Kejayaan Kecil Tapi Penuh Makna - Terima Kasih Perak Bangkit & Bloggers UMNO

Aku terima berita gempaq. Pagi kelmarin aku buat satu eksperimen. Kebetulan aku dapat senarai pengundi atas pagar di tujuh peti undi (daerah mengundi). Tapi nama peti undi tu rahsia laa. Dalam senarai tu siap ada maklumat peribadi. Alamat, pekerjaan, tempat kerja, nama isteri/suami, nama anak menantu yang layak mengundi dan satu dua perkara lagi. Yang bestnya, siap ada nama-nama petugas yang sesuai untuk approach pengundi-pengundi tu.

Aku pilih 30 pengundi dan 24 petugas. 18 petugas masing-masing menguruskan satu pengundi. 6 petugas masing-masing urus 2 orang. Fuh! macam pegi perang wo!

Semua 30 pengundi tu berumur antara 49 hingga 52 tahun. Lahir lebih kurang merdeka laa. 17 guru, 6 bekas tentera, 4 kakitangan kerajaan dan 3 peniaga. Aku pilih nama-nama tu sebab percaya depa tentu ada pengaruh sikit-sikit.

Aku gunakan 1 set bahan yang aku print-out dari laman blog. Bukan dari blog aku, tapi dari blog Perak Bangkit, Gomo, Parpu Kari dan satu dua rakan gerombolan BPN.

Hasilnya ... marvellous!

Aku pesan pada petugas-petugas, bila jumpa pengundi tu jangan terus lagang cerita Bukit Gantang. Ceritalah apa pun selain politik P.59. Cerita murtabak ke, cerita tayar kereta ke. Apa-apalah. Aku yakin dua tiga minit kemudian diorang sendiri yang akan bukak cerita Bukit Gantang. Bila diorang bukak, sambut laa. Tapi jangan hentam UMNO dan jangan penaik PR. Goreng-goreng je ikut rentak. Bagi can (chance) empat lima minit, lepas tu buat-buat terkejut ada barang baik kat dalam kereta atau dalam raga/bakul motosikal. Ambik kertas-kertas tu bagi pengundi atas pagar tu tengok (dan baca).

Tau ke apa jadi?

26 confirmed undi PAS-PR. 3 belum pasti. 1 tak dapat ditemui. Memang marvellous! Tau apa sebabnya? Alkisah begini ceritanya ...

Mengikut maklumat yang aku terima tu, 30 pengundi ni jenis tak ambil pot tentang politik. Tak nampak gaya pun jadi ahli mana-mana parti. Tapi diorang ni memang komit dengan masyarakat ikut bidang masing-masing. Misalnya yang cikgu-cikgi tu memang rajin dengan program bimbingan dan motivasi pelajar. Yang kakitangan kerajaan tu pulak jenis yang aktif sukan. Yang berniaga tu selalu menderma untuk program kemasyarakatan. Cuma diorang ni tak mau join politik parti. Undi tak tau le pulak kemana peginya.

Oleh kerana tak minat politik parti maka diorang ni tak pernah layari laman web atau blog politik. Blog cyberboron diorang tak layan, blog perak bangkit pun diorang tak hingin. So diorang tak tau lah macam mana perangai orang politik BN atau PR di pentas cyber.

Bila diorang baca ayat-ayat power perak bangkit & the gang, terbeliak bijik mata. Ish ish ish! sampai lagu ni punya main politik noo ... kata cikgu berumur 52 tahun. Pendek cerita, petugas kemudian ambik laptop dari dalam kereta, on broadband dan bagi cikgu tu tengok sendiri blog perak bangkit, parpu kari, gomo dan PPC. Mengucap panjang cikgu tu.

Petugas pun ayat la sikit. Dengaq cerita depa ni makan upah. Mai pilihanraya ni pun bunyi habaq dok Hotel Syuen Ipoh nuu. MB suruh dok situ bunyi kata. Tak tau la betui ka dak.

Lagi sekali pendek cerita, lama-lama cikgu tu pulak tak boleh berhenti bersyarah. Tapi tak dak la dia maki hamun sapa-sapa. Sekadar meluahkan rasa kecewanya pada cara puak-puak tu. Ayat pi ayat mai, penutup ceritanya cikgu tu sendiri kata nak kena pi habaq kat kawan-kawan. UMNO ni melampau sungguh. Biaq kat depa, jahanam negara ni.

Petugas tak kata apa-apa dah. Diam saja.

Lagi 25 yang confirmed undi PR tu, ceritanya lebih kurang sama. Alhamdulillah. Terima kasih Perak Bangkit & The Gang! Terima kasih daun keladi.

Comments :

22 comments to “Kejayaan Kecil Tapi Penuh Makna - Terima Kasih Perak Bangkit & Bloggers UMNO”
Cybersniper said...
on 

Assalamualaikum Ustaz! ada kemajuan nampak! jangan lupa tua aku dari mike 11 hari! ha ha ha! baguih baguih baguih!

Prof. Era Pasca said...
on 

heheh phiko betul.. gune gepa untuk kempen PR... baguish... YOSH!!

Unknown said...
on 

Kalau mereka (pengundi atas pagar) ini baca blog, agaknya sudah lama gugur dari atas pagar ke kawasan PR kot?

momotaro said...
on 

hehehe,,, perang saiko!!!!

Anonymous said...
on 

salam semue,
teman rase bangge dengan perang saraf yang dimainkan oleh petugas pr. tak sie-sie mengkome belajor ilmu psikologi yang dimanafaatkan kejalan kebenaran. insyallah ganjaran akan diterima dihari akhirat dan kemenangan pr pada prk ni. teruskan perjuangan.

yobuban.

Telok Bakong said...
on 

bangganye aku ngan geng cyberboron ni...

Anonymous said...
on 

Assalamualaikum,Alhamdulillah,InsyaAllah.
Saya sungguhn teruja dgn cerita saudara,
tidak sia2 Allah swt mengurniakan saudara dgn akal yg baik,ilmu yg bermanafaat,kemampuan yg
mencukupi dan pilihan yg bijak.
Saya doakan saudara dirahmati Allah atas usaha kearah kebaikkan pada semua orang dan moga2 usaha saudara berhasil dan mendapat restu dari Allah swt.Teruskan lah dgn ikhlas malah tingkatkan lagi sbaik mungkin.wassalam.

Anonymous said...
on 

Memang blog mempunyai pengaruh kuat.

So nasihat saya kepada kawan kawan , gunakan bahasa beradap , jangan dok hentam pihak lawan aje,,,berpada padalh.

Orang orang macam saya (saya pun pengundi atas pagar....ooops cyber mesti locate kat mana saya berada , jangan risau saya tk akan sembunykan dri , saya ada di sekitar simpang empat sini )

ok orang macam saya tak suka tengok orang gaduh , kalau nak tegur pihak lawan , beradab lah sikit , dan jangan lah dok puji lebih lebih calon PAs.

Anonymous said...
on 

Alamak..Ni ada bahan lg..Hehehe

Gadis seksi pancing undi BN?


http://www.malaysiakini.com/news/101495

Unknown said...
on 

gadis sexy 2 zahid midi pny koje....pas ni mb keling 2 pn begelek gak kot hahahaha

Anonymous said...
on 

"naShrun-minallahi wafathun-qorib.."
"wabasysyiril mukminin"

Anonymous said...
on 

kalu gitu.... buat la kat 3 4 ratus orang lagi... masa ada lagi. Dan rakan-rakan lain boleh la tolong buat cam gitu. Tolong setakat yang termampu.

Anonymous said...
on 

Dari selatan doa dipanjat teruskan usaha murni saudara,success comes through strive and hardwork

x army chef said...
on 

kalau betui la para hamlau bpn tu dok kat syuen, aku nk suruh member aku kat kitchen tu tarok julap dalam makanan depa..... nasib baik tak buh rachonnn...

abang jamboo said...
on 

akum saudara tuan blog, just contributed rm50 for your bloggers fund thru cimb. keep up the good work and keep us posted!

Anonymous said...
on 

syabas ustaz...saya pun atas pagar jgk..tp dah 2,3 kali undi dok jatuh telentang balik ijau...asainya saya pun mcm cikgu tadi jgk...tak amik port langgsung..tapi bila dah ada byk sumber,otak pun mula analize...selama ni rupa2nya dok tgk cerita dongeng..bkn apa,penah jugak satu peristiwa jadi depan mata,tapi cerita keluar kt berita jadi lein...tak caya dah lepas tu...kot mana pun,kalau buat survey,kt opis manapun majoriti dok nampak ijau..yg nampak merah putih tu kira dah tegar dan ketegaq...ada la satu dua org dari 20...syabas...teruskan usaha!

Pengasas said...
on 

Salam CyberBoron dan kawan semua!
Selamat berjuang; semoga Allah memberi ganjaran yang amat setimpal, sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Wassalam.

cyberboron said...
on 

Terima kasih Dr Pengasas.

Doa Dr amat dihargai.

Anonymous said...
on 

Tahniah,kasih sentiasa doakan kejayaan 2 bukit 1 batang.tq

Anonymous said...
on 

peluru makan tuan,bertabur taik

Anonymous said...
on 

Tahniah kawan-kawan blogger,suruh depa tulis lagi yang bukan-bukan.

apokonoee.blogspot.com

bukit teluk sera said...
on 

parupukari.. hang kat mana di bukit gantang nih? aku teringin sungguh nak tengok muka hensem hang yang bercahaya pahala ni.

he he he he

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini