis kena fokus apa yang nak dibuat bukan analisis untuk selepas pilihanraya.
bile masa org umno tahu dan percaya dalil alqur'an. depa kalau hujah gan org pas tak kasi org pas pakai alqur'an sbb da tahu xleh nak jwb dalil alqur'an. benar tuh ramai org kafir diobersea yg belajar alqur'an dgn tujuan mengambil kebenaran sains dalam alqur'an, awat deme x dakwa org kafir mat saleh, yahudi tuh dok guna ayat qur'an....tgk le tujuan wakil DAP tuh nak guna ayat qur'an yg mana, mana ade die hina ayat qur'an ponnnnn
Baguslah kalau yang bukan islam tambah2 dari DAP boleh membaca al quran makna kata dia menghayati ayat al quran apa kena pulak dgn haji umno kita dok tengok perempuan2 cina dok gedit2 tu macam mana pulak. bodoh punya umno.
thethinker said:
mungkin satu hari nanti , akan diwartakan undang-undang bahawa Al-Quran hanya akan dijual kepada orang Islam saje , macam Harakah utk ahli Pas saje.. Islam itu luas dan meliputi segala aspek hidup... tapi Islam diMalaysia nii hanya utk orang islam jee dan hanya diguna pakai masa meninggal dunia jee ..
aku takut Quran hanya boleh di jual pada ahli2 PAS yg berdaftar secara sah saja(macam harakah).... bala kalau jadi macam ni.....
salam bro cyberboron..
ana sgt meminati gaya penulisan dan analisis anta dlm konteks politik..cuma ana nak mintak penjelasan tentang catatan anta spt di bwh:-
"Beribu-ribu pelajar non-muslim di sekolah menengah negara ini belajar mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga ramai yang lulus cemerlang A1 bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Pelajar-pelajar itu belajar Al-Quran dan membacanya selama bertahun-tahun"
setahu ana subjek Pendidikan Islam hanya di ajar kpd pelajar beragama islam sahaja di sekolah2..non muslim mengambil subjek Pendidikan Moral sama ada bagi UPSR, PMR atau SPM..ana cuma bimbang sekiranya berlaku kesilapan fakta dlm catatan anta ttg perkara ini akan di manipulasi oleh pihak2 yg sememangnya sedang menunggu kita berbuat silap dlm hujah kita utk di serang.sekiranya betul pendapat anta tentang perkara ini ana mohon maaf..mungkin ana terlepas pandang sekiranya betul ada non muslim yg mengambil subjek Pend. Islam di sekolah2..walau apa pun ana mengucapkan syabas buat anta dlm jihad anta menyalurkan maklumat dan penerangan kebenaran kpd rakyat malaysia..tahniah..sama2 kita doakan kemenangan PR terutamanya PAS di bukit gantang InsyaAllah...Takbir!
-pembaca setia blog cyberboron
salam alaik anon 12:12am,
berkenaan pelajar non-muslim ambik paper PI tu, memang ianya fakta. ana ada senarai non-muslim di wilayah persekutuan KL yang ambik paper tu ketika SPM 2007. & 59 calon non-muslim tu dapat A1.
kebetulan ana sesekali bagi lecture program motivasi. nak cetuskan something dalam minda anak-anak muslim yang ana motivate tu, ana ada simpan 9 keratan akhbar, berita non-muslim students yang score A1 bagi paper PI tu.
harap dapat melegakan enta. & jazakallah atas peringatan.
salam bro cyberboron
Alhamdulillah....terima kasih di atas penjelasan tersebut..ana cadangkan anta attachkan keratan akhbar tu dlm artikel ni utk tatapan bersama..agar terungkai kekeliruan..sbb tak ramai antara kita yg tahu non-muslim ada yg ambik subjek P.Islam sekaligus dpt membuka mata puak2 jahil umno yg duk hangat mainkan isu dap hina Al-Quran ni...semoga Allah terus merahmati anta..Takbir
-pembaca setia blog cyberboron
He.. He... Aku baca blog hampa degan blog UMNO. dua-dua sama, sebelah pihak saja betui, pihak lawan semua salah, semuanya ikut perasaan bagi komen. sebab tu aku tak mau join mana-mana parti politik. komen tak rasional, berat sebelah. aku punya andaian sama saja BN dengan PR macam tahi dengan kentut. aku nak tidoq, tengok apa mimpi untuk undi pagi ni. kalau tak mimpi tak payah ngundila....