Londeh Seluaq Pertahan Quran

Kempen siang hari terakhir memang rancak. Macam biasa, pihak yang ada kelebihan 'medan' pasti lebih menonjol. Maka siang hari ini nampak macam milik BN. Ceramah Madey disiarkan secara langsung oleh TV1. Ceramah itu merapu tetapi tak patutlah kalau kita katakan kesannya tak ada langsung. Daripada 200 orang tempatan yang hadir, mungkin dua tiga orang yang sebelum itu masih confuse nak undi parti mana, akhirnya confirmed undi BN. Lebih seribu orang penonton dari luar Bukit Gantang yang turut hadir, tak beri kesan kepada keputusan pengundian besok.

Insiden paling buruk tentunya peristiwa petugas BN cuba melondehkan seluar petugas srikandi PKR di Simpang. Sehingga waktu maghrib urusan laporan polis di Balai Polis Simpang masih belum selesai. Petugas BN nampaknya terbawa-bawa perangai calon mereka dalam hal londeh-melondeh ini. Puteri UMNO perlu lebih berhati-hati. Jangan sampai ada yang ditinggalkan dalam keadaan berbadan dua.

TV sepanjang hari riuh rendah dengan kesah Nga Kor Ming baca ayat Quran. Kelmarin GPMS dan BBPM dah buat laporan polis. Hari ini PEWARIS tumpang sekaki. Mufti Harussani pun teringin juga menyembahkan taat setia kepada UMNO. Marah sungguh nampaknya melayu-melayu UMNO tu. Apa nak buat, UMNO memang tak suka rakyat Malaysia baca Quran. Dari dulu lagi UMNO memang anti Quran. Sebab itulah kerajaan yang mereka pimpin menganaktirikan sekolah agama rakyat hingga sanggup menarik balik bantuan perkapita SAR yang tak seberapa pun. Sebelum itu pun bukannya semua SAR dapat peruntukan perkapita itu. Graduan pengajian Islam luar negara sentiasa dicurigai oleh UMNO. Sebahagian graduan lepasan pusat pengajian Islam Pakistan disumbat ke Kemuntingnamo kerana kebencian UMNO terhadap semangat Islam mereka.

Tok guru dan ustaz-ustaz yang rela hati nak menyumbangkan ilmu di masjid dan surau juga adalah musuh UMNO. Rumah Allah dijadikan kawasan larangan bagi pengajian Kitab Allah. Yang ada cuma guru takmir yang hanya boleh baca bab haid dan nifas. Maka jadilah sekelian rumah Allah itu lesu dan menjemukan. Tiada roh dan tiada cahaya.

UMNO takut kepada ayat Quran. Lebih kurang macam setan takut terbakar bila dibacakan ayat Allah itu. Ayat puasa dan zakat boleh dapat permit. Ayat aurat dan riba tak dibenarkan. Bacalah ayat nikah kahwin dan talak berapa juta kali pun. Jangan baca ayat hukum hudud dan lain-lain ayat siasah. Bagi UMNO, Tuhan tak cukup cerdik. Ayat hudud, qisas, aurat dan riba tidak relevan untuk melayu zaman moden. Maka jangan baca ayat-ayat itu.

Aku tak teringin terjebak dengan polemik ini secara panjang lebar. Cuma aku minta tok guru UMNO tolong bagi dalil yang melarang non-muslim baca Quran. Ayat mana dalam Quran yang menetapkan larangan itu. Surah apa? Juzuk berapa? Hadith mana yang melarang? Kitab Hadith yang mana satu? Diriwayatkan oleh siapa? Hadith mutawatir ke? Atau Hadith Sohih? Atau Hasan Sohih? Atau Hadith Maudhu'?

Pendek cerita, tak ada dalil yang kata begitu. Cuma kalau ayat Quran itu dipermain-mainkan, orang Islam tak boleh membiarkannya. Si pelaku itu mesti dinasihati supaya berhenti. Kalau tak berhenti, perbuatan itu mesti dihalang. Kalau halang cara baik tak berhasil, bolehlah main kasar sikit. Kasar sikit pun tak berkesan, bolehlah lebih kasar lagi. Contohnya ialah UMNO. Sepanjang zaman UMNO menghina dan mempermainkan ayat Quran. Umno dah dinasihati tapi tak makan saman. Kita dah warning UMNO tapi mereka tetap tak peduli. Malah UMNO ketawa bila kita nak daulatkan Quran. Kalau betul-betul ikut perintah Allah dalam daulah Islamiyah, dua tiga puluh ribu pemimpin UMNO mungkin hilang nyawa kerana sabitan murtad dalam mahkamah. Tapi setakat hari ini kita masih tak berdaya.

Si Osman BBPM dan setiausahanya yang buat laporan polis tu, sebut perkataan Quran pun 'telor' bunyinya kata orang perak. Aku dapat maklumat si Osman tu baca Quran pun bunyinya macam badwi padang pasir Senegal. Idgham ikhfa' izharnya berterabur macam budak buta huruf baru belajar baca Quran. Tapi sensitif benor bila Nga baca Quran. Cemar kesucian Quran! Umat Islam rasa malu! bla bla bla. Boleh blah!

Rizal Merican pun dua kali lima. Kalau baca Quran, semua lam dalam kalimah Allah dibunyikan sebagai lam al-jalalah termasuk lam dalam kalimah Allah yang didahului oleh kalimah bi dan li. Yennaada tambi?

Isu ini cuma bersebab politik. UMNO sedang struggle untuk pujuk Melayu Bukit Gantang. Melayu memang emosional dalam bab bangsa dan agama walau pun tak tahu punca. Adat perang politik memang macam tu. Mainan emosi dan sentimen selalunya berkesan. Lalu UMNO pun dapat satu idea untuk jadikan Melayu marah pada DAP. Marah DAP, terkena jugalah PAS. Marah PAS, tersangkut DS Nizar yang jadi calon P.59. Harap-harap Melayu benci tengok muka Nizar. Harap-harap Melayu sakit hati tengok nama Nizar di kertas undi. Harap-harap Melayu undi Mail Pian. Itu saja halnya.

Petang tadi juga Mail Pian buat laporan polis tentang pengedaran foto XXX yang ada muka dia. Kata Mail, foto itu dihasilkan secara super-impose. Kata Mail, orang dalam foto tu bukan dia. Mail memang menggelabah lebih sikit dengan isu-isu dalaman pakaian ini. Aku pun tumpang kesian. Memanglah kebanyakan orang (tak semua) ada sikit-sikit sejarah silam yang hitam dan kelabu. Dulu lain sekarang lain. Cuma malangnya si Mail Pian ni, kisah XXXnya banyak sangat. Entah betul entah fitnah tak dapatlah kita nak menghukumkannya. Tapi banyak sangat riwayat lucah Mail ni. Malah puan H dalam risalah awal tentang Mailgate ini sanggup diinterview. Sangggup dirakamkan video pengakuannya. Fuh! Kita pulak yang tak sanggup. Takut nanti hantu kopek menghilangkan puan H ini entah ke mana. Kesian dia. Tu belum kira c4 lagi. Tak payahlah. Biar Mail Pian kalah kerana perjuangannya. Kalah kerana UMNO yang busuk. Rasa macam tak gentle pulak kalau kita kalahkan dia dengan isu seluar dalam.

Comments :

14 comments to “Londeh Seluaq Pertahan Quran”
Anonymous said...
on 

Mana ada ayat al-quran yang boleh menguntungkan, dema ambik.Mana ada ayat yang merugikan,dema buang itulah UMNO.

manong mari said...
on 

UMNO memang TERUK!

jelas umno kian teruk dan menerukkan lagi dirinya yang sedia teruk oleh pemimpin dan pencacainya yang perangai semakin teruk. kesimpulannya umno memang teruk! aku tak sabar nak ngundi PRU seterusnya bagi menerukkan lagi keterukan umno teruk yang cukup terkenal teruk itu, best kan?

udahla rasuah hodoh, perangai buruk pula. TERUK!

cyberboron said...
on 

kata ipin kepada abangnya upin,

" teruk teruk teruk ! "

KOMUNIS said...
on 

Sokonglah KOMUNIS DAP... memang bagus orang PAS sokong Lim kit Siang... nanti boleh la cucikan bontot Lim Kit siang tu...

Ahli pas memang sesuai jadi balaci DAP... kasihan... kasihan lagi sepuloh kali...

Anonymous said...
on 

islam tu trbahagi kpd 3,islam iman n ihsan..ihsan ni bla kte bertolak ansur ngan mkhluk len..n agama len..sdangkn Rasullullah tme pmbukaan madinah pon uat piagam madinah..bkerjasama ngn orng bkn islam..leyh lak maju..jgn terperuk ngat en.komunis oii..bekrjasama x smestinya jd balaci..umno pon balaci cina gak..kalo x masakan yg jutawan2 projek2 bsor ni adelah dr kaum cine kesumenye..hurrmm

aisamuddinMH said...
on 

iyah
tapi kena ambil konteksnya
dalam berpuluh2 tahun berpolitik
ini first time
sy terbakar, rasa agama sy dipersendakan!

Anonymous said...
on 

hanya ada 2 golongan kafir di muka bumu ini.DAP adalah kafir harbi.kafir wajib di jihadkan.tapi sayang orang yang mengaku nak berjuang islam dah jadi pengikut kafir ini,malah tepuk tangan dgn.bangga apabila golongan harbi ini membaja ayat quran dengan terjemahan yang tonggang terbalik.puak yg tepuk tangan tu puak yang pakai serbang berlerek berjela.duduk di depan.mungkin puak ini lupa,=apa kata tok guru aziz satu masa dulu.bunyanya lebih kurang mcm.ORANG KEBANYAKAN MANA BOLEH TASIR AYAT QURAN SESUKA HATI.HANYA GOLONGAN ULAMA YANG LAYAK.aku termenung bila kafir harbi ini baca ayat Quran dan puak PAS yg.duduk di depan bertepuk dgn,bangganya.mana satu nak pakai ni.yg tok nik aziz ke atau cyberboron ni yang semakin sesat dah munafiq.mungkin cyberboron dah daftar nak jadi penmgikut setia kok ming ini.PAS dan mula tentang islam..baru nak mula demi politik .Puak puak ni senyap menyepi apabila karpal singh menentang pelaksaan hukum hudud...malah sangguk menumpah dssarah.mana perginya pejuang hudud PAS ni.pakat dah jadi pengikut KAFIR Harbi ka.Islam akan hancur kerana PAS.ALLAHU AKBARRRRRRRRRRR.PAS pengkianat isalam.sekain
Assalamualaikummmmmmmmmmmmm

Anonymous said...
on 

kepada komunis...berfikirlah secara waras...umno berselindung disebalik BN...sapa dlm BN?..berapa ramai yang bangsa lain dalam BN..? berapa kerat org umno yang betul2 ambil kontrak buat sendiri..kaya dan bantu anak bangsa?..bantu ada..tapi untuk masuk dalam paper...tukang hulur je...duit sapa support?...jgn buat2 tak nampak...nak bagi tau..dari segi politik..umno
memang membalaci komponen parti yg lain...tak setuju?..tak mengaku?..sudah la...pikir betui2..pasai tu orang MCA,Gerakan.MIC,PPP dan yg sewaktu dgnnya panas hati...tapi takut tunjuk sbb nanti tak dpt sub con dah..main con jauh sekali pasai umno dah booking!..sampai bila nak peram...lama2 pecah jugak...tanya ckit..ngko belajar dulu tadika mana? KEMAS eik?..patut le...nyanyi je pandai..fikir tak pandai..

Anonymous said...
on 

kalau dalam BN ada parti komponen kaum lain dalam PR pun ada... nak tau bezanya...
Dalam BN UMNO menjd tunjang kpd parti lain.. UMNO sebuah parti yg dihormati oleh parti komponen lain... kira mcm UMNO ni ketuala..
Dalam PR DAP ketua kpd PKR dan PAS... Pas dan PKR perlu memohon restu DAP untuk melaksanakan apa2 agenda yg dirancang...
so pendek kata mcm ni la... ada 2 org melayu... sorang ketua kpd kumpulannya(UMNO)... yang sorang lg balaci atau boneka dalam kumpulannya(PAS dan PKR)... maka siapakah pilihan kita??? tentula UMNO dan BN...

Anonymous said...
on 

kalau si cina tu baca Al-Quran sebab dia memahami dan mengagungkan Allah yg Esa maka selayaknya dia mebaca Al-Quran... tp cuba tanya cina tu.... Siapa tuhan mu?? Apa agama mu??? Siapa Nabi Mu??? So kalau jwpnnya mengarut lempang je dia sebab cuba bertopengkan keislaman sedangkan hatinya seorang kafir... munafik pun disanjung oleh PAS..

Anonymous said...
on 

Orang semakin suka pada Islam dimarah. Orang amno yang benci Islam disokong. Dunia dah terbalik....Keh..Keh...Keh.... Saya amno totok

Anonymous said...
on 

Org umno ni otak depa mcm dulu juga. Zaman org cina bagi salam kita boo. Tu zaman 70an dulu, zaman org baru nak pakai tudung. La ni org dah ada ilmu tak heran kalau org kafir bagi salam ada kaedah utk menjawab salam tadi. Org dah faham. Lain la kalau dia org umno otak masih zaman 70an walaupun hidup di tahun 2009. Jgn peduli org2 mcm ni. Depa ingat Quran tu utk org melayu saja. Wahai org umno Quran tu utk semua. Kalau DAP nak buat rujukan bagusla tu bermakna tarbiah Dato Seri Nizar MP Bukit Gantang dah berjaya. Berkat sungguh MP aku ni. Org umno yg Quran dok dlm rumah pun tak teringin nak buat rujukan. Ulamak hampa tak ada berkat kot? Makan duit saja mcm mana mai berkat!

Anonymous said...
on 

"kalau si cina tu baca Al-Quran sebab dia memahami dan mengagungkan Allah yg Esa maka selayaknya dia mebaca Al-Quran... tp cuba tanya cina tu.... Siapa tuhan mu?? Apa agama mu??? Siapa Nabi Mu??? So kalau jwpnnya mengarut lempang je dia sebab cuba bertopengkan keislaman sedangkan hatinya seorang kafir... munafik pun disanjung oleh PAS..".............. Siapalh yang bagi komen ni...

Bila Org Cina mendalami Islam...memahami inti pati islam..kia patut bersyukur..mudah2an Allah turunkan hidayah kepadanya utk lebih memahami islam dan menjadi Islam yang sejati...Tapi bila dia membaca Quran...umpama seorang perempuan yang tgh Haid membaca Quran... tak boleh la yang suci digunakan pada yang tak suci.... tapi lebih elok kalau dalam ceramah2, org bukan islam sekadar gunakan maksud ayat2 Quran utk menyampaikan pentingnya kesucian agama..dan perlaksanaan dalam agama..sekurang2nya org islam yang tak pernah sedar..akan sedar...Kembali kepada agama yang syumul lagi suci... sy hormati org bukan islam yang memahami islam, guna pendekatan secara islamik dalam pekerjaan, tapi kutukan sy pada org islam yang mengaku islam, tapi membangkang perlaksaan islam, mempersendakan umat islam yang lain....dan lebih suka kehidupan cara org bukan islam....arak la...judi la.... macam2....

Tak usahla tanya siapa tuhan dia, nabi dia..apa agama dia...dah memang dia bukan islam...tak perlu nak buktikan apa2 lagi...tapi hormat la pada dia yang hormat kan islam.....Islam kan Adil...umat islam mesti adil sesama manusia...dan lebih baik bukan islam "megambil iktibar dan tatacara islam dalam kehidupan, dari org islam yang bertopengkan islam..tapi punyai hati yang jijik.....dan tidak mengamalkan islam......

Dia dia bukanlah Munafik yang di sanjung PAS, sebab dia memang bukan islam...tiada org bukan islam yang munafik..org islam lah yang munafik kalau membelakangkan islam...dia dihormati kerana dia menghormati islam.....

sepatutnya kita berdoa moga Allah memberi hidayah dan terbuka hatinya utk memeluk Islam...agama Allah yang sebenar-benarnya.

afya said...
on 

ingatlah.. orang islam di negara china lebih ramai dari penduduk malaysia. jangan hina mereka yg belum kenal islam. sepatutnya kita jalankan tugas nabi iaitu menyampaikan islam kepada bukan islam. ingat Allah akan tanya mereka yang bukan islam mengapa tidak memeluk islam.. kalau mereka kata orang islam tidak sampaikan (dakwah) .. apa nak jawab depan Allah... bersyukur.. kerana Pas bukan sekadar politik tetapi berdakwah agama islam. apa yang penting kerjasama mengerakkaan islam serata dunia. bayangkan jika semalaysia ini adalah muslim.. islam akan maju... akan jadi contoh untuk asia barat.. barat akan gerun dengan islam... yang penting adalah islam bukan bangsa... Allah tidak pandang daripada bangsa mana tetapi iman dan takwa lah akan diperhitung...

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini